Kawan-kawan kakcik

Isnin, 23 Mei 2011

Kematian ...

tak pernah ia jauh dari kita
mungkin ia menyapa
waktu kita sedang ketawa
waktu kita sedang leka
waktu kita sedang suka
waktu kita sedang alpa
waktu kita sama sekali tidak bersedia

kita tidak akan tahu
bila saat akan berlaku
bila ketika akan bertemu
walau kita sedang sendu
walau kita terbaring kaku
walau kita tertunggu-tunggu
dia tidak akan memberitahu

dia tetap akan datang
dalam susah atau dalam senang
bukan pilihan kita sewenang-wenang
tidak juga masanya boleh dibilang-bilang

Al Fatihah kepada anak-anak dan semua mangsa runtuhan di Hulu Langat serta salam takziah buat seluruh ahli keluarga mereka.  Semoga roh kesemua mereka (salah seorangnya adalah rakan sekelas Budak Sepet) ditempatkan di Jannah.



44 ulasan:

  1. Al Fatihah. Doakan baik2. Meninggal di lokasi yang tak baik..manatau sedang sesak2 Warna2..tetiba rebah..

    BalasPadam
  2. Betapa Allah juga yg maha mengetahui atas apa yg berlaku kakcik. Sayu betul kakak kerana mereka itu anak-anak yatim. Kalaulah kakak dapat memilikinya alangkah baiknya. Masya-Allah...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mama
    alfatihah
    moga mereka semua akan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman
    amin..

    BalasPadam
  4. Zeq...

    berdoalah agar mendapat pengakhiran yang baik.

    BalasPadam
  5. Kakzakie...

    Syurgalah tempat anak-anak itu. InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. Wa'alaikummussalam Cheqna...

    InsyaAllah mereka adalah penghuni syurga.

    BalasPadam
  7. selamat pagi kakcik..

    alfatihah untuk mereka semoga berada digolongan org2 yg beriman...

    semalam terasa hiba dan sayu apabila melihat dikebumikan satu liang lahat...

    BalasPadam
  8. Ainnoraini...

    siap yang tidak pilu melihat anak-anak itu. Namun Allah lebih mengasihi mereka.

    BalasPadam
  9. Mengambil hikmah dari setiap kejadian. Mereka telah pun pergi menemui Sang Maha Pencipta. Giliran kita bila pula..Sudah kah kita bersedia?

    BalasPadam
  10. alfatihah utk anak2 itu, kesian sgt, tak sanggup nak tgk

    BalasPadam
  11. anak2 yg suci diambil tuhan sebelum mereka sempat tercemar. semoga syurgalah tempat bagi mereka...

    BalasPadam
  12. alfatihah...tiada kata dapat di ungkap. walapun hanya melihat berita ditv air mata tidak dapat di bendung...sesungguhnya Allah jua lebih mengetahui...

    BalasPadam
  13. al-fatihah... semoga allah mencucuri rahmat ke atas anak-anak yatim n warden mereka..

    BalasPadam
  14. ketentuanNYA...tak dapat nak dielak kan....

    semoga roh meraka aman disana...


    alftihah....!

    BalasPadam
  15. Setiap yang bernyawa pastikan merasa mati. Semoga roh merek di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

    BalasPadam
  16. Ate...

    itulah yang kakcik kata - masanya tetap akan tiba, tapi bersediakah kita?

    BalasPadam
  17. Su...

    mereka telah selamat kembali, kita pasti menyusul nanti.

    BalasPadam
  18. gB...

    InsyaAllah, roh mereka akan berbahagia di Jannah.

    BalasPadam
  19. Chik Na...

    Amin. Melimpahlah rahmat ke atas roh mereka.

    BalasPadam
  20. bujal x...

    makcik cuti mulai 26/5 hingga 1/6. 24 dan / makcik menghadiri kursus.

    BalasPadam
  21. Kak Long...

    tempat mereka telah pasti, cuma kita yang masih menanti.

    BalasPadam
  22. Cik Ina...

    Amin. Kita akan ke sana juga nanti.

    BalasPadam
  23. sedih kan kak..

    tiap kali saya baca kesah mereka, mesti sebak terus menitiskan air mata

    BalasPadam
  24. Niez...

    kita doakan agar roh mereka sejahtera di sana.

    BalasPadam
  25. al fatihah utk semua yg terkorban..
    sesungguhnya semua mereka sudah di syurga..saya hatikan..nak2 tgk gmbr deme kat fesbuk yg diambil sebelum kejadian..

    BalasPadam
  26. SN...

    sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik buat anak2 itu.

    BalasPadam
  27. AS'alam kak cik..

    TErharu dan sedih sekali dengan berita tragedi sebegitu.takziah dan al fatihah kepada semua mangsa yang terkorban..Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya...

    BalasPadam
  28. tentu ia memberi kesan emosi kepada BS.

    mereka yang pergi semasa muda, pergi mungkin dengan tidak berdosa atau paling cepat hisabnya nanti.

    BalasPadam
  29. W/salam Amy...

    telah ditentukan bahagian masing2. Yang dapat kita iringi hanya doa dan harapan agar kita punya masa untuk menyediakan bekalan ke sana.

    BalasPadam
  30. Kanda AL...

    semalam, bila BS kata ada kawannya yang terlibat, sukar juga untuk menerima sebab keliru - anak itu satu kelas dengan BS, bagaimana pula ada di sana?

    InsyaAllah roh anak-anak itu akan berbahagia di syurga.

    BalasPadam
  31. Al-Fatihah untuk kesemua mangsa. Sumbangan masih di teruskan untuk meringankan beban keluarga mangsa

    BalasPadam
  32. eelobor...

    sedikit sumbangan yang kita anggap tidak seberapa mungkin akan meringankan juga beban mereka yang memerlukannya. InsyaAllah.

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum KakCik, akak tak mampu baca seluruh citer, baca headlines dan tengok gambor jer. Sedih dan terharu...AlFatihah utk semua mangsa. Syurga untuk diorang semua!

    BalasPadam
  34. Wa'alaikummussalam Yong Halima...

    hati manalah yang tidak sayu melihat dan membaca kesakitan mereka yang tertimbus hidup2 itu.

    BalasPadam
  35. Acu...

    setiap yang hidup, pasti akan mati. Cuma, cara kematian mereka amat menyedihkan. :(

    BalasPadam
  36. miloais...

    hmmm ... yang pergi tetap pergi. semoga yang tinggal mengambil pengajaran dan tidak hanya menuding jari ke sana sini, kan?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com