Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 11 Jun 2011

Suatu hari nanti, andai aku punya menantu...

pastinya menantu-menantuku adalah perempuan
aku sangat berharap dapat menyayangi mereka
dan mereka juga akan menyayangiku
walau tidak setanding ibu kandung mereka
cukuplah mereka menyenangi dan menghormatiku
aku tidak minta disanjung
kerana aku tahu aku tidak layak untuk itu

aku berdoa agar mereka dan anak-anakku saling mengasihi
berganding bahu membina rumahtangga dan keluarga
menjadi contoh yang baik kepada anak-anak
tidak terpesong dari landasan dan batasan agama

aku berdoa agar menantu-menantuku
menerima baik aku dan suamiku
andai sesekali kami datang bertandang ke rumah mereka
dan tidak lupa untuk menjengah kami di rumah sendiri
walaupun mungkin ketika itu
kami tidak lagi berupaya untuk berdiri

aku juga berdoa
agar anak-anakku akan menjadi suami yang baik
yang sayangkan mertua mereka
sebagaimana mereka sayangkan mak dan ayah sendiri
dan mertua mereka juga
akan menyayangi anak-anakku
sebagai mana mereka kasih kepada anak-anak sendiri

hatiku menjadi kecut
melihat mertua yang menyumpah menantu
melihat menantu yang meminggirkan mertua
melihat anak yang lupa asal-usul
bila mendapat mertua yang lebih berada
melihat ibubapa yang masuk campur
hingga memporak-perandakan rumah tangga anak menantu

Ya Allah, kepadaMu aku berserah.


30 ulasan:

  1. Semoga Allah SWT menunaikan impian kak chik.Amin

    BalasPadam
  2. Amin, sayang tak nak jadi menantu kak chik, banyak sgt permintaan.

    BalasPadam
  3. Op lagi satu,harapnya menantu kak chik, ada blog, sama sama update. Hehe..masuk pulak list Sdr Mazidul.

    BalasPadam
  4. insyaallah.semoga cepat2x kak chik dapat menantu.

    BalasPadam
  5. Amin.... moga doa dan harapan kakchik dimakbulkan...

    harapan dan doa saya juga, kakchik..

    BalasPadam
  6. Insya Allah.....hanya kepada-Nya kita meminta dan berserah

    BalasPadam
  7. Begitulah kita kena pasrah setelah kita berdoa kakcik....Insya-Allah...

    BalasPadam
  8. harap2 mcm tu kak....seram jugak bila mana bonda kita tak diterima isteri....tapi saya alhamdulillah....semuanya ok....ahakz

    BalasPadam
  9. bila pulak kita semua nak berbesan ni kak oiiii

    BalasPadam
  10. ibu,

    sebagai seorang ibu tak kisahlah mertua atau ibu sebenar, perlulah kita mendidik anak menantu dengan sabar.orang baru pasti tak biasa dengan rutin keluarga kita.jelaskan pada mereka malah ajar mereka.

    jangan harapkan mereka perlu tahu segala tapi membiarkan anak kita melakukan kesalahan.

    sebagai seorang anak pula, perlulah sentiasa dahulukan ibubapa tak kisah keluarga sendiri atau mertua.

    bagi seorang suami pula, sayangilah isteri tapi jangan derhaka dengan ibubapa.

    setiap orang perlu tahu peranan masing-masing..baru keluarga aman damai.

    segalanya berpokok kepada ajaran agama itu sendiri.sentiasa bersederhana dan bersangka baik.

    BalasPadam
  11. mmmmmm....anak kakchik semuanya lelaki ye???

    BalasPadam
  12. jadilah menantu yang baik insyaallah suatu hari kita juga akan dapt menantu yang baik...selebihnya berserah kepada Allah. Apapun doa yang terbaik...semoga tiada dugaan kepada kita dihari tua...

    BalasPadam
  13. Moga doa kakcik diperkenankan .. Insyallah ..

    Seandainya tdk memenuhi impian kakcik, anggap saja itu dugaan dan ujian dari Allah utk menguji kesabaran kakcik dan suami ...

    BalasPadam
  14. salam kakcik... semoga dapat anak2 menantu yang baik. dah menghitung hari ker?.. kakcik menunggu ketibaan menantu.. hehe

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum my lovely KakCikS:)

    moga akak sihat2 di sana:)

    InsyaAllah sis...
    berkat doa seorang ibu..moga Allah memperkenankannya...

    Amin..:):)

    BalasPadam
  16. selama ni dah ada kursus perkahwinan untuk bakal pengantin...apa kata diadakan jugak kursus kepada bakal mertua?

    tanggungjawab sebenar 'menyediakan' makan minum dan keselesaan isteri adalah di tangan para suami dan isteri akan beroah ganjaran baik bila membantu mempermudahkan bebanan suami, malangnya kebanykan mertua (tidak semua ya) selalu memperlakukan menantu perempuan macam satu anugerah 'babu' dari anak lelaki kepadanya...ditambah pula dengan perangai iapr duai yang taktau malu suka menumpang tui dan tak sedar diri...

    ustaz2 dan ustazah2 pula sering berkata " sabarrrrrr..............'
    akhirnya semakin galak mentua taktau diuntung...hingga tergamak melakukan perkara2 yg diluar batasan kemanusiaan...

    hey, jangan taktau ramai org tua yg derhaka terlebih dulu pada anak2 muda dengan tiket dan lesen besar 'ketuaan' mereka....

    watudu?

    BalasPadam
  17. sorry kakcik
    ayat sebenar beroleh ganjaran bukan beroah ganjaran...penat sgt dah ni heh3 sampai tersasul dan baca entri kakcik secara tak langsung menambah penat di bahu saya keh3...cerita lama!

    saya percaya kakcik bakal menjadi seorng mentua yg hebat insyaAllah... bersama2 kita beringat2...


    saya pernah nak tulis cerita tentang ini lama dulu tapi sering tertangguh, taktau naper...

    BalasPadam
  18. saya berharap agar impian kak cik dan spt juga impian saya akan tercapai sb saya pun bakal terima menantu..hehe..itu 15 thun lagi kot..

    yg kak cik ni bila?..tahniah awal2 dr saya...

    BalasPadam
  19. saya pun berharap jika dpt menantu nanti,mereka akan membahagiakan anak2 ct,pastu semoga ct akan menjadi mak mertua yang disenangi oleh menantu
    Anda telah di dera jika..
    Zaman isteri bermanja-manja sudah berlalu

    BalasPadam
  20. kak cik..
    saya pun teringin dpt menantu spt kak cik tulis pd suatu hari nanti..

    dia sayang kita seadanya..

    moga impian menjadi kenyataan yg menggembirakan..ameen..

    BalasPadam
  21. Insyaallah bonda.. nanti jgn lupa jemput aefa eh kalo de majlis =)

    BalasPadam
  22. saya bakal dapat 3 menantu perempuan kak..heee...INSYALLAH

    BalasPadam
  23. semoga kakcik akan disenangi oleh anak menantu

    BalasPadam
  24. Insyallah Kak Cik bakal menjadi Ibu mertua yang baik dan Insyallah jua bakal mendapat menantu yang solehah.

    Dlm Islam sebelum dan setelah menikah ketaatan anak lelaki harus kepada ibu, ibu dan ibu. Manakala ketaatan anak perempuan terhadap ibu bertukar setelah dia menikah kepada ketaatan kepada suami. Selagi Ibu atau Suami tidak menyuruh kepada kemungkaran maka ketaatan itu harus di patuhi. Itu Hukum yang telah di tetapkan oleh Allah Yang Maha Adil.

    BalasPadam
  25. InsyaAllah kak cik.. apa yang kita beri, itu yang kita dapat.

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum KakCik, senang cakap, kalau menantu hangin, buat dono, cam mak saya. Mak mertua akak pot-pet, pot-pet, akak buat dono...ha ha!

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum Kakcik,

    Akak sudi jadi ibu mertua kepada seorang menantu lelaki dan seorang menantu perempuan.

    Buat masa sekarang kami bahagia, semoga kebahagian ini berpanjangan.

    InsyaAllah niat baik kakcik akan dimakbul Allah.

    BalasPadam
  28. ni dia 'bakal menantu tak jadi' sudah datang....hahaha!!!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com