Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 4 Mac 2011

Puisi hati Q...

Catatan ini adalah hasil karya Puan Queenie yang dilakarkan dalam kotak komen nukilan kakcik sebelum ini...


nakhodaku...



kepadaku tak perlu kau berjanji
kalau hanya untuk dimungkiri
kepadaku jangan kau bersumpah
ku tak mahu dirimu diterjah padah


aku hanya harap kau ingat
saat diriku berpindah tempat
dari waliku ke tanganmu tuan
detik itu dilupa jangan...


sejurus seluruh diri diserah
padamu tuan hidupku pasrah
akan menjadi ladang dibongkar
atau terbiar bak hutan belukar


atau mungkin bak padang pasir
sering haus setitik air
hanya dipuput bayu menyisir
menambah gersang bak lagu tanpa syair....


seorang aku bernama suri
kau permaikanlah di takhta hati...
aku hanya harap kau ingat
sentiasalah olehmu tidak melupa
sejurus jiwaku rela diikat
aku kehilangan segala rupa


nama...
cita-cita...
mahkota...


telah aku serahkan
seluruhnya aku korbankan
akulah ladangmu
payungi aku sepanjang hayatku...


20 ulasan:

  1. " aku kehilangan segala rupa


    nama...
    cita-cita...
    mahkota... "


    saya tidak setuju tentang kehilangan nama dan cita-cita itu !

    mahkota mungkin saya boleh setuju.

    BalasPadam
  2. hari berpantun rupanya
    hari ini...hihi

    kak cik,

    boleh ati nk minta tolong...
    ati nak minta izin copy n paste
    pantun yg pagi tadi...voleyyy?
    nak letak utk n3 mlm ni or esok..

    TQVM in advance...
    cayanggg kak cik..si ratu pantun...ahaks

    BalasPadam
  3. Sebut pasal pantun ni teringat juruhebah Cuari Selamat. Dulu selalu kendalikan ruangan pantun di radio, bersama DJ Norela Samat, kalu tak silap...

    Berapa Banyak “ter” daaaa...

    BalasPadam
  4. wewwiitt
    kenapa semua orang bermadah bersajak ni

    terasa macam nak terjebak juga
    :D

    BalasPadam
  5. Psssstt kakcik,

    Apalah Kanda Al tu kan? Saya yang kehilangan, dia pulak yang tak setuju...sepatutnya sayalah yg tak setuju...heh3...

    Memang saya kehilangan nama ~ indirectly ~, cita-cita pun...telah saya korbankan...dan err...

    perjalanan hidup setiap wanita pabila bergelar isteri tidak sama. Ada yang disanjung ada yang hanya jadi pengeluar susu cap junjung har3...ala..gurau2 ptg Jumaat.

    eh kakcik..jom tukar pantun yang lain jommm....wbp terimakasih kuucapkan kerana sudi bagimu mencemarkan keindahan laman ini dengan gurisan jariku yang berkarat....

    BalasPadam
  6. Kanda AL...

    tuuuuu (sambil buat muncung panjang tunjuk ke bawah)... Pn Q dah jawab tu... hehehe...

    BalasPadam
  7. Azie...

    kakcik dulu memang peminat Chuari (skrg Haji Chuari - ke mana agaknya adik dia pelakon Suratmin Selamat). Pernah beberapa kali terserempak dengannya di Pertandingan Pantun (dia pengadil - kakcik pemantun)... :)

    BalasPadam
  8. h4ni3...

    jom...jom menjebakkan diri di dunia pantun. :)

    BalasPadam
  9. Q...

    hehehe - tak taulah den nak menjawab eeeii...

    banyak yang kita korbankan tapi tak nampak terkorban macam lembu korban! :)

    BalasPadam
  10. masyaallah sedapnya... saya seperti mengerti hati dan naluri penulis ini... dan saya setuju segalanya

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum,
    Perempuan ni bak mentimun, digolek luka, menggolek pun luka..harap bersabar Puan Q..

    BalasPadam
  12. Anggun...

    pelbagai cara bioleh kita luahkan isi hati. Kakcik lebih senang berpuisi kerana kakcik tak perlu mengarang ayat yang panjang... :)

    BalasPadam
  13. Lipislady...

    wa'alaikummussalam. Kakcik rasa Pn Q punya keluarga yang sangat bahagia kini. Apa yang dicatatnya itu adalah merupakan masa lalu... (eh! betul ke Q?) :)

    BalasPadam
  14. momandai yo ekau kakcik!
    gigit kang!

    BalasPadam
  15. kakcik

    tumpang lalu ..

    Queenie .. saya tak setuju betul dengan pihak yang bertanggungjawab menghilangkan nama dan cita-cita awak itu !

    itulah maksud saya .. hehe.

    BalasPadam
  16. sebenarnya dah lama nak tegur ttg pn Queenie..
    ramai2 geng2 yang komen sini..
    komen beliau saya nantikan..hehehehe

    BalasPadam
  17. maluuu..saya cikgu tak pandai pantun...!!!
    Kak Cik dulu selalu masuk pantun kat radio dgn Chuari Slamat tu ker...?

    BalasPadam
  18. Cikgu Nurin...

    kakcik bukan masuk berbalas pantun kat radia. Tapi pertandingan pantun antara Kementerian yang diadakan di DBP. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com