pergi yang tak mungkin kembali lagi
yang tinggal semoga mengingati
bahawa jejak itu akan tetap dituruti
jangan pula bersenang-senang hati
bagai hidup tidak akan mati
biar apapun rasa yang tersirat
walau bagaimana jua nota tersurat
segerun mana orang melihat kelibat
segalanya hilang bersama gelapnya lahat
nota hati : Terasa sangat letih. Tiga hari mengukur jalan atas urusan yang perlu diselesaikan. Kuala Lumpur - Kuala Lipis - Kuala Lumpur. Kemudian Kuala Lumpur - Teluk Intan - Sg. Manik - Kuala Lumpur. Kemudiannya lagi, Kuala Lumpur - Banting - Kuala Lumpur. Masih juga sempat singgah di Hospital Kuala Lumpur menziarah anak kenalan yang terlantar di ICU akibat kemalangan jalanraya. InsyaAllah esok akan mengukur jalan antara Kuala Lumpur - Kuala Kangsar (mungkin terus ke Gerik) - Kuala Lumpur.
Syukur Alhamdulillah, urusan selepas 'pemergian' bapa berjalan dengan sangat lancar. Tiada yang perlu dilengah-lengahkan. Syukur juga kerana anakku dapat diharap bagi membawa majlis bacaan Yassin dan Tahlil. Pada malam kedua, jiran terdekat membawa majlis tersebut kerana Along sedikit lewat. Damai dan tenanglah roh bapaku di sisi Allah Yang Maha Pengasih.
Semoga damai rohnya di sana. InsyaAllah.
BalasPadamSaya minta maaf kerana tak berkesempatan ziarah kerana rasanya masa tak pernah cukup sejak akhir2 ini.
Semoga kakcik diberi kesihatan dan kekuatan untuk lalui semua tu..
BalasPadamKanda AL...
BalasPadamtidak mengapa. Allahyarham pun telah selamat bersemadi. Saya faham kesibukan tuan. Saya juga agak sibuk kebelakangan ini hingga bagai tak terkejar waktu yang berlalu.
Qema...
BalasPadamInsyaAllah. Semoga Qema juga sihat dan ceria selalu.
Alhamdulillah dalam keletihan ada juga yg membolehkan kakcik tersenyum. Kakak tahu Along memang boleh diharap dlm mengendali soal majlis agama. Syukur teramat...
BalasPadamKakzakie...
BalasPadamAlhamdulillah. Sebagai seorang ibu pastinya kakcik sangat bersyukur dengan kebolehan yang Allah kurniakan kepada Along. Semoga dia dan adik2nya tetap dalam peliharaan Allah selama2nya. Amin.
Alhamdullilah segala urusan pengembumian ayah kakcik dah selesai...bersabar ya kakcik...
BalasPadamDr DZ...
BalasPadamAlhamdulillah (walaupun rasa terkilan di hati ini tetap ada!).
semoga Allah terus memberi kekuatan pada kakcik
BalasPadamMDT...
BalasPadamInsyaAllah, kakcik dan keluarga tetap kuat menghadapi ujian yang diberi kepada kami.
semoga rohnya dicucuri rahmat..
BalasPadamsabar kak cik... yg pergi tetap akan pergi takkan kembali.
jadikan kegigihanya membersarkan kita dahulu sebagai satu pusher untuk kita.
salam kenal..
Top 3 Blogger Of Year WWWOW Awards
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
BalasPadamKakcik pun kenalah jaga kesihatan jugak.
Assalamualaikum Kakcik,
BalasPadamAlhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah.
Satu rahmat mempunyai anak dan saudara mara serta jiran tetanggan yang saling bantu membantu.
sabar dan bertenang ye kakcik..
BalasPadamhidup perlu diteruskan..
Semoga tenang rohnya di sana.. dan amy doakan semoga akak di beri kekutan dan kesihatan yang baik untuk selesaikan semua urusan tue..
BalasPadamp/s:http://sinarraudah.blogspot.com/2011/05/blog-di-tutup-sinar-raudah-akan-bersara.html
kakchik
BalasPadambanyak banyak kan bersabar...
saya tau bagaimana perasaan kakchik..tapi yang pergi tetap pergi..yang hidup ni..kita doa doa kan agar semua nya selamat dan sejahtera...giliran kita akan sampai jugak nanti..
at least..kakchik ada anak yang boleh memberi cahaya dalam kubur nanti..insyaallah.. dan Alhamdulillah...
Cheer up babe!
sibuk sungguh kakcik...
BalasPadamharap2 jaga kesihatan juga....!
Kak chik
BalasPadamSemoga redha ngan pemergian ayah tercinta.Satu hari nanti Insyaalah adik kak chik akan kembali ke pangkuan keluarga .
yang pergi tetap pergi..
BalasPadamyang tinggal tetap kena jaga diri...
jaga dirimu kakcik..
semoga kak cik terus kuat ... selagi kita bernyawa selagi itu segala mcm dugaan yg akan kita tempuhi .. insyaallahhh semoga kita semua kuat hadapi dugaan dari allah .. :)
BalasPadamida doakan kakcik diberi kesihatan yg baik utk mengurus segalanya...mudah2an arwah tenang dgn doa anak2 cucu..
BalasPadamalhamdulillah semua urusan dipermudahkan....
BalasPadamakak jgn pulak tak rehat....nnt sakit pulak
...salam terakhir...
BalasPadamtakziah tuk kakcik sekeluarga..
BalasPadamSaya baru melewati blog seorang kenalan dan baru terbaca pasal pemergian Ayahanda KAkcik ni..
BalasPadamSemoga roh nya ditempatkan bersama roh orang orang yang berkati Allah.Alfatihah.
Bagi yang ditinggalakn, semoga tabah dgn perpisahan ini..kita pun hanya menunggu masa untuk menyusul..