Kawan-kawan kakcik

Selasa, 26 Julai 2011

Ada tak orang menyesal dahulu? ...

Sebab, kalau ikut kata pepatah 'menyesal dahulu itu pendapatan...'

Sewaktu aku dan suami berjalan-jalan menyusuri kedai-kedai di Sandakan, kami berhenti di sebuah kedai menjual pelbagai jenis beg.  Aku bercadang membeli sebuah beg untuk kegunaan Budak Sepet.  Berkenan dengan sebuah beg, aku minta suami bertanyakan harganya.  Gadis jurujual itu menjawab RM79.90.  Mendengarkan harga itu, kami pun terus berlalu.  Gadis itu memanggil kami dan berkata 'oklah... RM50.00 sahaja'.  Kami berpatah balik dan suami berkata pula 'kalau RM40.00, bolehlah'.  Tanpa banyak soal jawab, harga itu dipersetujui oleh pemilik kedai.  Aku dan suami saling berpandangan sambil pantas mulutku berkata 'sepatutnya tadi saya minta RM30.00 sahaja'.

Apa nak dikata, dah ditetapkan begitu, ambillah juga.  Kalau tak beli, macam tak baik pula...  (~_~)

Yang besar itu beg pakaian yang suamiku suka bawa ke sana sini.  Yang kecil itu untuk BS.


48 ulasan:

  1. seronoklah yang kat rumah tu dapat beg baru

    BalasPadam
  2. saya bab shopping2 utk diri sendiri mmg kedekut. Cthnya aritu pi Padang Besar (ramai kawan2 beli handbag kat situ...kata murahlah kan)..pastu saya jumpa satu handbag, mmg berkenan..harga dalam rm60++...

    dah dasar cendekel kan, akhirnya saya menyesal tak beli...tp tak rugi jugak pasal kat KL beg yg sama cuma rm40++ sebelum ditawar...boleh dpt murah lagi! saya anggap yg kat PB tu menyesal dulu lar har3...

    tp wlp kat KL masih murah, tak beli jugak sbb saya bukan pengumpul handbag...tp kalau dah meroyan nak beli itu lain cerita heh3...

    BalasPadam
  3. itu teknik menawar yang tidak betul .. sepatutnya kakcik tanya macam ni

    "berapa harga paling kurang awak boleh bagi"

    kemudian baru start tawar menawar dari harga itu !

    BalasPadam
  4. Q...

    kakcik juga semakin kedekut berbelanja untuk diri sendiri. Dan juga, kakcik bukan peminat beg tangan! Beg yang kakcik bawa boleh isi 'macam-macam ada' sampaikan nak cari barang boleh tak jumpa! ;-)

    BalasPadam
  5. Kanda AL...

    masa nak beli kemeja Angah, pandai pula kakcik gunakan teknik yang tuan katakan itu. Kadang2 memang 'mulut lebih laju dari apa yang sedang difikirkan'... dan tentu saja memberikan kesan yang berbeza...

    BalasPadam
  6. hihihi.. selalunya dah buat baru menyesal.

    BalasPadam
  7. kakcik, anak saya cakap, handbag mama macam beg doraemon..semua benda ada...dari lipstik sampai bateri! ngah3...

    BalasPadam
  8. Kakpah...

    itu namanya sesal kemudian tidak berguna! ;-)

    BalasPadam
  9. Q...

    beg kakcik pulak - yang 'dalam2' punya pun ada! ;-)

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kakcik,

    Kak ani kalau leterkan anak (nasihatlah) suka sebut perkataan ini "tak ada orang menyesal dulu," bla bla......

    BalasPadam
  11. mmg cantik beg tu kak, harga last tu kira okla kan, jgn nyesal2 hehehe

    BalasPadam
  12. Terbayang adik senyum simpul dapat beg baru. Murah tu kakcik banding tempat kita dua kali ganda...

    BalasPadam
  13. Wa'alaikummussalam Kak Ani...

    saya pun macam tu juga. Kadangkala siapa ada tambahan 'jangan jadi macam mak, nak menyesal apa pun tak guna lagi...'

    BalasPadam
  14. Ajumohit...

    apa-apa pun dah dibeli, kira puas hati sajalah.. :)

    BalasPadam
  15. Kakzakie...

    sebelum ni dah beli satu beg berharga RM50, koyak - lepas tu, dia bantai bawa beg untuk travel jadi beg sekolah... sekarang dah ada beg baru, nampak comel bila dia bawa. :)

    BalasPadam
  16. ui~~turun 50% dari harga asal~~agak2 berapa la harga sebenar beg tu? he~~

    BalasPadam
  17. Saya bab tawar menawar ni mmg failed.

    Kalau nak tawar menawar, kena bawa asben saya, dia mmg power bab ni. Kadang saya yg tak sampai hati tengok cara dia menawar...huhu

    BalasPadam
  18. Salam..

    Oho... beg baru, banyak diskaun tuan kedai tu bagi kan..?

    hehe.. :)

    BalasPadam
  19. ~ yus ~...

    kakcik kadang2 saja suka pergi ke supermarket (yang harga barangannya tetap) sebab kakcik malas hendak tawar menawar!

    BalasPadam
  20. Adol...

    rasanya tuan kedai tu dah dapat untung banyak, itu sebab dia bagi harga yang diminta. :)

    BalasPadam
  21. kak... dua beg rm40?? ok lah tu!

    dah beli tak elok menyesal kata orang tua...

    BalasPadam
  22. macam ai pulak.. en. suami yang akan buat sesi tawar menawar tu.. kalau tak dapat jugak rege yang murah ai tak beli tapi kalau dah berkenan amik jugak cuma tetap tengok pada rege dia.. kalau mahal idokler teman amik..

    BalasPadam
  23. Kakcik, kalau kualiti kain beg tu molek.. maka murahlah harga beg tu.

    Kalau tak ambik beg ni, mungkin kat kedai2 lain tak dapat harga ni. Mungkin lebih mahalkan..

    BalasPadam
  24. milo...

    bukan dua beg - hanya beg yang kecil tu je. :)

    BalasPadam
  25. Aizamia...

    anak punya pasal, beli ajelah... :)

    BalasPadam
  26. AzMask...

    kualiti beg tu memang nampak 'cantik' dan kemas. Itu yang membuatkan kakcik terpikat untuk membeli. :)

    BalasPadam
  27. Kak amy kalau beli barang kalau minta tawar pun kurang sepuluh ringgit je dari harga asal , husband marah.kalau dia tawar dia akan minta harga paling rendah sebab tu dia selalu untung beli barang.amy x pandai.. kalau akak sebut rm30 tu mesti dapat kan? x pe la dah rezeki akak dapat harga tue..next time kena tawar rendah lagi la ye..

    BalasPadam
  28. minggu lepas aina kesabag tetapi tak sampai ke sandakan...hingga ke ranau sahaja...

    apapun adat membeli begitulah kadang2 rezeki kita kadang2 rezeki penjual...

    BalasPadam
  29. namyak tu dia kasi kurang....rezeki itu budak encem la kan hehehe

    BalasPadam
  30. itu gaya bonda sy menawar...dia suka sampai penjual panggil2 dia semula dan bagi harga yg dia mahukan :)

    BalasPadam
  31. Amy...

    sebenarnya kakcik ni ada 'mood' juga dalam tawar menawar. Kalau betul2 nak beli, mungkin kakcik akan berlebih kurang juga. :)

    BalasPadam
  32. Jun...

    kakcik dah ke singgah di Ranau masa Program Integrasi Nasional selama seminggu ke Sabah bulan 5 lepas. :)

    BalasPadam
  33. Mimi...

    hahaha - budak encem yang sepet! :)

    BalasPadam
  34. AIM...

    kalau dah dipanggil semula tapi tak beli juga, tak sedap pula rasa hati. :)

    BalasPadam
  35. wah!!
    murahnya rezeki kakcik,,

    terfikir mcm komen bujal.....
    hehhehe,., entah2 lebih murah kan>

    BalasPadam
  36. Ayu...


    ada bahagian rezeki buat kakcik dan peniaga itu. :)

    BalasPadam
  37. Tawar menawar amalan biasakan kak chik. kalau rm40 cam mahal je,. kak chik kalau nak tawar harga kena letak yang paling rendah, yuyi ajar cik ina dia kata rega tu saja je dorang letak mahal, dia tengok kita nak tawar ke tak nak.

    BalasPadam
  38. sesuai sgt utk BS. tapi kalo bleh dpt harga rm30 tu lagik bestkan

    BalasPadam
  39. Assalamualaikom kakcik.. :)

    ooo ini le ghopenye beg baghu BS ye.. henshem!

    ate kughang sekupang 80 hengget ke 40 hengget dh 50% jimatnye.. lumayan buk!

    BalasPadam
  40. Cik Ina...

    kakcik anggap harga tu dah murah sebab malas nak nyesal! (memang ada tag harga RM79.90 pada beg tu). :)

    BalasPadam
  41. Su...

    memang beg itu sesuai dengan BS (tak nak fikir fasal harga daha..hehehe).

    BalasPadam
  42. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    kira lumayanlah tu, kan kan kannnn... :)

    BalasPadam
  43. Ibu Aspen paling handal bab tawar menawar ni...telekung harga RM50 leh jadi RM25...baju rega 40 leh jadi 20...arghhh....

    BalasPadam
  44. Aspen...

    baguslah kalau macam tu, tidak asyik kena sembelih dengan peniaga. :)

    BalasPadam
  45. bab membeli di sabah saya dah terer kakcik.. mesti tawar separuh drp harga yg dorang sebut hihihi..

    BalasPadam
  46. saya kalau pergi berjalan jauh pun lebih suka pakai backpack..senang! :D

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com