... janganlah lama sangat dibuat mimpi, tak mustahil nanti YB hilang kerusi!
Bukan senang memegang amanah rakyat dan dalam masa yang sama menjadi hamba yang sentiasa patuh dan berpegang teguh pada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahuwataala.
Ingatlah YB, anda menjadi WAKIL RAKYAT atas izin Allah dan dengan undi penyokong-penyokong anda. Janganlah selepas mendapat jawatan, YB tiba-tiba menjadi sombong dan angkuh. Berlagak tidak kena tempat. Bersikap berat sebelah seolah-olah anda naik hanya dengan undi mereka yang tidak segan silu mengipas anda tanpa mengira masa. Sekiranya terjadi sesuatu kekecohan di tempat anda - antara pengundi-pengundi anda, anda tidak boleh bermesyuarat dengan sebelah pihak sahaja dan menafikan hak yang sebelah lagi. INGAT YB - JANGANLAH MENJADI HAKIM YANG MERELAKAN SEBELAH KAKINYA BERSEDIA KE NERAKA!
Saya terbaca catatan YB yang dengan angkuhnya mengatakan anda menerima watikah secara terus dari Sultan dan mengangkat sumpah di hadapan Baginda. Saya tidak mempertikaikan hak dan kuasa Sultan. Tapi apakah dengan itu, anda secara sesuka hati membuat keputusan mengikut rasa hati anda? Apakah anda telah menjadi wakil rakyat dengan undi dari seorang Sultan maka anda tak perlu lagi mendengar segala keluh kesah di sekeliling anda?
Fikir-fikirkanlah YB. Banyak sebenarnya ingin saya perkatakan, tapi cukuplah setakat ini dahulu.
Eh! adakah YB yang akan membaca catatanku ini???
kdg2 janji2 politician ni mcam busit kak.. menci jekk dgr...
BalasPadamhm, mpp kt u sye slalu kne kutuk, bakal2 yb tu..
BalasPadamkakcik..jemput makan jom bersama ayu
BalasPadamPS: kalau duduk lama-lama nanti orang menyampah pulak..so, faham2 lah.bagi chan orang lain pulak
bila dah jadi org besar, tanggungjawab tu memang lagi besar.
BalasPadamtapi kebanyakan org lupa akan bab tanggungjawab ni... :(
dah namanya wakil rakyat, mestilah rakyat yang pilih. Sebenarnya dorang tu kena kerja untuk kita.wakil rakyat kat tempat kita ni, nak bertahun tak de gak perubahahnya.zaman belum merdeka, masa tak duit, politik boleh dipercayai lagi.sekarang ni susah nak percaya.
BalasPadampolitik itu ok tapi yang tak berapa oknya orang2 yang berada di arena politik...kesian politik yang telah di politikkan...
BalasPadamkak cik...politik sekarang makin kotor, ada udang di sebalik mee bukan ikhlas berbakti pada rakyat!
Kaseh...
BalasPadamorang2 politik juga yang 'membusukkan' politik.. memang bulsit, kan? kena cari supevisa agaknya untuk 'memandu arah' mereka tu!
arap YB xlupakan rakyat..
BalasPadamkesian rakyat
ni...YB tengah bacalah ni....
BalasPadamwah....manyak belani eh?
hak3...
YB oh YB jadilah YB Yang Baik Yang Bagus Yang Bantu baru rakyat hormat..
BalasPadam-pertamanya, mula2 saya ingat entri ni pasal YB(Yunus Badawi) tu..hihihi..
BalasPadam-kalau semua politician Islam ingat akan neraka syurga, maka tak akan jadik mcm ni..
tapi yb yang macam tu selalunya penggal depan menang lagi !
BalasPadamYB = yang berkhidmat ke Yang Berhormat
BalasPadamYB jangan lupa...kuasa sebenar di tangan rakyat, yang boleh menurun atau menaikkan YB...
BalasPadamYB juga jangan lupa amanah dan janji yang ditaburi...
YB juga jangan lupa, amanah yang tak dilunasi, sanggup kah di tebus di akhirat nanti....?
YB jangan lupa banyak sangat....
Ayuni...
BalasPadambiasalah - manusia memang suka mengutuk!
Ayu...
BalasPadambila dah rasa selesa, mulalah hilang rasa!
gB...
BalasPadamkalau jawatan, ramai yang mahu - tapi bab tanggunmgjawab ramai pula buat2 tak tahu...
Cik Ina...
BalasPadamnamanya wakit rakyat, tapi seolah2 mereka adalah tuan kepada rakyat, sedangkan mereka dipilih oleh rakyat!
JunAina...
BalasPadamyang manuasia nampak adalah imbuhan, bukannya kebertanggungjawaban...
Cik Ceria...
BalasPadamibarat kata pepatah 'pelanduk selalu lupakan jerat, tapi jerat tak lupakan pelanduk'. Hari ini YB lupakan rakyat, jangan terkejut kalau waktu mengundi nanti rakyat tak ingat lagi kepada YB!
Q...
BalasPadamsebab tarak takut la Aci berani tulis juga! ;-)
qemaishak...
BalasPadamramai juga YB jadi Yang Berdengkur je! ;-)
Dr DZ...
BalasPadamkakcik hanya terserempak YB itu di blog kengkawan je.
Bila agama diketepikan dan hanya sekadar menjadi 'penyedap ucapan' - maka kita tunggu sahajalah akibatnya nanti....
Kanda AL...
BalasPadamkita tunggu dan lihat... ;-)
jinkamen...
BalasPadamboleh jadi juga Yang Berkulat!
Cikgu Nurin...
BalasPadamagak2nya YB ni banyak sangat makan semut tak? ;-)
salam.kak cik..rakyat kena tahu banyak prinsip demokrasi..baru yb tahu yg dia tu wakil rakyat..bukannya pastpot utk mewah..
BalasPadamkak cik:)
BalasPadammisss you sis
IE punya entri baru ada kena mengena ke dgn entri ni ???
BalasPadamSuri...
BalasPadamorang berebut2 nak jadi wakil rakayta, agaknya bukan untui untuk membela rakyat tapi untuk 'mewakili' merebut hak yang sepatutnya sampai kepada rakyat.... :(
CGG...
BalasPadamkakcik ada ni dan kadang2 datang menjenguk CGG tanpa kata2... :)
IE...
BalasPadamapa yang IE coretkan?? Nanti kacik datang tengok... :)
Kita tunggu PRU13 tahulah YB mana yg tinggi mana yg rendah. Jangan ingat kami ni angguk-angguk je.....
BalasPadamKakZakie...
BalasPadambetul... jangan nanti menangis tak berlagu pula, kan?
YB yang nampak mcm dah senang & selesa kedudukannya patut di AJAR.
BalasPadambila belum dapat..
BalasPadampelbagai janji di tabur..
bila dah dapat..
semua janji jadi berterabur...
eh..mcm pantun lak
ok tak kak cik...hihi
sepatutnya YB menjadi hamba kpd rakyat.. ini tak, terbalik pulak..politik selalu buat saya jemu..tapi, sbg rakyat.. kita mesti ambil tahu..
BalasPadameelobor...
BalasPadamkalau mereka senang dan selesa tapi kebajikan rakyat terjaga, tak mengapalah juga....
Ati...
BalasPadamhehehe... pandai Ati menyusun kata. Bila janji dah beterabur, jangan marah kalau nanti kerusinya lebur.... :)
Dik Mad...
BalasPadamwalaupun meluat, kita kena tahu hak kita sebagai pengundi, kan? :)