Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 14 Mei 2011

Hanya sedetik yang memisahkan...


... antara kemewahan dan kemiskinan

antara kesihatan dan kesakitan

antara kehidupan dan kematian

.
.
.
.
.


lalu...

yang mana satukah 'keindahan' yang hendak kamu bangga-bangga

sedangkan tiada satu pun yang bakal kamu bawa bersama

saat kamu kembali ke sana

.
.
.
.
.

puaskah hatimu

dapat melambakkan egomu yang begitu tepu

bagaikan dengan hari 'itu' 

kamu tidak akan 'bertemu'

nota hati : sebenarnya hatiku tetap 'berbuku' walau ayahanda telah pergi buat selama-lamanya , kerana aku telah gagal sekali lagi ...



34 ulasan:

  1. salam akak

    salam takziah drpd sy ye kak

    sy tahu akak lebih tabah drpd yg disangka :-)

    BalasPadam
  2. Keegoan membawa diri
    kepuasan dunawi
    hati meronta dilawan jua
    kekesalan sebenarnya ada di jiwa
    membohongi diri
    macam dia tak mati....

    BalasPadam
  3. makcik banyakkan la bersabar dan redha~~cari peluang maafkan diri sendiri~~

    *senyum sikit makcik~~

    BalasPadam
  4. takkan jadi satu apa pun pada kita tanpa izin tuhan, semua dah diatur kakcik, sabar, let it go... kami doakan hati kakcik lapang dan tenang :)

    BalasPadam
  5. takziah dari saya

    moga kehidupan dunia yang sementara ini tidak melalaikan kita

    BalasPadam
  6. kakcik tak gagal. tapi Allah telah mentakdirkan macam tu.

    BalasPadam
  7. Takziah dr ida untuk kakcik sekeluarga,,

    BalasPadam
  8. kak... jangan terlalu menghukum diri sendiri...
    kita kena redha - itu semua dugaan dari Nya... terima dengan hati yang tenang...

    Al-Fatihah

    BalasPadam
  9. jgn salah kan diri sdri kak...
    bertabah lah...!

    BalasPadam
  10. bukan gagal, hanya satu dari pengalaman dari perjalanan hidup, ayah saya pun dah pergi 2 tahun yg lalu, jika dikenang, sy tampak seperti seorg anak yg gagal, namun pemergiannya kini jadikan saya lebih tekad dan lebih memahami perjalanan hidup....

    banyakkan istighfar....... Allah sentiasa bersama kita...

    BalasPadam
  11. bersabar lah...
    bersangka baik pada setiap peraturan Allah...kita taktau apa-apa yang Dia tahu...

    redha dalam pasrah adalah seindah-indah milik yang kita ada... takder manusia bebas dari segala ujian...biarlah Dia menentukan segala hukuman...kenangkan saat manis waktu bersama saja...

    BalasPadam
  12. Kakcik,
    Dari pandangan mata saya, mata Kakcik di malam itu 'telah bercerita' betapa hibanya akan sebuah kehilangan, betapa robeknya sebuah pengharapan.

    Jangan bersedih Kakcik. Usah putus pengharapan.

    Sebagai seorang anak, Kakcik telahpun menjalankan tanggungjawab Kakcik sebaiknya - Graf dosa & pahala di atas segala keprihatinan & ihsan yg Kakcik tumpahkan buat arwah Ayah, biarlah DIA yang menentukannya.

    Sebagai seorang kakak, Kakcik telahpun berusaha sebaik yang mungkin - Setiap perancangan & pengharapan kita hanya akan termakbul & terlaksana di atas izin-Nya. Biarkan Si adik terjun dengan labu-labunya. InsyaAllah, hidayah Allah kepada hambanya tidak akan berhenti sehingga sakaratul maut datang menjemput. Semuanya masih belum terlambat - nantikan detik itu, InsyaAllah.

    Kesatlah air mata mu wahai Kakcik...

    (Kakcik, setabah-tabah saya sebak juga pagi tadi semasa nak ke tempat kerja melihat Mak menangis sambil memeluk & mencium kain pelikat arwah adik - Air matanya belum kering walaupun sesudah 22 hari adik bongsu saya meninggal dunia - Yg mampu saya pujuk tadi "Janganlah menangis Mak, mata Mak tu dua-duanya kaca nanti sakit. Baca Quran ni, pasang CD Ustaz, Mak baca Fatihah byk2, semuanya sampai pada Azmi tu...").

    BalasPadam
  13. Al Fatihah buat arwah...

    kak cik..moga tabah hadapi ujian ini....

    BalasPadam
  14. sabarlah kakcik, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

    BalasPadam
  15. salam takziah utk akak..

    kak cik tak gagal kerana kak cik telah berusaha..inilah yg dikatakan takdir..

    BalasPadam
  16. saya sebak kakcik. saya juga turut merasa sedih atas ape yg berlaku.

    sabarlah, yg pergi biarkan pergi. hanya doa mengiringi pemergian aruah dan teruskan berdoa utk adik kakcik. moga Allah buka pintu hatinya utk bertemu keluarga yg ada.

    BalasPadam
  17. benar kak..
    tiada erti kemewahan kerana nyawa tidak dpt d jual beli..
    al-fatihah utk ayahanda..

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Kakcik,

    Kita berusaha, Allah penentu segala. Semoga kakcik tabah dalam menangani apa jua situasi

    BalasPadam
  19. maaf saya bertanya ni....sehingga ke akhirnya kah adik kakcik tu tak pulang menjengok?

    BalasPadam
  20. assalamualaikum..kakciks tersayang..

    membaca n3 akak..buat mata berkaca jua...

    ....terkenangkan arwah ayahanda.......

    .........Al-fatihah

    BalasPadam
  21. satu hari nanti, pasti akan timbul jua kekesalan dihatinya

    kakcik sabarlah.. kegagalan itu dipihak dia, kerana dia yang tak mampu meleburkan egonya

    BalasPadam
  22. salam kakcik,
    semuga dia sedar kesilapannya..
    doa untuk kakcik sekeluarga.

    BalasPadam
  23. tabahkan hati mu kakcik..
    jangan dihukum diri sendiri..
    takdir kita sudah tertulis di sana...

    BalasPadam
  24. Kak Cik...semoga Kak cik tabah..dan tidak berputus asa dan kecewa..selagi bernama manusia, kita tak mampu melakukan segalanya...kecuali dengan izinNYa..insyaallah..segala yang berlaku ada hikmahnya...

    BalasPadam
  25. Kesian dia tidak mampu menghadapi ujian yg terlalu sedikit diberi oleh Allah. Pasti menyesal kelak...

    Apa-apapun yg dah pergi moga tenang di persemadian dan sentiasa mendapt rahmat & hidayah Allah...

    BalasPadam
  26. Sabar KAKCIK. Sudah ketentuan begitu. Kita tidak upaya memaksa hati orang untuk terbuka mencari jalan pulangnya sendiri.

    BalasPadam
  27. sudah begitu taqdirnya, peringatan buat kita yag hidup, mati datang bila2 masa..tiada cepat, tak juga lambat

    BalasPadam
  28. Betul tu kak chik, kat dunia tak payahlah nak membanggakan apa yang kita ada, tak de yang kekal, semuanya akan tinggal.

    Kak chik biar Allah SWT saja yang menimbangkan perbuatan adik kak chik.

    BalasPadam
  29. Al-fatihah...
    ada hikmah diseblik setiap kejadianya kan??betul x???
    InsyaAllah...
    sama2 kita doakan untuk dia ye..amin...

    BalasPadam
  30. Salam..

    Sabar ye... Al-fatihah..

    :)

    BalasPadam
  31. nak tanya....apa yg kakcik GAGAL...tu...err..maksudnya GAGAL tu apa..??

    BalasPadam
  32. bumikan rasa berbuku itu. kenapa tidak kita hidup dalam jiwa yang lapang?

    BalasPadam
  33. Yang pergi tak kan kembali yang ada kita hargai dan belai.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com