Kawan-kawan kakcik

Isnin, 9 Mei 2011

Terima kasih Sham ... terima kasih semua ...



Terima kasih kepada Sdr. Sham Ondscene atas catatannya yang ini.  Terima kasih juga kepada rakan-rakan maya kakcik seperti Kanda AL, Azmnor, Cik Shinju, Melur Jelita, Acu Sayang, Ayu Citarasa Rinduan, Cik Mat GebuWanita Mutalib dan CT Delima.  Mungkin ada nama yang kakcik tertinggal.  Bagaimanapun, kepada semua yang sudi memanjangkan berita dengan tujuan untuk memanggil balik adik kakcik juga kepada semua yang mendoakan, kakcik ucapkan ribuan terima kasih.  Semoga doa kita semua terjawab juga.



44 ulasan:

  1. semoga Allah lembutkan hati adik akak utk kembali menjenguk org tua akak

    dan semoga org tua akak kembali sihat seperti biasa, tiada yg mustahil kan

    :-) sy tahu akak seorg yg sungguh tabah n kuat semangat, x semua org mampu hadapi seperti akak :-)

    BalasPadam
  2. Salam Kakcik...,

    Semuga Allah lembutkan hatinya untuk kembali kepangkuan keluarga..
    Semuga Kakcik sabar dan tabah dlm menghadapi segalanya....Insyaallah...aaminnn...

    BalasPadam
  3. mama
    semoga allah mempermudahkan segala urusan mama
    insyaallah

    BalasPadam
  4. Ya Allah masih belum lembut hatinya atau message tidak sampai. Sayu benar hati kakak....

    BalasPadam
  5. insyaAllah berita ini akan sampai kepada adik kak cik..

    BalasPadam
  6. Saya rasa blog Ondscene tu dah cukup bagus, glamour..harap adik kakcik baca..

    Idea saya, mungkin kedengaran agak melampau..tak nak cuba uar uar kan dalam radio/TV ke?

    BalasPadam
  7. INSYAALLAH..sama-samalah kita menunggu kepulangannya...

    BalasPadam
  8. saya doakan semoga adik kak cik mendengar atau membacanya ...

    BalasPadam
  9. semoga Allah permudahkan segala urusan..aminn

    BalasPadam
  10. alhamdulillah..
    moga apa d hajatkn jadi kenyataan..
    amin..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum...semoga |Allah mudahkan untuk bertemu keluarga semula.yg sakit Allah mudahkan urusannya..doa saya dari Mekah.

    BalasPadam
  12. Semoga adik kak chik lembut hati.Insyaalah kalau ada rezeki mereka dapat jumpa semula.

    BalasPadam
  13. Antara jalannya akhirnya adakan solat hajat di Masjid asal..kg asal..surau mungkin tak cukup 40 org. Kalau waris terdekat menjadi Iman lagi elok.

    DIA Maha mendengar..

    BalasPadam
  14. sori kakcik...ati baru tahu cite
    n3 hari apa yg ati tertgl yek..

    semoga dia pulang

    BalasPadam
  15. salam k.cik sayang...

    lama benar x m'jengah..sgt bz..blog sndri pn dh agak b'sawangan...

    t'panggil m'baca catatan k.cik hari nie..wlupun agak ketinggalan, gee doakan moga doa & harapan k.cik & keluarga t'utamanya ayahanda t'cinta, dimakbulkan Allah...andai sebaliknya, siapa lah kita utk menafikannya... semoga K.cik & keluarga b'sabar..k.cik dh lakukan usaha yg t'baik & sehabis baik dpt gee rasakan...demi seorang yg pernah membesar & mendidik kita yg xkn t'balas jasanya...moga dipermudahkan segalanya..AMEEN..

    BalasPadam
  16. insyaallah kak .. berkat doa akak itu :)

    BalasPadam
  17. insyallah ye kak..


    doa tak pernah putus..pasti ada penghujungnya.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum kakcik..

    agaknya adik kakcik tak tau langsung pasal berita ni sbb tu dia tak muncul..

    hanya doa yg dapat dipanjatkan buat kakcik sekeluarga..

    BalasPadam
  19. insyaallah kak cik, berkat doa kita semua, tuhan bukakan pintu hati dia utk balik

    BalasPadam
  20. insyaAllah kakcik, berkat doa dari sekeliling, adik akak akan pulang juga. bersabarlah ye

    BalasPadam
  21. sayu tengok keadaan ayah kakcik

    semoga Allah lembutkan hati si anak yg dirindui

    BalasPadam
  22. Kak Cik...ayah Kak Cik tu rindukan anak dia yaaa...semoga dibukakan pintu hatinya oleh Allah untuk pulang ke pangkuan...

    BalasPadam
  23. InsyaALLAH Kak Chik Jelita..Jangan risau. ALlah Maha Mengetahui di atas segala kejadian dan takdir-Nya

    BalasPadam
  24. Jika beliau masih berada dalam negara, tidak susah. InsyaAllah. Cuma tunggu hatinya terbuka dengan ikhlas.

    cuma risau, dia berada di luar negara. Ambil masa.

    apapun, teruskan bersabar ya.

    BalasPadam
  25. doa sahajalah wasilah paling terakhir..

    BalasPadam
  26. semuga suara hati ayah, kakcik sekeluarga didengarinya..

    BalasPadam
  27. Semoga ikatan silaturrahim anak ayah ini bersatu kembali..
    Semoga ayah kakcik dipanjangkan usia serta sihat walafiat..

    BalasPadam
  28. SALAM kc

    SEMOGA SEMUANYA DALAM KEREDHAAN ILAHI..ALLAH SEBAI2 PENTADBIR

    BalasPadam
  29. kaklong ada gak baca kat blog ondscene...tapi kaklong nak komen tak boleh...kena login dulu..dah buat tapi tak boleh laaa..

    semoga adik kacik terbaca berita ni...dan moga ALLAH membuka pintu hatinya...amin!

    BalasPadam
  30. salam...nak tanya...
    adik akak ni umur 38 thn ke?

    BalasPadam
  31. dapat berita dari red rambutan, ayah kakcik dah kembali ke rahmatullah. al-fatihah

    BalasPadam
  32. salam kakcik...ucapan takziah dr sy sekeluarga utk kakcik sekeluarga. Hrp kakcik tabah dgn pemergian ayahanda tercinta. (berita dpt dr kak azie, tghr td)

    BalasPadam
  33. salam kak cik.

    salam takziah.

    Al-Fatihah. :(

    BalasPadam
  34. Innalillah..

    salam takziah kakcik dan keluarga...

    moga kakcik tabah dan redha dengan kembalinya ayah kakcik menemui penciptaNya

    semoga roh arwah di tempatkan dalam kalangan para syuhadah

    Al-fatihah

    BalasPadam
  35. Salam Kak Cik.

    Takziah daripada saya sekeluarga di atas pemergian ayahanda ke rahmatullah.

    Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  36. hah....Takziah kak....moga arwah di tempatkan dikalangan org2 yg beriman...

    BalasPadam
  37. salam kak cik..ucapan takziah dari DTS-MAT GEBU...al-fatihah utk arwah, moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya.....ameenn..

    BalasPadam
  38. Salam kakcik
    Tak terkata apa,
    dang cuma tumpang bersedih
    Alfatihah buat arwah
    Dan moga kakcik sekeluarga terus tabah..

    BalasPadam
  39. Innalillah...Al Fatehah..Moga roh ayahanda kak cik selamat dan ditempatkan bersama orang2 yang solah..Moga kak cik tabah...

    BalasPadam
  40. Al-Fatihah.. semoga arwah damai disana... dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.. amin...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com