Kawan-kawan kakcik

Rabu, 20 April 2011

Mengantuk...


Jam satu setengah pagi
kejarkan budak sepet ini ke hospital bersama suami
sejak Ahad malam lagi
muntah dan cirit birit berkali-kali

sudah lebih seminggu tidurku tidak teratur
apalah sangat dibandingkan dengan lena yang panjang bertahun-tahun
ingatan dari DIA agar jangan selalu takbur
bagai pokok - tidak semestinya sentiasa berdaun

kasihan pula dengan sibongsu
tidur di hospital dengan wajah lesu
mujur ada abang-abangnya yang dapat membantu
jika tidak terpaksalah dikorbankan lagi cutiku



67 ulasan:

  1. Salam kakcik.
    Tersenyum saya bila istilah budak sepet. Teringat semasa saya dibangku sekolah rendah. Akibat kenakalan yang tidak dapat dibendung guru maka guru gelar saya budak Jawa Sepet. Sakit hati betul. Barulah duduk diam.

    BalasPadam
  2. mmg cepet la mata dia... hehehe... cepat sembuh ye

    BalasPadam
  3. W/salam Ariff...

    entah macam mana dia seorang yang ketara sangat sepetnya. Mungkin sebab pipinya yang tembam. :)

    BalasPadam
  4. Niez...

    hidung dia pun pesek. Bagaimanapun, Alhamdulillah - cukup sifatnya. Terima kasih kerana mendoakan. :)

    BalasPadam
  5. mata sepet tapi pandangan hati tajam, takpa...

    BalasPadam
  6. salam kakcik...

    sepet pun sepet ler janji baik...

    cian dia, ummi doakan semoga BS cepat sembuh..

    BalasPadam
  7. IM...

    mudah-mudahan begitulah. Walaupun matanya sepet, tapi 'pandangan'nya tidak terhad untuk melihat dan mengkagumi ciptaan Ilahi. :)

    BalasPadam
  8. W/salam Ummi...

    terima kasih untuk doa Ummi itu. :)

    BalasPadam
  9. sudah lebih seminggu tidurku tidak teratur
    apalah sangat dibandingkan dengan lena yang panjang bertahun-tahun


    terus melekat dalam hati ayat makcik kat atas ni~~

    BalasPadam
  10. Ahalai kesiannya montel satu nie. Kenapalah emak panggil budak sepet ye. Auntie suka pipi SB tak kisah. Moga cepat sembuh ye....

    BalasPadam
  11. seminggu tidurmu tidak teratur
    seminggu terlupa nikmat berdengkur
    dapatkah sedetik jiwamu akur
    betapa ibu-ibu yang anaknya sakit sepanjang umur...

    diuji susah tidak bermakna dibenci
    diuji senang tidak juga tandanya disayang
    susah dan senang silih berganti
    petanda paksi imanmu tak bergoyang

    kepada anak-anak tiada pengorbanan
    hanya tanggungjawab sentiasa berpanjangan...

    psst...comelnya BS tu jadiknya...
    agaknya dah byk sgt membuang, terus pancit lemak-lemak kat badan dia heh3...

    cepat sembuh ya sayang...cuci tangan bersih-bersih sebelum makan dan pilih makanan yang bersih sahaja untuk dimasukkan ke dalam mulut tau...

    BalasPadam
  12. syukur abang2 dapat membantu, kuranglah lelah ibu.

    semoga cepat sembuh!

    BalasPadam
  13. Harap2 anak makcik cepat sembuh.. =)

    BalasPadam
  14. salah mkn ke kak?
    semoga cepat baik
    penat ceri berry ni..letih ke toilet..

    BalasPadam
  15. salam kak cik..... semoga ank kakcik cepat sembuh.....

    BalasPadam
  16. semoga BS cepat sembuh...kalu dh warded tu kira agak teruk jg la tu...
    kakcik pn jaga diri jg...

    BalasPadam
  17. semoga cepat sembuh dan tk melarat...semoga kita tidak terus alpa dan sentiasa menjadi orang yang bersyukur..Amin

    BalasPadam
  18. salam kakcik,
    semuga sibongsu cepat sembuh..

    BalasPadam
  19. Kakcik - RR pun mengantuk juga ni, sambil taip komen ni, sambil menguap banyak kali. Huwaaaahhhh mengantuknyerrrr!

    (The Beauty of having less than 6 months baby at home-sesekali tulis omputih)

    BalasPadam
  20. sakit2 pun sempat posing ceria tu..moga cepat sembuh ya:)

    BalasPadam
  21. bujal...

    kita tidak tahu nikmat sesuatu yang biasa kita dapat sehinggalah nikmat itu ditarik balik, kan? :)

    BalasPadam
  22. W/salam Dang Tari...

    terima kasih. :)

    BalasPadam
  23. semoga sibongsu cepat sembuh ye...

    seronokkan jd bongsu ni...
    selalu lebih dpt perhatian dan disayangi...

    BalasPadam
  24. Kakzakie...

    memang kesian tengok dia. selalu suka makan, bila kena macam tu - hilang selera makan dia. Makan sikit tapi keluar semula bukan main banyak. :(

    BalasPadam
  25. Q...

    BS itu tetap comel dimataku
    walau ada tika karenahnya membuatkanku 'hilang kepala'
    coretan jarimu membuatku terkedu
    betapa ada ibu yang 'berjaga' sepanjang usia...

    Itu juga pesan ayahnya - 'basuh tangan bersih2 sebelum menyentuh makanan'

    Terima kasih Q.

    BalasPadam
  26. Aina...

    secara kebetulan, Angah sedang bercuti. Bolehlah dia menemankan adiknya di hospital. Sebelum ini (Isnin dan Selasa), Bangcik yang menjaga. Along menjengah bila dia punya masa. Alhamdulillah, ada kasih di hati mereka.

    BalasPadam
  27. Anita...

    terima kasih atas doamu, nak. :)

    BalasPadam
  28. SN...

    kakcik agak dia kena keracunan makanan sewaktu makan di Lumut pada Ahad lepas. Satu dugaan kecil buat kakcik.

    BalasPadam
  29. W/salam AKT...

    terima kasih untuk doa. :)

    BalasPadam
  30. Nanie...

    kakcik baru telefon Angah kat hospital. Doktor dah datang melawat dan memeriksa. Keadaan BS semakin baik dan mungkin boleh keluar esok. Alhamdulillah (dah masuk air botol kedua).

    BalasPadam
  31. Maya...

    sesekali, kita perlu dikejutkan dari mimpi yang indah dan lena yang panjang. :)

    BalasPadam
  32. W/salam Kakpah...

    terima kasih. Duduk di pejabat ni pun, asyik teringat kat dia.

    BalasPadam
  33. RR...

    bangun bancuh susu tengah malam ke? :)

    BalasPadam
  34. Kakcik

    Bangun tengah malam, pastu kejutkan mem, suruh dia buat susu...koh koh koh

    BalasPadam
  35. Qema...

    itu gambar sebelum sakit. Semalam tak ingat nak bawa kamera untuk merakam gambar BS yang 'melepek'...

    BalasPadam
  36. Ainnoraini...

    Sebab dia bongsu, walaupun dah berusia 10 tahun dirasakan macam masih lagi bayi yang sedap dipeluk. :)

    BalasPadam
  37. RR...

    macam suami kakcik la tu... Kakcik kejut cakap anak muntah, dia bangun - cakap 'ok...ok', lepas tu boleh dia bummm balik! Ish... sekeh baru tahu... ;-)

    BalasPadam
  38. alahai... kesiannya dia..
    food poisoning ker????

    harap2 cepat sembuh ye...!

    BalasPadam
  39. Kesian, sampai masuk wad. Semoga cepat semboh

    BalasPadam
  40. miloais...

    kemungkinan besar itulah puncanya...

    BalasPadam
  41. KK...

    masukkan ke wad sebab takut dia 'kekeringan air dalam tubuh' sebab asyik memancut keluar air dari atas dan bawah...

    BalasPadam
  42. waktu-waktu beginilah perlu anak yang ramai boleh digilir-gilir jadual menjaganya kat hospital

    BalasPadam
  43. Sian akak. hope ok je dah..

    anak kecik saya pun sakit. chickenpox. now makin ok dah.

    BalasPadam
  44. Zeq...

    kalau hatinya 'sepet terhadap kemungkaran' tidak mengapa. :)

    BalasPadam
  45. AM...

    untungnya ada anak2 yang tidak merasa terpaksa dan tahu tanggungjawab mereka.

    BalasPadam
  46. Yan...

    InsyaAllah, mudah2an anak2 kita semaqkin sihat dan dilindungiNya sentiasa.

    BalasPadam
  47. alolo adik.. cian dia.. smoga adik cepat sembuh ye..bonda pon jaga kesihatan jugak tau :)

    BalasPadam
  48. kena admit???

    alahai... get well soon ye dik

    BalasPadam
  49. tengok muka pun dah "letih" semacam jer. sian si bongsu. semoga cepat sembuh yer.....

    BalasPadam
  50. Kak Cik, biar mata kecik, asal jiwa besar...comel dia, harap cepat sembuh....

    BalasPadam
  51. Salam KakCik, tulah pengorbanan sorang ibu. Selagi nama anak, selagi tu mak dan bapak rasa bertanggungjawab.

    BalasPadam
  52. assalammualaikum kak,

    budak sepet gelaran diberi
    tanda sayang yg tak berbelah bagi
    ala kesiannya sijantung hati
    bila sakit menyinggah diri
    berkorban akak serta famili
    untuk anak yang dikasihi
    tidak dipinta jadi begini
    semuanya ujian dari Ilahi

    berat mata memandang berat lagi bahu memikul..cepat sembuh sicomel
    semoga akak sekeluarga dilimpahi kesihatan yang baik.Amin

    BalasPadam
  53. Lemah tau kalau dua-dua sekali.makcik dah pernah rasa.cian budak sepet. sabar ye kak chik.

    BalasPadam
  54. Aefa...

    Alhamdulillah, adik dah semakin sihat - tapi bersambung dengan Bangcik pulak. Semalam bonda tidur di hospital lagi...

    BalasPadam
  55. Dr h4ni3...

    terpaksa sebab badannya dah lembik. Banyak sangat air yang keluar.

    BalasPadam
  56. eelobor...

    InsyaAllah, hari ini (20/4) dia dah bolehj keluar dari hospital. tapi, abangnya baru masuk semalam...

    BalasPadam
  57. Cikgu Nurin...

    semoga anak2 kita adalah anak2 yang besar jiwa mereka untuk menjadi manusia yang berguna. :)

    Bagi kakcik, BS tetap comel... hehehe...

    BalasPadam
  58. W/salam Yong Helli...

    Bagi kakcik, anak2 sentiasa 'budak kecil' yang perlu selalu dipantau dan diberi perhatian walaupun sebenarnya dah boleh jadi bapa orang! :)

    BalasPadam
  59. W/salam Anita...

    Tanggungjawab ibubapa terhadap anak2 memang tiada batasnya. Terima kasih kerana mendoakan. :)

    BalasPadam
  60. Cik Ina...

    selalu kakcik berdoa, dari anak yang menanggung kesakitan, biarlah kakcik yang memikulnya andai boleh ditukar ganti...

    BalasPadam
  61. kenapa tu kakcik...keracunan erk....makan apa...??

    BalasPadam
  62. jeBateja...

    kakcik pun tak pasti apa puncanya.

    BalasPadam
  63. BS kene food poisoning ke kakcik??

    BalasPadam
  64. gB...

    berkemungkinan. Mungkin kena sewaktu 'JJCM'...

    BalasPadam
  65. sekali lagi saya membalas bahawa saya menyukainya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.