Kawan-kawan kakcik

Ahad, 4 Mac 2012

Mengapa dikenang-kenang...

Catatan ini diilhamkan oleh Pn Ati Masrif ...

waktu yang berlalu usah ditangisi
atau mengharap ia kembali
yang pergi biarkan pergi
mengapa perlu menyiksa diri sendiri

anggaplah yang hilang mahupun yang tercicir
bukan hak yang perlu kita fikir-fikir
mungkin juga ada yang kita mungkir
menyebabkan rezeki terlucut dari bibir

melangkah biarlah terus ke hadapan
yang berlalu usahlah diharap-harapkan
jadilah insan yang menerima kenyataan
kerana hidup ini tak perlu dipersiakan

apa guna merintih merayu
pada daun  yang kian layu
biarkan saja menutup bumi
begitupun mungkin ia berbakti

selagi bunga kembang memekar
belailah agar sentiasa segar
walaupun ia mungkin berduri
itu hanyalah pelindung diri...


23 ulasan:

  1. alahaiii kak.. terkena batang hidung kaseh nihhh.. :(

    BalasPadam
  2. Kaseh...

    yang lalu biarkanlah berlalu. Mulakan cerita baru, ya sayang? :)

    BalasPadam
  3. haaa....kan dah kata..
    kalau bab pantun ni ..
    kak cik lah JUARA..

    sedap betui bunyinya kakcik

    lagi sedap kalau kena batang hidung
    orang yang buat onar tu kan..

    hihihi...sayanggg kak cik...

    ^____________^

    BalasPadam
  4. Kenangan mana leh dilupa, tapi hidup mesti diteruskan...

    Buat apa nak tunggu kalu orang dah tak sudi..

    BalasPadam
  5. Ati...

    kakcik karang ikut suka hati je... :)

    Sayang Ati juga. (*___*)

    BalasPadam
  6. Azie...

    nak tunggu buat apa, kan? Dia senang2 hati kita pulak yang merintih2...

    BalasPadam
  7. harum setanggi di persadanya,
    jangan dilangkah paku di dulang;
    kalau nak pergi biarlah selamanya,
    jangan selangkah kembali mengulang.

    kenanga tidak meminta-minta,
    cempaka harum disunting orang;
    jangan permainkan kata cinta,
    seumur hidup kesal menyerang.

    BalasPadam
  8. melangah biarlah kehadapan, jangan mengharapkan lagi pada yang tak pasti. bahagia itu pasti ada di penghujungnya tetapi ia perlu dicari bukan hanya mengharap pada takdir Ilahi...

    BalasPadam
  9. wah best molek baca ayat2 kakcik tu..
    yg lepas jgn dikenang tapi jadikan pedoman untuk yang akan datang..

    BalasPadam
  10. Q...

    terbang ke hulu sikunang-kunang
    di tengah paya gugur sayapnya
    tidak perlu dikenang-kenang
    hanya menambah sesak di dada

    BalasPadam
  11. JunAina...

    tiada cinta yang lebih hakiki dari cinta Ilahi. :)

    BalasPadam
  12. anntaj...

    mekarkan kasih dengan hati yang bersih. :)

    BalasPadam
  13. eelobor...

    hmmm - macam pernah kakcik dengar kata2 itu... dalam Ujang, kan? :)

    BalasPadam
  14. PM...

    andai membawa kepada kelukaaan, lebih baiklah dilupakan. :)

    BalasPadam
  15. qemaishak...

    yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. :)

    BalasPadam
  16. jom bukak buku baru..mulakan dgn senyuman.. :)

    BalasPadam
  17. ya betul..apapun terjadi perjuangan hidup harus diteruskan

    BalasPadam
  18. niesz...

    ...dan jangan ulangi kesilapan lalu. :)

    BalasPadam
  19. MamaYatie...

    selagi bernyawa perjalanan hidup belum terhenti... :)

    BalasPadam
  20. tidak dirintih tidak dirayu
    cuma izinkan aku
    untuk terus berpaut
    pada kenangan itu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com