Pertamanya kakcik ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan semua yang turut mendoakan keselamatan Along. Terima kasih juga kepada yang sudi bertanya tanda ambil berat. Pesawat Saudi Air SV0828 yang sepatutnya mendarat di KLIA pada 15/4/2011 jam 1.00 petang, hanya tiba pada 16/4/2011 jam 8.00 pagi.
Kakcik bersama suami dan BS keluar dari rumah menuju KLIA selepas solat Subuh. Along dan Anas serta lain-lain ahli rombongan dari Andalusia dan lain-lain penumpang pesawat SV0828 hanya muncul di balai ketibaan pada jam 9.50 pagi.
Sedikit gambar-gambar sewaktu Along dan Anas di Mekah dan Madinah (Along bukan macam maknya yang suka merakam macam-macam gambar)....
Semalam, selepas mengambil Along dan menerima kunjungan Haji Salam bersama keluarganya, kakcik dan suami serta Bangcik dan BS bertolak ke Teluk Batik, Perak. Hasrat untuk menghadiri majlis perkahwinan Wanita Bertudung Hijau di Kelana Jaya terpaksa dibatalkan.
Khamis hingga Sabtu depan, kakcik dan suami akan ke Seberang Perai, Pulau Pinang. Jumaat hingga Ahad minggu berikutnya, kami sekeluarga kecuali Angah akan ke Kuching pula.
alhamdulillah selamat blakow..
BalasPadampadatnya jadual kak cik...
salam
BalasPadambest nya jumpa unta..huhu
alhamdulillah selamat semuanya
selamat dtg ke perak kak cik
mungkin mereka berdua harta yang paling baik buat kak cik di dunia..
BalasPadamselamat kembali along. syukur semuanya berjalan dengan selamat
BalasPadamminggu depan juga insyaalah saya juga akan ke pulau pinang 2-3 hari.
Alhamdulilah, sampai juga dengan selamatnya.
BalasPadamWahhh KAKCIK ni memang tak lekat di romah kata orang, bersiar jer, hehehehe
Jaga kesihatan dan semoga selamat dalam semua perjalanan.
alhamdulillah..
BalasPadamlega mndngarnya..
selamat semuanya..
wah kakchik..
bnyk nye tmpt nk pegi..
moga slmt pergi dan slmt kmbali..
Alhamdulillah..syukur semua selamat, Kak Chik kalau ke Perak, singgah makan mee rebus Ramli di Ipoh...atau mee udang di Kuala Sepetang...
BalasPadamAlhamdulillah selamat semua nya..
BalasPadamjalan je kakcik ek...jeles ai..hehehe
apa2 pun take care ye kakcik & have fun :)
alhamdullilah..Along selamat kembali...
BalasPadamSaya sangat sangat teruja nak ke sana...doakan saya murah rezeki & dianugerahkan kesihatan +kelapangan masa ya kakcik... :)
Alhamdulillah..
BalasPadamSyukur...
Kepulangan yg dinantikan2..terubat rindu kakcikS:)
Sallam Kak Cik,
BalasPadamAlhamdulillah, sampai dah along
walaupun terlewat.
Yang kak cik plak, seronoknya dapat jalan2.
Salam KakCik, Alhamdulillah selamat sampai deme tu. Encem, encem anak teruna ni Kak Cik, dah ada orang book?
BalasPadamAlhamdulillah....semuanya selamat
BalasPadamSalam Kakcik;
BalasPadamAlhamdulillah... Along dan Anas selamat kembali ke tanahair.
Terlerai juga kerisauan hati seorang Ibu. Ok.. toksah risau2 lagi... be happy and ceria selalu.
p/s: Kalau nak makan Mee Bandung, sila ke blog saya posting jam 8.00am. Baeeekkkk... punyeeaaarrr... hahaha...
SN...
BalasPadamAlhamdulillah, selamat semuanya. :)
Jadual kakcik tu bergantung kepada jadual En Suami...hehehe...
W/salam IS...
BalasPadamAlong kata, susu segar dari unta itu sedap. :)
Bukan selamat datang ke Perak, bagi kakcik sebaliknya selamat pulang. Kampung halaman kakcik di Kuala Kangsar dan ibu mertua di Teluk Intan. :)
IM...
BalasPadamkakcik tiada harta lain, selain dari anak2 yang dipinjamkan oleh Allah SWT. :)
Kanda AL...
BalasPadam(kacak gambar baru tu). Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan selamat.
Berapa haribulan Kanda berada di Penang? :)
Azie...
BalasPadamAlhamdulillah. Syukur sangat.
Yang tak seronoknya bila tak lekat kar romah ni, urusan selepasnya. Hehehe...
TK...
BalasPadamAlhamdulillah. :)
Macam itulah tugas kakcik. Kalau suami bertugas di luar kawasan lebih dari sehari, jawabnya kakcik pun kena pergi sama. Bukan kerana cemburu, tapi kerana suami yang perlukan 'teman'. :)
Cikgu Nurin...
BalasPadammasa ke Lumut (Teluk Batik), kakcik sempat makan deghoyan kat tepi jalan. Sebiji = RM27. naik mengah dibuatnya! Isi yang tebal dan banyak.
Dalam perjalanan balik, singgah ziarah Mak Mertua di Teluk Intan. :)
Acu...
BalasPadamAlhamdulillah.
Jadual ke luar daerah kakcik mungkin berlarutan sehingga bulan Jun nanti. Tak tahulah, cukup ke tidak cuti kakcik. ;-)
Dr DZ...
BalasPadamAlhamdulillah. Kakcik doakan Dr akan dapat menjejakkan kaki ke sana di masa masih muda dan bertenaga. InsyaAllah. :)
Tinie sayang...
BalasPadamAlhamdulillah. Hilang segala risau di hati kakcik. :)
W/salam Lipislady...
BalasPadamAlhamdulillah.
Kalau boleh, kakcik nak ke Pantai Timur dan Selatan tanahair. Kakcik rindukan 'adik-adik' kakcik di sana. Tapi jadual suami tidak termasuk kedua2 tempat itu. :(
W/salam Yong Helli...
BalasPadamAlong tu masih 'single and available'. Tapi Anas tu suami kepada isterinya. ;-)
eelobor...
BalasPadamAlhamdulillah. Syukur sangat. :)
W/salam Isa...
BalasPadamIya, kakcik bersyukur dan gembira sangat kerana semuanya dah selamat.
Makan mee bandung kat mana? Nanti kakcik jengah, ya. :)
eh makcik selalu pergi kuching?
BalasPadambujal...
BalasPadamdua tiga tahun kebelakangan ini, makcik selalu ikut pakcik ke sana. :)
alhamdulillah selamat semuanya..
BalasPadamalong yg berjambang tu ye
mmg nampak pak imam betui :)
kakcik ke kuching lagi ke ...?
emmm...kirim kek lapis ^__~
Yeh. Anak mama dah pulang.syukur
BalasPadamalhamdulillah selamat...
BalasPadamkak cik bestnya tak lekat rumah ya jalan2 saja...jeleznya...
Alhamdulillah sampai juga haji kita ya. Bila lihat gambar along di jabal Uhud teringat saya dan isteri sewaktu disana. Rindu nak kesana lagi. Insyaallah tahun depan kut
BalasPadamAlhamdulillah semua selamat..bz nya kakcik hehe
BalasPadamalhamdulillah selamat semuanya , jadualkak cik padat sama macam amy..bezanya akak di temani bang cik amy sorang2 huhuhu~
BalasPadamSyukur Alhamdulilah, akhirnya kak chik bertemu gak ngan permata hati sorang tu.Biasalah lelaki kak chik, mana sama cam perempuan nak ambik gambar bagai.
BalasPadamalhamdulillah semuanya selamat.
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamAlhamdulillah mereka dah selamat tiba di sini.
Assalamualaikum Kakcik,
BalasPadamsyukur mereka semua dah selamat balik tentu hati kakcik dah lega sekarang
jelesnya, kakcik jenjalan lagi
alhamdulillah..selamat sampai..syukran
BalasPadambila la agaknya turn saya ye kakcik? :)
BalasPadamSyukur Alhamdulillah.
BalasPadamSemoga doa-doa mereka dimakbulkan Allah SWT.
Ate Kakcik ni, padat bebeno jadualnya ye...
Tapi teman yakin beno di sebalik kejayaan Suami tu adalah kerana adanya seorang (diulangi : seorang) Isteri yg sentiasa memberikan sokongan & dorongan.
Kakcik, kalau lebih dr sehari haseben mesti ajak Kakcik temankannya pada saya adalah satu tanda tau...
Bkn tanda tanya tetapi menandakan bahawa si dia tdk dpt berenggang lama - maksudnya hendakkan Kakcik sentiasa berada di sisinya - membuktikan sesungguhnya tiada 2 hanya 1. Salah satu tanda romantik gitu... Lebih bermakna drp ucapan "I Love U" kan?
Alhamdulillah...selamat kembali ke tanahair. dan buat kakcik...selamat datang sekali lagi ke utara....:)
BalasPadamTerima kasih kepada semua yang turut mengucapkan syukur kerana Along telah selamat kembali ke tanahair. Sebagai ibu, kakcik memang sangat lega melihat anak2 berada dalam keadaan sihat dan selamat. Alhamdulillah. :)
BalasPadamALHAMDULLILAH selamat semuanya..
BalasPadamsilap .. bukan minggu depan. esok pagi saya akan pergi. naik flight walaupun ada rakan sekerja yang pergi naik kereta !
BalasPadammereka berdua ni anak² kakcik ya..kakcik pun bz ya ke sana ke mari..
BalasPadamKuching laaaaagi !!!
BalasPadam:)
chop seat bukan di atas kepak kapal terbang eh!!
alhamdulillah selamat semuanya...
BalasPadambila la turn angah kesana lakkk
Alhamdulillah...dah selamat semuanya kan kakcik...
BalasPadam