Kawan-kawan kakcik

Isnin, 25 April 2011

Hampir pengsan di Pesta Buku...

Memenuhi kehendak BS yang merengek-rengek untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra.  Kereta di letak di tempat letak kereta Hentian Putra.  Oh! begitu banyak kereta telah diletak di situ sewaktu kami tiba hampir jam 10.00 pagi.

Sungguh aku terpesona dengan bacaan ayat2 suci Al Quran yang disampaikan oleh pemuda yang cacat penglihatan ini.

Berjumpa dengan adik angkatku yang secara kebetulan bertugas di situ (aku sengaja menyembunyikan tubuhku di belakang BS!)

BS sedang memilih buku yang hendak dibeli

Aku sengaja mengajar BS untuk berurusan sendiri (tapi aku tetap memerhati)

Ada persembahan dari kumpulan Rabbani

Blogger Azieazah sedang bertugas sebagai promoter di gerai CESB.  Tak sempat hendak beramah mesra kerana beliau benar-benar sedang sibuk.

Setelah lebihkurang dua jam berlegar-legar dan membeli buku-buku yang sesuai dengan BS, kami bergerak menuju ke kereta.  Waktu itu aku rasa aku sangat sukar hendak bernafas!  Ubat sedut bagi penyakit lelahku tidakku bawa bersama.  Terlalu lambat rasanya hendak sampai ke kereta.  Aku sedar, aku perlu melakukan sesuatu terhadap tubuhku yang kian besar ini.  Aku juga tidak betah untuk bersesak-sesak dalam himpitan manusia yang begitu ramai.


62 ulasan:

  1. tahun lepas sempat pergi, tahun ini masih belum berkesempatan Kak Cik

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ibu,

    bersemanagt betul ye..tak duduk diam langsung

    BalasPadam
  3. baru terlintas nak tanya sama ada kakcik ada jumpa kak azie..tup tup dah ada gambarnya di bawah..hehe..sibuk benor tu..:)

    BalasPadam
  4. kakcik..
    kalaulah PWCT tu dekat... mau2 ayu telefon suruh kakcik amik ayu..wawawawa
    jeles..............

    BS, borong buku sekolah eik?


    PS: tu dia kak AA., buzy ko...... agak2 kalau kita pi beli ngan dia dapat discount tak??

    BalasPadam
  5. acu memang teringin nak ke sana tapi mengenangkan kesesakan yg nak di tempuh dalam tu,membuatkan acu berfikir berkali-kali...huhuu

    BalasPadam
  6. teringin nak gi pesta buku tp tula...xlarat nak bersesak2 dgn org ramai

    BalasPadam
  7. rasanya tahun ni takdak chance nak ke situ....

    BalasPadam
  8. Pada 29 hb saya akan ke konvo anak di shah alam. Boleh ler langsung ke pesta buku memandangkan abang saya yang merupakan penulis buku juga berada disana. Kena sign autograf dan ceramah. Nak rai lah juga.

    BalasPadam
  9. IS...

    bawalah rombongan anak2 murid ke PBAKL tu.. sempat lagi. :)

    BalasPadam
  10. Wa'alaikummussalam Azween...

    macam tu la jadual ibu... Ada2 saja. Alhamdulillah, ibu masih larat menempuhnya walaupun semput. :)

    BalasPadam
  11. Siti...

    Kak Azie Siti tu memang sangat sibuk. Ramai pengunjung yang singgah di gerai yang dijaganya. :)

    BalasPadam
  12. Ayu...

    kalau dekat, memang kakcik ambil Ayu. Kakcik tak beli pun buku/novel di CESB sebab kakcik dah mula semput waktu tu. :)

    BalasPadam
  13. Mimi...

    kalau bawa anak kecil, tempat tu kakcik rasa tidak/kurang sesuai. Sesak sangat. Mungkin kalau hari kerja, 'longgar' sikit kut. :)

    BalasPadam
  14. Q...

    kakcik pun sebenarnya dah 'banyak tahun' tak ke situ. Kali ini pergi sebab BS nak pergi sangat. :)

    BalasPadam
  15. Ariff...

    Dr Danial ada kat gerai mana, ya? Tapi kakcik tak sempat nak singgah lagi sebab 29/4 hingga / ni, kakcik berada di Kuching.

    BalasPadam
  16. hari ni rasa down sangat kak. kalau tak boleh sama2 jumpa akak dan AA di sana..

    BalasPadam
  17. kali terakhir pegi pesta buku.. ada 3-4 tahun lepas kot.. hihi.. sesakkkk

    BalasPadam
  18. kakcik
    sya pun sangat sangat penat tak terlarat mengejar enariq semalam.

    BalasPadam
  19. Alahai sempat juga tu dia snap.
    terimakasih sudi singgah, tapi maaf la tak sempat nak layan tadi.

    Selamat berehat ya Kakcik..

    goodnite

    BalasPadam
  20. jangan pengsan kak cik... susah orang ramai nanti

    BalasPadam
  21. di malaysia ni pesta lagha lebih banyak dari pesta berfaedah..

    BalasPadam
  22. Salam ..

    Uiih.. best nye kalau sy dpt ke sana jugak..

    :)

    BalasPadam
  23. Yan...

    kakcik pun tak boleh lama2 sangat kat situ. Nak jengah2 novel pun tak sempat. Selain dari semput, kakcik daqn suami juga kena hantar Angah balik ke Banting.

    BalasPadam
  24. Dr h4ni3...

    kalau tak bawa anak, mungkin lebih rileks... :)

    BalasPadam
  25. Sya...

    bawa enariq ke pesta buku ke?

    BalasPadam
  26. Azie...

    selamat pagi. Kalau kakcik sorang semalam, mungkin kakcik lepak kat tempat Azie tu. Tapi dengan bahang panas dan dada yang mula sempit - kakcik tak boleh tunggu lama lagi.

    Azie ok ke hari ni?

    BalasPadam
  27. AM...

    sebab itu kakcik keluar awal2 sebelum pengsan. :)

    BalasPadam
  28. IM...

    'terpaksa' juga kita menghadapainya...

    BalasPadam
  29. w/salam Adol...

    kalau berkesempatan, pergilah... Masih banyak masa lagi. :)

    BalasPadam
  30. rasanya dah tak sempat nak pergi pesta buku kali ni. sabtu & ahad lepas ada urusan di putrajaya. mnggu nie nak balik kampung lak. hari kerja, memang tak sempat.....ruginya sebab hajat nak jumpa kak azie masih belum tertunai dari pesta buku tahun lepas lagi

    BalasPadam
  31. Mesti sesak jadi sebab kakcik keletihan. BS tetap ok je. Apasal pipi dia montel sangat kakcik? Kilat macam guna cream....:)

    BalasPadam
  32. Eelobor...

    kakcik pun terpaksa pergi semalam bagi memenuhi kehendak BS. Kalau tidak, memang tiada kesempatan. Hujung minggu ni, kami berada di Kuching pula.

    BalasPadam
  33. Kakzakie...

    Pipi BS tu memang macam tu. Itu yang mak dan Along dia suka nak cubit2 tu! :)

    BalasPadam
  34. nasib baik saya tak jadi pegi semalam. kalau tidak rasanya mesti pengsan sebab saya tak sihat~

    BalasPadam
  35. Letih tu kak. Nasib baik takde anak kecik kan kak ?


    Tahun lepas saya tak dapat pergi harapnya jadiklah tahun ni..


    Sabtu ni saya terjah kak ! Balik kerja parking keta di Komuter Sg Buloh. Pergi sensorang.

    Tak sesabar ni !

    BalasPadam
  36. saya tak suka sesak~~~

    *makcik lainkali jangan lupa bawak inhaler tu tahu!

    BalasPadam
  37. gB...

    rasanya elok pergi bukan di hari cuti. :)

    BalasPadam
  38. Reen...

    masa pejabat kakcik di Bangunan Perkim dulu, tiap2 tahun kakcik mesti pergi berkali2.. jalan kaki je. Tapi sekarang, tak larat dah!

    BalasPadam
  39. bujal...

    itu yang makcik tak suka tukar2 beg! mesti ada yang lupa... :(

    BalasPadam
  40. best juga ni tapi nak bersesak2 tu susah sikit kalau p sorang2 ok la kan hehe

    BalasPadam
  41. Qema...

    sesak punya pasal - kakcik terlupa nak 'tengok2' novel! :)

    BalasPadam
  42. tak berkesempatan pegi lagi lahhh!~

    BalasPadam
  43. waa...bestnyerrr g situ.. moon xdpt nak pegi..huhu

    BalasPadam
  44. mesti jauh berjalan kalau dikur berapa KM agaknya U turn lagi

    BalasPadam
  45. rajin kak cik gi kan?? angah pun tak tahu ada PB kat sana...

    BalasPadam
  46. Assalamualaikum Kakcik,

    Seronoknya dapat jalan-jalan kat pesta buku.

    Akak ni dengar cerita jerlah. tak boleh nak jalan jauh.

    BalasPadam
  47. saya juga tidak boleh bersesak dengan ramai orang. saya juga nak turunkan berat tapi n3 pun asyik pasal makan je... habes camno kakcik oii... *__"

    BalasPadam
  48. milo...

    kakcik pun kalau tak kerana desakan anak, mungkin tak sampai juga. :)

    BalasPadam
  49. CMA...

    kalau dah bersesak2 tu, hilang seronoknya. :)

    BalasPadam
  50. Zeq...

    u turn tak banyak, tapi sesi pusing keliling dan turun naik eskelator yang tak tahan tu...

    BalasPadam
  51. Angah...

    ikutkan kehendak BS tu...

    BalasPadam
  52. Wa'alaikummussalam KK...

    kalau badan sihat dan kuat, mungkin lagi seronok. Tapi, jujurnya kakcik tidak suka keadaan yang bersesak dan bingit!

    BalasPadam
  53. Niez...

    kakcik ni berazamnya dah berzaman - tapi yang pasti baju semakin sempit! :(

    BalasPadam
  54. Kanda AL...

    tak cukup duit! hehehe....

    BalasPadam
  55. kakakku kakcik..
    sorang kawan saya yg menghadapi masalah kesihatan yg mungkin sama dgn kakcik, mengamalkan diet/senaman yg konsisten..akhirnya, dia lebih sihat dari saya huuhuhu..rasanya, kakcik tentu dah dimaklumkan dek pakar ttg ini kan..

    BalasPadam
  56. Adikku Samad...

    kakakmu ini tersangatlah 'lemahnya' bila disebut tentang senaman... :(

    BalasPadam
  57. Tu sebab saya malas nak ke sana..walaupun saya gemar buku..sebab:

    -sesak
    -nak parking susah

    Harap kakcik dah sihat..

    BalasPadam
  58. Dr DZ...

    pagi tadi agak semput juga - cepat2 kakcik sedut Symbicort dan Ventolin. Alhamdulillah, memang lega. :)

    BalasPadam
  59. Saya dah rasa saya takkan pergi pesta buku!
    Saya yang tak berapa semput ni pun lemas dengar ramai-ramai orang !!

    BalasPadam
  60. Dr Singa...

    kalau nak beli novel, kakcik rasa lebih murah beli di kedai buku - ada diskaun 20%. Kat PBAKL tu cuma 10%! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.