Kawan-kawan kakcik

Khamis, 14 April 2011

Tiada apa hendak dicerita...

Esok aku akan bercuti untuk menyambut kepulangan Along di KLIA. Sudahlah perginya dulu aku tidak berekesampatan menghantar.  Sekejap sahaja dua minggu berlalu.

Sebenarnya hati ini agak gusar.  SMS terakhir diterima dari Along pada hari Isnin jam 8.49 malam waktu Malaysia.  Dia menyatakan dalam perjalanan menuju Madinah Al Munawarrah.  Selepas itu, tiada lagi sebarang khabar berita.  Biasanya  paling tidak selang sehari Along akan menelefonku.  Bagaimanapun  aku tidak pernah putus mendoakan segala yang baik buat Along dan rakan-rakannya.



42 ulasan:

  1. salam kakcik,

    sekejap saje rasanya
    dah selamat along mengerjakan
    umrah ye kakcik...alhamdulillah :)

    BalasPadam
  2. INSAYaLLAH ALONG AKAN SELAMAT SAMPAI KAKCIK...

    BalasPadam
  3. selamat menyambut kepulangan along...
    insyaAllah semuanya selamat tu kak

    BalasPadam
  4. salam ptg...semoga along selamat pulang...

    BalasPadam
  5. W/salam Ati...

    semoga Along sihat dan segala urusannya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. InsyaAllah.

    BalasPadam
  6. gB...

    InsyaAllah. Semoga semuanya baik2 sahaja.

    BalasPadam
  7. Mimi...

    terima kasih. Tapi biasalah, hati seorang ibu - tetap resah selagi tidak bertemu.

    BalasPadam
  8. mommylavender...

    terima kasih kerana sudi tinggalkan pandangan. Terima kasih juga kerana turut mendoakan Along.

    BalasPadam
  9. Salam kakcik
    Jangan risau. Insyaallah Allah pelihara dia.

    BalasPadam
  10. selamat bercuti kakcik...

    insyaallah... sihat dan selamat along tu...

    BalasPadam
  11. W/salam Ariff...

    terima kasih kerana menenangkan sedikit perasaan kakcik ni. Lagipun Along bukan pergi tempat yang tidak diketahui, kan?

    BalasPadam
  12. Milo...

    terima kasih dik, kerana kata2 yang sangat mendamaikan itu.

    BalasPadam
  13. insyaallah selamat, kredit/bateri abis kot tu

    BalasPadam
  14. KOG...

    iyalah - kakcik fikir yang baik2 sahaja. Terima kasih, dik.

    BalasPadam
  15. omputih cakap "no news is good news"

    insyaallah.

    BalasPadam
  16. dah nak balik along ya kak .. sure akak rindu sgt2 kat dia kan :)

    BalasPadam
  17. Kanda Al...

    terima kasih. InsyaAllah.

    BalasPadam
  18. Ida...

    InsyaAllah, kalau ikut jadual Along akan sampai di KLIA jam 1.00 petang esok. Siapa tak rindu anak, kan? :)

    BalasPadam
  19. time2 cenggini ghase nk cepat2kan mase belalu ye dak kak? teman mendoakan yg baik2 je utk kakcik sekuarge.. :)

    BalasPadam
  20. Insya Allah semuanya selamat..

    BalasPadam
  21. AzeedA...

    selagi idok berjumpe dengan diye esok, selagi itule ati moknye ni dupdap dupdap...

    BalasPadam
  22. Jamiel...

    InsyaAllah. Terima kasih, dik.

    BalasPadam
  23. alhamudlillah..
    terlerailah rindu yg terpendam...
    moga semua urusan berjalan dengan lancar esokkk..ameen

    BalasPadam
  24. Betapa bila berada di bumi Madinah kakcik kita memang akan khusyuk beribadah. Tambahan pula bila dah nak balik, rasa sayang nak tinggalkan Masjid Nabawi.

    Kakak rasa itulah puncanya....

    BalasPadam
  25. Insya Allah Along selamat kakcik..

    Saya doakan dia selamat sampai ke tanah air

    BalasPadam
  26. tak ada contact nombor agen kat sana ke?? kalau ada,boleh je call diaorang...tapi insyaAllah tak ada apa2 tu...seronok nye lah kat sana..

    tetiba terasa rindu orang di sana ;)

    BalasPadam
  27. sal...

    kakcik ni jenis cepat risau. Mudah2an tiada apa2 yang terjadi pun dan esok kami akan bertemu kembali. InsyaAllah.

    BalasPadam
  28. Kakzakie...

    sebentar tadi ada panggilan dari Along masuk ke hp kakcik, tapi tak sempat bercakap apa2. :(

    Mudah2an telahan Kakzakie itu benar belaka. Amin.

    BalasPadam
  29. Dr DZ...

    terima kasih kerana turut mengurangkan keresahan kakcik.

    BalasPadam
  30. Acu...

    nombor tu memang ada. Tapi kakcik rasa tiada apa yang perlu dirisaukan w/pun hati kakcik tetap bimbang (entah apa2 je, kan?).

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum Kakcik,

    InsyaAllah Along selamat. Tenangkan hati.

    BalasPadam
  32. Wa'alaikummussalam KK...

    terima kasih. InsyaAllah esok kami akan bertemu semula.

    BalasPadam
  33. Kakcik

    Mak-mak mmg cpt risau kan?

    Saya doakan anak Kakcik selamat pulang dan dapatlah Kakcik bertemu dengannya.
    :)

    BalasPadam
  34. Sallam,

    Jangan Gusar kak,
    InsyaAllah, along selamat tu.
    ramai yang doakan keselamatan dia ni.

    BalasPadam
  35. InsyaAllah...jgn risau, Along pasti selamat...

    jumpa lagi on Monday...

    BalasPadam
  36. wah seronok yer along nak balik. mesti masak sedap2 tuh

    BalasPadam
  37. Salam Kakcik, mungkin dia sibuk beribadat dan berziarah...biasalah orang berpergian ni. InsyaAllah dia selamat nanti.

    BalasPadam
  38. Mudah-mudahan Along selamat.mesti kak chik tak sabar tunggu kepulangan alongkan. nak melepaskan rindu dendam.Insyaalah kak chik dapat jumpa along

    BalasPadam
  39. semoga semuanya selamat, insyaallah!

    BalasPadam
  40. doakan Along semoga selamat pulang ke tanah air. InshaAllah

    BalasPadam
  41. mak IM pun talipon semalam. walaupun tak tanya kenapa IM lama tak balik, tapi IM tahu.

    gitulah hati seorang ibu.

    BalasPadam
  42. Salam..

    Mudah-mudahan semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan dia..

    :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.