Semoga roh Pak aman dan sedang berbahagia di sana.
Hari ini genap sebulan Pak meninggalkan kami - meninggalkan segalanya. Namun macamana sekali pun, walau orang tahu masa tak akan berulang semula, hati orang ini masih lagi ada rasa terkilan, rasa sebu dan sebal serta segala rasa yang tidak enak. Setiap kali mengingatkan segala itu, airmata orang tak akan dapat ditahan untuk keluar.
Pak, orang tahu bahawa orang ini bukan anak yang baik. Orang selalu sakitkan hati Pak. Orang tak jaga Pak dengan baik. Orang selalu ikut kata hati yang hanya tahu marah. Orang harap Pak telah pun mengampunkan segala dosa orang terhadap Pak, walaupun orang mungkin tidak layak untuk dimaafkan.
Pak, orang tahu Pak kecil hati pada orang dengan adik-adik. Pak kata kami 'tidak berusaha'. Sebenarnya Pak, kami telah lakukan segala yang kami terdaya di luar pengetahuan Pak. Allah mengetahuinya. Tapi tak mengapalah, segalanya telah pun berakhir.
Pak, walaupun anak-anak Pak bukan orang senang, seboleh mungkin kami cuba buat yang terbaik untuk Pak. Kami masukkan Pak ke hospital bukan untuk lepas tangan tapi kami mahu Pak pulih semula. Kami tidak terkilan dengan apa yang telah kami lakukan itu. Takdirnya, memang Pak akan 'pergi' di rumah orang.
Pak, orang dah tak boleh nak tulis apa-apa lagi. Rasa terkilan di hati ini, hanya Allah jua yang mengetahuinya. Airmata yang mencurah ini pun tiada apa-apa lagi ertinya. Orang doakan sejahteralah Pak di sana.
Walaupun orang ini anak yang kasar dan degil, tapi orang sayangkan Pak...
Salam Kak Cik.
BalasPadamcara, gaya hidup, status, darjat tidak menjamin kita bahagia. Ianya juga tidak menentukan kasih sayang dan perhatian yg berkurang pula terhadap orang tersayang.
Sangat subjektif kasihsayang itu...
Semoga PAK aman dan sejahtera di “sana“.
Sabar Kakcik.
*entri ini mengingatkan saya kepada arwah PAK saya juga, yang tidak sempat saya pandang kali terakhir.
Azie...
BalasPadamsangat besar rasa terkilan di hati ini (nangis lagi)....
sodeyy kanns makk.. uhuhu
BalasPadamen_me...
BalasPadamsedih yang tak terucap. :(
apa yg terbuku dihati...klu diluah kan lega rasanya....!
BalasPadamsemoga roh PAK aman disana,amin....!
kaklong...
BalasPadamkadang2 luahan itu juga akan menjadi satu igauan... :(
Sedih entry ni..moga Pak di kalangan2 orang yang beriman..
BalasPadamAlfatihah
Pn Nani...
BalasPadamlagilah sedih hati ini yang bagai tersiat-siat...
Perempuan & airmata tak dapat dipisahkan kakcik. Allah tahu atas usaha dan daya yg telah kakcik lakukan.
BalasPadamMoga pak berada dgn aman di "sana".
Sayu pulak kakak rasakan....
entri kakcik ni memang sedih. Buat Yus rasa sayu membacanya...
BalasPadamKakcik dah buat setakat mampu untuk "Pak". Moga rohnya aman di sana...
Al-Fatihah
Assalamualaikum...
BalasPadamBiarlah kesedihan itu sering diiringi dengan doa moga Pak terampun dosanya serta tenang di sana..
saya dah kehilangan 17 tahun tapi kenangan bersama arwah tidak pernah luput.
BalasPadamorang tua susah nak bawak gi hospital~~memang camtu kah?
BalasPadamKakzakie...
BalasPadamsetiap detik mengenangkan apa yang telah terjadi, hati kakcik pastinya rasa hancur berkecai...
~ yus ~...
BalasPadamrasa terkilan itu mungkin tidak akan terhakis sampai bila2...
Wa'alaikummussalam Ustaz...
BalasPadammemang itulah doa kakcik terhadap kedua ibubapa kakcik, semoga Allah Yang Maha Pengampun mengampunkan segala dosa mereka dan dosa kakcik juga...
eelobor...
BalasPadamsiapapun ayah kita, tanpanya tidak adalah kita di muka bumi ini dengan izin Allah...
bujal...
BalasPadamada juga orang tua yang suka ke hospital...
berbuat baiklah kepada mereka yang masih mempunyai pak lagi.
BalasPadampak memang lain dari ibu dan sukar difahami oleh anak-anak.
AM...
BalasPadamtakkan sama cara pak menunjukkan kasihnya - pasti berbeza dengan cara mak...
Salam..sabar k.cik ye,
BalasPadamsy pun pernah mengalami benda yg sama, arwah ayah pd akhir usianye dan arwah mak ketika fasa kerungsingannye. Kte bkn sempurna kak, bkn k.cik sorg yg akan rasa mcm tu. semua org pun akan rasa mcm tu. Sbb tu org boleh kata, mak ayah nak jg anak 10 boleh, tp 10 anak belum tentu boleh jg mak ayah bila tua nnt. Kite dah cuba yg terbaik, dn terpaksa berusaha bersungguh2 utk mengikhlaskan tanpa rungutan. Mmg susah kakcik. Sama2la kite berdoa, jgnla kite pun di situasi yg sama kerana kasihan anak2 kte diduga.
salam akak...
BalasPadamorg pon sedih...
xpela..kita doakan pak bahagia di sana..
org syg akak..:)
Fisz...
BalasPadamkakcik juga berdoa dan sangat berharap agar kakcik tidak akan menyusahkan anak2 kakcik suatu hari nanti sehingga membuat mereka berdosa tanpa sengaja. Apa2pun, awal2 lagi kakcik dah maafkan segala salah silap anak2 kakcik kerana tahu kakcik juga bukan ibu yang sempurna buat mereka.
Cik Ceria...
BalasPadamkakcik pun sayang kat Cik Ceria.
Malas nak sebut pasal sedih sebab airmata ini bagai tak tahu hendak berhenti keluar bila hati tersentuh....
(selepas retry more than 10x!)...
BalasPadampadamkan rasa terkilanmu kakcik
dengan zikir dan doa
Allah tahu usahamu bukannya kecik
tetapkan iman moga Pak damai di sana
sekarang dah masuk Rejab kan kakcik..
perbanyakkan amal kita...sama-sama berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari masa ke semasa...tiada dari kita yang begitu sempurna, semakin nak jadi baik semakin lebat dugaan menggoda...hanya yang tabah dan sering beringat akan mampu menitinya...
senyum sikit, belum boleh ker?
ala..boleh-bolehkan la..tapi tidak memaksa heh3...
Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala-galanya. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Sabar ye kak chik.
BalasPadamQ...
BalasPadamagaknya blogspot masih demam. Kakcik masuk ke blog sendiri pun banyak 'benda' yang kakcik tak nampak. Gambar kawan2 kat atas tu pun entah ke mana hilangnya.
Sekejap dah 8 Rejab hari ini. Tak lama lagi Syaaban, selepas itu Ramadhan. Ada yang sedang berbahagia tanpa apa2 yang memningkan kepala, ada yang berduka meniti masa - namun hidup ini ke satu arah juga akhirnya...
Kakcik masih boleh tersenyum walaupun tiada serinya kerana wajah yang dimamah usia ini agak lelah menyimpan rahsia...
Cik Ina...
BalasPadamsemoga kekuatan yang Allah berikan itu menjadikan kakcik lebih mensyukuri segala yang datang dariNya.
Terima kasih untuk doa yang Cik Ina titipkan. :)
sayunya bc ni..
BalasPadammoga dia aman di sana..
n3 "Pak" ini mengingatkan kakchik pada arwah ayah .. sedih. moga mereka dicucuri rahmat.
BalasPadamsedih sangat iols rasa...
BalasPadamsabar ye kakcik...
Al-Fatihah
Hamizah...
BalasPadamAminnn...
Sedar tak sedar, dah sebulan ayah Kakcik meninggal kan....maaf bertanya Kakcik, adik kakcik dah contact kakcik ke belum?
BalasPadamElla...
BalasPadamsemoga Allah mengampunkan dosa mereka dan menempatkan roh mereka di kalangan roh para solehin. Amin.
Miloais...
BalasPadambak kata pepatah 'berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung'...
Dr DZ...
BalasPadammasa pantas berlalu dan kita pun akan semakin hampir 'ke situ'...
Tentang itu - TIADA! :(
salam..
BalasPadamkak cik rasa terkilan itu lah yang paling sukar di ubati...
sabar la kak cik...
Ila...
BalasPadamperlahan-lahan kakcik cuba mengikis rasa itu walaupun kakcik pasti ianya sukar untuk kakcik lakukan.
moga kakcik tabah dengan semua dugaan ni
BalasPadamZul...
BalasPadamterima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Makcvik tak boleh nak follow blog Zul buat masa ini kerana ruangan itu tak keluar. Blogspot tengah demam denggi agaknya. :(