Kakcik ni kalau bab bagi resepi memang tersangat lemah. Kakcik memasak ikut sukatan kakcik yang tersendiri - campak-campak sesedap rasa sahaja. Khas untuk Aanas dan sesiapa yang sudi mencuba, silakanlah ya....
Seekor ayam - potong ikut suka dan direbus bersama halia serta bawang putih yang ditumbuk kasar. Tambah sedikit garam. Tutup api bila air telah menggelegak walaupun ayam belum empuk. Angkat isi ayam dan perapkan dengan garam kunyit.
Dalam periuk - tumis bawang besar bersama sesudu marjerin. Bila bawang dah layu, masukkan beras (sukatan seperti memasak nasi biasa). Kacau seketika, kemudian tuangkan air rebusan ayam. Biarkan nasi masak sendiri.
Goreng ayam yang telah diperap tadi dalam minyak yang banyak. Setelah garing, angkat dan ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali menggoreng ayam dan masukkan semula kesemua ayam yang telah digoreng. Curahkan 2 - 3 senduk air rebusan ayam dan dua sudu kicap masin + satu sudu kicap manis. Ketepikan ayam. Kicap tadi salinkan ke dalam bekas yang berasingan.
Untuk sos - kisar 3 biji cili merah (ikut suka nak sepedas mana) bersama 2 ulas bawang merah, seulas bawang putih dan masing-masing 3 sudu sos cili/sos tomato. Masukkan juga jus perahan dari sebiji limau nipis. Masak di atas api.
Supnya adalah air rebusan ayam tadi bersama sedikit isi ayam yang ditinggalkan. Didihkan sampai isi ayam empuk dan masukkan daun bawang/daun sup juga bawang goreng. Sesuaikan rasanya.
Itu sahaja. Mudah kan? Tapi minta maaf banyak-banyak. Kakcik memang tak pandai menulis resepi. (*_*)

yang campak2 tulah biasanya lagi sedap kakcik...hehe
BalasPadammcm MIL ati
BalasPadamsuka campak2 saje
tapi hasilnya menakjubkan...
masak syok sendiri lagi best kakcik..
BalasPadamrasa free........
~yus~...
BalasPadamsilap2 campak jadi makanan kucing pulak! ;-)
saya kan suka benar style masak yg simple tapi sodapppp..bole try ni kak cik..ehhe
BalasPadamAti...
BalasPadamkalau setakat selera kakcik, bolehlah... :)
Q...
BalasPadamalamak! segan kakcik dengan Q .. huhuhu...
SN...
BalasPadamcubalah - ubahsuai saja sesuka hati... :)
nanti bolehlah cilok resepi kak chik pulak. samalah kita , bila tulis resepi rasa nak adjust beberapa kali. rasa bahasa cam tunggang terbalik je kan.
BalasPadamthank u kakcik... muah muah.. harus print ni.. ujung minggu ni jugak saya wat seprais kat hasben..heheh..
BalasPadamrebus ayam tu kena banyak la airnya ye, sebab sume menda pun nak pakai air rebusan tuh.. heheh..
Aanas...
BalasPadambetul, kena lebihkan air rebusan ayam tu. Boleh juga lebihkan ayamnya. Kakcik kalau masak ayam, memang 'togel' ayam tu kakcik dan suami kerjakan - semua kulitnya harus dibuang! :)
Cik Ina...
BalasPadamkakcik boleh masak - tapi macam mana kelam kabutnya kakcik masak, macam tu lah juga kakcik tulis resepi! :)
he.. he..he..saya memang handal makan nasi ayam.....
BalasPadamselect, copy paste kat word and print dgn jayanya..lalalal.. thanx kakcik..
BalasPadamohhh saya suka nasi ayammmm!
BalasPadamnasi ayam adalah faveret saya!
BalasPadamnanti saya nak try. tapi kene print dulu ni. heheh~
Zool...
BalasPadammesti Wardah handal memasaknya, kan? :)
Kaseh...
BalasPadamdah buat nanti, tepek kat blog ya? :)
Dinas...
BalasPadamcubalah masak, pasti dapat makan dengan puasnya. :)
gB...
BalasPadamsusah2 meh datang masak kat rumah kakcik. :)
lain dr yang lain...
BalasPadamsebab ayu guna pati ayam...nanti nak cuba resepi kakchik utk santapan bila hari jumaat...
lagi satu, ayam kakchik tu...ayu belum pernah try....
nak cuba, nanti ayu salin resepi yer...
Ayu...
BalasPadammacam kakcik tulis tu... kakcik bantai campak2 je... :)
huu.. kalau gini, IM beli kat kedai ajelah!
BalasPadamIM...
BalasPadamkalau nak makan berdua, beli kat kedai lagi berbaloi. :)
nasi ayam...my feveret woo...
BalasPadamSham...
BalasPadamkalau cukup rasanya, memang boleh terangkat! :)
saya suka makan nasik ayam kat satu kedai kat ipoh ni..kat taman cempaka.kalau kakcik berkesempatan kedai halimah bachik..memang terbaik!!
BalasPadamsusah nk crik nasik aym yg btol2 kena dgn tekak tau kakcik..kena cube nih..hehe
BalasPadamImanshah...
BalasPadamkalau kakcik singgah di Ipoh nanti, bawakan kakcik boleh? :)
Yna...
BalasPadamcubalah masak sendiri. :)
Chef Kak Cik ahakz....ahakz....ahakz....
BalasPadamjeBateja...
BalasPadamkakcik yang pemalas! :)
sama la kakcik, kalu kwn2 tnya resepi n sukatan mmg susah sy nk jelaskan cz kita msk main campak2 jerrr....
BalasPadamassalamualaikum kakcik..
BalasPadamsy setuju tue..yg campak2 tue lah yg menjadi kan
NzA...
BalasPadamitulah. Nampak macam tak ihlas je bagi resepi, tapi itulah hakikatnya. :)
Wa'alaikummussalam sahrom...
BalasPadamkadang2 tak jadi juga! ;-)
salam kak chik...
BalasPadamnmpak mudah resepi kak chik ni..insyaallah ada kelapangan sy akan cuba
assalam kakcik.. saya pun nak balik campak2 la....
BalasPadamhah dh buleh wat sambey cili ala kakcik! mekacih ye kakcik kerna mengongsi.. :)
BalasPadamsiap kome kt ghomah kang!
hihi. betul ke ni kakcik? kang lama2 saya kat dapur tu kang sogan pulak saya. ngeeee~
BalasPadamUntuk lebih effektif, lain kali kakcik ambil gambar masa memasak, dan bagi resepi sekali...hehhehee
BalasPadamWati...
BalasPadamsenang je tu.. boleh cuba. :)
AKT...
BalasPadamcubalah - mesti jadi punya. :)
AzeedA...
BalasPadamnak lagi berasap, campo je cabai burung bebanyak. :)
gB...
BalasPadamapa nak disegankan. Buat je macam dapur sendiri. :)
Dr DZ...
BalasPadamnanti hangus pulak masakan kakcik! :)
bestnye akak...
BalasPadammudah dan ringkas..bleh la cube nanti..ehhehe..tq kak
CCC...
BalasPadamtentu sahaja boleh dicuba. :)
assalamualaikum
BalasPadamwaaaa...akhirnya kakcik siarkan juga resepi misteri nasi ayam.
bila tengok2 balik, sama saja macam saya buat tp ayam tu lepas rebus saya terus perap dgn kicap dgn bwg putih.
bab sos tu, yang tu kena try sebab lain sangat.hahaha
tak pe..nanti en hubby balik saya buat nasi ayam resepi kak cik.
( bila na terbit buku resepi sendiri?)
Azween...
BalasPadamwa'alaikummussalam. Kakcik kalau terbit buku resepi, kakcik sendiri pun malu nak beli! :)