Pagi itu - Selasa = 10/05/2011
Aku bersiap seperti biasa untuk ke pejabat. Sebelumnya, kira-kira jam 1.00 pagi bapa saudaraku (abang kepada Allahyarham bapaku) bersama anak dan cucunya tiba di rumahku. Subuh itu, dua kali aku mendengar suara bapa memanggil kakakku dengan agak kuat. Aku tidak turun ke bawah pada waktu itu.
Selepas bersiap, aku mendekati bapa. Aku membasahkan kain yang melekap di dahinya. Kemudian aku bertanya sama ada bapa mahu makan telur separuh masak. Bapa mengangguk. Lalu aku ke dapur merebus telur. Aku suapkan putih telur ke mulut bapa - hanya dua sudu. Bapa menolak tanganku pada suapan ketiga. Aku cakap, bapa perlu makan sedikit kerana nanti mahu makan ubat. Aku menyuakan air kosong untuk diminumnya.
Ketika hendak melangkah keluar, aku memberitahu bapa dan bapa hanya mengangguk.
Di pejabat, aku agak resah. Aku mula merangka surat untuk memohon cuti separuh gaji bagi menjaga bapa. Aku juga bertemu dengan pegawai atasanku bagi menyatakan hasrat tersebut. Pegawai atasanku sangat prihatin dengan masalahku dan beliau tidak menghalang hasratku untuk bercuti.
Lebihkurang jam 2.00 petang, aku menerima panggilan dari adikku. Sambil menangis dia berkata 'kakcik, boleh balik tak?'. Aku terus menelefon suami. Rupa-rupanya, suamiku berada tidak jauh dari rumah kerana beliau baru sahaja balik bersama kawan-kawannya untuk menjenguk bapa. Suami minta aku balik sendiri kerana beliau terus berpatah balik ke rumah.
Kawan-kawan yang mendengar esak tangisku, terus menawarkan diri untuk menghantar aku pulang. Sampai ke rumah, jasad bapa sudah terbujur kaku di atas katil berselimutkan kain batik. Luluhnya hatiku hanya Allah yang tahu.
Solat Asar berjemaah sebelum jenazah bapa dibawa ke Masjid untuk disempurnakan |
Usai solat Asar berjemaah yang diimamkan oleh Along, jenazah bapa dibawa ke Masjid Al Azim Pandan Indah dengan van jenazah. Di sana bapa dimandi, dikapan dan disolatkan (solat jenazah juga diimamkan oleh Along). Jenazah bapa kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baharu.
Berakhirlah perjalanan dan penantian bapa di dunia yang fana ini. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati roh bapaku Mansor bin Hj Mohd dan menempatkannya di kalangan roh para solehin. Al Fatihah.
Terima kasih kepada semua saudara mara, rakan dan jiran serta jemaah masjid dan surau yang datang, mendoakan, menguruskan dan mengutuskan ucapan takziah. Mohon maaf kerana kakcik memang tidak berkesempatan menjawab pesanan ringkas yang dihantar.
Terima kasih kepada semua saudara mara, rakan dan jiran serta jemaah masjid dan surau yang datang, mendoakan, menguruskan dan mengutuskan ucapan takziah. Mohon maaf kerana kakcik memang tidak berkesempatan menjawab pesanan ringkas yang dihantar.
nota hati : telah ditakdirkan begitu. Bapa tidak pun sempat menaiki kereta yang dibeli oleh adikku. Katil hospital yang ditempah juga tiba hanya beberapa ketika setelah bapa pergi buat selamanya...
Assalamualaikum kakcik...
BalasPadamMoga roh arwah ayahanda kakcik tenang di sana bersama-sama orang yang mendapat kebahagiaan di sisi Allah Taala
Salam kakcik;
BalasPadamSalam Takziah, moga rohnya di tempatkan dikalangan orang2 beriman.
Assalamualaikum kakcik...
BalasPadamsinggah sini sebentar menjenguk khabar...
kehebatan seorang hamba hanya mampu merancang....moga roh Allahyarham tenang di sana, amin.
bersabarlah akak kerana itulah janji2 Allah yang benar bahawa kematian itu pasti.
BalasPadamSemoga roh Allahyarham ditempatkan di langan hamba-hamba Allah yang bertaqwa. AL-FATIHAH
BalasPadamt.kasih coretan ini kakcik.
BalasPadamsatu peringatan yang sangat berguna.
jodoh, rezeki,ajalmaut semua di tangannya Yang Maha Esa itu.
salam,
BalasPadamAl Fatihah buat bapa. Muga semadinya di sisi mereka yang beriman jua!
Kita, entah bila dan bagaimana...
Assalamualaikum kakcik..
BalasPadamselamat sudah perjalanan ayahanda kakcik, moga ditempatkan dalam golongan para solihin
bertuahnya Along ..
ayahanda kakchik bertuah kerana dikelilingi anak2 soleh dan solehah..
BalasPadamal-fatihah..
kakakku kakcik..
BalasPadampedih mata saya membaca catatan ini..
betapalah pedih pemergian ttp itu adalah kemestian yg harus kita terima.. semoga kakcik tabah.. al-fatihah buatnya..
...Kakcik...
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik, Al-Fatihah. Salam takziah dan doa dari Akak utk Kakcik dan keluarga, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Kakcik dan keluarga tabah dgn ujian ini.
BalasPadamAl-Fatihah buat arwah bapa Kakcik. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. Saya juga telah kehilangan bapa. Hanya doa & bacaan ayat-ayat suci saja yang dapat dihadiahkan buat beliau di sana.
BalasPadamSemoga Kakcik tabah menghadapi kehilangan ini. Allah SWT lebih sayangkan beliau.
bersabar ye kakcik, moga roh bapa dicucuri rahmat
BalasPadamDeria perasa darah daging.
BalasPadamLawati jaga orang tua, selagi berdaya..supaya tidak nyesal.
takziah kak cik
BalasPadamsemoga arwah bapa
dicucuri rahmat
dan ditempatkan dlm
kalangan org2 yg soleh..
terharu...!
BalasPadamalfatihah....
semoga roh nya dicucuri RAHMAT....amin...
Betul lah kakcik. Kita hanya mampu merancang. Semoga ruh bapa kakcik di tempatkan bersama para solihin. Amin
BalasPadamassalamualaikum kakcik
BalasPadamsedetik pun tidak terlewat urusan dariNya kan?
harapan sya dan enpakwe hendak melawat hari sabtu,
alfatihah....kepadaNya jua kita kembali.
alfatihah buat arwah. semuga dia tenang di sana.
BalasPadamtake care Kak!
BalasPadamal-Fatihah
salam kakcik...,
BalasPadamAl fatihah buat allahyarham......
takziah buat kakcik dan keluarga...
Sedih baca entri kakcik ni..
BalasPadamsemoga arwah tenang disana..Al-FATIHAH
Sabar ye kakcik..
Assalamualaikum Kakcik,
BalasPadamTeruskan ketabahan kakcik. Didoakan arwah ayahanda kakcik di masukkan dalam golongan orang-orang yang solihin dan sodhigin.
Salam takziah.
BalasPadamAlfatihah buat arwah semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
alfatihah...walaupun sudah terlewat. semoga rohnya tenang disana...
BalasPadam