gambar dari : betadaily.com
masa kursus diterapkan yang baik-baik sahaja
diceramah dan diajar perkara yang membuka minda
diminta bermesra bagai bersaudara
digalakkan saling berkenal dan bertegur sapa
dihujung kursus bertangis-tangisan
mohon dimaafkan segala kesalahan
nampak ikhlas dan penuh penyesalan
walau isi hati hanya diketahui Tuhan
pulang ke pejabat bagai sediakala
yang muda tetap juga tidak menghormati yang tua
dengan alasan 'aku lebih berkuasa'
tak perlulah hendak bermuka-muka
yang tua pun sama naik juga
buat perangai bagai ada 'angin yang berlaga'
kadangkala dengan tak semena-mena
bila berselisih, dari jauh memaling muka
sebenarnya semua datang dari hati
tidak bermakna walau berkursus berkali-kali
yang penting diri kita sendiri
mahu berubah atau kekal begitu sehingga mati |
kursus.
BalasPadamsekadar nak cukupkan 7 hari dalam setahun~he~~
*tahun ni saya baru 4 hari makcik~~
Assalamu'alaikum kakcik,
BalasPadamSalam dihulur selamat pagi
sambung kerja hari ini
hormat-menghormati peribadi diri
kalau dan dangkal susah diubati
walau kursus berkali-kali
tetap itulah cermin diri
bujal...
BalasPadammakcik pun baru 'dapat' 4 hari. :)
Wa'alaikummussalam Kakzakie...
BalasPadamselamat pagi buatmu puan
semoga dirimu di dalam rahmat Tuhan
peribadi diri sukar ditafsirkan
andai kita sendiri tiada pendirian...
Semoga kita sentiasa sedar diri, kan Kakzakie? :)
kenapa saya baca kursus jadi 'kurus'?
BalasPadamselamat pagi kakcik!
Selamat pagi gB...
BalasPadamkurus??? waaaaa..... sensitif tuuuu.....
huhu..insyaAllah cukup time akan berubahlah tu....
BalasPadamselamat berkursus..moga bermanfaat..
sal...
BalasPadamcatatan kakcik itu secara umum saja. Bukannya kakcik nak pergi kursus pun... :)
hipokrit itu selalu terjadi
BalasPadamtak kenal rakyat atau menteri
walaupun mengurus orang mati
orang dah mati tu pun diumpat lagi
selagi kepala tak terhantuk dipalang
memang tak kenal ertinya walang
bila urusan hati alang kepalang
badan sendiri musnah bak petualang
hati itu cuma seketul
hendaklah dijaga dengan betul
bila suci di wajah cahaya terpantul
bila dah rosak semua perbuatan jadi kantul...
aduh kalau camtu..kiranya pengisian kursus x cukup berkesanlah..
BalasPadamilmu yg baik adalah dr pengalaman...errr bg sayala...
BalasPadamQ...
BalasPadamhati yang seketul sukar dijaga
akibatnya muka jadi jelaga
semoga kita jangan begitu jadinya
walau tak cantik sekurang-kurangnya biarlah ada cahaya... :)
Rina...
BalasPadammodul kursus mungkin dah bagus, cuma hati yang menerima mungkin dah hangus sampaikan tidak boleh dibaiki lagi... Na'uzubillahhiminzalik.
Mimi...
BalasPadambetul tu. Tapi ada juga yang enggan menjadikan pengalaman itu sebagai pengajaran...
kakcik nak gi kursus lagi ke ni??
BalasPadamke... tengah berkursus??
Dr Singa...
BalasPadamtak gi kursus aihhhh. Jumaat ni kakcik cuti, nak pesan kek lapis tak? ;-)
Assalamualaikum kakcik,
BalasPadamMasa bekerja dulu ada juga pegi kursus yang bertujuan untuk menguat ikatan rasa kerja berpasukan.
Pada awal2 kursus berakhir, perhubungan baik semasa di kursus masih berkekalan tapi semakin lama masa berlalu semakinlah hilang aura semangat kerja berpasukan tu.
Wa'alaikummussalam KK...
BalasPadamAlhamdulillah kalau ukhwah dapat dieratkan. Tentang kerja mungkin tal selamanya dapat dibuat bersama-sama. :)
lepas kursus gi mana kakcik?
BalasPadamDr h4ni3...
BalasPadamkursus hari Selasa je. Hari ni kerja macam biasa. Jumaat ni, kakcik pergi Kuching sampai Ahad. :)
ilmu yg baik tue... perlu di terap.... sebaik2nya
BalasPadamMelentur besi dgn arka baru jadi kan?
BalasPadamBest nya lah kakcik..asyik ke Kucing aja..
BalasPadamSaya jugak yg tak sampai2 sana..
selamat petang kakcik...
BalasPadambestnya dapat join kursus yang berkesan...
sekurangnya tambah kawan, tambah jua pengetahuan....
PS: kalau ada kursus sampai jb,. beritahu ayu.. mana tau boleh calling2
Ye laa...yg penting kita....hidup ni untuk kita memberi sebab kita hanya ada ROH je...yg lain akan hilang termasuk jasad...( zahiriah nya laa..)
BalasPadamahakz....
what u give....u get backkkkk.....ahakz
biasalah tu..
BalasPadambestnya gi kuching..
sebenarnya ada apa kat situ
balik kampung ke ?
Angah...
BalasPadamyang baik jadikan teladan... :)
zeq...
BalasPadamkalau tak tahan panas, jauhilah... ;-)
Dr DZ...
BalasPadamjom ikut kakcik! :)
Ayu...
BalasPadamkalau kakcik sampai JB, InsyaAllah kakcik akan beritahu Ayu. :)
jeBateja...
BalasPadamya - apa yang anda beri, MUNGKIN itulah yang akan anda terima kembali.
Ati...
BalasPadambukan balik kampung, tapi suami kakcik ada kerja di sana. :)
setuju dengan ayat Kak Cik.. kalu berkursus sepanjang hayat, tapi diri taknak berubah tiada gunanya juga..
BalasPadamAssalamualaikum my dear sis:)
BalasPadam..ilmu dari kursus tu memang lah berguna
Cuma..
yang 'menakutkan' kursus yang diselangi makan2 tuu...makin lama hari kursusnya...makin..erk!
:p
makan free tidur freee..lompat freee.
BalasPadamppss* memalam ada Poco -poco tak??
setuju ngan akak semuanya datang dari hati. kalau dah "gelap" sangat, hantar jer kursus berbulan pun tak menjadi gak
BalasPadamkakakku kakcik yg dirindui..
BalasPadamselama2nya saya tak percaya pada sebarang kursus spt yg kakcik ceritakan itu..hipokrit kebanyakan..
dua kawan saya kini bergelar motivator..kumpul duit melalui kursus2 kendaliannya.. di depan peserta bukan main labunnya.. tapi saya kenal dia.. tu sebab, pernah sekali saya berpeluang melihat kursus yg dijalankannya.. dia minta saya duduk jauh2.. kenapa? mungkin kakcik maklum jawapannya..
saya benci kursus.. tambahan kursus yang banyak mengampu dan merapu
BalasPadambenar sungguh kakcik berperi
BalasPadamcukup kuah dah juga isi
yang tua jangan terasa hati
yang muda jangan menyimpan benci
kita hidup semua kan mati
kuasa dan harta tinggal di sini.
biasalah masa berkursus memang cam okey semuanya. kalau dah buluh memang susah nak lentur. makcik suka ayat kak chik yang ini :
BalasPadamsebenarnya semua datang dari hati
tidak bermakna walau berkursus berkali-kali
yang penting diri kita sendiri
mahu berubah atau kekal begitu sehingga mati
Nida...
BalasPadamkita boleh berubah kalau kita mengkehendakinya. Orang atau hal-hal lain hanya sebagai penyebab, pokok pangkalnya tetap hati kita. :)
Wa'alaikummussalam Tinie sayang...
BalasPadamSoal makan juga terpulang kepada diri kita - makan sekadar perlu sahaja. Tapi, selalunya kalah juga dengan nafsu! hehehe...
Zeq...
BalasPadamkalau ada pun poco-poco tu, kakcik tak ikut serta. Bukan sebab fatwa, tapi sebab kakcik memang 'kayu' bab menari.. hehehe...
eelobor...
BalasPadamberkursus - ada yang datang hanya sebagai 'pelarian' dengan pelbagai alasan, jadi begitulah akhirnya - datang dan pulang = tiada apa yang berbeza!
Adikku Samad yang diingati...
BalasPadamsemoga semakin sihat hendaknya.
Peceramah mahupun motivator, tetap manusia biasa yang ada lebih dan kurangnya di sini sana. Jadi, pandai2lah kita meniulai dan memilih - mana yang baik, jadikan panduan. Yang 'mengarut' janganlah dijadikan ikutan. :)
ibuintan...
BalasPadamsebagai penjawat awam, mahu tak mahu kenalah "Saya Yang Menurut Perintah"... ;-)
Kanda AL...
BalasPadambegitulah akhirnya...
akhirnya segala darjat, harta dan segala yang kita banggakan di dunia ini tidak akan kita bawa bersama sekembalinya kita ke sana...
Cik Ina...
BalasPadamkerana itulah kata peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'...
kalau kita ingin menjadi baik dan sentiasa berusaha ke arah itu, InsyaAllah, Allah akan permudahkan jalan kita itu. :)
kursus nie utk menyegarkan minda dan memberikan semangat dlm rutin harian .. suke kursus kak :)
BalasPadamieda...
BalasPadamada juga kursus yang kakcik suka pergi - tapi kalau mengantuk, memang sah kakcik tak suka! :)