Kawan-kawan kakcik

Rabu, 27 April 2011

Kursus Semangat Berpasukan - benar-benarkah berkesan?...

gambar dari : betadaily.com

masa kursus diterapkan yang baik-baik sahaja
diceramah dan diajar perkara yang membuka minda
diminta bermesra bagai bersaudara
digalakkan saling berkenal dan bertegur sapa

dihujung kursus bertangis-tangisan
mohon dimaafkan segala kesalahan
nampak ikhlas dan penuh penyesalan
walau isi hati hanya diketahui Tuhan

pulang ke pejabat bagai sediakala
yang muda tetap juga tidak menghormati yang tua
dengan alasan 'aku lebih berkuasa'
tak perlulah hendak bermuka-muka

yang tua pun sama naik juga
buat perangai bagai ada 'angin yang berlaga'
kadangkala dengan tak semena-mena
bila berselisih, dari jauh memaling muka

sebenarnya semua datang dari hati
tidak bermakna walau berkursus berkali-kali
yang penting diri kita sendiri
mahu berubah atau kekal begitu sehingga mati

50 ulasan:

  1. kursus.

    sekadar nak cukupkan 7 hari dalam setahun~he~~

    *tahun ni saya baru 4 hari makcik~~

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum kakcik,

    Salam dihulur selamat pagi
    sambung kerja hari ini
    hormat-menghormati peribadi diri
    kalau dan dangkal susah diubati
    walau kursus berkali-kali
    tetap itulah cermin diri

    BalasPadam
  3. bujal...

    makcik pun baru 'dapat' 4 hari. :)

    BalasPadam
  4. Wa'alaikummussalam Kakzakie...

    selamat pagi buatmu puan
    semoga dirimu di dalam rahmat Tuhan
    peribadi diri sukar ditafsirkan
    andai kita sendiri tiada pendirian...

    Semoga kita sentiasa sedar diri, kan Kakzakie? :)

    BalasPadam
  5. kenapa saya baca kursus jadi 'kurus'?

    selamat pagi kakcik!

    BalasPadam
  6. Selamat pagi gB...

    kurus??? waaaaa..... sensitif tuuuu.....

    BalasPadam
  7. huhu..insyaAllah cukup time akan berubahlah tu....

    selamat berkursus..moga bermanfaat..

    BalasPadam
  8. sal...

    catatan kakcik itu secara umum saja. Bukannya kakcik nak pergi kursus pun... :)

    BalasPadam
  9. hipokrit itu selalu terjadi
    tak kenal rakyat atau menteri
    walaupun mengurus orang mati
    orang dah mati tu pun diumpat lagi

    selagi kepala tak terhantuk dipalang
    memang tak kenal ertinya walang
    bila urusan hati alang kepalang
    badan sendiri musnah bak petualang

    hati itu cuma seketul
    hendaklah dijaga dengan betul
    bila suci di wajah cahaya terpantul
    bila dah rosak semua perbuatan jadi kantul...

    BalasPadam
  10. aduh kalau camtu..kiranya pengisian kursus x cukup berkesanlah..

    BalasPadam
  11. ilmu yg baik adalah dr pengalaman...errr bg sayala...

    BalasPadam
  12. Q...

    hati yang seketul sukar dijaga
    akibatnya muka jadi jelaga
    semoga kita jangan begitu jadinya
    walau tak cantik sekurang-kurangnya biarlah ada cahaya... :)

    BalasPadam
  13. Rina...

    modul kursus mungkin dah bagus, cuma hati yang menerima mungkin dah hangus sampaikan tidak boleh dibaiki lagi... Na'uzubillahhiminzalik.

    BalasPadam
  14. Mimi...

    betul tu. Tapi ada juga yang enggan menjadikan pengalaman itu sebagai pengajaran...

    BalasPadam
  15. kakcik nak gi kursus lagi ke ni??
    ke... tengah berkursus??

    BalasPadam
  16. Dr Singa...

    tak gi kursus aihhhh. Jumaat ni kakcik cuti, nak pesan kek lapis tak? ;-)

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum kakcik,

    Masa bekerja dulu ada juga pegi kursus yang bertujuan untuk menguat ikatan rasa kerja berpasukan.

    Pada awal2 kursus berakhir, perhubungan baik semasa di kursus masih berkekalan tapi semakin lama masa berlalu semakinlah hilang aura semangat kerja berpasukan tu.

    BalasPadam
  18. Wa'alaikummussalam KK...

    Alhamdulillah kalau ukhwah dapat dieratkan. Tentang kerja mungkin tal selamanya dapat dibuat bersama-sama. :)

    BalasPadam
  19. Dr h4ni3...

    kursus hari Selasa je. Hari ni kerja macam biasa. Jumaat ni, kakcik pergi Kuching sampai Ahad. :)

    BalasPadam
  20. ilmu yg baik tue... perlu di terap.... sebaik2nya

    BalasPadam
  21. Melentur besi dgn arka baru jadi kan?

    BalasPadam
  22. Best nya lah kakcik..asyik ke Kucing aja..

    Saya jugak yg tak sampai2 sana..

    BalasPadam
  23. selamat petang kakcik...
    bestnya dapat join kursus yang berkesan...
    sekurangnya tambah kawan, tambah jua pengetahuan....

    PS: kalau ada kursus sampai jb,. beritahu ayu.. mana tau boleh calling2

    BalasPadam
  24. Ye laa...yg penting kita....hidup ni untuk kita memberi sebab kita hanya ada ROH je...yg lain akan hilang termasuk jasad...( zahiriah nya laa..)

    ahakz....

    what u give....u get backkkkk.....ahakz

    BalasPadam
  25. biasalah tu..

    bestnya gi kuching..
    sebenarnya ada apa kat situ
    balik kampung ke ?

    BalasPadam
  26. zeq...

    kalau tak tahan panas, jauhilah... ;-)

    BalasPadam
  27. Ayu...

    kalau kakcik sampai JB, InsyaAllah kakcik akan beritahu Ayu. :)

    BalasPadam
  28. jeBateja...

    ya - apa yang anda beri, MUNGKIN itulah yang akan anda terima kembali.

    BalasPadam
  29. Ati...

    bukan balik kampung, tapi suami kakcik ada kerja di sana. :)

    BalasPadam
  30. setuju dengan ayat Kak Cik.. kalu berkursus sepanjang hayat, tapi diri taknak berubah tiada gunanya juga..

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum my dear sis:)

    ..ilmu dari kursus tu memang lah berguna
    Cuma..
    yang 'menakutkan' kursus yang diselangi makan2 tuu...makin lama hari kursusnya...makin..erk!

    :p

    BalasPadam
  32. makan free tidur freee..lompat freee.

    ppss* memalam ada Poco -poco tak??

    BalasPadam
  33. setuju ngan akak semuanya datang dari hati. kalau dah "gelap" sangat, hantar jer kursus berbulan pun tak menjadi gak

    BalasPadam
  34. kakakku kakcik yg dirindui..
    selama2nya saya tak percaya pada sebarang kursus spt yg kakcik ceritakan itu..hipokrit kebanyakan..

    dua kawan saya kini bergelar motivator..kumpul duit melalui kursus2 kendaliannya.. di depan peserta bukan main labunnya.. tapi saya kenal dia.. tu sebab, pernah sekali saya berpeluang melihat kursus yg dijalankannya.. dia minta saya duduk jauh2.. kenapa? mungkin kakcik maklum jawapannya..

    BalasPadam
  35. saya benci kursus.. tambahan kursus yang banyak mengampu dan merapu

    BalasPadam
  36. benar sungguh kakcik berperi
    cukup kuah dah juga isi
    yang tua jangan terasa hati
    yang muda jangan menyimpan benci
    kita hidup semua kan mati
    kuasa dan harta tinggal di sini.

    BalasPadam
  37. biasalah masa berkursus memang cam okey semuanya. kalau dah buluh memang susah nak lentur. makcik suka ayat kak chik yang ini :

    sebenarnya semua datang dari hati
    tidak bermakna walau berkursus berkali-kali
    yang penting diri kita sendiri
    mahu berubah atau kekal begitu sehingga mati

    BalasPadam
  38. Nida...

    kita boleh berubah kalau kita mengkehendakinya. Orang atau hal-hal lain hanya sebagai penyebab, pokok pangkalnya tetap hati kita. :)

    BalasPadam
  39. Wa'alaikummussalam Tinie sayang...

    Soal makan juga terpulang kepada diri kita - makan sekadar perlu sahaja. Tapi, selalunya kalah juga dengan nafsu! hehehe...

    BalasPadam
  40. Zeq...

    kalau ada pun poco-poco tu, kakcik tak ikut serta. Bukan sebab fatwa, tapi sebab kakcik memang 'kayu' bab menari.. hehehe...

    BalasPadam
  41. eelobor...

    berkursus - ada yang datang hanya sebagai 'pelarian' dengan pelbagai alasan, jadi begitulah akhirnya - datang dan pulang = tiada apa yang berbeza!

    BalasPadam
  42. Adikku Samad yang diingati...

    semoga semakin sihat hendaknya.

    Peceramah mahupun motivator, tetap manusia biasa yang ada lebih dan kurangnya di sini sana. Jadi, pandai2lah kita meniulai dan memilih - mana yang baik, jadikan panduan. Yang 'mengarut' janganlah dijadikan ikutan. :)

    BalasPadam
  43. ibuintan...

    sebagai penjawat awam, mahu tak mahu kenalah "Saya Yang Menurut Perintah"... ;-)

    BalasPadam
  44. Kanda AL...

    begitulah akhirnya...
    akhirnya segala darjat, harta dan segala yang kita banggakan di dunia ini tidak akan kita bawa bersama sekembalinya kita ke sana...

    BalasPadam
  45. Cik Ina...

    kerana itulah kata peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'...

    kalau kita ingin menjadi baik dan sentiasa berusaha ke arah itu, InsyaAllah, Allah akan permudahkan jalan kita itu. :)

    BalasPadam
  46. kursus nie utk menyegarkan minda dan memberikan semangat dlm rutin harian .. suke kursus kak :)

    BalasPadam
  47. ieda...

    ada juga kursus yang kakcik suka pergi - tapi kalau mengantuk, memang sah kakcik tak suka! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com