Orang lain (termasuk aku) sibuk ke Pasar Ikan Masin dan Pasar Kraftangan (lebih dikenali sebagai Pasar Filifina), aku 'kehilangan' kelibat suamiku. Rupa-rupanya beliau ke pasar basah. Hmmm... pasti dia tak mahu aku mengikutinya kerana nanti aku banyak menyekat keinginannya untuk membeli!
|
Tengok-tengok tapi tak beli kerana tidak mendapat harga yang dihajati |
|
Akhirnya beli di sini. Ramai-ramai membeli, potongan harga pun diberi.
|
Gambar-gambar ini bukan di Pasar Kraftangan, tapi di rumah ibu seorang urusetia dari Sabah yang menjalankan perniagaan menjual perhiasan dan minyak wangi (tidak sampai RM50.00 aku belanjakan di sini) :
Sampai ke rumah di Cheras, barulah aku melihat hasil belian suamiku ini :
|
Kata suamiku tenggiri ini sangat murah berbanding dengan harga di Kuala Lumpur - hanya RM14.00/kg. Ikan kembung itu pula hanya RM3.50/kg. |
|
Udang harimau (entah berapa kilo) @ RM20.00/kg. |
|
Sotong - tak tahu nak masak apa dah! |
rumah tu dah macam kedai kak!
BalasPadamheheheh
banyaknya udang + sotong
tapi kat sana memang murah2 harganya
dan fresh kan?
miloais...
BalasPadamsampai sekarang, yang habis hanya udang dan ikan kembung. Ikan tengfgiri besar gedabak dan sotong tu belum dikhatamkan lagi. :)
Tentang harga, sebenarnya kakcik tak arif sebab En Suami yang selalu ke pasar. Dia kata murah, murahlah tu kot. :)
huhuhu...menu sedap nampaknya untuk malam ini
BalasPadameelobor...
BalasPadamsilap2 menu paso malam je! :)
hehehehe.dia dah mcm org dapur kak
BalasPadamMonalea...
BalasPadamkakcik memang 'gagal' kalau bab masuk pasar!
sedapnya sotong tu mama..
BalasPadamCheqna...
BalasPadammama tengah fikir - nak diapakan dengan sotong tu! :)
teringat kenangan zaman bujang2 dl..1st posting sy kat Sabah.penah la sekali dua ke pasar filipin tuh..
BalasPadamgeramnya tenguk rantai tangan kristal tu..mst murahkan kakcik...mula2 td ingatkan kakcik yg borong semua heheeh..
BalasPadambab yg basah tu yg tak tahan tguk..murah bebenau...
kakcik tak minat sambal sotong ker?
BalasPadammurahnya udang rimau~~
BalasPadamkakcik beli barang basah tu, bawak balik ke KL, ok lagi tak. Maksudnya ikan2 tu masih segar lagi ke?
BalasPadamBanyak stok lauk kakcik..tak payah pergi supermarket atau pasar basah untuk seminggu ni...
BalasPadamBuat kari tenggiri best gak kakcik..
BalasPadamsotong=sambal, singan, goreng kunyit, paprik dll ketupat sotong pun sedap hehe
orang2 kat sana agak agaknya tinggi uric acid...ekekeke
BalasPadamHamizah...
BalasPadamsekarang kakcik rasa, orang yang sesekali datang (atau pertama kali datang) sahaja yang akan ke Pasar Filipina tu sebab sewaktu kakcik singgah, tak ramai orang kat situ.
berbaloi juga abang akak menghilangkan diri sekejap yer.. cukup stok utk seminggu tu..
BalasPadamIda...
BalasPadamkakcik ni jenis wanita yang tak begitu suka dengan perhiasan termasuk emas. Tambahan pula, kakcik tiada anak perempuan! :)
Q...
BalasPadamanak-anak kakcik tu, kalau sotong dia orang suka dimasak goreng dengan tepung je. :)
bujal...
BalasPadammurah ek? :)
AzMask...
BalasPadamsuami kakcik siap beli bekas polistrin yang boleh letak ais tu - Alhamdulillah, masih berais bila sampai di rumah (tapi kena bawa dengan tangan ke atas kapalterbang - tak boleh masuk kargo).
Siti...
BalasPadamlebih dari seminggu tak payah ke pasar basah. Bukan ramai sangat kat rumah kakcik tu. :)
Qema...
BalasPadamdah puas kakcik mengkari, melemak dan menggoreng tenggiri tu. Lepas ni, kakcik nak merendangkannya pulak (hancurlah jawabnya!). :)
Dr DZ...
BalasPadamboleh buat kajian tu. :)
Kakcik tak suka sotong ye? Kalau kakak dah goreng tepung ke buat sambal tumis.
BalasPadamHanis...
BalasPadamsampaikan waktu semua orang pergi makan, dia boleh balik ke hotel dengan teksi sebab menguruskan belian dia tu. :)
Kakzakie...
BalasPadamkurang suka sebab bila dimasak jadi liat. Kena masak tidak terlalu lama, kan?
wow..bestnye akak..segar
BalasPadamCik Ceria...
BalasPadamnak menyiang dan membersihkannya pun sampai lenguh pinggang. :)
saya antu udang kak!!
BalasPadamsedapnya tgk udang tu..huhuhu
kenduri seafood la kakcik pasni :)
BalasPadamMurrrrrah...!!! sangat rega tu Kakcik...
BalasPadamSemua tu dlm menu saya tiap minggu so mari belek harga di Pasar Tani Stadium Malawati, Shah Alam (Hari Ahad) :-
Tenggiri 1 ekor RM26.00/kg.
Tenggiri Potong (ekor & badan) RM26.00/kg.
Tenggiri Kepala RM18.00/kg.
Udang RM18 - 19.00/kg (biasanya RM19.00 - Naik rega selalu! Turun harrrraaammm mandang! Hujan aje yang turun Yong!).
Sotong RM17 - 18.00/kg).
Kembong & Mabong RM12.00/kg.
Buntu nak msk apa Yong? Sotong tu msk Papprik (resepi minta kat Azieazah - terror K.Azie tu theheheheee..). Kepala Tenggiri tu msk asam pedas buh bunga kantan sama daun kari, perrghh... Tang badan Tenggiri tu garam kunyit goreng biasa aje, lps tu colek dgn sambal kicap belasah-aje-asal-jadi.
Errr... Kakcik, kalu buat semua di atas tu ari Ahad ni kan, jgn lupa jemput saya dtg tau...
Lagi satu kalu nak senang kan, semua di atas tu bikin Tom Yam merah aje le Yongggg...
MLD...
BalasPadamantu udang? mesti udang pun takut dengan dengan MLD! :)
MDT...
BalasPadamkakcik masak sikit2. Kalau berkumpul ramai2, baru boleh masak banyak. :)
Liza...
BalasPadammurah, ya? Alhamdulillah. Kalau tidak buat penat bawak dari jauh! :)
Kadang2 kakcik masak ikut permintaan anak2. Best juga buat tomyam. Masam2 pedas. Tapiiii - tadi kakcik buat tenggiri masak tempoyak!
ingatkan akak buat business tadi dah nampak macam orang nak nego ja , udang tu kak memang buat amy jeles sangat.. sedapnya la dah lame x masak udang esok nak gi cari la hehe..
BalasPadamsegar2 seafoodnya..sedap walau hanya tgk
BalasPadamwahh kak...sotong tu den minat kalau goreng kunyit...ahakz...terliur dah ni...
BalasPadamAmy...
BalasPadamudang tu dah habis pun - buat sambal tumis, buat goreng tepung dan juga buat tumis dengan sayur. :)
Eri...
BalasPadamkalau orang pandai masak, mesti lagi sedap jadinya. :)
jeBateja...
BalasPadamtadi kakcik dah buat sotong goreng kunyit sekor-sekor. :)
Assalamualaikum Kakcik, tahun lepas akak ngajar kat KK. Beli seafood sampai tak hengat. Bila check kolestrol seminggu kemudian - terus "HIGH"!!!
BalasPadamWa'alaikummussalam Yong Halima...
BalasPadamkalau ada penyakit gout memang 'ghedat' le, kan? ;-)
ikan tenggiri tu segar, kalau RM14 sekilo tu kira murah kak chik.
BalasPadamCik Ina...
BalasPadamkepala ikan tu masih ada lagi... kakcik ingat nak buat kari kepala ikan tenggirilah. :)