Kawan-kawan kakcik

Rabu, 13 April 2011

Tidak semudah diucap...

bukan senang hendak menjadi anak yang soleh
andai hati tidak pernah bersih
berwajah manis tapi jiwa menjerit pedih
disuruh sedikit, berdalih-dalih

tidak juga mudah menjadi ibu yang baik
jika anak sering ditengking herdik
silap sedikit dipekik-pekik
bukan teguran dengan tujuan mendidik

perlu ada iman dan juga ilmu
bukan bertindak mengikut nafsu
hanya beramal tanpa hala tuju
jadilah kita bagai debu dibawa bayu....


   

54 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum kakcik,

    Bila meniti biarlah berhati-hati
    agar tidak jatuh atau rebah
    jika sakit susah hendak diubat
    akhirnya yg susah diri sendiri
    impian menjadi anak & ibu sejati
    menjadi juga isteri solehah
    bahagia dunia dan juga akhirat
    sabarlah dalam ujian yg diberi

    BalasPadam
  2. Dari sehari ke sehari saya belajar menjadi ibu yang baik..

    Sentiasa amalkan pelukan dan ciuman pada anak2..

    BalasPadam
  3. Wa'alaikummussalam Kakzakie...

    harapan tetap tidak pudar walaupun kadangkala bertindak diluar sedar - semoga menjadi anak yang sentiasa berbudi dan menjadi ibu yang sering dikasihi...

    BalasPadam
  4. Yan...

    saat ini kakcik sedang merindui Along yang berada di Tanah Suci dan juga Angah yang bergelut dengan peperiksaannya - yang dua lagi walaupun di depan mata, tetap diawasi juga.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakcik

    biar beribu batu
    anak yang satu
    itu juga yang dirindu...

    naluri ibu... ~

    BalasPadam
  6. aduh kak cik...terkesan sungguh di jiwa ini. bagai ditampar di pipi sendiri kerana kekadang dalam keletihan dan tekanan sekeliling terkeluar juga jeritan ibu di pagi hari...

    BalasPadam
  7. Wa'alaikummussalam manje...

    dua hari saja kakcik tak mendengar berita darinya, resah hati ini tidak terkata!

    BalasPadam
  8. Aina...

    kita cuma manusia biasa. Yang boleh kita lakukan ialah sentiasa cuba memperbaiki diri dan pekerti.

    BalasPadam
  9. agaknya inilah yang dikatakan :

    ilmu tanpa amal - sia-sia
    amal tanpa ilmu - gila...
    antara sia-sia dan gila
    di mana agaknya kedudukan kita

    siapa pun boleh bercakap
    cakap lebih senang dari melaksana
    nak jadi anak, isteri dan ibu yang cekap
    ada tikanya lantai dipijak pun entah ke mana

    kalau kita tak beringat-ingat
    langit jadi bumi, bumi jadi tembok
    siang malam mencurah keringat
    walhasil balik asal - yang tinggal cuma habuk

    makin dikaji makin pening
    makin ditampal makin merabak
    dari kita menambah cenoneng
    jom kakcik kita makan murtabak...

    hisy...dah zuhur pun masih nak merapu saya nih!

    BalasPadam
  10. thanks kakcik...
    satu ingatan buat diri iols
    yg sering alpa...

    BalasPadam
  11. betul tu kakchik..
    selagi bnama manusia, slalu buat silap..

    BalasPadam
  12. Q...

    makan mertabak?
    segar dari dapur Q ya?
    nak nak nak
    dari melayan kepala yang dah 'meong' adanya...

    BalasPadam
  13. miloais...

    kakcik pun sangat sering terlupa hingga rela diri menjadi mangsa hasutan nafsu. :(

    BalasPadam
  14. TK...

    apa yang diharap, kesilapan itu tidak berulang2 kita lakukan.

    BalasPadam
  15. ati pun tengah berusaha utk
    menjadi ibu yg baik
    yang bertolak ansur dgn anak2

    BalasPadam
  16. Ati...

    kita kena jadikan diri kita sebagai sahabat kepada anak2, barulah mereka tidak segan silu untuk bercerita...

    BalasPadam
  17. thanks kakcik...
    berusaha jadi ibu yg baik...
    terkadang x dpt mengawal perasaan bila badan penat seharian bekerja... usaha tangga kejayaan..

    BalasPadam
  18. estee...

    keletihan memang boleh mebuatkan kita hilang pertimbangan, jadi kita perlu bijak mengawal perasaan. :)

    BalasPadam
  19. Salam..

    Bukan senang nak jadi ibu bapa, untuk membuktikan kepada anak-anak tentang kasih sayang yang tak terhingga yang dicurahkan kepada mereka..

    :)

    BalasPadam
  20. pesanan yg memberi makna kpd pembaca2 yg mempunyai org2 tersayang disekelilngnya..tkns berkongsi..

    BalasPadam
  21. W/salam adol...

    jadilah anak yang berbakti dan menyenangkan hati, ya.. :)

    BalasPadam
  22. Acu...

    InsyaAllah, Acu akan jadi ibu suatu hari nanti. :)

    BalasPadam
  23. Sal...

    kakcik menulis tentang diri kakcik sebenarnya... andai ada manfaatnya untuk yang membaca, sama2lah kita ambil iktibar.

    BalasPadam
  24. Kak cik amy tak jadi ibu lagi tapi amy akan berusaha mempelajari sepertimana Bonda mendidik kami adik beradik supaya cara itu dapat di gunakan masa dah anak nanti...

    BalasPadam
  25. sama2lah kita saling ingat-mengingati dan jadikan iktibar...:)

    BalasPadam
  26. sungguh benar catatanmu itu wahai kakcik...bukan senang nak jadi anak yang soleh...kadang2 tertinggi suara jugak...adehh...:(

    BalasPadam
  27. saya selalu cuba utk jadi anak yg baik, tapi bila dah meningkat dewasa ni, rupanya mak selalu jugak kecik hati.

    cemana ya kakcik?

    BalasPadam
  28. smua org dambakan tittle ank yg soleh..

    BalasPadam
  29. Amy...

    Semoga cita2 dan impian Amy akan dimaqbulkan oleh Yang Maha Kuasa. InsyaAllah.

    BalasPadam
  30. Lieynanilaz...

    InsyaAllah. Sama2lah kita saling memberi peringatan.

    BalasPadam
  31. Siti ...

    kakcik pun makin kerap 'terasa hati' dengan anak2 - begitulah yang dialamai oleh ibubapa kakcik terhadap diri kakcik agaknya...

    BalasPadam
  32. kito anak baik ni.....ahakz....selalu buat ibu ketawa tapi tak taw lah ibu ketawa utk jaga hati anak jerk...

    BalasPadam
  33. gB...

    itu lumrah kehidupan, cuma kita kena sentiasa berdoa dan berusaha agar hati kita dilembutkan sentiasa.

    BalasPadam
  34. arryani...

    ..tapi tidak mudah untuk mendapatkan title itu andai tidak bersungguh2...

    BalasPadam
  35. Zeq...

    semoga niat itu menjadi realiti. :)

    BalasPadam
  36. jeBateja...

    Alhamdulillah kerana pandai mengembirakan hati ibu. :)

    BalasPadam
  37. ooo cerita ni, pasal rindu si ibu (kak chik) pada sianak lah ni.Bukan senang nak jadi ibubapa zaman sekarang. dah tak boleh pukul-pukul cam zaman kita.

    BalasPadam
  38. Cik Ina...

    apa pun peranan kita, cabarannya tetap ada...

    BalasPadam
  39. saya teringin nak jadi seorang ibu.. masih setia dan sabar menunggu

    BalasPadam
  40. Niez...

    InsyaAllah akan sampai juga masanya untuk Niez bergelar ibu. :)

    BalasPadam
  41. salam kak cik..


    pengalaman mengajar kita... kan kak cik.. dulu sebagai anak..kita sebagai ibu....

    BalasPadam
  42. W/salam Ila...

    roda kehidupan tak henti berputar...

    BalasPadam
  43. emm memang tk mudah,kena sentiasa beringat setiap perkataan adalah doa..oleh itu sebut yg baik2 shj :)

    BalasPadam
  44. assalamualaikom kakcik..

    kakcik tak mudah nk ucap..
    teman tak mudah nk naip..
    buleh tak?

    BalasPadam
  45. huhu..sy bukan ibu yg baik tp akan cuba jadi lebih baik setiap hari..aduh kononnya..pdhal tiap hari pekik² juga kalau x pekik diaorang buat dekk aje..

    BalasPadam
  46. moga2 aiman menjadi ank yg soleh..
    brt tggjwb sbg ibu kan kak cik

    BalasPadam
  47. tq so much akak, atas ingatan buat diri sendiri.
    kengkdg su pun jadik tarzan gak ngan anak2, bila makin dilarang, makin menjadi, hilang sabar kengkdg tu

    BalasPadam
  48. Mama Mayana...

    cuma bila kita dalam keadaan marah, kita akan menjadi terlupa...

    BalasPadam
  49. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    ish... mike ni...

    BalasPadam
  50. Rina...

    kita bukan yang terbaik, tapi kita sentiasa mencuba untuk jadi lebih baik, kan? :)

    BalasPadam
  51. noor...

    Amin. Memang berat tanggungjawab kita sebagaqi ibu.

    BalasPadam
  52. Su...

    kakcik semakin lupa.. jadi kena diingatkan sentiasa.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.