Antara program yang disertai oleh para peserta Integrasi Nasional Warga Kerja BERNAS ke Sabah adalah Pesta Tagal Kaamatan (klik untuk maklumat dari BERNAMA). Program ini turut dihadiri oleh Dato Hj Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kota Belud merangkap Ahli lembaga Pengarah Kumpulan BERNAS (tapi aku cukup tidak suka program kemasyarakat dicampuradukkan dengan kempen politik sehingga menenggelamkan tujuan sebenar acara yang diadakan).
Barisan gadis cilik berpakaian tradisi menyambut ketibaan tetamu |
Bakul-bakul di hadapan itu dijual dengan harga yang agak murah. Hendak dibeli, masalah pula untuk dibawa balik. |
Dengan sukarela aku menjaga beg-beg ini kerana malas hendak membasahkan pakaian dengan turun ke sungai |
Keladi yang dimasak untuk makanan penduduk setempat. Untuk peserta, makanan lain (yang dijamin halal) ditempah khas. |
Airnya sangat jernih dan dingin |
Cer teka? Apakah yang ada dalam bungkusan daun pisang itu? |
Antara hasil tangkapan! |
Bergotong-royong membersihkan ikan dan seterusnya dimasak |
Iya ke hasil tangkapan sendiri, tu? |
Adakah aku cemburu? Huh! Tak ada maknanya... |
Ikan yang telah siap direbus. Yang suka, mengatakannya sedap dan manis. Aku tidak berani untuk cuba merasa. |
Rupanya masih ada sekolah begini di pedalaman sana... |
Antara masyarakat tempatan yang hadir |
Sewaktu berita mengenai program ini keluar disiaran Berita TV1, aku berada dalam bilik air. Tidak sempat untuk aku merakam gambar suami yang sedang menjinjit bakul ikan. |
ikan rebus~~hu~~tak lalu nak makan~~
BalasPadam*apsal bakul tu tak ble bawak balik makcik?
bujal...
BalasPadambukan tak boleh bawak balik, tapi makcik memikirkan susah nak bawa. Harganya makcik rasa memang murah. Hanya RM30 - RM45 untuk 3 buah.
makcik~pakej yang makcik hantar saya da dapat~~tq makcik!!
BalasPadambujal...
BalasPadamAlhamdulillah. Harap bujal suka, ya? :)
suka~~nak2 lagi sekarang tengah gila kumpul benda tu~he~~
BalasPadambujal...
BalasPadamnanti makcik pergi Perlis, kalau sempat makcik carikan yang 'label' sana pulak (kalau adalah). :)
Sedih saya tengok wujud lagi sekolah macam tu di Malaysia..pada tahun 2011 ni !
BalasPadamDr DZ...
BalasPadamantara ucapan AP tu semasa pesta tagal berkenaan, 'kita sekarang jauh lebih baik berbanding dengan tahun2 50an atau 70an....' Apakah??? :(
alaa.....
BalasPadamBujal je ke......
ha ah Kak !!
buat isi balang beskot raya cantik bakul tu kak!!!
DrSinga...
BalasPadamkakcik nak masuk blog Pn Dr tak bolehlah pulak. :(
Nak ek?? Boleh...
Kakcik memang teringin nak beli bakul tu, tapi masalah susah nak bawa (sebenonya malas yang lebih...)
ikan tu sesuai untuk orang dalam pantang...
BalasPadamApa dalam bungkusan tu kak cik... tapai ke?
Nida...
BalasPadamdalam bungkusan tu sebenarnya nasi putih kosong. Di sesetengah tempat di Sabah, nasi itu mungkin dicampur dengan ubi.
ikan tu rebus gitu2 jer ke???
BalasPadamhuk alohhhh!~
ala.... utk bujal aje ke??? :nangis:
hiks
milo...
BalasPadamalaaaa... janganlah nangis. Kalau boleh kakcik nak kasi kat semua. Nanti kakcik cari semula alamat milo - entah kat mana kakcik letak!
Ikan tu direbus dengan garam dan serai kalau tak silap kakcik.
Pengalaman yang tak boleh dijual beli...kan kakcik kan? Naper tak try makan ikan rebus tu? Kat KL sini sure takder tau...rugi jer...heh3
BalasPadamsaya sempat singgah di sekolah lama saya masa cuti aritu...byk yg dah berubah cuma bangunan kantinnya saja yang masih kekal...kebetulan ada kenangan di situ...maka berlinangan jugaklah siairmata...nostalgia...
berapa harga bakul yg dikata murah tu kak,,,???
BalasPadamdalam daun pisang tu den teka umai....ahakz
ikan ke belut tu kakcik?? panjang bebenor!
BalasPadambetul ke tak cemburu, kakcik..?hehe...
BalasPadamlaaa...nasi putih kosong rupanya...sangkakan tapai tadi..
Sala kakcik
BalasPadamSeronok aktiviti begini. Minda jadi fresh dan tenang. lama juga saya tak beraktiviti begini. Thanks for sharing
Q...
BalasPadamsebab kenapa kakcik tak makan ikan rebus tu samalah macam sebab kenapa Q tak nak makan nasi ayam tu! hehehe...
Di sekolah mmg ada macam2 kenangan yang boleh mengusik . ;-)
jeBateja...
BalasPadambakul tu berharga antara RM30 - RM45 utk 3 buah.
Dalam daun pisang tu ada nasi kosong yang dimampatkan. :)
gB...
BalasPadamikan tu spesis belut atau ikan linang. Kakcik pun tak berani nak pegang!
Siti...
BalasPadamkakcik ni kalau dengan orang yang kakcik kenal, susah nak cemburu walaupun kakcik tahu curiga itu kena ada. Kakcik tak mahu suami jadi tak selesa berkawan kalau kakcik sangat mengada2. :)
Ariff...
BalasPadamsesekali memang seronok dapat menyegarkan minda dengan aktiviti yang di luar kebiasaan. :)
ikan rebus tu...saye pun tak berani nk makannye kak cik...
BalasPadambestnye gi sanekan...
Assalamualaikum Kakcik, direbus jer ikan tu...style masakan org Sabah. Tu yng tak lama akak dok sana baru-baru ni.
BalasPadamkakakku kakcik yg dirindu..
BalasPadamsaya balik sabah baru-baru ni..5 hari.. kakcik gi kota belud tentu lalu kampung isteri saya..Tuaran.. sy tak pegi pesta tu sbb saya rimas dgn tempat yg sesak dgn manusia.. dulu isteri saya sebelum kawin beberapa kali jadi ratu keamatan.. hihihi.. bila kawin saya suruh dia simpan kat stor je piala2nya.. saya tak suka...
Ainnoraini...
BalasPadamkalau kena cara rebusnya - macam kita masak singgang/pindang, sedap juga dimakan. Cuma disana, lain caranya. :)
Wa'alaikummussalam Yong Halima...
BalasPadamikan rebus yang dijual kat Perak, kalau masak lemak dengan cili hijau, sedap kan? :)
Adikku Samad yang disayangi...
BalasPadamkakcik bukan setakat lalu di Tuaran, malah menginap di sana.
Mestinya isteri Dik Samad tu lawa (kalau di Sarawak, lawa bermakna sombong - tapi lawa yang kakcik maksudkan tu = cantik) orangnya. Pandai Dik Samad cari isteri. :)
Jangan2 masa kakcik ada di sana (26/5 - 1/6), Dik Samad pun ada di sana.
laaa... saya ada di sana sehingga 3hb.. kalau tahu boleh ajak dtg rumah.. rumah isteri kat pekan tu je... frust nyaaa..
BalasPadamDik Mad...
BalasPadamnanti kita jumpa di sini sajalah. Tak ada rezeki kita nak jumpa di sana. Bila-bila nanti telefonlah kakcik, ya? :)