Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 19 Februari 2011

Sudah bertemu dengan doktor...

Di hantar Along ke hospital sekembali dari Solat Jumaat
kusuruh Along balik dahulu kerana belum tahu cepat atau lambat
tinggal seorang di hospital terkulat-kulat
mengintai-intai kalau ada yang boleh dijadikan sahabat

ramai juga orang di hadapan klinik pakar
tapi tiada seorang pun yang berwajah kelakar
ingin juga kucuba menyapa
namun bagaikan tiada yang sudi berbicara

dua jam waktu yang lama
bagiku padanlah dengan muka
siapa suruh melengahkan masa
kenapa tak datng saja di jam dua

menghilangkan bosan tontonlah televisyen yang tiada suara
nasib baik juga ada sarikata
drama Indonesia yang entah apa-apa
hanya menyakitkan mata dan jiwa

berjumpa doktor sepuluh minit sahaja
diterangkan apa yang dirasa
doktor bangun memeriksa seadanya
keputusannya  bagai sudah kuduga

masalahnya datang dari hidung
mungkin disebabkan air yang berladung
turun ke tekak menyebabkan batuk
terasa tekak hendak dikeruk

tiga jenis ubat telah diberi
kemudian balik ke rumah berjalan kaki
singgah di kedai beli itu ini
sampai di rumah terus masak kari...


Aku pengsan lagi ke dinihari selepas makan ubat!.  Tapi sebelum itu sempat menjengah Angah dan membawanya makan malam di Banting - pastinya bersama suami dan BS.  Sampai di rumah pun dah hampir 11.00 malam...



61 ulasan:

  1. salam kakcik...

    maafkan ummi , lama tak ziarah menziarah , asyik kalut selalu...he he he
    ummi doakan kakcik sembuh seperti sediakala... doakan ummi sihat juga yer....

    BalasPadam
  2. kak chik belum sihat lagi ke?sekarang cuaca panas, kak chik banyakkan mnium air suam. Dah sakit lagi boleh masak untuk family ye .Semoga akak chik cepat sembuh.

    BalasPadam
  3. Ummi...

    salam kembali. Semoga Ummi dan keluarga juga diberi kesihatan yang baik olehNya serta menjalani kehidupan dengan ceria dan sejahtera. :)

    BalasPadam
  4. Cik Ina...

    kakcik kalau dah mula masak, lupa sekejap pasal sakit. Ala... masak pun yang ringkas2 je...

    SEmoga Cik Ina dan keluarga pun sihat sejahtera. :)

    BalasPadam
  5. moga kakcik cepat sembuh, yang penting kari tu best

    BalasPadam
  6. assalam kakcik.. lahai sakit2 pun sempat masak utk family.. dah naluri ibu tu kan. hehe moga kakcik cepat sembuh.. kaseh pun sama ngan akak ni..demam...batuk...selsemaa...completee..

    BalasPadam
  7. sakit-sakit pun sempat beli itu beli ini masak kari sedap...



    dah pengsan pun msh bangun seawal subuh ?
    harap kakchik rehat..dan moga sihat sepenuhnya

    BalasPadam
  8. Mamasyaza...

    kari makan roti pun sodap! :)

    BalasPadam
  9. Kaseh...

    kalau ada bahan dan ada mood memang kakcik akan masak. Kesian kat anak2 kalau mak tak masak langsung... :)

    Semoga Kaseh cepat sembuh. Makan ubat tau.. :)

    BalasPadam
  10. IE...

    mata kakcik ni macam dah di'set'. Jam 4 atau paling lewat 4.30 pagi mesti dah terbuka walaupun sedang pengsan...hehehe... :)

    BalasPadam
  11. Kesiannya kakcik tak sihat lagi. Teruk juga kalau dah hampir seminggu dah.... Nasib ada Along boleh tolong juga hantar ibunya. Sementara makan dululah ubat yg diberi kakcik. Sabar ye....

    BalasPadam
  12. masak kari baunya wangi,
    selesai mencuci pergilah mandi,
    semasa solat menguap berkali-kali,
    itu tandanya ubat mula berfungsi.

    alahai peraduan alahai mata,
    tak tertahan rasa ingin lena,
    muga bangunku nanti segar semula,
    boleh meng-update blog yang kupuja.

    BalasPadam
  13. kakcik sekarang ni cuaca panas terik, mmg virus batuk selsema tu berkeliaran agaknya, ramai yang kena..
    Harap kak cik cepat sihat.

    BalasPadam
  14. heheh..skrg ni mmg tgh musim org x sihat..mmg kena minum air byk sumer disamping jaga kesihatn leklok :)

    BalasPadam
  15. yey, kakcik dah amik obat.

    berapa kali sehari kene mkn ubat tu? saya nak call buat reminder ni. :D

    BalasPadam
  16. pengsan kejap tak pe kakchik, terus je makan ubat tu... moga cepat sembuh

    BalasPadam
  17. kak cik...harap harap ubat yang di beri ..dapat membantu supaya cepat pulih ye...

    BalasPadam
  18. kakcik pergi hospital mana tu? sampai 2 jam menunggu...jumpa aja saya..

    BalasPadam
  19. assalamualaikum kakcik..

    sy doakan agar kesihatan kakcik kembali seperti sediakala ya

    BalasPadam
  20. semoga lekas sembuh kak cik.....maaf lah lama tak menjenguk kat sini...sibuk sket dgn kerja....apa pun....tetap akan singgah sini....IsyaAllah....

    BalasPadam
  21. salam
    moga kakakku ini sihat dah sembuh sesembuhnya

    BalasPadam
  22. assalamualaikum

    kakcik, terus terang walau saya tidak mengenali kakcik secara realiti, saya cukup risau mendengar tentang kesihatan kakcik (atau mungkin panggil umi? untie?)

    Jagalah kesihatan ye..rehat lah kerana kesihatan itu anugerah yang tidak ternilai.

    BalasPadam
  23. salam my lovely KakCikS:)

    Datang melawat ni..
    Moga akak cepat2 sembuh..:)

    p/s: bab2 menunggu ni lee yang tak tahan ni...kdg2 3-4 kali mikir nak ke klinik bila ingatkan terpaksa menunggu giliran yg panjang berjela...aduhaiii...
    Akak take care yaaa:)

    BalasPadam
  24. kakcik,

    banyakkan berehat dan semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  25. KAKCIK, risau dihati ini mengetahui paras kesihatanmu

    kuatkan hati..tabahkan mental...moga kakcik bersabar dalam setiap dugaanNYA...

    ayu doakan y baik2 utk kak....dan family

    BalasPadam
  26. Assalamualikum kakcik..macam mana kesihatan kakcik..ida doakan kakcik dah pulih seperti biasa..memang kena banyak bersaabar bila bertemu doktor...yg sakit bertambah sakit dibuatnya.

    maafkan ida jrg2 dapat ikuti perkembangan kakcik..pc kat rumah kena virus..jrg2 dapat buka tu yg membatasi pergerakan berblog..

    BalasPadam
  27. KakZakie...

    pergi sahaja Along hantar. Balik kakcik jalan kaki sebab Along telah ke MAsjid semula. Sebenarnya hospital tu tak jauh pun dari rumah kakcik. Hari ini rasanya dah agak baik sikit. :)

    BalasPadam
  28. IM...

    main buai di pohon sena
    buai dihayun ke sini ke sana
    bangun tadi kakcik terus tak lena
    banyak urusan perlu dilaksana

    baju kebaya pakaian nyonya
    ditempah khas dari Thailand
    hantar Along ke kelas pengajiannya
    kemudian hantar kawan ke Genting Highland

    :)

    BalasPadam
  29. Qemaishak...

    memang cuaca tersangat panas sekarang, tekak pun asyik haus dan rasa nak minum ais je! Macamanalah nak sihat kalau asyik minum ais, kan?

    BalasPadam
  30. chii...

    memang kena banyak minum air, masalahnya tekak ni macam nak minum yang sejukkkkkkkk je.. :)

    BalasPadam
  31. gB...

    sekali sehari je. Ubat selsema kakcik makan waktu nak tidur.. :)

    BalasPadam
  32. ibuintan...

    kalau pengsan terus - alamakk! Alhamdulillah, dah beransur baik ni.. :)

    BalasPadam
  33. Ila...

    terima kasih. Ada ubat yang tak perlu dimakan, cuma sembur ke dalam hidung je. :)

    BalasPadam
  34. Dr DZ...

    tu lah pasal. Bukanlah ramai sangat orang - lebihkurang 7 - 8 pesakit je. Tapi setiap pesakit masuk lebih dari 20 minit. Kakcik je yang sekejap - mungkin sebab kakcik tak menarik untuk dibiarkan duduk lama2 depan Dr kot! hehehe....

    BalasPadam
  35. Wa'alaikummussalam Sahrom...

    terima kasih untuk doamu itu...:)

    BalasPadam
  36. jeBateja...

    terima kasih untuk doa. Dahulukanlah mana kerja yang penting sebelum singgah ke rumah kawan2... :)

    BalasPadam
  37. jinkamen...

    salam kembali. Terima kasih untuk doa. :)

    BalasPadam
  38. Wa'alaikummussalam Azween...

    nak panggil mama ke mak ke...ikut sukalah.. InsyaAllah, mama dah bertambah sihat. Terima kasih untuk doa. :)

    BalasPadam
  39. Salam kembali Tinie sayang...

    kakcik dah semakin sihat. Terima kasih kerana turut mendoakan. :)

    BalasPadam
  40. eelobor...

    terima kasih untuk doa. Tapi, kakcik ni berehat waktu tidur je... :)

    BalasPadam
  41. Ayu...

    terima kasih untuk doa. InsyaAllah dengan doa dari kawan2, ubat yang kakcik makan dan yang paling penting dengan izin Allah SWT kakcik dah semakin sihat. :)

    BalasPadam
  42. Wa'alaikummussalam Ida...

    semoga Ida juga sihat dan ceria di samping anak2 tercinta. Kalau berkelapangan, singgahlah... :)

    BalasPadam
  43. assalam kakcik.. sama le sy dok telan ubt je nih huhuuu :)

    BalasPadam
  44. ciannya kak cik , tak baik lagi ye..rajin2 makan ubat2 yg serasi2 yekkk,moga cepat sembuh

    BalasPadam
  45. Maiyah...

    walaupun Maiyah terpaksa bergantung pada ubat, kakcik doakan agar kesihatan Maiyah tetap baik...

    BalasPadam
  46. Sal...

    Alhamdulillah, kakcik makin sihat... :)

    BalasPadam
  47. Salam kakcik....
    nak try tak penawar paling mujarab dgn masalah kakcik tu..tp tak boleh cpt give-up, tak cukup dgn try sekali, dua kali, tiga kali, empat kali ker..kena byk2 kali, setiap hari, paling kurang 2 kali sehari, sebab rasanya kakcik dah bertahun2 ngidap masalah ni. Maaf kalau saya silap tafsir.

    Pedih sikitlah...tapi kalau ada masalah tak sabar, takyah cubalah heh3...

    Masa amik wudhu' tu....atau masa mandi ker...masukkan air dalam lubang hidung, sedut hingga terasa masuk ke dalam pangkal hidung, kalau masalah tu dah lama, mula2 tu mmg terasa bengang dan sakit kat dahi,pedih..pastu cuba keluarkan lendir kalau boleh. Kalau tak boleh jgn paksa....lenkali bila mandi atau amik wudhu' ulangi lagi, berkali-kali...jika diulangi setiap hari insyaAllah air bersih itu boleh membersihkan saluran yang hanya Allah saja tau macamana rupanya kat dalam tu. Lendir-lendir pun tak mudah terperangkap lagi....

    Saya amalkan sejak remaja dan Alhamdulillah sehari dua ni lom pernah kena masalah sumbat-sumbat ni...siksa kan kakcik? Org2 bolah mentuo den semuanya ngidap masalah ni, mmg merimaskan..srot sret manjang, kdg tu sampai berbau...tu yg den selalu batalkan niat nak minum cendol, teringat2lah!

    Yg buek den gogham tu, maleh plak nak menorai caro den ni...nak ubek yg sodap yo, mano jalan?

    Ooopss..sorry..terngumpeklah plak.

    BalasPadam
  48. Eh, lupa nak tanya....

    masih minum air secukupnya? jgn cpt give-up tau! Bukan air bergas lah...

    BalasPadam
  49. salam kak chi
    pertama kali kesini
    cantik berpantun...

    wish u all d best
    dan cepat sihat..
    selalu ketawa dan hiburkan hati
    boleh melupakan sakit ada yg ada..

    BalasPadam
  50. salam..akak..

    moga cepat sembuh..dan ceria selalu..:)

    BalasPadam
  51. Pukul 6 pagi td, dah bca entri KC ni, tapi tak sempat komen, sibuk nak sekolah...

    moga KC sihat dan ceria kembali...ubat kena makan...:)

    BalasPadam
  52. kakcik... jgn lupa makan ubat. nnt nak terbang ke borneo pulak kan? jgn lupa kelengkapan ubatan.

    BalasPadam
  53. Q...

    terimo kasih sobab mengongsikan petuo tu dongan den (wakawakeheh... golak Pak Ongah den nanti...)

    Suami kakcik pun acapkali mengingatkan kakcik supaya buat macam yang Q sarankan tu. Tapi, itulah - buat sekali dua, kemudia berhenti. Buat pembedahan sinusitinurhalija pun dah dua kali. Disebabkan dogil amek2, sendiri tanggung padahnya... InsyaAllah, selepas ni kakcik akan cuba buat secara berterusan.

    Terima kasih Q laling...

    Minum air??? minummmmmmmm.... banyak??? takkkkkkk.... ;-)

    BalasPadam
  54. Nur Misnan...

    salam kembali. Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalakn komen. Harap sudi untuk menjengah lagi, ya? :)

    BalasPadam
  55. Cik Ceria...

    Alhamdulillah, kakcik dah beransur sihat. Terima kasih untuk doa. :)

    BalasPadam
  56. Cikgu Nurin...

    terima kasih. Kakcik makan ubat tu...hehehe... :)

    BalasPadam
  57. Cyana sayang...

    sekejap lagi kakcik akan bersiap-siap untuk keluar. Cyana pun jaga kesihatan di sana ya? InsyaAllah nanti kita 'jalan' sama2 pulak... :)

    BalasPadam
  58. Salam kakcik...
    Harap kesihatan kakcik semakin baik...

    Sebulan sekali, ckLah pun terpaksa menghadapi situasi begini...menunggu nombor giliran tiba berjam-jam sambil menonton tv tanpa suara, untuk berjumpa doktor lebih kurang 5-10 minit atau menyeah diri kepada 'drakula' untuk dihisap darah di lengan sebotol dua. (Botol kecik sajalah..:D)

    BalasPadam
  59. ckLah...

    Alhamdulillah, kakcik rasa makin sihat hari ini. Kenapalah TV di hospital tu 'dihilangkan' suaranya, kan? Macam tengok wayang bisu je...

    ckLah tiap2 bulan cek darah, ya? Semoga tiada penyakit berbahaya yang dihidapi. Kakcik ni minggu depan ada temujanji lagi, tapi mungkin kakcik tak akan pergi... ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com