Semalam dan hari ini, aku berpuasa. Puasa ganti. Jangan tanya kenapa sudah saat akhir baru nak ganti. Adalah sebabnya. Sekarang pun aku mengambil ubat atas nasihat pakar perubatan. InsyaAllah, hari ini hari terakhir untukku mengganti puasa yang ditingalkan pada tahun lepas. Hanya Allah yang tahu apa yang kutanggung.
Seminggu kebelakangan ini dadaku terasa sakit. Bukan sakit kerana sesak nafas seperti yang selalu kualami. Tapi sakitnya bagai ada sesuatu yang berat menekan dadaku. Aku dah jadi malas hendak memikirkan sakit-sakit yang kualami ini. Belum lagi kaki kiriku yang membengkak (tanpa rasa sakit) bagai ada angin di dalamnya. Sesekali sewaktu menunaikan solat, aku hilang imbangan hingga hampir terjatuh. Ah! macam-macamlah...
Semalam ada pasar malam berhampiran rumahku. Jadinya, aku tidak memasak kerana anak-anak lebih suka 'membeli belah' sendiri di pasar malam. Aku berbuka seadanya sahaja. Selepas maghrib, teringin rasanya hendak makan nasi beriani. Lalu suami membawaku dan anak-anak ke JM Beriani. Sebaik menatap hidangan yang dipesan, aku tiada rasa pun hendak makan. Jamah sikit-sikit, sudahnya dibungkus sahaja untuk dibawa pulang. Teh O ais limau kegemaranku juga tidak mampu kuminum.
Balik ke rumah, aku terus naik untuk tidur. Tidur juga tidak begitu lena. Akhirnya bangun di jam 4.00 pagi untuk solat, menggosok pakaian dan sahur. Pagi ini di pejabat ada majlis bacaan Yaasin, sesi bermaafan dan jamuan ringan sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Elok juga aku sedang berpuasa kerana selera makanku masih belum terbuka...
Adik pejam mata, Adik tak nampak apa-apa! |
Assalamualaikum my dear KakCikS..:)
BalasPadammoga akak dianugerahkan kesihatan yang baik & dilindungiNya selalu...:)
Memanglahkan..bila seleranya hilang..memang susah sgt nak masuk makanan tuu...
Tapi harap akak makanlah juga yaa...tambah tenaga sis!:)
p/s:...akak cakap sakit dada terasa berat..ermm..pergilah jumpa doktor yaa sis..buat pemeriksaan....
HARAPNYA KAK CIK BERANSUR SEMBUH YE..
BalasPadamSELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
KAK CIK MUNGKIN PASANGAN PENGANTIN BARU TU AGAKNYA KOT?
kakcik, pegi la jumpa doktor....
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik.
BalasPadamMudah2an kakcik sihat.
Sebenarnya kedaan macam ni pernah juga kak ani alami. Tak aperlah kakcik makan juga untuk hidup kata orng supaya tidak dihinggap penyakit lain pulak.
semoga kakcik cepat sembuh,sape tau berkat Ramadhan ni kan :)
BalasPadamselamat berpuasa
Malam Jumaat. Tersenyum saya sendirian. He he
BalasPadameh, gitu ker citernya?
BalasPadamnaper eh kakcik? kaki bengkak? try tanya kawan2 blogger yg doktor2 kat sini...saper tau ada pandangan lebih bernas..
Saya mendoakan kesihatan terbaik utk kakcik...jgn lupa minum air secukupnya....ikut berat badan kita sendiri...bimbang toksid bersarang2 dalam tiap pembuluh darah...bahaya tuh kan?
moga Ramadhan ini memberi keberkatan dalam hidup kita semua...
gamaknya eksaited terlebih la tu kakcik..mmg tak sempat tggu sampai rumah (bersangka baik).
BalasPadamsabar yer kakchik..dugaan Allah,
BalasPadamsmg k.chik cepat sembuh...dan dpt meneruskan puasa dengan baik..
SALAM,
BalasPadamJAGA KESIHATAN. MENDOAKAN SEMBUH SEGERA DAN DAPAT MENGHAYATI RAMADHAN SEPENUHNYA.
mak saya pun kekadang camtu~kamain nak makan itu ini~bila da dapat~makan seciput je~~
BalasPadam*selamat berpuasa makcik~~semoga ramadhan kali ni yang terbaik untuk makcik dan semua~
insyaallah kak semua org boleh paham .. bila ada yg bertanya tuu anggap sahajalah org itu adalah diantara org2 yg x paham ekekeke :)
BalasPadamkdg2 tuu kak saya mcm tu jugak bila dah puasa .. angin dah masuk dlm badan .. bila berbuka minum air je .. makan dah kurang huhuhuh
puasa2 juga kakcik kesihatan pun kena dijaga juga.
BalasPadamklu x sihat pegilah jumpa doktor.
semoga kakcik sihat sejahtera hendaknya..
BalasPadammoga kakcik sihat hendakNYA.. dalam masa yang sama cik buatlah pemeriksaan.. kita tak tau yang dalam badan kita macam mana..
BalasPadampsstt: pandai sunghuh si adik.. ye tutup je mata tu dik.. yang pasangan tu baliklah ke rumah.. kan lebih selesa..
Sallam kakcik,
BalasPadamSayu hati mendengar penderitaan kakcik, ubat apa yang kakcik sedang makan, saya doakan semuga kakcik sihat sempena Ramadhan yang berkat ini, dan dapat melakukan amalan berlipat ganda.
Jaga kesihatan ye kakcik..
salam kak cik, moga cepat sihat
BalasPadamAssalamaulaikum Kakcik, semoga kita dpt menjalankan ibadat puasa dgn lancar dan diterimaNya. Jaga kesihatan. Puasa pun buleh jaga kesihatan kita kan?
BalasPadamkesian kak cik ...
BalasPadamjaga keshatan yeee ..
Bawak berubat & betul2 berehat Kakcik.
BalasPadamKaki bengkak tu mungkin kerana 'jetlag' kot, sbb Kakcik kerap turun naik kapai terobang.
semoga kakcik dapat mengerjakan puasa kali ni dgn sempurna.
BalasPadamkak, kenapa ek dgn comment kat blog saya ye kak?.
saat ini..mudah2an kakcik sudah kembali pulih untuk menjalani ibadah puasa lusa ini..ida sentiasa doakan agar kakcik dikurniakan kesihatan yg baik..kesian kakcik...apa yg berlaku hanya kita yg tahu kerana itulah diri kita...
BalasPadamsalam kc skg mcmana keadaan dah ok ke?
BalasPadamhai mcm2 la org zaman la ni ye...nak cium pun tngk2 la sama...
semoga Allah permudahkan akak menjalani ibadah puasa tahun ini. sakit penghapus dosa2 kecil kan..
BalasPadamselamat menyambut ramadhan al-mubarak buat akak sekeluarga
BalasPadamkak chik sekeluarga selamat menjalani ibadah puasa, cik ina nak minta maaf kalau ada salah dan silap ye.
BalasPadamkak cik semoga ramadhan ini dapat dilalui sesempurna mungkin...
BalasPadamsetiap penyakit adalah penghapus dosa...