Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 24 Jun 2011

Teman bagaimanakah yang kamu cari?...

Pesan Saidina Ali R.A...

'jauhilah berteman dengan PEMBOHONG kerana ia boleh menjadikan yang dekat lari darimu,

 jauhilah berteman dengan orang yang BAKHIL kerana ia akan melupakanmu saat kamu sangat memerlukannya,

 jauhilah mereka yang berbuat KEJAHATAN kerana dia tidak teragak-agak untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.'

Nota hati : Terima kasih kepada seorang temanku yang berada di Selatan Semenanjung kerana tidak pernah lupa untuk mengirim pesanan ringkas berbentuk tazkirah kepadaku pada setiap pagi Jumaat.  Semoga Allah merahmatimu, teman.

'Adik pun selalu ingat kat mak terutama waktu makan
sebab adik lebih suka kalau mak yang suapkan.'






60 ulasan:

  1. Salam Kakcik.
    apologised...lama tak jenguk! Sibuk semacam...sampai blog saya pun tersangkut2 nak update!

    BalasPadam
  2. salam jumaat kakcik,
    kena pandai2 pilih kawan takut terikot2 dgn cara mereka yg takbetul..

    rindu plak nak menyuap anak2 makan :(

    BalasPadam
  3. diriku pun tak pasti, apakah aku layak untuk dijadikan teman lalu aku pun tidak layak untuk mencari-cari kerana hati emas itu teramat sulit untuk didapatkan...

    heh3 amacam kakcik?

    BalasPadam
  4. W/salam Shah...

    blog Shah tu kalau ada catatan baru, kakcik jenguk2 juga - tapi jarang tinggal komen. :)

    BalasPadam
  5. Salam MDT...

    hujung minggu ni tak berjumpa dengan anak2 rebina tu, ke? :)

    BalasPadam
  6. Q...

    kena juga kita lihat kawan itu membawa kita ke arah mana. Buatnya dia ajak terjun dalam kubang kerbau yang penuh lintah tanpa sebab, kakcik tak nak! :)

    BalasPadam
  7. saya mahu teman yang ikhlas. tapi ikhlas itu tak perlu disebut.. :)

    BalasPadam
  8. gB...

    kita akan dapat menilai keikhlasan walaupun tiada ulasan, kan? :)

    BalasPadam
  9. Sedang yg berkawan dgn kucing pun faham maksud bunyi kucing..

    Adik... anak auntie sampai sekarang pun masih bersuap juga.

    BalasPadam
  10. Kakzakie...

    bila sudah lama bersama, bunyi kereta pun kita faham rentaknya. :)

    Adik tu - belum sebut fasal menyelit bawah ketiak!

    BalasPadam
  11. memilih kawan ni memang kene hati2 kan kak..sebab kawan ni la banyak bagi pengaruh samada baik atau buruk kat kite...

    p/s : dah lunch da kak chik?

    BalasPadam
  12. adik mmg manja... dah besar pun nak mak suap.. teringat filem hindustan,bila dah besar pun masih mahu mak suapkan. mmg tersentuh hati tgk moment tu.

    BalasPadam
  13. Terharukan hati bila terima sms tazkirah.. Suatu waktu dulu Ate rajin lakukannya..setiap minggu satu sms. Tah apa sebabnya, Ate rasa jemu dan malas, terus menghentikan 'khidmat' tazkirah / doa via sms pada teman-teman. Ternyata Ate bukan sahabat yg baik dan setia. Ikhlas? Jauh sekali (psl rasa uhhh..bnyk nya kena bayar bil hp). Teruknya Ate ni...huhuhu.

    BalasPadam
  14. betul tu sis


    tp..plg x best..kwn tikam kwn..nak pulak kwn karib..aduhh..sabo aje lar..

    salam kenal..salam ukhwah :)

    BalasPadam
  15. zati...

    anak bongsu - manja dan mengada2nya agak lebih sikit. :)

    BalasPadam
  16. cikmemy...

    berkawan ni sikit sebanyak akan mempengaruhi tingkah laku kita.

    Alhamdulillah, kakcik nak makan. Cikmemy makan apa? :)

    BalasPadam
  17. Cyana...

    harapnya bila tiba waktu mak minta disuapkan, Adik tidak akan merasa jijik pula. :)

    BalasPadam
  18. Ate...

    InsyaAllah, walau secebis kebaikan yang kita lakukan, akan tetap ada ganjarannya. :)

    BalasPadam
  19. Green Jade...

    janganlah kita menjadi kawan yang menikam kawan sendiri walaupun kita ditikam berkali2... :)

    BalasPadam
  20. ringkas tapi padat. terima kasih atas peringatan

    BalasPadam
  21. eelobor...

    ingat mengingat sesama kita yang sering lupa. :)

    BalasPadam
  22. adik mengingatkan cik ina ngan Firdaus, dia pun suka makan bersuap. adik manja, dah besar nak suruh kak chik suapkan makan lagi.

    BalasPadam
  23. kita boleh berkawan dengan sesiapa saja. cuma kita sendirilah kena pandai. mana yang elok kita boleh ikut mana yang tak elok tu jangalah kita ambik

    BalasPadam
  24. salam..

    org kata kalau nk menilai org kena lihat siap teman-temannya..

    BalasPadam
  25. Sallam Kakcik,

    Kala betul pilih kawan kita bahagia,
    kalau silap pilih kawan kita sengsara.

    BalasPadam
  26. Cik Ina...

    jangankan Adik, Alongnya yang dah masuk 24 tahun tu pun sesekali teringin makan dari suapan maknya! :)

    BalasPadam
  27. IS...

    semoga kita mendapat/menjadi kawan yang sebegitu. :)

    BalasPadam
  28. harap teman yang boleh menegur salah kita

    BalasPadam
  29. Monalea...

    jangan sewenang2nya mengembek atau menguak sekiranya perbuatan itu nyata tidak elok, kan? :)

    BalasPadam
  30. W/salam Rina...

    maka janganlah orang lain dipandang sinis kerana berkawan dengan kita (jika kita baik di pandangan orang, mungkin kawan kita juga akan dipandang baik) :)

    BalasPadam
  31. Zeq...

    ejaannya lain, sebutannya berbeza - maka kedudukannya pasti tidak sama... :)

    BalasPadam
  32. W/salam Lipislady...

    semoga kita juga bukanlah kawan 'yang tersalah dipilih'. :)

    BalasPadam
  33. suri...

    ...dan bukan teman yang membenarkan walau kita melakukan kesalahan...

    BalasPadam
  34. juga jgn menjadi gunting dlm lipatan..menikam teman dr belakang..

    carilah teman yg sentiasa bersama ketika susah dan senang...

    BalasPadam
  35. kakcik ada jugak kawan yg makan kawan kan?

    BalasPadam
  36. Mama SN...

    gunting dalam lipatan, kalau tiada tangan yang menggerakkannya, tiada juga ia boleh menjalankan kerja! ;-)

    BalasPadam
  37. Sya...

    adaaaaa.. siap buat kari lagi sebelum dimakan! ;-)

    BalasPadam
  38. wahh...adik dah besar2 pun nak manja2 dengan mak mintak suapkan yer..hehe...:)

    betul kakcik..pilih teman, sahabat & kawan..kena hati2. takut tersilap pilih..yang jadi mangsa, diri kita sendiri.

    BalasPadam
  39. Kata Dr Abdullah Aidh Al Qarni dalam bukunya La Tahzan...'kita boleh berkawan dengan sesiapa saja kecuali dengan seorang pendengki....'

    BalasPadam
  40. Suka dgn teguran kakcik..

    moga kita berteman dgn kawan yang menuju ke jalan yang benar..

    PS: adik.... kak ayu pun amalkan beri makan adik umai makan bersuap

    BalasPadam
  41. saya nak kawan yang ikhlas yang tak perlu sebut melalui percakapan tapi cukup la sekadar dengan apa yang di tunjukan...

    BalasPadam
  42. saya nak kawan yg menegur saya bila saya lalai dengan suruhan agama

    BalasPadam
  43. So far IM rasa bertuah kerana memiliki teman-teman sejamaah yang begitu mengambil berat...

    BalasPadam
  44. Pesan Rasulullah, makna lebih kurang ni "Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya wanginya akan terbau juga di badan kita tapi kalau berkawan dengan tukang beso, tak terbakar baju kita, paling tidak terkena juga percikan api.

    BalasPadam
  45. Baru leh jenguk kakcik..line takberapa elok..bagus ada teman saling mengingati ni..

    BalasPadam
  46. Siti...

    adik memang macam tu. Baru lepas makan pun, bila mak dia suap, dia akan makan lagi.

    BalasPadam
  47. Cheqna...

    dia yang manjakan diri dia tu. :)

    BalasPadam
  48. ckLah...

    orang yang bersifat pendengki pastinya sentiasa susah hati...

    BalasPadam
  49. Ayu...

    kakcik cuma 'menyalurkan' mesej yang kakcik terima untuk renungan kita bersama... :)

    BalasPadam
  50. Amy...

    ikhlas itu dapat kita baca walau tanpa kata2, kan? :)

    BalasPadam
  51. ibuintan...

    kerana kita bukan manusia sempurna, tanpa teguran - sesekali kita terbabas juga, kan? :)

    BalasPadam
  52. IM...

    syukurlah bila ada yang sudi menghulur tangan untuk dicapai saat kita tergelincir ke longkang... :)

    BalasPadam
  53. Kak Ani...

    kalau dekat dengan kerbau yang sedang berkubang, sedikir sebanyak pasti kita terpalit lumpur... :)

    BalasPadam
  54. Qema...

    line internet pun kadangkala semput juga. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com