Kawan-kawan kakcik

Khamis, 31 Mac 2011

4 kejahatan ibubapa terhadap anak...

Aku baru membaca artikel di atas yang tersiar dalam majalah MIDI bil.110 keluaran 1 April 2011.  Rasanya elok juga kukongsikan petikannya (dengan sedikit tambahan dan ubahsuai) di sini untuk renungan dan perhatian kita bersama :


i) Memaki dan menghina anak...

Bagaimana ibubapa dikatakan menghina anak-anaknya?  Iaitu ketika seorang ayah atau ibu menilai kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kebodohannya lebih-lebih lagi di hadapan teman-teman anak tersebut.  Ibubapa juga hendaklah memberikan nama yang baik kepada anak-anak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya 'Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian' (Hadis Riwayat Abu Daud)

ii) Melebihkan seorang anak daripada yang lain...

Membeza-bezakan kasih sayang antara anak-anak merupakan faktor yang mendorong kepada putusnya silaturrahim anak dengan orang tua dan saudara-saudaranya serta mungkin menerbitkan permusuhan sesama mereka.

Ibnu Hiban meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 'Semoga Allah mengasihi orang tua yang membantu anaknya atas kebaikan'.


iii) Mendoakan keburukan bagi sianak...

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 'Ada tiga doa yang dikabulkan : doa orang yang teraniaya, doa musafir dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya' (Hadis Riwayat Tarmidzi).


iv)  Tidak memberi pendidikan kepada anak...

Allah SWT berfirman dalam Al Qur'an, Surah At Tahrim, ayat 6 yang bermaksud 'Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya daripada manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan'.

Firman Allah lagi dalam Surah Thaha, ayat 132 'Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.  Kami tidak meminta rezeki darimu malah Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.  Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa'.


Semoga kita tidak menjadi ibubapa yang melakukan kejahatan kepada anak-anak kita sendiri.

  

48 ulasan:

  1. tq makcik~~saya nak jadi abah yang baik~~

    BalasPadam
  2. terima kasih kakcik kongsi ilmu:)

    BalasPadam
  3. bujal x...

    InsyaAllah, makcik percaya kamu akan dan telah jadi abah dan suami yang baik. :)

    BalasPadam
  4. takut saya baca nie kak .. minta dijauhkanlahhh perangai mcm nie .. nak jadi ibu dan bapa yg dicintai oleh anak2 .. huhuh

    BalasPadam
  5. Salam kakcik,

    sebab tu lah ibubapa lepas marah anak kena muhasabah balik kata2 masa marah tuh kan kak..takut ada kata2 yang berunsur doa yang buruk.. kata2 "kenapa lah abang ni tak faham2 mama cakap" pun tak bagus kan kak.. sebab takut jadi doa yang dimakbulkan Allah.. naudzubillah..

    thank u kakcik, atas nasihat ini..

    BalasPadam
  6. TK pnh mmbaca jg nasihat begini, dan ia bg tajuk..
    'ibu bapa yg derhaka kepada anak..'

    terima kasih krn mngingatkan kmbali hal2 sbegini..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum ibu

    belum jadi ibubapa tapi bayang-bayang dah ada.

    moga saya dijauhi dari menjadi seperti itu

    BalasPadam
  8. ieda...

    semoga kita sentiasa menyayangi anak-anak kita dan membimbing mereka menjadi insan yang baik di sisi Allah juga sesama manusia.

    BalasPadam
  9. W/salam Aanas...

    seboleh mungkin, waktu kakcik marah kepada anak2 kakcik akan sebut ' Ya Allah, anak bertuah ni'. Tapi kadang2, bila syaitan dah bertenggek atas kepala mulalah nak keluar juga kata2 yang entah apa2... Subhanallah, moganya anak kakcik tidak terhukum kerana keceluparan mulut kakcik sendiri...

    BalasPadam
  10. TK...

    kita manusia yang sering lupa. Sesekali perlu saling ingat mengingatkan...

    BalasPadam
  11. Wa'alaikummussalam Azween...

    ada berita gembira, ya? Syukur Alhamdulillah. Semoga Azween dan suami akan menjadi ibubapa yang baik dan disayangi oleh anak2 kalian nanti. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  12. AzeedA...

    apa yang mike aminkan tu, cik adik wehhh? :)

    BalasPadam
  13. terima kasih kakcik, atas ingatan ini.. :)

    BalasPadam
  14. kadang bila hilang kesabaran, terlepas jugak kemarahan kata kasar pd anak.. :(

    BalasPadam
  15. MDT...

    sama-sama kasih dan sama-sama kita berkongsi pengetahuan. :)

    BalasPadam
  16. Sya...

    cepat2lah beristighfar bila tersedar. :)

    BalasPadam
  17. Sallam kak cik,
    Kesian tengok anak2 yang dimarahi ibubapa di hadapan orang ramai, siap jerit dan sebut perkataan tak elok lagi pada anak2...Mintak dijauhkan Allah kita dari berbuat begitu.

    BalasPadam
  18. tengs kak cik.. InsyaAllah akan jadi peingatan.

    BalasPadam
  19. saya takut sangat2 kalau semasa memarahi anak terkeluar kata2 yang kasar dan boleh melukai hati mereka

    trima kasih atas ingtan itu, kakcik

    BalasPadam
  20. semoga saya berjaya mendidik anak2 saya dengan baik.. aminnn

    BalasPadam
  21. salam..

    k.cik sayang...

    tima kasih sgt2 sudi b'kongsi pengetahuan...almaklum x ramai yg mcm k.cik..rajin m'baca..rajin m'telaah... insyaAllah... apa yg baik kita amalkn b'sama2... saya slalu rasa takut..takut t'salah m'didik anak...harap2 saya dpt laksanakan t.jwb utk m'didik & m'besarkan "anugerah Allah" itu sebaik2nya sbgmana mak & abah m'berikan sepenuh perhatian & ksh syg pada kami sehingga kin...(..hu..hu..tetiba teringat mak..rindunya...td t'hari baru tepon mak..)

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah.. dpt ilmu yg berguna di sini.. terima kasih yer..

    BalasPadam
  23. SALAM KACIK,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. BINATANG PUN TAHU JAGA DAN SAYANGKAN ANAK. INIKAN MANUSIA !

    BalasPadam
  24. ibu, tanda awal je.

    tu yg asyik mengamuk je kebelakangan ni.

    malas tak payah cite lah..

    huhu

    BalasPadam
  25. terima ksih utk perkongsian berguna ini..moga² sy boleh jadi ibu yg baik pd gadis kecil ini NUR ZUHAIRAH BATRISYIA

    BalasPadam
  26. Terima kakcik, Insya Allah akan buat sehabis baik untuk anak

    BalasPadam
  27. W/salam Lipislady...

    kalau ikut nafsu amarah, memang pelbagai perkara boleh terjadi. Bila nafsu mengatasi akal, itu yang ada yang sampai sanggup berbunuhan. Semoga kita disimpangkan jauh2 dari perkara sebegitu.

    BalasPadam
  28. Azmask...

    semoga kita sama2 mendapat peringatan. :)

    BalasPadam
  29. ibuintan...

    sedang kita beringat pun boleh terlepas cakap, apalagi kalau kita memang tak pernah mahu mengambil peringatan, kan?

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum Kakcik.

    Ibubapa kena ingat, apa yang keluar dari mulut mereka akan menjadi doa kepada anak-anak.

    BalasPadam
  31. Dr h4ni3...

    InsyaAllah, Hanie dan suami akan dapat mendidik anak2 dengan sempurna. :)

    BalasPadam
  32. Gee...

    kakcik memang suka membaca dan kalau kakcik rasa apa yang kakcik baca itu baik untuk dikongsi, kakcik akan cuba kongsikannya. :)

    BalasPadam
  33. Hanis Azla...

    sama-sama. Mana yang elok, kita kongsikanlah... :)

    BalasPadam
  34. Dato' LF...

    ada manusia sekarang yang lebih teruk perangainya dari haiwan. Sedihkan?

    BalasPadam
  35. Azween...

    dah pergi cek dengan doktor ke belum. Kalau belum, eloklah dapatkan pengesahan supaya Azween boleh lebih bersedia. :)

    BalasPadam
  36. Rina ...

    InsyaAllah, Rina akan jadi ibu yang baik dan dapat menjadi contoh ikutan buat anak2. :)

    BalasPadam
  37. eelobor...

    InsyaAllah. Doa yang baik itu akan dimakbulkan oleh Allah. :)

    BalasPadam
  38. Wa'alaikummussalam Kunang-Kunang...

    iya betul. Kerana itulah seboleh2nya biarlah perkataan yang keluar dari mulut kita buat anak2 adalah perkataan yang baik2 sahaja. :)

    BalasPadam
  39. assalam..

    jgn terlepas pndng.. kekadang kita rsa xde pape kan tp sbnrnya buruk utk anak2.. moga anak2 kita terpelihara

    BalasPadam
  40. W/salam Maiyah...

    InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  41. kakakku kakcik..
    saya akui saya bukan seorang ayah yg baik.. tapi saya sentiasa cuba yg terbaik.. doakan saya ye kakcik..

    BalasPadam
  42. assalamualaikum kakaku kakcik

    alhamdullilah...tambah lagi ilmu dimalam hari..
    semoga kita sama2 diberi hidayah dan panduan yang baik2...

    PS: bukan ibubapa semuanya sempurna...terima kasih atas entry nie kakakku

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.