Kawan-kawan kakcik

Khamis, 31 Mac 2011

Selagi dalam dakapan...

sayangi dan dampingilah
belailah penuh kasih
curahkan cinta sepenuh hati
zahirkan keikhlasan tanpa alasan

jangan nanti
bila terlepas dari pegangan
barulah merayu penuh penyesalan
dipujuk dan digula-gulakan
dengan janji dan segala manisan

bukan mudah hendak mendapat
tapi tidak susah untuk hilang
beringat-ingatlah
kerana siang tetap bertemu malam




32 ulasan:

  1. makcik sekarang makin puitis!he~~

    BalasPadam
  2. tulah..

    bila dah dapat tu
    jaga dan bajailah
    dengan kasih sayang :)

    BalasPadam
  3. semalam pak samad dalam lat kampong boy cakap, dia perlukan 5 minit je untuk dapatkan! kihkihkih!!!

    BalasPadam
  4. siang best, tapi malam lagi best.. ahaksss...

    BalasPadam
  5. kita kene byk2 bersyukur dgn setiap perkara yg kita dpt atau berlaku..ada hikmahnya

    BalasPadam
  6. bujal...

    kamu bodek makcik, ya? :)

    BalasPadam
  7. Ati...

    jangan bila dah tiada baru terkenang2, kan? :)

    BalasPadam
  8. AzMask...

    terima kasih kerana bersetuju. :)

    BalasPadam
  9. gB...

    Pak Samad dapatkan apa tu? :)

    BalasPadam
  10. NM02...

    malam tanpa cahaya = gelap! :)

    BalasPadam
  11. SN...

    kalau tidak tahu besyukur,kita tidak akan tahu erti menghargai.. :)

    BalasPadam
  12. eh-eh...

    malam ni malam apa ye kak ?


    haha..


    *gurau je kak..

    BalasPadam
  13. Myri...

    mengenai kehidupan kita sehari2...

    BalasPadam
  14. sesetengah orang - tak reti menghargai apa yg ada di depan mata...
    yang jauh jugak di pujuk2 - dibelai2...

    bila dah tak ada
    baru nak menyesal

    sesal dahulu pendapatan
    sesal kemudia tak ada gunanya

    kena ingat pepatah yang ini
    supaya kita tak mengabaikan - orang2 sekeliling kita yg sayangkan diri kita..

    and i love you kakcik!
    take care hoccay!

    BalasPadam
  15. Reen...

    gurau2 bawa bahagia - tak mengapa. Kakcik tak fikir malam ni, tapi kakcik fikirkan tentang esok. Subuh esok kakcik, suami dan BS akan ke Kuching. Petangnya Along akan berangkat ke Jeddah untuk meneruskan perjalanan ke Tanah Suci. Sedih kerana tidak dapat menghantarnya... :(

    BalasPadam
  16. milo...

    I love you too, and you also take care, dear. :)

    BalasPadam
  17. sukala baca akak buat n3 gini...sbb saya xpandai buat huhu

    BalasPadam
  18. Mimi...

    kakcik catatkan apa yang terlintas di fikiran je... :)

    BalasPadam
  19. selagi masih dalam tercapai tangan, genggam la erat2 jgn smp terlepas..ye tak kak chik?

    BalasPadam
  20. MamaYatie...

    betul... tapi jangan pula dibiarkan lemas dalam genggaman. :)

    BalasPadam
  21. selalu orang ni dah ilang baru nyesal..masa ada kat depan mata tak jaga betul, tak bersyukur..

    BalasPadam
  22. penuh berpuitis ni kakcik..

    kakcik ni berbakat dalam penulisan puitis..kakcik sedar tak? tak mahu menulis dan membuku kan ke ?

    BalasPadam
  23. Aanas...

    selalunya begitulah. Kita sedar kepentingan sesuatu bila kita telah kehilangannya...

    BalasPadam
  24. Dr DZ...

    itulah sedikit kelebihan yang dikurniakanNya kepada kakcik. Tapi kakcik hanya tahu menggunakan bahasa yang biasa sahaja...

    Setakat untuk kepuasan sendiri, bolehlah. :)

    BalasPadam
  25. hidup perlu sentiasa beringat dan di ingatkan..

    BalasPadam
  26. TK...

    kalau tidak selamanya kita akan terleka...

    BalasPadam
  27. k.cik syg...

    terasa insaf seketika m'baca puisi k.cik...

    BalasPadam
  28. Gee sayang...

    puisi yang lahir dari hati kakcik semoga dapat dimengertikan... :)

    BalasPadam
  29. Eri...

    terima kasih kerana bersetuju. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.