Kawan-kawan kakcik

Isnin, 18 April 2011

Along dan Anas di Tanah Suci...

Pertamanya kakcik ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan semua yang turut mendoakan keselamatan Along.  Terima kasih juga kepada yang sudi bertanya tanda ambil berat.  Pesawat Saudi Air SV0828 yang sepatutnya mendarat di KLIA pada 15/4/2011 jam 1.00 petang, hanya tiba pada 16/4/2011 jam 8.00 pagi.

Kakcik bersama suami dan BS keluar dari rumah menuju KLIA selepas solat Subuh.  Along dan Anas serta lain-lain ahli rombongan dari Andalusia dan lain-lain penumpang pesawat SV0828 hanya muncul di balai ketibaan pada jam 9.50 pagi. 

Sedikit gambar-gambar sewaktu Along dan Anas di Mekah dan Madinah (Along bukan macam maknya yang suka merakam macam-macam gambar)....








Semalam, selepas mengambil Along dan menerima kunjungan Haji Salam bersama keluarganya, kakcik dan suami serta Bangcik dan BS bertolak ke Teluk Batik, Perak.  Hasrat untuk menghadiri majlis perkahwinan Wanita Bertudung Hijau di Kelana Jaya terpaksa dibatalkan.

Khamis hingga Sabtu depan, kakcik dan suami akan ke Seberang Perai, Pulau Pinang.  Jumaat hingga Ahad minggu berikutnya, kami sekeluarga kecuali Angah akan ke Kuching pula.


51 ulasan:

  1. alhamdulillah selamat blakow..
    padatnya jadual kak cik...

    BalasPadam
  2. salam

    best nya jumpa unta..huhu

    alhamdulillah selamat semuanya

    selamat dtg ke perak kak cik

    BalasPadam
  3. mungkin mereka berdua harta yang paling baik buat kak cik di dunia..

    BalasPadam
  4. selamat kembali along. syukur semuanya berjalan dengan selamat

    minggu depan juga insyaalah saya juga akan ke pulau pinang 2-3 hari.

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah, sampai juga dengan selamatnya.

    Wahhh KAKCIK ni memang tak lekat di romah kata orang, bersiar jer, hehehehe

    Jaga kesihatan dan semoga selamat dalam semua perjalanan.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..
    lega mndngarnya..
    selamat semuanya..

    wah kakchik..
    bnyk nye tmpt nk pegi..
    moga slmt pergi dan slmt kmbali..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..syukur semua selamat, Kak Chik kalau ke Perak, singgah makan mee rebus Ramli di Ipoh...atau mee udang di Kuala Sepetang...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah selamat semua nya..

    jalan je kakcik ek...jeles ai..hehehe
    apa2 pun take care ye kakcik & have fun :)

    BalasPadam
  9. alhamdullilah..Along selamat kembali...

    Saya sangat sangat teruja nak ke sana...doakan saya murah rezeki & dianugerahkan kesihatan +kelapangan masa ya kakcik... :)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..
    Syukur...
    Kepulangan yg dinantikan2..terubat rindu kakcikS:)

    BalasPadam
  11. Sallam Kak Cik,

    Alhamdulillah, sampai dah along
    walaupun terlewat.

    Yang kak cik plak, seronoknya dapat jalan2.

    BalasPadam
  12. Salam KakCik, Alhamdulillah selamat sampai deme tu. Encem, encem anak teruna ni Kak Cik, dah ada orang book?

    BalasPadam
  13. Salam Kakcik;

    Alhamdulillah... Along dan Anas selamat kembali ke tanahair.

    Terlerai juga kerisauan hati seorang Ibu. Ok.. toksah risau2 lagi... be happy and ceria selalu.

    p/s: Kalau nak makan Mee Bandung, sila ke blog saya posting jam 8.00am. Baeeekkkk... punyeeaaarrr... hahaha...

    BalasPadam
  14. SN...

    Alhamdulillah, selamat semuanya. :)

    Jadual kakcik tu bergantung kepada jadual En Suami...hehehe...

    BalasPadam
  15. W/salam IS...

    Along kata, susu segar dari unta itu sedap. :)

    Bukan selamat datang ke Perak, bagi kakcik sebaliknya selamat pulang. Kampung halaman kakcik di Kuala Kangsar dan ibu mertua di Teluk Intan. :)

    BalasPadam
  16. IM...

    kakcik tiada harta lain, selain dari anak2 yang dipinjamkan oleh Allah SWT. :)

    BalasPadam
  17. Kanda AL...

    (kacak gambar baru tu). Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan selamat.

    Berapa haribulan Kanda berada di Penang? :)

    BalasPadam
  18. Azie...

    Alhamdulillah. Syukur sangat.

    Yang tak seronoknya bila tak lekat kar romah ni, urusan selepasnya. Hehehe...

    BalasPadam
  19. TK...

    Alhamdulillah. :)

    Macam itulah tugas kakcik. Kalau suami bertugas di luar kawasan lebih dari sehari, jawabnya kakcik pun kena pergi sama. Bukan kerana cemburu, tapi kerana suami yang perlukan 'teman'. :)

    BalasPadam
  20. Cikgu Nurin...

    masa ke Lumut (Teluk Batik), kakcik sempat makan deghoyan kat tepi jalan. Sebiji = RM27. naik mengah dibuatnya! Isi yang tebal dan banyak.

    Dalam perjalanan balik, singgah ziarah Mak Mertua di Teluk Intan. :)

    BalasPadam
  21. Acu...

    Alhamdulillah.

    Jadual ke luar daerah kakcik mungkin berlarutan sehingga bulan Jun nanti. Tak tahulah, cukup ke tidak cuti kakcik. ;-)

    BalasPadam
  22. Dr DZ...

    Alhamdulillah. Kakcik doakan Dr akan dapat menjejakkan kaki ke sana di masa masih muda dan bertenaga. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  23. Tinie sayang...

    Alhamdulillah. Hilang segala risau di hati kakcik. :)

    BalasPadam
  24. W/salam Lipislady...

    Alhamdulillah.

    Kalau boleh, kakcik nak ke Pantai Timur dan Selatan tanahair. Kakcik rindukan 'adik-adik' kakcik di sana. Tapi jadual suami tidak termasuk kedua2 tempat itu. :(

    BalasPadam
  25. W/salam Yong Helli...

    Along tu masih 'single and available'. Tapi Anas tu suami kepada isterinya. ;-)

    BalasPadam
  26. eelobor...

    Alhamdulillah. Syukur sangat. :)

    BalasPadam
  27. W/salam Isa...

    Iya, kakcik bersyukur dan gembira sangat kerana semuanya dah selamat.

    Makan mee bandung kat mana? Nanti kakcik jengah, ya. :)

    BalasPadam
  28. bujal...

    dua tiga tahun kebelakangan ini, makcik selalu ikut pakcik ke sana. :)

    BalasPadam
  29. alhamdulillah selamat semuanya..

    along yg berjambang tu ye
    mmg nampak pak imam betui :)

    kakcik ke kuching lagi ke ...?
    emmm...kirim kek lapis ^__~

    BalasPadam
  30. alhamdulillah selamat...

    kak cik bestnya tak lekat rumah ya jalan2 saja...jeleznya...

    BalasPadam
  31. Alhamdulillah sampai juga haji kita ya. Bila lihat gambar along di jabal Uhud teringat saya dan isteri sewaktu disana. Rindu nak kesana lagi. Insyaallah tahun depan kut

    BalasPadam
  32. Alhamdulillah semua selamat..bz nya kakcik hehe

    BalasPadam
  33. alhamdulillah selamat semuanya , jadualkak cik padat sama macam amy..bezanya akak di temani bang cik amy sorang2 huhuhu~

    BalasPadam
  34. Syukur Alhamdulilah, akhirnya kak chik bertemu gak ngan permata hati sorang tu.Biasalah lelaki kak chik, mana sama cam perempuan nak ambik gambar bagai.

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum Kakcik,

    Alhamdulillah mereka dah selamat tiba di sini.

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum Kakcik,


    syukur mereka semua dah selamat balik tentu hati kakcik dah lega sekarang


    jelesnya, kakcik jenjalan lagi

    BalasPadam
  37. alhamdulillah..selamat sampai..syukran

    BalasPadam
  38. Syukur Alhamdulillah.

    Semoga doa-doa mereka dimakbulkan Allah SWT.

    Ate Kakcik ni, padat bebeno jadualnya ye...
    Tapi teman yakin beno di sebalik kejayaan Suami tu adalah kerana adanya seorang (diulangi : seorang) Isteri yg sentiasa memberikan sokongan & dorongan.

    Kakcik, kalau lebih dr sehari haseben mesti ajak Kakcik temankannya pada saya adalah satu tanda tau...
    Bkn tanda tanya tetapi menandakan bahawa si dia tdk dpt berenggang lama - maksudnya hendakkan Kakcik sentiasa berada di sisinya - membuktikan sesungguhnya tiada 2 hanya 1. Salah satu tanda romantik gitu... Lebih bermakna drp ucapan "I Love U" kan?

    BalasPadam
  39. Alhamdulillah...selamat kembali ke tanahair. dan buat kakcik...selamat datang sekali lagi ke utara....:)

    BalasPadam
  40. Terima kasih kepada semua yang turut mengucapkan syukur kerana Along telah selamat kembali ke tanahair. Sebagai ibu, kakcik memang sangat lega melihat anak2 berada dalam keadaan sihat dan selamat. Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  41. silap .. bukan minggu depan. esok pagi saya akan pergi. naik flight walaupun ada rakan sekerja yang pergi naik kereta !

    BalasPadam
  42. mereka berdua ni anak² kakcik ya..kakcik pun bz ya ke sana ke mari..

    BalasPadam
  43. Kuching laaaaagi !!!
    :)

    chop seat bukan di atas kepak kapal terbang eh!!

    BalasPadam
  44. alhamdulillah selamat semuanya...
    bila la turn angah kesana lakkk

    BalasPadam
  45. Alhamdulillah...dah selamat semuanya kan kakcik...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com