Kawan-kawan kakcik

Isnin, 25 April 2011

Bila anak enggan ke sekolah...

yang susah hati adalah ibu
tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku
bila ditanya sianak hanya membisu
mungkin perlu bagiku berjumpa cikgu

hari-hari cuti begitu ceria
tiada pun nampak tanda sakit segala
buka sahaja sekolah mulalah sakit kepala
apakah sengaja mengada-ngada

duhai anak dengarlah sini
mak dan ayah tiada harta untuk diwarisi
jangan nanti menyesal di kemudian hari
waktu yang berlalu tak guna ditangisi

cuba ceritakan duduk perkara
tentang apakah cacat dan cela
membuatkan dirimu tidak selesa
sama-samalah kita cuba selesaikannya.....



38 ulasan:

  1. Salam kakcik
    Tentu ada perkara yang membosankan dia. Anak sedara saya pun dulu begitu. Bila ditanya kenapa asyik sakit kepala saja. Akhirnya barulah tahu guru asyik memanggilnya dengan panggilan gemuk. Malu la budak tu.

    BalasPadam
  2. W/salam Ariff...

    tak tahulah. Pening kepala dibuatnya. Bila ditanya apa yang tak kena di sekolah, dia kata tak ada apa2. Tapi, bila nak ke sekolah je - sakit kepala. Kakcik ingat, esok kalau tak pergi juga, kakcik akan ke skolah untuk berjumpa dengan cikgunya.

    BalasPadam
  3. Kakcik kena tengok takut bukan masalah dgn cikgu tapi takut ugut-mengugut sesama kawan/geng. Kat tempat kakak ada jiran (Cina) anak dia ada masalah kena ugut sebab family dia memang kaya. Tiap-tiap hari pergi sekolah kena bawa RM30/-
    Lama-lama baru tahu rupanya duit dibagi kat budak jahat sebab tak mhu kena pukul....

    BalasPadam
  4. Kakzakie...

    ada juga kakcik tanya, kalau2 ada masalah dengan rakan sebaya. Jawapannya tetap sama 'mana ada...'

    Susah hati kakcik ni! :(

    BalasPadam
  5. mesti kena cek tu..takut ada org buli dia ke kat sekolah..

    BalasPadam
  6. Macam-macam kan, kita sebagai ibu ni risau je kalau anak tak nak pergi sekolah kak kakcik..syok cuti la tu hehe

    BalasPadam
  7. Rina...

    kakcik ingat kejap lagi nak minta Along pergi cek kat sekolah, apahalnya...

    BalasPadam
  8. Qema...

    Tuhan saja yang tahu macam mana risaunya hati kakcik ni... :(

    BalasPadam
  9. kak chik, perkara cam ni dah terjadi pada anak kawan .start darjah satu sampai darjah 5 dia tak nak ke sekolah.puncanya takut kan sorang cikgu yang marah kat dia. Naik tingkatan 1 pindah sekolah lain , baru dia ke sekolah. Cuba kak chik bincang ngan cikgu dia. bawa sekali anak anak kak chik.

    BalasPadam
  10. Cik Ina...

    ini yang kakcik tengah peningkan ni. Nampak macam bukan main garang anak kakcik tu - takut di sekolah, lain jadinya... :(

    BalasPadam
  11. nak kena selidik kalau anak2 tiba2 taknak pergi sekolah..bukan nak cari salah cikgu @ sekolah cuma dizaman yg serba canggih ni, masalah kat sekolah pun makin canggih!..tsk!

    BalasPadam
  12. betul kata Cik Ina tu kakcik...cer bawak bincang...anak2 mmg akan jawab ; 'mana ada...'

    Pengalaman saya : my13 masa umur 7 thn dulu pun pernah wat hal, asal nak gi sekolah jer, mcm2 penyakit dia keluar...bila tanya naper, dia kata takder apa2...tp tiapkali dia ruku' masa solat tu saya perasan dia mcm kesakitan so saya guna saikologi tanya, rupa2nya tiap2 hari ada sorang budak tu suka main kungfu dan selalu kuntau perut dia ngan tapak kaki, caya tak tu? anak pegawai tentera yg buat tu...

    bila saya jumpa Ustaz...ustaz plak macam anggap saya kepoh sgt hal budak2.(tp pastu ustaz tu kena kat saya! - jgn memain ngan Q!)

    saya pun amik tindakan saya sendiri, saya panggil budak tu, bersaksikan beberapa org ibu, saya tanya budak tu elok2, adakah anak saya kurang ajar atau pernah meyakitkan dia, dia geleng2...dan bila ditanya takder sekali pun anak saya wat pasal ngan dia, saya tanya kenapa dia tendang perut anak saya selalu? dia diam taknak jawab...saya bukan taknak ajar anak saya jadi anak jantan tp saya tidak suka ada dendam berpanjangan.

    saya ckp, sekali lg dia wat camtu, saya akan report polis (ugut style kebudakanlah, dah dia pun budak kan?), then polis akan dtg tangkap, gari dan hantar dia duduk dlm lokap...nangis budak tu ketakutan...tp keras hati, langsung tak reti nak mintak maaf, mungkin dah terdidik begitu...

    Then saya bg tau dia elok2 lg...bahawa semua dlm sekolah tu adalah bagai adik beradik, bersaudara...mesti ada perasaan kesian bla bla bla...pastu saya suh depa bersalaman, peluk dan tak mau buat lagi...

    kdg2 benda2 ni mmg dianggap remeh tp cikgu tak kuasa dan takder masa nak selesaikan.. kena kita jugak campur tgn...kesudahan citer td, budak berdua tu jd sahabat kamcing sampai nangis2lah masa nak pisah bila habis tahun 6, saya dan mak ayah budak tu pun ok sampai sekrg.. tp saya tak pernah citer kat emak dia hal anak dia...taktau dia tau ker tak...

    Ustaz yg 'kena' kat saya tu pasal dia warning anak saya lenkali jgn suka ngadu2 kat emak...saya pi confront kat dia, saya cakap kat rumah, kami adalah emak dan ayah pada anak2 saya...tp kat sekolah ustaz dan cikgu2 sebagai pengganti yg diamanahkan (sekolah anak saya ada upacara angkat sumpah dan akujanji masa majlis penyerahan anak2)...tp kalau ustaz tak jaga amanah sebagaimana yang dijanjikan, hantar surat berenti!
    very simple - kalau setakat kerja nak makan gaji jer mmg payah...

    pendidikan anak2 tu berkesinambungan dari rumah ke sekolah dan ke rumah semula...bagi saya penting anak2 happy nak ke sekolah, di sekolah dan sewaktu nak pulang ke rumah...

    isyh...sori, pjglah plak...

    BalasPadam
  13. waa~~ sangat kena lah coretan kakcik seroja ni dengan perasaan saya sekarang. Anak saya ni sejak 2 menjak ni tak suka sangat nak ke taska. Tiap pagi hantar dia sampai pintu pagar mesti menangis-nangis... huhuuu.. entah apa silapnya. tanya tak pula pandai dia menjawab.

    kata cikgunya, kat taska sesuap nasi pon taknak di jamahnya. minum susu pun tak habis secawan...

    BalasPadam
  14. setuju dengan semua, kena jumpa cikgunya juga ni cari jalan penyelesaian.

    Suka baca komen dari queenie, satu pengalaman menarik untuk di kongsi. Mana tahu terjadi pada anak2 yus juga..

    BalasPadam
  15. Q...

    kakcik memang tunggu pandangan dari Q kerana kakcik tahu Q banyak pengalaman. Balik ni, kakcik kena bincang dengan suami bagaimana cara nak buat.

    Kakcik tahu, anak kakcik tu baca blog ini dan komen2 yang ada - secara tak langsung, dia akan dapat pengajaran dari apa yang kawan2 kakcik kata...

    Terima kasih Q.

    BalasPadam
  16. NM02...

    atau ada 'yang meminta sesuatu' dari dia. Itu yang kakcik syak!

    BalasPadam
  17. Anggun...

    kalau anak kecil, mungkin Anggun kena buat pemeriksaan mengejut kat taska tu. Datang senyap2 dan intai apakah agaknya yang berlaku...

    BalasPadam
  18. MDT...

    kerana 'kecanggihan' masalah itulah yang membuatkan ibu (bapa kurang rasanya) semakin pening kepala, senak perut dan yang sewaktu dengannya! :(

    BalasPadam
  19. ~ yus ~...

    cikgu pun kadang2 terlepas pandang bila ada murid yang dalam kemurungan. Jadi, ibubapa memang kena berhubungan dengan para guru...

    BalasPadam
  20. Maaf kakcik...
    mohon laluan kpd Puan Anggun...

    Puan Anggun...harap luangkanlah masa anda sampai ditemui sebabnya dan anak kembali selesa...

    Duit bebila masa boleh diganti tp jiwa anak kecil tidak ternilai harganya...saya sering rasa terkoyak hati bila tengok ada ibu2 (kerana terpaksa nak kejar masa bekerja) bagai hati kering melucutkan genggaman tgn anak2 yg menangis di pintu taska atau pintu rumah babysitter, selalu saya fikir..kalau saya punya 1,000 tgn mau jer saya peluk dan jaga semua anak2 comel tu... agar hari2nya tidak dinoda ngan tangisan dan airmata akibat ditinggalkan insan yang paling disayanginya...yg tlah membawanya ke dunia ayng tidak seindah mana pun rupa2nya...

    maafkan saya Puan Anggun, saya mudah emosi bila bercerita ttg anak2 kecil...

    BalasPadam
  21. semua budak camtu kot?
    anak saya pun sama.. tapi liatnya cuma masa nak bangun pagi la
    bila dah mandi semua, ok je dia

    BalasPadam
  22. wah kak suke ngan ayat2 akak nie ..

    anak2 x nak ke sek pasti ada sebabnya .. selami ati dia .. kerana hanya kita ibu bapa yg lebih memahami keadaan anak2 kita :)

    insyaallah kak cik akak tahu sebab dan puncanya :))

    BalasPadam
  23. kakcik...

    mesej saya ialah..andainya anak kita terlibat ngan benda2 tak sehat mcm membuli atau dibuli...siasat dulu mana2 kelemahan dan kesilapan anak kita dulu...kalau ada maka kita selesaikanlah ikut turutan berhemah dan berhikmah, begitu juga jika sebaliknya...maklum jer kengkadang anak2 ni depan mata kita kemain baiknya tp balik belakang lain bicara...

    tp kan kakcik, kengkadang sebagai mak ayah kita mmg terbawa2 dan fikirkan benda2 'besar' jer sampai pening2 kepala dan jadi begitu serius walhal puncanya cuma mungkin anak tak siap wat homework dan takut nak berdepan ngan cikgu, tu jer heh3...

    apa2pun saya percaya kakcik dpt atasi masalah BS tu...tak kalu meh saya gigit jer pipi dia tu....

    BalasPadam
  24. teringat adik saya kena lepuk kat ayah sebab tak nak ke sekolah sepuluh tahun lepas..sekarang dia dah jadi guru

    BalasPadam
  25. Anak2 masih kecik tak risau sangat. Tak taulah kalau dah besar nanti...

    BalasPadam
  26. bukan takat yg kecik2 tu aje kak. yg tingkatan 2 tu pun sama je..haruu betull

    BalasPadam
  27. BS ke kak?
    Sakit kepala?
    Kena check jugak mata dia tu
    Takut rabun

    BalasPadam
  28. anak ati farah pun ada mengadu
    sakit kepala...bila gi chk rupanya
    rabun lebih dari 100

    BalasPadam
  29. selamat malam kakcik..
    buat masa nie ayu dapat BW ke blog sahabat time malam2 jer..

    kak...... umai ayu dah cutikan bersekolah, mujur dia belum 5 tahun.. baru 3 tahun lebih... itulah tempohari dia dah buat hal...

    alasannya.. kawan tarik tdung...

    BalasPadam
  30. Parah kalau anak2 taknak ke sekolah . Manalah mereka nak menimba ilmu lagi ? kena tanya dan siasat puncanya .

    Apapun, slmat malam kakcik . Saya doakan akak sihat bersama keluarga .

    BalasPadam
  31. beruntung si anak mendapat ibu yang sedemikian rupa....sangat2 mengambil berat

    BalasPadam
  32. Dr h4ni3...

    masalahnya, anak kakcik ni jadi 'liat' selepas mandi! :(

    BalasPadam
  33. Yan...

    yang buat perangai ni, yang Tingkatan 2 la juga... :(

    BalasPadam
  34. Dr Singa...

    abang kepada BS. Dulu 'mengamuk' nak buat cermin mata, dah buat - tak pakai pun! :(

    BalasPadam
  35. eelobor...

    kalau ibubapa tak ambil berat hal anak, nak harapkan siapa kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.