Kawan-kawan kakcik

Khamis, 19 Mei 2011

Bertimpa-timpa...

peti sejuk menjadi panas tiba-tiba
yang didingin beku rosak semua

kipas dinding tertanggal penyangkutnya
mujur juga tak menimpa kepala

komputer meja skrinnya gelap gelita
tidak dapatlah hendak mengadap seperti biasa

aduhai

v

v

v

v

v

mungkin ada hikmah di sebaliknya

.

.

.

.

.

ada sesiapa sudi menderma?

 hah!

sepatah kata adikku

'selagi mampu membeli ayam goreng segera,

jangan mengada-ngada meminta derma!'



46 ulasan:

  1. "asal ada duit di tangan jer,mesti dtg org minta derma dpn gate saya tu..tp tak pernah tak kasi w/pun sedikit..kata mak..ntah2 malaikat menyamar..~sabar jer kak...ada hikmah yg tersorok tu.."

    BalasPadam
  2. huhuhu... ayam segera siap!!

    kakcik, memang ada hikmah atas segalanya tu, ambil yang hikmah..dan selami yang hikmah itu... pasti indah... =)

    BalasPadam
  3. ish..ish..dugaan lagi ni..

    disuruh beli/tukar baru le tu

    BalasPadam
  4. ciannya kakcik...
    xpe..susah sekejab..uji kesabaran..
    hrp nnti smuanya ok smula..

    BalasPadam
  5. Piasara...

    dalam rezeki yang kita dapat sebenarnya terselit rezeki orang lain sama, cuma kita sering terlupa hakikat itu! :)

    BalasPadam
  6. Kella...

    kakcik cuba nak selami sesuatu yang mungkin selama ini kakcik pandang sepi.

    BalasPadam
  7. sal...

    kena tabahkan hati ni. Kalau ikut hasutan syaitan, satu apa pun takkan menjadi selain dari kerosakan! :)

    BalasPadam
  8. salam kakcik. benda kalau dah nak rosak ni bukannya boleh ditunggu-tunggu. ada je yang nak rosak.. sabau jer la...

    BalasPadam
  9. lama dah tak pi makan kfc...
    gamaknya iols lupa nak kais kot!
    hahahaha

    sabar ye kakcik...

    BalasPadam
  10. sabor jek lah yer kakcik... ada hikmah di sebaliknya tu. semua nak kena ganti yang baru..

    drumstick kfc... nyum nyum

    BalasPadam
  11. w/salam kakpah...

    kenalah sediakan ongkosnya untuk membaikpulih mana yang boleh...

    BalasPadam
  12. Miloais...

    kakcik ni beli kepsi tu kalau ada permintaan dari anak2 (itu pun bukan selalu), kalau ikut selera sendiri - kakcik lebih suka makan nasi goreng letak cili api tapi tak pedas! :)

    BalasPadam
  13. AzMask...

    yang lain tu boleh tunggu, tapi bila petiais meragam - aduh, berbau satu rumah dengan bau ikan dsbgnya...

    BalasPadam
  14. hahahaha.. tukar skit... selagi mampu makan burger (mcd), jgnlah mengada2 nak minta derma..

    BalasPadam
  15. Dah samapi masa nak rosak bukan dia ada signal. Kena keluarkanlah fulus tu kakcik....Sabar saja lah...

    BalasPadam
  16. Mila...

    boleh juga buat pepatah begitu.. :)

    BalasPadam
  17. ada hikmah tu...
    hikmahnya dapat tuko yg baru hehehe

    BalasPadam
  18. Mimi...

    tak tuko kut - baiki je mana yang boleh. :) (Tapi kalau rege membaiki lebih mahal - kita bako je!)

    BalasPadam
  19. Sabo jer laa kakcik.. mintak beli baru tuh..dah sampai masa dia hentikan khidmatnya..tuh..kalau leh baiki.. tak per laa kalau tak leh kena laa cari baru.. :)

    BalasPadam
  20. tu la kan kak
    kdg2 hak dtg tu bertimpa2
    xtertanggung rasanya

    apa2 pun penawarnya hanyalah bersabar..kita mampu mendepaninya
    sebab kita kuat dan tabah...

    BalasPadam
  21. Biasalah tu kak chik barang sekarang,dah sampai masanya nak diganti baru kot.

    BalasPadam
  22. Sabar KAKCIK. Kata orang, sudah sampai masa. Tak payah tunggu, memang dia akan rosak sendiri.

    Dia soh ganti yang berkilat ler tuuu..

    BalasPadam
  23. dah sampai masa namanya.

    kat rumah tu pun sama jugak kak..

    BalasPadam
  24. Kadang2 memang macam tu kakcik..hal barang2 dalam rumah..satu rosak, yang lain pun menurut sama..macam tau2 pulak.
    betul macam kakcik kata..ada hikmah nya tu...

    BalasPadam
  25. kakcik, mana le tau ramai nak menderma, kalau ada extra, jangan lupa kat I...heheheehe

    BalasPadam
  26. kakcik,

    sama juga dengan saya.. semalam blender terbakar, malam ni dua lampu di bilik utama pula tidak menyala

    dua-dua nak keluar duit juga tu

    yang problemnya masa rosaknya tak kena 'time' ...time kering

    BalasPadam
  27. memang rezeki sudah di sukat. kalau tak habis kat sini, dia habis kat situ !

    BalasPadam
  28. Kena baru semua lah tu kak..

    peti ais saya yg pertama hubby beli dari kwn dia. now almost 18 yrs still leh pakai. tp kena beli baru utk tampung segala macam benda lah..

    BalasPadam
  29. Innamaal usriyusraa..Dalam susah ada senang..ulang kali Tuhan ingatkan kita kan kakcik

    BalasPadam
  30. Rinna...

    semalam peti ais kakcik dah diusung ke kedai untuk dibaiki. Tapi, kalau kos membaiki boleh beli peti ais yang baru - nampak gayanya tak jadi dibaikilah! :)

    BalasPadam
  31. SN...

    sebenarnya kakcik senyum saja. Malas nak beratkan kepala dengan masalah yang remeh temeh tu (tapi bila memikirkan duit yang kena dikeluarkan - berkerut juga dahi!)

    BalasPadam
  32. Cik Ina...

    barang lama juga yang tahan lasak, kan? :)

    BalasPadam
  33. Azie...

    ganti dengan yang berkilat?? (jap.. kakcik tengah membayangkan kepingan2 kertas bersama sayap yang terbang melayang2.. hehehe..)

    BalasPadam
  34. Azween...

    masa singgah di KK Selasa lepas, ibu memang menadang ke kedai Azween. Tapi ibu tidak berkesempatan singgah dek hambatan masa. Nanti bila ibu senang, ibu datang jumpa Azween ya :)

    BalasPadam
  35. Reen...

    macam berpakat pulak barang-barang tu nak 'buat perangai' serentak - itu yang tak tahan tu...

    BalasPadam
  36. Siti Murni...

    selagi boleh dibaiki dan tidak melampaui kos yang perlu dikeluarkan, kenalah dibaiki. Yang paling penting tentunya peti ais tu....

    BalasPadam
  37. Fa...

    hahaha.. ada ke yang hendak menderma? Tapi kalau ada, memang diterima dengan pintu terbuka - ada lebih, pastinya dikongsikan! hehehe...

    BalasPadam
  38. ibuintan...

    betullah. Masa ni masa kering yang hampir kontang - aduhai...

    BalasPadam
  39. Yan...

    agaknya peti ais kakcik tu merajuk. Dah 9 tahun digunakan. Yang lain dulu, 4 - 5 tahun dah tukar yang baru (sebab nak yang lebih besar). Sayang juga kakcik dengan peti ais tu sebab macam-macam boleh disumbat kat dalamnya...

    BalasPadam
  40. Kanda AL...

    Macam juga orang yang merokok. Kalau dia tak merokok, duitnya hangus kat lain (kata orang yang merokoklah) - hehehe...

    BalasPadam
  41. Hani...

    Allah tidak menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung, kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com