Kawan-kawan kakcik

Selasa, 7 Jun 2011

Terperanjat? Ah! tak kuasalah...


semalam ke kedai membeli roti
rupa-rupanya harga dah naik sepuluh sen lagi
entah bila ianya terjadi
tahu-tahu naik tanpa disedari

nak terperanjat pun buat apa lagi
hendak diboikot pula perut minta diisi
mungkin lain  kali bawa saja bekal nasi
jangan dibuang makanan selagi tidak basi

ke pasaraya besar membeli barang
troli di tolak ke depan dan ke belakang
melihat dan membanding harga berulang-ulang
oh! tidak sepadan barang dengan wang yang terbang

terperanjat???
ah! tak perlulah dibuat-buat
belajarlah untuk menerima hakikat
kalau dibanding dengan negara terdekat
harga barangan kita masih berpatutan buat sekalian rakyat...


28 ulasan:

  1. lorrr naik ke?hmmmm, makanan ruji anak Nida tu terutama bila ibunya tak sempat nk buat sarapan..

    BalasPadam
  2. Nida...

    kakcik pun suka beli roti tu banyak2, untuk makanan 'waktu kecemasan' anak2. Sebenarnya, nak buat jemput2 pun perlukan modal - minyak, tepung, gas....

    BalasPadam
  3. Banyak lagi barang yg naik tanpa kita kethau dan tidak diwar-warkan kakcik. Dah banyak sangat....

    BalasPadam
  4. ni pun sarapan kecemasan sy juga disaat sy tidak berselera nak menjamah nasi

    aduiiiiii

    BalasPadam
  5. Kakzakie...

    memang banyak sangat... :(

    BalasPadam
  6. WBH...

    kakcik juga suka makan roti tu untuk menggantikan nasi di tengahari. :(

    BalasPadam
  7. Harga barang naik, body kite jer yg akan turun sbb kene pantau bahagian makan. Sebab harga barang dah naik tak boleh makan lebih-lebih.

    BalasPadam
  8. Rozie...

    kakcik ni tak makan pun, badan tak mau turun! :(

    BalasPadam
  9. banyak lagi barang yang dah naik harga. Paling ketara susu budak. Tapi apa boleh buatkan. Kalau melatah, melatah sorang jek. Nak tak nak kena beli jugak.

    BalasPadam
  10. tanpa sedar ye kakcik... esok nak masuk toilet pun naik seposen kot...

    BalasPadam
  11. Azmask...

    dah nasib kita didahulukan untuk merasa segala kepayahan. Tidak hairan kalau ramai penjawat awam terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan (asalkan halal). Tidak pandai merancang kewangankah kita? :(

    BalasPadam
  12. Niez...

    tidak semua 'pelarasan harga' diwar2kan... :(

    BalasPadam
  13. betul tu kak..barang naik..tapi masih boleh beli..berbanding negara lain yg makanan lagi mahal berganda..

    BalasPadam
  14. mama
    x mboh heh wat2 terkejut...akan terkejut kalau harga turun je..boleh???hahahahaha

    BalasPadam
  15. kalau dibanding dengan negara terdekat
    harga barangan kita masih berpatutan buat sekalian rakyat...<---- ayat camni kan... buat iols rasa nak muntah wok-wek setiap kali baca kat paper!

    bila lah nak ada menteri yg betul2 celik ilmu???? yang betul2 mengambil berat hal rakyat?

    BalasPadam
  16. kak cik..tu roti utk anak2 saya tuu..hehee

    kdg2 bab rega ni saya jenis xamik port sgt sb salu beli geng dgn lain barang..tapi kalu beli2 satu2 tu..tgklah jugak rega..

    pokoknya..harga brg asik naik ajo..xde turunnya..gaji xnaik2 pulok..huhu

    BalasPadam
  17. chichi...

    sebenarnya bukan 'boleh beli' tapi 'terpaksa beli'. Nak kutip pucuk paku pucuk ubi, entah dimana hendak dicari...

    BalasPadam
  18. cheqna...

    ha.. yang itu mama setuju - terkejut bila harga barang turun! :)

    BalasPadam
  19. SN...

    kalau gaji naik, harga barang akan ikut naik. Kasihan dengan mereka yang tiada sumber pendapatan tetap, kan? :(

    BalasPadam
  20. Betul la kak amy beli baru nie pun harga dah naik...

    BalasPadam
  21. Amy...

    dalam diam2 je, kan? Rasanya tepung tak naik harga pun. :(

    BalasPadam
  22. Aida...

    kita je kesian kat diri kita... :(

    BalasPadam
  23. Janganlah kakcik risau..

    "harga barang keperluan..harga petrol..tariff lektrik di negara kita, adalah masih rendah jika nak dibandingkan dengan harga di negara serantau kita"

    :P

    BalasPadam
  24. Dr DZ...

    nak risau buat apa, kan? Bukan ada kenaikan, cuma pelarasan sahaja.. ya, tak? ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com