Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 10 Jun 2011

Perjalanan pulang...

Mujurlah kali ini tiada bayaran tambahan perlu dibuat ke atas bagasi yang dibawa pulang.  Tidak seperti Program Integrasi Nasional ke Sarawak tahun lepas di mana ribuan ringgit terpaksa dibayar kerana muatan yang melebihi had.

Kalau tak silap aku, kotak-kotak itu berisi makanan kering seperti ikan bilis, udang kering dan kuih cincin

Nasib baik tidak ada yang tertinggal

Tengok jangan tak tengok.  Jangan sampai ada yang ketinggalan

Tolak troli masing-masing, ya



Sempat lagi menjawab soal selidik tu

Ini adalah gambar sewaktu mendaftar masuk untuk ke KKIA.  Dalam bulatan adalah beg yang disedari tertinggal sewaktu tiba di KKIA (aku terperasan gambar ini sewaktu membelek-belek ratusan gambar yang kurakam)

Semoga semua peserta program ini berpuas hati dengan apa yang telah dilalui.  Kekurangan di sana sini adalah sesuatu yang bukan luar biasa.  Diharapkan ada manfaat atas apa yang telah ditempuhi bersama selama tujuh hari enam malam tersebut.



30 ulasan:

  1. ratusan gambar, kakcik?
    waduh..byknya!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kakcik,

    Saya betul puji dengan penjual-penjual di Sabah Sarawak, mereka ni kalau pasal bungkus membungkus memang kelaslah. Kita tak perlu risau.

    Saya selalu terfikir kerana orang terengganu terutamanya tidak belajar dari sikap orang sabah dan sarawak ni dalam membungkus jualan.

    Contohnya bila kita beli keropok, cuba membungkus dengan cara yang cantik dan sedang dibawa macam di sabah dan sarawak ni, mesti best.

    BalasPadam
  3. 7 hari 6 malam..wowww!
    mesti puas berbelanja & bercuti kan kak :D

    BalasPadam
  4. mak ai lame tu kak 7 hari 6 malam , mesti puas berjalan ye kak..

    BalasPadam
  5. amboi kak cik banyaknya barang..nasib baik tak de yg tertinggal..

    murah kee berbanding msia..

    BalasPadam
  6. aaaaa kuih cincin adalah fav saya kak :)

    BalasPadam
  7. patut lah beratus gambar...7 hari 6 malam tuuu...:) mau jugak caj kamera tu tiap2 hari..takpe..takpe bukan selalu kakcik kan...

    BalasPadam
  8. Q.. iya, ratusan gambar. Itupun ada tempat yang kakcik tak pergi.

    Pada hari ke 6, dari pagi hingga hampir petang, kakcik duduk di hospital, bilik jenazah dan lapangan terbang (walaupun tidak dapat melihat jenazah dimasukkan ke ruangan kargo). Pada waktu pagi itu, para peserta ke Pesta Kaamatan. Mereka tiba ke bilik jenazah saat jenazah akan dimandikan.

    BalasPadam
  9. Wa'alaikummussalam Kak Ani...

    para peniaga di Sabah dan Sarawak memang cekap membungkus barangan yang kita beli, kan?

    Memang sepatutnya para peniaga di sini meniru kecekapan dan kekemasan itu.

    BalasPadam
  10. MDT...

    kakcik tidak berbelanja sakan kerana kakcik rasa tiada apa yang hendak dibeli (sebenarnya duit tak cukup tu...). Cuma puas ke sana sini sampai sakit belakang!

    BalasPadam
  11. kakcik... baru sempat menjengah disini.. byk entry mau khatam. ahaks! asa kt swk dulu, yg berat tu pasu2 kot...sbb tu terleby muatan. hiks.

    BalasPadam
  12. Amy...

    memang puas sampaikan bila balik ke sini, kakcik ke spa untuk berurut. :)

    BalasPadam
  13. Sal...

    ada yang murah, ada yang mahal. Kenalah pandai memilih dan memastikan bahawa barang yang dibeli itu benar2 diperlukan. :)

    BalasPadam
  14. Mimi...

    kakcik ada beli sikit kuih cincin tu, tapi balik ke sini dah hancur!

    BalasPadam
  15. Siti...

    itupun sebab guna kamera murah, kalau guna DSLR mahu beribu gambar yang dirakam!

    BalasPadam
  16. Cyana...

    mujurnya mutiara dan perhiasan di Sabah tu tak seberat dan sebesar pasu dan tikar Sarawak! :)

    BalasPadam
  17. salam kakcik,

    dalam kotak2 tu adatak
    termasuk kek lapis ati..hehe


    ^________~

    BalasPadam
  18. Seronok kakcik jalan ramai2 gini kan..biasa lauk2 segar2 dari sana.,

    BalasPadam
  19. seronoknya


    cuti kali ni tak gie jalan mana-mana pun

    BalasPadam
  20. W/salam Ati...

    kat Sabah kakcik tak jumpa kek lapis. InsyaAllah, kakcik mungkin ke Sarawak lagi. Nanti kakcik belikan kalau kakcik pergi, ya. :)

    BalasPadam
  21. Qema...

    mungkin sebab kakcik pergi bersama program terancang, jadi makanan memang tidka menjadi masalah (sedap dan segar). :)

    BalasPadam
  22. pB...

    kakcik ni mengikut En. Suami je. Anak2 pula mengikut ibu saudara mereka ke Cherating dan PD. :)

    BalasPadam
  23. kalu skali brcuti mmg snap sana sini kan kakcik..maklumlh skrg dh xmcm dulu.guna kamera digital xpyh beli filem.....kalu dulu nk brgambar mesti kena kira 1.2.3..biar betul2 cantik cz guna kodak...he....

    BalasPadam
  24. NzA...

    kakcik pun kadang2 ambil gambar menjadi, kadang2 tak. Masalah juga bila mata rabun, ingatkan gambar diambil dah cantik. Bila tengok semula kat skrin komuter, rupa2nya kelabu! :(

    BalasPadam
  25. duk sana selama itu....hui.....mesti puas hati kan kakcik?

    GB tak sabar nak tunggu oktober!

    BalasPadam
  26. huhuhu, mesti banyak lagi citer yang nak di kongsi tuh

    BalasPadam
  27. Air Asia skrg dah kenakan charge pada bagasi yg 15 kg ke bawah..rasanya dulu takde masalah..bisness2

    BalasPadam
  28. gB...

    banyak juga asam garam perjalanan yang tidak kakcik coretkan. Biarlah menjadi kenangan di hati sendiri.

    BalasPadam
  29. eelobor...

    tiada lagi catatan ke sana selepas ini. Kalau ada pun, mungkin kakcik letak gambar2 sahaja.

    BalasPadam
  30. IS...

    masih murah berbanding MAS, kan? Tapi kalau rajin buka website MAS, mungkin boleh dapat tambang yang lebih murah dari AA kerana tambang MAS termasuk pakej bagasi dan makanan. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com