Malam tadi aku bersama suami dan anak-anak (bangcik dan BS) keluar untuk memasukkan sedikit wang ke dalam akaun Angah. Kemudian, aku minta pada suami untuk singgah di Restoran Ayahanda, Pandan Indah. Aku pun tidak tahu lokasi yang tepat di mana terletaknya restoran ini. Selepas membaca di Blog Ikut Suka Aku (ISA) berkenaan restoran ini pada 6/5/2011 (Jumaat dua minggu lepas), dari sehari ke sehari aku memikirkan untuk singgah tapi tidak berkesempatan.
gambar dari : restoranayahanda.blogspot.com
Setelah berpusing sekali dua, akhirnya kami tiba juga di restoran ini. Kebetulan pula malam tadi aku tidak membawa kameraku bersama, jadi tiadalah gambar yang dapat kurakam (kamera telefon bimbit ada, tapi aku tidak pandai memanfaatkannya).
Mungkin kerana hujan atau mungkin juga kerana malam Jumaat, hanya kami anak beranak yang masuk untuk makan di situ (aku kemudiannya menelefon Along yang baru balik dari Masjid untuk menyertai kami). Kami memesan makanan yang biasa-biasa sahaja - dua pinggan nasi goreng kampung, sepinggan kuey teow goreng, dua pinggan nasi putih bersama dua mangkuk tomyam, paprik ayam, udang sambal, telur dadar dan kailan goreng ikan masin. Minuman pula - dua gelas milo ais, tiga gelas air buah dan empat gelas air kosong bersama ais. Kos keseluruhan hanya RM54.00
Pemilik restoran ini, Pn Wati adalah seorang wanita yang sangat ramah. Beliau juga seorang blogger (aku lupa nama blognya). Setelah bercerita begitu begini, dia mengenali blog picisanku ini! Katanya, sewaktu aku melangkah masuk, dia seperti pernah melihat aku. Tapi bila suamiku mula bertanya itu ini, dia dapat merasakan bahawa kami baru pertama kali menjejakkan kaki ke restorannya. Jadi, di mana pula dia mengenaliku? Oh! rupa-rupanya melalui blogku..hehehe...
Berbalik tentang makanan yang kami pesan. Suami dan anak-anakku (termasuk aku sekali) mengakui bahawa makanan yang dihidangkan memang sedap dan cukup rasa. Tidak rugi mencuba dan besar kemungkinan kami akan datang lagi dan lagi. Kerana restoran ini ditutup pada hari Ahad, aku akan cuba datang pada hari Sabtu untuk menikmati masakan ala-ala kampungnya.
Pada waktu malam, hanya ada makanan bergoreng, nasi ayam dan makanan ala Thai. Masakan ala kampung di sediakan untuk makanan tengahari (siang) sahaja.
Mendengar rintihan Pn Wati, rupa-rupanya bangsaku tidak pernah lepas dari penyakit hasad dan dengki. Restoran ini yang pada satu waktu pernah mendapat perolehan yang sangat memberangsangkan, kini seolah-olah tertutup dari pandangan mata kasar orang yang lalu lalang. Apa-apapun, aku mendoakan agar Pn Wati terus diberi kekuatan dalam menghadapi cubaan dan dugaan.
Kepada rakan-rakan yang membaca catatan ini dan ingin mencuba masakan yang disediakan di sana, silalah singgah di alamat ini (bayar sendiri tau - hehehe...) :
nota selingan :
Terima kasih kepada Pn. Cyanamoose yang menghadiahkan beg comel ini sebagai tanda ingatan sempena lawatannya ke Beijing baru-baru ini. Terima kasih daun keladi, ya Cyana...
hi makcik~saya rindu~~
BalasPadambujal X...
BalasPadammakcik pun rindukan kamu. Oh! minggu depan kamu kena rindukan makcik kerana makcik akan bercuti lama tau....
he~~jangan lupa belikan saya fridge magnet~nanti saya bayar~~
BalasPadam*sekarang tengah hobi kumpul benda tu~he~~
Orang glamer begitulah kekdahnya Kakcik. Sentiasa ada org mengenalinya. :)
BalasPadambujal...
BalasPadamInsyaAllah. Nanti makcik belikan. Bukan mahal/berat FM tu. Doakan makcik, pakcik dan semua anggota rombongan selamat, ya? :)
Salam kakcik;
BalasPadamAre you dah ok.. ke..???
Akhirnya Kakcik sampai juga yeaa.. ke restoran tu... hehehe...
Azwan...
BalasPadamglamer ti idakle - perasan tu adale! hehehe...
W/salam Isa...
BalasPadamkakcik ok (dalam hati orang bukan nampak, kan?).
Kakcik nak pergi waktu siang pulak nanti (dan bawa kamera sekali). Kalau kakcik dah pergi, kakcik akan buat catatan lagi. :)
Dah lama tak makan nasi + ayam kampung. Berbaloi makan kalau sedap kan kak ?
BalasPadamKat mana-mana ada aje PHD. Tak serik-serik. Selalunya orang kita aje macam tu. Ni yang buat rasa tak selesa nak makan di luar.
Reen...
BalasPadammemang kalau makanan sedap, tidak terkilan mengeluarkan wang. :)
Mengapa agaknya bangsa kita je yang berperangai macam tu, ya? Tak boleh tengok orang lain lebih berjaya - sakit je dada mereka. :(
kak chik makanan tu semua peberert cik ina, rega pun berbaloikan. mesti sedap tu.nasib baik jauh, kalau tidak malam ni gak cik ina pegi.
BalasPadamCik Ina...
BalasPadamala... Pandan Indah tu mana jauhnya. Dekat je. Eh! lupa pulak, Cik Ina duduk kat kawasan mana, ya? Setiawangsa ke?
saya amat jrg2 mkn kat restoran gini..kalu mkn kat luar mesti keda tomyam ajo..huhu
BalasPadambased pada cerita pn wati tu..tu biasakan kak cik..xle tgk org senang sket..mulalah ada yg nk buat onar...
minta kita semua dijauhi dr unsur2 gtu...xbaikk..
kakcik masukkan gambar beg tu tetiba saya teringat beg saya sebiji mcm tu kaler biru. mana saya letak beg tu. sebelum ni beg tu saya isi kain telekung. balik kang nak carik...
BalasPadamSN...
BalasPadamkakcik lebih suka masakan ala kampung. Ada masak tempoyak, masak lemak pucuk paku/ubi dsbgnya. Tapi kalau diberi pilihan antara masakan Siam dengan masakan Mamak, kakcik pilih masakan Siam. :)
kat pandan indah??? nanti nak try gi makan lah kat situ...
BalasPadamdan
beg itu cun!
Niez...
BalasPadammaknya beg Niez dah banyak sangat tu - sampai lupa kat mana duduknya. (Kakcik pun selalu macam tu, bukan sebab beg banyak tapi sebab dah jadi semakin pelupa) :)
miloais...
BalasPadamjangan lupa ajak kakcik sama! :)
Teringin lak nak pegi, tapi Ate ni buta jalan. Ada GPS pun selalu sesat :(
BalasPadamAte tinggal di kawasan mana? Kalau dekat2 Pandan Indah, meh kakcik tunjukkan jalan. :)
BalasPadamKena pada selera qema tu kalau masakan ala2 kampung nih tapi jauh nak p kalau lalu blh singgah ni..
BalasPadamMurah dan sedap susah mau cari restoran camni kan hehe
Qema...
BalasPadamkalau ikut selera kakcik anak-beranak, memang ok sangat. Anadai kebetulan lalu, bolehlah singgah nanti. :)
Kakcik order air bergelas-gelas, order makan pun banyak tapi pergi anak-beranak je. Mesti kenyang betul makan malam kakcik....
BalasPadamKakzakie...
BalasPadamselalunya kalau kami makan di luar, air memang banyak kami pesan (air kosong beraislah - kadangkala bukan minta pakai gelas, tapi jug!). Makanan tu sebenarnya untuk sepinggan seorang dengan lauk untuk 'seorang @ dua orang' makan - dikongsi2kan. :)
kalo makanan sedap kita mesti nak dtg lg kan...sebab kena dgn selera kita..saya pun gitu
BalasPadamDah lama x pergi ke pandan indah..dulu belajar area sana...rindu nak ke sana...nanti ade masa leh la singgah ke restoran ayanda...cam best je =)
BalasPadamkak chik cik ina duk kat port klang.jauhkan.
BalasPadamMimi...
BalasPadamyang sedihnya kalau makanan NAMPAK sedap, bayo mahal - tapi hampeh! Memang hai hai bai bai la jawabnya...
Zurae...
BalasPadamdulu belajar kat KUIM ke? :)
Cik Ina...
BalasPadamoh - jauh juga Port Klang tu!
femes wehhhhhhh...
BalasPadam:)
Dr Singa...
BalasPadamapa yang femes wehhh??? Restoran tu ke? :)
sallam Kak Cik,
BalasPadamSusah nak cari makanan sedap sekarang ni, tapi kalau terkena makanan sedap tu yang nak datan berulang kali tu.
ieda duk jauh kak cik .. kalau dekat leh terjah lepas akak terjah :))
BalasPadamLipislady...
BalasPadamsedihnya bila masa mula2 berniaga, makanan sedap semua. Bila dah popular lain pula cerita, kan?
ieda...
BalasPadamduduk jauh, tak berbaloi pulak kalau saja2 nak terjah, kan? :)
Pernah makan kat satu restoran tomyam..area Pandan Indah jugak tapi tak ingat apa nama restoran tu.
BalasPadamOrang melayu dengan penyakit hasad dengki..sebab tu lah susah nak maju..
Siti...
BalasPadamcer ingat cer ingat balik - apakah nama restoran itu. Bagaimanakah rupa bentuknya? :)
hamboi3 makin fofuler kakcikku nii.. hehehe bangge3.. :D
BalasPadammoh kite ghamey2 mamam di situ kak!
p/s sebut name kakcik takdek diskauns ke? heheheh seloghoh ajeeeeee
AzeedA...
BalasPadammoh le.. teman pun idok dapat diskaun dik oi! :)
lame dah x pergi pandan indah , kalau ada kesempatan leh la cuba cari kedai nie..
BalasPadamAmy...
BalasPadamKalau Amy nak pergi, nanti ajak kakcik sama, ya? (boleh kita berjumpa).