benarlah kata pepatah
habis madu tiada lagi gunanya sepah
walau sebelum ini dijulang ditatang
tiba saatnya hanya dilempar dibuang
begitulah sifat manusia
selagi boleh hanya ingin menonjolkan dirinya
orang lain bagaikan tiada guna
walaupun jasa ditabur sepanjang usia
kita tidak akan menongkat dunia
sampai masanya kita ke tanah juga
jangan takbur menunjuk kuasa
kita berjaya dengan ehsanNya
bukan menyuruh dijulang-julang
tidak juga meminta ditimang-timang
janganlah sampai menjadi kacang
kulit ditinggal tak lagi dipandang
Cantiknya 'budi bahasa' orang ni ye Kak Cik...dah diperah habis habisan,macam tu pulak bunyinya...lepas ni suruh dia pulak yang ganti tempat Misbun tu,baru tau kut,langit tu tinggi ke rendah...
BalasPadamAssalamualaikum my lovely KakCikS:)
BalasPadamBegitulah adabnya..
Biar berkarung2 jasa dibuat
Namun secalit kesilapan
itu lah yang dikenang2..disebut2......:(
owhh.. surat khabar hari ini kah kakcik?
BalasPadamsungguh menyedihkan sekali
ayat orang yg lupa asal usul diri
cissss.. saya benci orang seperti ini
Cikgu Nurin...
BalasPadambegitulah bila jasa tidak dikenang. Terciptakah kain kalau hanya dari selembar benang? :(
salam kakcik....
BalasPadammemang org dulu2 selalu memerhati..dan pemerhatian mereka selalunya betul....memang manusia ni selalu menjadi kacang lupakan kulit, bila kejayaan di depan mata, sudah lupa orang yang pernah berjasa..... kalau yg buat ni, ank2 kepada ibubapa...lg rasa melampau...
Wa'alaikummussalam Tinie adikku sayang...
BalasPadamrupa2nya dalam hidup ini kita TIDAK BOLEH MELAKUKAN WALAU SECALIT KESILAPAN kerana itulah yang akan dikenang bagaikan orang lain tiada langsung cacat celanya, kan? :(
Dr h4ni3...
BalasPadamiya, suratkhabar HM edisi hari ini.
Kakcik juga benci orang yang menuturkan kata2 seperti itu - dengan mudah boleh melupakan segala jerih perih orang lain... :(
W/salam Nanie...
BalasPadambila anak yang mempelakukan seperti itu, mungkin lebih perit hendak diterima oleh bapa dan ibu.. :(
begitulah adatnya hidup di dunia
BalasPadamkita di puja ketika berguna
habis madu sepah dibuang
jangan dirajuk air di ruang !
biasalah la kak manusia.. macam tu jugak la yg terjadi dlm life kita ni.. papa kaseh pun ada sifat macam tu jugak..setelah 35 kawen ngan mama..katanya menyesal pulak kawen.. segala penat lelah pengorbanan isteri tak nampak bila dah ada yg baru :) lumrah manusia.. kakcik.. t.kasih yer atas pesanan itu..
BalasPadamKanda AL...
BalasPadambegitu rupanya sikap manusia
kasih hanya bersifat sementara
yang memuja itu sangatkah berguna
atau tak ubah enau di belantara...
Itulah orang yang tidak akan perkataan terima kasih. Ini mungkin kes balas dendam. Kalau chong wei kalah mungkin mereka akan diam. Sekurang2nya ucaplah terima kasih diatas segala pengorbanan Misbun terhadap negara. Lupa daratan
BalasPadammenerima kegagalan hari berang
BalasPadamtidak pernah redha pa yg tersurat
apa nak hairan dunia sekarang
ikhlaskan diri untuk bekalan akhirat
mujur cowei sendiri tak pernah cakap macam tu kan?
BalasPadamkak chik kenapa kita seiring dan sejalan. Masa pagi tadi baca metro muka depan, dalam hati makcik "dammm ko, ko tak tahu berapa banyak jasa dia pada sukan badminton kat Malaysia ni" cha ya nu alif memang tak sedar diuntung.
BalasPadamsalam kakcik,
BalasPadamnilah manusia, bila di atas tidak ingat mereka yang membantu ketika di bawah.
Semoga kita semua tidak termasuk dalam kelompok itu..
orang dulu2 pandai buat perumpamaan.
BalasPadamSepah boleh gunakan lagi kakcik untuk buat baja organik.
Kakcik, si polan tu lupa bahawa setiap insan perlukan Jurulatih.
BalasPadamCer tanya si polan tu sape Jurulatih dia? (kalu dia jwb Ibu & Bapanya - bergeligalah IQ dia, tp jgn lupa kena tingkatkan EQ juga)
Cer tanya Raja Golf, Tiger Wood siapa Jurulatihnya?
Cer tanya Ratu Squash, Datuk Nicol Anne David siapa Jurulatihnya?
Sedangkan 'The Most Influential Persons in History', Nabi Muhammad S.A.W. pun perlukan Jurulatihnya.
Si polan tu kena faham bahawa beliau merupakan seorang 'Leader' manakala Datuk Misbun Sidek adalah seorang 'Coach' makanya kefahaman ke atas kapasiti masing2 amatlah perlu.
Kaseh...
BalasPadamjanganlah kerana sikap papa Kaseh itu membuatkan Kaseh rasa takut pula hendak berumahtangga. Tidak semua lelaki sama sifat dan sikapnya, ya? Kakcik doakan Kazseh mendapat jodoh yang terbaik - yang dapat bersama bersusah senang sepanjang usia, kalau boleh bersama juga ke Syurga. InsyaAllah. :)
assalamualaikom kakcik :)
BalasPadamsokkabor mesia sekrg makin meghoyan gamoknye.. smuenye ade propa.. hmmm.. teman bace sokkabor ostolia ngeh3..
p/s teghingat kat kacang ghebuih le kakcik oi..
Sukan Malaysia tak akan maju , selagi kaki kaki politik yang tak tahu apa-apa tentang sukan, masuk campur!
BalasPadamSaya amat sedih, marah melihat Datuk Misbun diperlaku sedemikian rupa.
Salam Kakcik...
BalasPadamskang ni wlu bz cmne pn saya ttp nk jengah & baca tulisan k.cik..rasa t'panggil2 jerk...
psl n3 k.cik nie...bg saya dgn kata mudah utk digarap.."seharusnya kita yg menumpang dibumi yg sekadar pinjamanNya ini,perlu slalu muhasabah diri..b'balik pd Pencipta... x kira apa jua bangsa... andai kita b'jaya satu hr nnt... klu sudah b'ada dipuncak, jgn t'lalu megah m'dongak langit.. tp ingatlah sesekali m'nunduk, lihat rumput di mana bumi kita b'pijak...
mudah lupa segala jasa n pengorbanan org lain
BalasPadambagi peminat setia sukan badminton tanahair, semestinya akan mengenang jasa Datuk Misbun dalam konteks masing2. Baik semasa bergelar pemain atau juga jurulatih. Apapun semoga kemelut dalaman dapat di selesaikan secara baik. Ingin melihat sukan badmintin terus "gah" dan mereka di luar menghormati pemain kita di gelanggang.
BalasPadamp/s: puas hati dapat tengok muka lin dan semasa di tewaskan....
sungguh sombong org yg mengeluarkan kenyataan ni.. tp saya percaya, Datuk LCW sam sekali takan berfikiran camni...
BalasPadamnasib saya macamtu makcik~~saya selalu jadi sepah~
BalasPadamtu la. hrp yg berkata tu sedar bakat cw tu dicungkil oleh siapa?
BalasPadamnasib baik cw masih tak lupakan jasa misbun, diucap juga terima kasih pada misbun bila kejayaannya dijulang.
Kalau itulah ayatnya....kita faham kenapa mISBUN KELUAR dari BAM...masa berkehendak..memuja..bila tak mahu dihina..
BalasPadamIni nasihat sungguh tak berguna...
BalasPadamAriff...
BalasPadamitulah sifat negatif manusia - dengki kianat, dendam kesumat bagaikan makanan harian pula...
Assalamualaikum wbt
BalasPadamIsyy! Ape dighisorkan kokcik oi. Esok lusa bila kita dah tak mandang, mcm Allahyarham P.Ramlee disebut2 kanlah balik! Dah gitu adat kite diMesia, ngape le diheghankan.
Kakzakie...
BalasPadamsungguh bising bunyi belalang
berkawan-kawan di tengah padang
bila menang dijulang-julang
bila kalah langsung tak dipandang
:(
KOG...
BalasPadamcowei tu sebenarnya masih perlukan sifunya tapi orang lain pula yang lebih sudu dari kuah!
Cik Ina...
BalasPadammasing2 nak tunjuk kuasa. LCW tak kata apa2 - orang dalam BAM pulak yang beriya2...
~ yus ~...
BalasPadameloklah juga kita jadi manusia yang tak perlu nak tunjuk2 kuasa kerana tanpa Yang Maha Kuasa, siapalah kita untuk mengada2, kan?
Kakpah..
BalasPadamkakcik pun terfikir bahawa sepah tu boleh dijadikan baja. Masih juga ada gunanya... :)
Liza...
BalasPadamsipolan tu lupa tuuu.. cer kalo LCW tu tak berjaya menjulang piala, entah macam manalah pula komen mereka! :(
wa'alaikummussalam AzeedA...
BalasPadamkacang ghebuih?? Kakcik pulok teghingat kat kacang nganyin! Eimok... sotkabo ostrolia dibacenye! kakcik baca tamilnesankayu je...
Dr DZ...
BalasPadamkakcik bagai terbayang langkah longlai Datuk MS melangkah keluar meninggalkan gelanggang. Sedih!
Sukan kita tak akan kemana andai politik dicampurkan bersama...
W/salam PynGees...
BalasPadamterima kasih kerana tak jemu datang ke blog kakcik. Ramai orang, bila berada di atas - sangat terlupa pada bumi tempat mereka berpijak dan mula bertatih! :(
Su...
BalasPadamorang begini, bila jasa mereka dipertikaikan, pandai pula mereka melenting!
Eelobor...
BalasPadamwajah lindan tu macam tak puas hati je kan? Mungkin masa untuk dia berada di atas sudah beransur turun...
Jasa DMS bukan sedikit dalam arena badminton negara, janganlah ada yang mempertikaikannya....
Mila...
BalasPadamorang yang sombong itu bercakap tidak menggunakan akal tapi berpaksikan nafsu!
bujal x...
BalasPadamadakah kamu dipijak2.. ;-)
qema...
BalasPadammalu juga rasanya bila melayu telah hilang budi bahasanya...
Ros...
BalasPadamhati DMS itu sudah lama memendam rasa. Mungkin juga lukanya sudah terlalu parah untuk diubati...
Mimi...
BalasPadammungkin orang yang menasihati itu patut dinasihatkan untuk berundur sahaja...
Wa'alaikummussalam Yop Tajnur...
BalasPadamate kemane gamoknye mike ni menghilangkan dighi sekian lame? Sebok beno yak?
Itule, bile doh takde dimuke bumi ni esok baghu nok disebut2, nok dianugeghoh itu ini. Entoh apale pesennye...
kesian misbun..
BalasPadamMDT...
BalasPadamkita setakat boleh kesian je, kan?
macam tulah adat dalam
BalasPadamdunia sukan negara kita ni...
kesian dato misbun!
Ati...
BalasPadammereka yang berkata sombong itu pun tidak akan ke mana jua akhirnya...
tak baikkan mereka buat cenggini
BalasPadamkesian Dato Misbun.. setelah seluruh tenaga dan keringatnya diperah...
BalasPadamsegala jasa dan usahanya tidak dipandang lagi
NM02...
BalasPadambiarkan luncai terjun dengan labu2nya. Mudah2an suatu hari nanti mereka tersedar juga...
ibuintan...
BalasPadambila khidmatnya tidak diperlukan lagi, sewenang2 jasanya dipandang sepi. :(