Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 5 Mac 2011

Adakah aku turut bersubahat?...

Tengahari semalam aku keluar untuk makan tengahari bersama seorang sahabat perempuan yang telah kuanggap bagikan adik sendiri.  Kami ke kedai makan yang agak terkenal, yang biasanya aku kunjungi bersama suami.  Namun, tak pernah sekali pun aku dan suami berkunjung ke situ di tengahari Jumaat.

Tempat makan itu hanya sepelaung jaraknya dari sebuah masjid terkemuka dan tidak begitu jauh dari sebuah lagi masjid yang jadi tumpuan.  Apa yang membuatkan aku merasa sedih dan bagai tidak tertelan makanan yang kusuap ke mulut ialah bila tibanya waktu Solat Jumaat, ramai juga kaum Adam yang sebangsa denganku (pastinya di kad pengenalan tertulis Islam sebagai agama mereka) yang sedang keuzuran.  Mungkinkah mereka semua musafir? Bersembang dan berbincang di meja makan tanpa menghiraukan azan dan khutbah yang jelas kedengaran.  Ada juga yang baru tiba bersama pasangan, duduk dan makan dengan selamba.

Lebih membuatkan hatiku terasa, bila tuan kedai itu sendiri langsung tidak peduli.  Hanya sibuk mengutip bayaran dan memberi arahan kepada pekerja supaya melayan pelanggan.  Kemudian, dengan santainya beliau duduk bersembang dengan seseorang (lelaki juga) sambil menghisap rokok.  Apakah agaknya aku juga dikira bersubahat kerana datang makan di waktu itu hinggakan tuan kedai tidak sempat hendak menunaikan kewajipan solatnya?

Mungkin selepas ini, aku akan berfikir berkali-kali untuk datang makan ke situ lagi. :(



50 ulasan:

  1. Teringat sewaktu Sogo mengadakan hari untuk ahlinya. Saya kesana bersama isteri pada hari Jumaat. Waktu solat Jumaat hampir tiba dan diluar hujan turun dgn lebatnya. Tapi kewajipan mesti ditunaikan. Yg menyedihkan menurut isteri ramai lelaki Islam berada di kompleks tersebut tanpa sedikit rasa bersalah atau malu kerana tidak menunaikan solat Jumaat.
    Sokong tindakan Kakcik jika mahu memboikot kedai tersebut.

    BalasPadam
  2. Azwan...

    karana tiada rasa malu (sesama manusia apalagi kepada Tuhan), maka selambalah mereka melakukan tindakan. Memang kakcik sangat berat hati untuk ke situ lagi.

    BalasPadam
  3. السلم عليكم ورحمة الله

    Kita mendoakan semoga mereka insaf dan mendapat hidayah dari Allah SWT

    BalasPadam
  4. السلم عليكم ورحمة الله

    Elok juga boikot, sebab ada yang berkata "jika tiada permintaan, maka tiada penawaran".

    walhal lebih elok, setiap waktu solat Jumaat di cadangkan kesemua premis orang islam "di galakkan" agar di tutup operasinya sepertimana ada di laksanakan di sesebuah tempat dalam negara kita. kesan daripada situ nampak elok jer. takde lagi yang bankrap atau gulung tikar walaupun sudah beberapa tahun di praktikkan

    BalasPadam
  5. entahlah kakcik, fikirlah yang sebaik-baiknya.....

    BalasPadam
  6. Zaman sekarang wang adalah segalanya. Jadi itulah yang menjadi keutamaan mereka nak dibandingkan ngan bersembahyang Jumaat. Semoga satu hari mereka insaf,paling lambat pun ketika ajal nak menjemput mereka.

    Kalau kak chik rasa bila makan dikedai tu bersubahat, boikotlah kedai tu.

    BalasPadam
  7. byk gini kak cik..selamba je org L xpi solat jumaat.
    jika solat 5 waktu kita xnmpk dorang kerjakn atau x..tapi solat jumaat ni..mmg nmpk sgt..

    BalasPadam
  8. assalamualikum ibu,

    sebab itulah saya menutup kedai kala jam menganjak pukul 12 hingga lah pukul 2. saya tak rela wang dapat hari tu, walau banyak daripada saudara kita yang tidak ke masjid bersembahyang.

    Yang best, area lembah dekat fama ni, semua tutup kedai waktu itu.

    sedih melihat abang2 malah pakcik2 masih keuzuran seperti itu..

    BalasPadam
  9. diorang tak menghayati maksud ayat Al-Quran, surah Al-Jumaah. pada waktu itu, perniagaan harus ditinggalkan kerana menunaikan solat Jumaat lagi afdhal dari mendapatkan sedikit untung di atas dunia ini. bagusla kalau Kak Chik nak boikot.

    dulu saya pernah tegur rakan sekerja lelaki yang selamba makan kat foodcourt waktu solat Jumaat. sekarang Alhamdullilah dia dah tak tinggal lagi...tapi itu ler saya berani tegur kawan2 je..orang tak kenal saya tak berani..nipis iman jugak saya ni.

    BalasPadam
  10. takde apa yg nak diherankan kakcik.
    dengan Tuhan yg menciptakan mereka pun mereka tak segan, inikan pula dgn sesama manusia.

    -mereka yg kufur dan terus menerus diberikan limpahan rezeki(menyangka tuhan merahmati mereka) sebenarnya di istidraj kan oleh Allah. Nauzubillahiminzalik.

    BalasPadam
  11. Assalamu'alaikum kakcik,

    Jauh beza negara Islam yg benar-benar mengamalkan cara Islam. Kalau di Mekah dengar saja azan kedai terus tutup. Pernah kakak nak beli vitamin C kerana sakit tekak. Dah sampai kaunter nak bayar tetap dia kata "solah, come after solah" Arab bercakap omputih style dia. Dia tak fikir duit dah....

    Bayangkan di Pakistan semalam selepas solat Jumaat bom meletup. Ramai yg cedera. Solat dlm keadaan takut. Di sini aman damai pun susahnya hendak menunaikannya. Sedih..... :(

    BalasPadam
  12. kakak angkat kaseh selalu tau kakcik..bila hari jumaat kalau dia pegi kedai mkn mana2..pastu dia nampak cashier or ada pelayan lelaki dlm tu..dia akan terus keluar balik.. g carik kedai2 lain yg takde pekerja lelaki dlm tu sebab dia kata takmo bersubahat...

    BalasPadam
  13. Gua sangka baik je,Anggap je depa ni baru satu kali jumat tak semayang jumat,kat rumah semayang lohor kut.

    BalasPadam
  14. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    sama-samalah kita doakan dan semoga berkat rezeki yang diperolehi...

    BalasPadam
  15. Wa'alaikummussalam Eelobor...

    kakcik tabik dengan pengurusan Restoran Insaf yang nampaknya telahpun insaf dan sanggup menutup operasi mereka beberapa jam waktu solat Jumaat sedangkan pada waktu itu selalunya memang padat dengan pelanggan. Tidak pula nampaknya merosot perniagaan mereka.

    BalasPadam
  16. Mak Su...

    semoga mereka dan kita juga diberikan hidayah oleh Yang Esa. :)

    BalasPadam
  17. Cik Ina...

    sama-samalah kita doakan agar sinar keinsafan meresap di hati. Mungkin selepas ini kakcik tak ke situ lagi (tapi kadang2 kita kalah juga dengan godaan...)

    BalasPadam
  18. Kakcik,

    Semlm mase membeli kain tu pun, ade sesat sorg pekerja lelaki. Ironinya dlm kedai tu buka channel TV1, lintas langsung Khutbah Jumaat..huhu

    Otw balik pula, ade 1 kedai di tepi jalan. 2 buah lori dan 3 buah kereta. Dalam kedai makan tu semua lelaki. Jadi port lepak tak pegi solat agaknya. Huhu..

    BalasPadam
  19. SN...

    apakah sebenarnya perasaan mereka kan? Sebenarnya kakcik juga bimbangkan anak-anak lelaki kakcik. Bimbang seandainya mereka turut memandang ringan dan mengabaikan kewajipan itu. :(

    BalasPadam
  20. Assalam kakcik..
    patutnya kalau tak malu dengan Allah malulah pada para wanita yang seagama takpun pada yg bukan se agama..apalah pandangan mereka kan.muga mereka diberi hidayah.

    BalasPadam
  21. Eri-chan...

    benar! tidak mudah untuk kita menegur kerana kita tidak punya kekuatan. Niat kita yang baik akhirnya nanti akan bertukar menjadi suatu 'peperangan' yang tidak berkesudahan. :(

    Kakcik kagum sewaktu kakcik di negeri K, masuk waktu solat Maghrib (masa itu), amaran/ingatan diberikan kepada para peniaga agar menutup perniagaan mereka seketika dan bersegera menunaikan solat.

    BalasPadam
  22. Wa'alaikummussalam Azween...

    kedai 'hailam' tu bukak tak? Ibu sedih melihat 'orang kita' yang sangat berselera makan di situ sedangkan status halalnya amat diragu.. :(

    BalasPadam
  23. Dr DZ...

    sebenarnya rezeki yang melimpah itu juga merupakan ujian dari Allah. Tapi manusia sering lupa dan dengan bangga boleh berkata kejayaan datang dengan usaha tanpa perlu meminta2 walaupun dari Tuhan Yang Maha Mencipta. :(

    BalasPadam
  24. Wa'alaikummussalam KakZakie...

    mungkin kerana tidak benar-benar diuji, maka manusia mudah lupa diri dan terlupa kepada Yang Memberi... :(

    BalasPadam
  25. Kaseh...

    bagus juga tindakan kakak angkat Kaseh itu. MUngkin boleh kita jadikan ikutan. Kita boikot - kita boikot je....

    BalasPadam
  26. Rahwana...

    terima kasih kerana sudi singgah dan tinggal komen. Mungkin juga mereka 'tak sempat menyucikan diri', ya?

    BalasPadam
  27. Miss Sephia...

    di pejabat pun sebenarnya ada yang selamba boleh 'bersembunyi' dalam stor atau di mana-mana ceruk! :(

    BalasPadam
  28. Ida...

    sama2lah kita doakan agar mereka tersedar sebelum waktu terus beredar...

    BalasPadam
  29. Tak subhat, anggap dia bersama isteri.

    Wanita kena pilh penjual wanita
    jika ada pilhan

    Mereka yang muslimin bukan muslimat, maafkan mereka.
    Esok sedekah2 byk2 cover 2 yang lepas.

    Minggu depan buat lagi. Kita mahkluk lalai.
    Sebab itu Allah dah sediakan doa.

    BalasPadam
  30. mmg banyak dah situasi begitu
    lani kakcik...dah tak heran lagi

    kita perlu boikot je kedai yang
    tuan punya pun begitu...

    BalasPadam
  31. ye betul tu kakcik

    boikot jer!
    susah nak cakap dengan orang yg dah hilang rasa malu ni
    doakan aje semoga diorg mendapat petunjuk dan hidayah

    BalasPadam
  32. sepatutnya bila dah dengar azan hari jumaat tu semua urus niaga di hentikan kak cik...kalau takut hilang pelanggan sgt tinggal je kt ppuan yg meniaga..

    BalasPadam
  33. Kena rujuk arif, tak silap, subhat bila tiba n masuk tika dan lepas azan,

    BalasPadam
  34. ibu,

    kat situ lagi ramai yang lepak.dasar tauke yang ibu tahu sapa kan..saja mahu buat orang kita makin lupa.padahal masjid bukan jauh pun...jalan kaki 10 minit dah sampai.

    walau musafir sekali pun, bukan tak boleh berhenti sekejap untuk solat jumaat.bukannya 10 rakaat pun..huhu..

    mula2 buka kedai sini dulu memang saya buka tapi bila nampak ramai yang lepak, saya rasa bersalah.bila mereka betanya kenapa saya tutup kedai awal pada hari jumaat, saya cakap je saya p sembahyang jumaat.hahah...

    terpinga-pinga mereka.

    BalasPadam
  35. tu pandangan yang dah biasa kat malaysia ni kakcik.Dah naik meluat tengok...

    BalasPadam
  36. Assalamualaiakum Kakcik;

    Itulah yang selalu saya perkatakan di blog. Islam di Malaysia bercelaru, kerana penguatkuasaannya lemah akibat campurtangan politik.

    Dan atas sebab itu jugalah saya sering mengunakan istilah Islam Surat Beranak kepada melayu2 yang mengaku beragama Islam (Islam Baka/Keturunan).

    Tapi kalau tuduh mereka Kapiaq... mau melenting dan berpencak jadinya...

    Nauzubillah....

    BalasPadam
  37. Salam Kak Cik..

    Bila melihat scenario orang Islam sekarang sangat menakutkan... terutama anak-anak remaja, terlalu mudah terpengaruh dengan budaya liar.. nau'zubillah

    BalasPadam
  38. su pun dah slalu sgt jumpa, lelaki jenis camni, dah hilang malu sebenarnya

    BalasPadam
  39. Zeq...

    kelalaian bukan tiket untuk kita terus 'terbuai-buai'...

    BalasPadam
  40. Ati...

    kena ramai2 ambil tindakan yang sama. Kalau kita sahaja yang memboikot tapi yang lain datang juga, pasti mereka tidak akan sedar kesilapan yang dilakukan.

    BalasPadam
  41. Saya nak mintak pendapat kakcik. Kalau kedai saya ada di shop lot, mungkin saya boleh tutup sementara. Tp cam ne kalau kedai saya itu ada di shopping mall yg terpaksa mengikut rules shopping mall yg tidak membenarkan tutup waktu operation. Cam ne ye kak.. Sy bercadang membuka cafe.. INSYALLAH

    BalasPadam
  42. h4ni3...

    ya, sama2lah kita doakan agar sinar hidayah meresap ke jiwa mereka dan kita juga. :)

    BalasPadam
  43. Suri...

    memang ada perempuan (termasuk isteri pemilik kedai) dan para pekerja..tapi entahlah - tak tahu nak kata apa. Semuanya berwajah selamba. Semoga petunjuk Allah datang juga kepada mereka dan kita semua...

    BalasPadam
  44. Zeq...

    kakcik tiba 20 minit sebelum azan bergema...

    BalasPadam
  45. Azween...

    di Malaysia ini sebenarnya tiada masalah untuk mendirikan solat. Masjid ada di mana-mana. Yang jadi masalahnya kalau masjid hanya dijadikan tempat tumpuan pelancong atau pintu pagarnya sentiasa berkunci. :(

    BalasPadam
  46. Kakpah...

    sedih dan malu sama naik rasanya di muka kita...

    BalasPadam
  47. Wa'alaikummussalam Isa...

    mungkin satu hari nanti, andai tidak dibendung dan diberi perhatian yang sewajarnya - Islam itu hanya difahami sebagai haram makan khinzir sahaja. Sedangkan, ayam pun kalau tak betul cara sembelihannya adalah haram untuk dimakan. :(

    BalasPadam
  48. Nida...

    salam kembali. Bagiaman agaknya perjalanan hidup anak cucu kita nanti? Ya Allah, ngerinya bila difikirkan. Tambahan lagi bagi ibu yang sangat kurang pengetahuan macam kakcik ini. :(

    BalasPadam
  49. Mamasyaza...

    Su, pemandangan yang biasa itulah yang menakutkan kita...:(

    BalasPadam
  50. Yan...

    kalau Yan hendak membuka cafe di shopping mall, tiada salahnya. Tapi seandainya Yan menggaji pekerja lelaki, waktu solat Jumaat - lepaskanlah mereka menunaikan kewajipan (pastikan mereka solat, bukan menyimpang ke lain). Bagi mengelakkan pelanggan lelaki Muslim singgah waktu Solat Jumaat, Yan kena letak notis besar-besar UNTUK PELANGGAN WANITA SAHAJA DI WAKTU INI atau kalau mereka masuk juga, cuba cakap begini- maaf encik, saya tidak bersubahat dengan orang yang tidak Solat Jumaat. Yang penting, Yan harus tegas dan berani.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com