Kawan-kawan kakcik

Isnin, 27 Jun 2011

Langkawi Cable Car...

Hasratku untuk berkunjung ke Langkawi telah dipermudahkan oleh Allah SWT.  Alhamdulillah.  Aku telah menumpang keluarga seorang kenalan (Pengurus Kanan di Syarikat tempat suamiku bekerja).  Pada mulanya suami tidak membenarkan aku pergi bersendirian, tetapi apabila berteman dia tidak menghalang.  Segalanya tidak dirancang, aku berselisih jalan dengan keluarga berkenaan pada pagi Sabtu tersebut.  Ringan mulutku bertanya mereka 'hendak ke mana'.  Bila diberitahu mereka hendak ke Langkawi, ringan juga mulutku menyebut 'hendak ikut'.  Mereka berempat beranak, campur aku jadi lima.  Di Langkawi kami menyewa kereta dengan kadar RM50.00. 

Tempat pertama yang kami tuju selepas mengisi minyak kereta ialah Langkawi Cable Car di Gunung Machinchang...

Nampak saja senyum tu padahal hati dah mula kecut!

Kalau seorang diri besar kemungkinan aku tidak akan naik kereta kabel ini

Sayup mata memandang

Bagaimana agaknya jambatan ini dibina?

Aku tak berdaya untuk turun jadi aku sekadar mengambil gambar dari jauh.

Hanya sampai di sini sahaja aku mampu 'mendaki'

'Mulut tanpa insuran'ku sempat juga memberi khidmat nasihat percuma kepada
anak-anak muda ini agar tidak merokok sewaktu 'sedang bekerja'.  Itupun selepas
aku kenyang makan sebiji burger ayam yang berharga RM5.90.

Diupah RM1,000.00 pun aku tidak akan berani menaiki kereta kabel yang ini.

Naik dulu baru tahu bagaimanakah perasaan berada tergantung-gantung begitu.


Mak tu bukan nak ajak Adik.
Kalau selalu macam ni, Adik nak merajuk la...


 


58 ulasan:

  1. bestnya g langkawi, dulu nak pergi, xjadi pulak, best kakcik berjalan,hehe

    BalasPadam
  2. Saya tak pernah naik lagi...dan plan mmg nak naik...

    Mesti cantik pemandangannya kan ..

    BalasPadam
  3. memang takut naik cable car.
    masa naik dulu... anak saya siap sound saya lagi, ibu baca fatihah byk2... kita berada di tmpt tinggi ni... hehe

    BalasPadam
  4. masa ati dtg honeymoon dulu
    semua takde lagi

    harap ada rezeki nk kesitu nanti :)


    take care ...bye2 kakcik cayang

    BalasPadam
  5. yey... sampai jugak kakcik ke langkawi ye...

    daim sebungkus.. ahaksss

    BalasPadam
  6. kak....saya last gi langkawi masa form 1 hehehe.....lama sgt dah

    BalasPadam
  7. burger ayam rm5.90??!!! *pensans*
    ate mekanan aje yg diseboknye ish3.. heheheheh..
    eh lupe bg slm.. assalamualaikom kakciiiiikkkkkkkk!

    BalasPadam
  8. wah... bestnya... saya pun tak pernah naik lagi

    BalasPadam
  9. wallah mama
    tak koser r nak naik tempat tinggi2..takut la..huhuhu

    BalasPadam
  10. Adik sekolahlah sayang. Kalau tak mesti mak bawa adik itu yg auntie pasti.

    Kakcik kalau kakak tak berani naik cable car. Hebat juga kakcik nie...

    BalasPadam
  11. uittt...jeles!
    dolu pi langkawi x berkesempatan naik cable car... teringin sgt

    BalasPadam
  12. kakcik, saya kalo bagi 500ribu berani kot naik MC2 tu.. dok bersila atas lantai dia boleh kan.. heheh..

    adik, sesekali bagi ler can mak nak joli sorang2.. hehe..

    BalasPadam
  13. Mesti singgah kat UnderWaterWorld. Best ya duduk 'bawah laut'..

    BalasPadam
  14. Zul...

    ada peluang nanti, pergilah. Lihatlah sendiri apa yang mungkin memikat hati. :)

    BalasPadam
  15. Dr DZ...

    kalau memandang ke kejauhan, memang indah. Tapi kalau pandang terus ke bawah, rasa bagaikan tidak berdarah! :)

    BalasPadam
  16. MLD...

    kakcik pun tak putus ingat pada DIA. Gayat weh! :)

    BalasPadam
  17. Ati...

    boleh pergi untuk bulan madu yang ke sekian kalinya. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  18. bujal...

    kalau dibandingkan denga keringat yang terpaksa merek keluarkan (memikul bahan2 jualan menaiki tangga selepas diturunkan di stesyen kereta kabel itu), harganya agak berpatutan. :)

    BalasPadam
  19. Mimi...

    kakcik belum lama lagilah pergi ke Langkawi kali terakhir. Tapi menaiki kereta kabel itu adalah untuk kali pertama. :)

    BalasPadam
  20. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    mulanya nak pengsan juga, tapi kalau pengsan sebab tak makan - lagi payah. Hehehe...

    BalasPadam
  21. Shida...

    kakcik pun belum tentu berpeluaang/teringin nak naik lagi. :)

    BalasPadam
  22. Cheqna...

    mama pun bukannya berani sangat. Tumpang semangat orang je... :)

    BalasPadam
  23. Kakzakie...

    kakcik bukan berani sangat, cuma keinginan itu agak kuat. :)

    BalasPadam
  24. Sue...

    boleh pergi lagi di lain kali. :)

    BalasPadam
  25. Anaa...

    kakcik kalau terpaksa naik MC2 tu, kakcik pasti akan baring dilantainya dan tutup mata rapat2. :)

    BalasPadam
  26. IM...

    kakcik tak pernah masuk ke UWW tu... :)

    BalasPadam
  27. Alhamdullillah kira rezeki Kak Cik laa yer..dpt gi Langkawi.. Saya pergi 3 tahun lepas.. seronoknyaa.. :)

    BalasPadam
  28. uih.gayat tu kalau naik kak chik...bestnye..singgah duty free zone soping2 x kak chik?

    BalasPadam
  29. cable car? nehi...nehi...
    kalau diupah tu...saya amik upahnya jer lah...nak naik sorry...heh3

    BalasPadam
  30. Alhamdulillah...

    dah tersurat memang kakcik dapat pergi pada tarikh tu. :)

    BalasPadam
  31. cikmemy...

    kakcik cuma beli coklat je. Yangf lain2 tu memang tiada apa yang nak dibeli - peruntukan pun terhad. :)

    BalasPadam
  32. Q...

    kalau boleh ambil upah je tanpa lakukan tugasan, kakcik pun hendak. :)

    BalasPadam
  33. Keta MC 2 tu pun ikut laluan biasa ke kak.....mcm best jer tu.....ahakz

    BalasPadam
  34. tang naik cable car di gunung mat cincang ni saya tak berapa seram...tapi yang kat Genting tu saya mmg seram...
    best kan sesekali pergi langkawi ni..saya pun dah lama tak kesana...paling akhir tu masa tahun 2007...dah lama tuuuu

    BalasPadam
  35. aloor bestnya kak ..
    saya x pernah naik layie .. masa saya ke sana, saya baru 18 tahun .. masa tuu xder layie cable car nie :)

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum Kakcik,

    Saya tak berani naik cable car ni. Kata orang sesiapa yang ada darah tinggi tak boleh naik, merbahaya,

    Bestnya kakcik dapat naik.

    BalasPadam
  37. saya penah naik kete kabel masa pi genting je dulu..kecut perut..mcm2 pikir..tali putus la..huhu

    saya xpenah pi langkawi..plan ade//xtau bila..mmg nk naik kete kabel ni..ehhe

    BalasPadam
  38. jeBateja...

    mana ada laluan lain! Kakcik rasa ianya digunakan untuk mengangkut barang2.

    BalasPadam
  39. Ezza...

    kakcik dah beberapa kali naik yang kat Genting tu, tapi kakcik lebih gayat naik yang di Langkawi ni. :)

    BalasPadam
  40. walau dah sampai empat kali, namun masih belum berani naik kabel car tu...brani setakat beli tiket untuk anak2 saja..hahahha

    BalasPadam
  41. ieda...

    bolehlah pergi bersama keluarkan pula. :)

    BalasPadam
  42. Wa'alaikummussalam Kak Ani...

    saya pun hampir2 dapat penyakit darah tinggi sebab gayat. :)

    BalasPadam
  43. Mama SN...

    Langkawi punya lebih tinggi dari yang di Genting.

    Jom kita pergi sama-sama. :)

    BalasPadam
  44. ibuintan...

    kena cuba naik tau. Waktu turun kurang gayatnya (sebab duduk mengundur). :)

    BalasPadam
  45. first time naik igt xmo naik dah serik. pastu gi lagi naik x serik2.

    but pas kawen x dpt le nak naik lg..hubby gayat hehehehe

    BalasPadam
  46. kak cik kalau hari tak cuti, rm 30 pun dapat sewa kereta tu

    BalasPadam
  47. GreenJade...

    kena naik sendirian la nampaknya - tinggalkan suami di bawah. :)

    BalasPadam
  48. gB...

    burger biasa RM3.50 - kalau double = RM5.90 :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com