..akan terpampang di dada akhbar
calon melutut di hadapan ibubapa
mencium tangan memohon restu
kalau pula ibubapa sudah tiada
tergambarlah sianak bersimpuh di hadapan pusara
di samping sedikit ulasan menggambarkan solehnya sianak
tapi cuba perhatikan
bila sianak menang dijulang
manakah wajah ibu dan ayah
adakah anak terus berlari pulang
mendakap mesra kedua orang tua yang bangga
oh! mereka kini milik rakyat
biarlah bersama rakyat YB bermesra
ibubapa pasti mereka tak lupa...
kalaulah benar pun tiada salahnya
kerana syurga anak di kaki ibu yang melahirkan
tapi perlukah kerlipan lampu kamera
dan di akhbar terpapar segala
*
*
*
*
*
ah! itu bukan masalah aku......
calon melutut di hadapan ibubapa
mencium tangan memohon restu
kalau pula ibubapa sudah tiada
tergambarlah sianak bersimpuh di hadapan pusara
di samping sedikit ulasan menggambarkan solehnya sianak
tapi cuba perhatikan
bila sianak menang dijulang
manakah wajah ibu dan ayah
adakah anak terus berlari pulang
mendakap mesra kedua orang tua yang bangga
oh! mereka kini milik rakyat
biarlah bersama rakyat YB bermesra
ibubapa pasti mereka tak lupa...
kalaulah benar pun tiada salahnya
kerana syurga anak di kaki ibu yang melahirkan
tapi perlukah kerlipan lampu kamera
dan di akhbar terpapar segala
*
*
*
*
*
ah! itu bukan masalah aku......
Kita bernaung di bawah langit yang sama - tapi langkah kita tetap berbeza... |
merenung langit nan biru
BalasPadammengenang malam akan menjelang
dapat sudah jawatan baru
pengundi kena tolak belakang
tanpa sedar datang jua pagi
walau mengharap tiada petang
sudah menang apa nak lagi
emak-ayah pun boleh menumpang
macam dah jadi resam
BalasPadambertanding pulak kan kak...
semua sudah diskripkan makcik~he~~
BalasPadamTkasih Kakcik .
BalasPadamBerbanyak terima kasih atas entry ini. Lama sudah ianya bermain di minda saya . Akhirnya di luahkan diatas kata yang 'indah' dari luahan hati seorang Ibu sprt kakcik .
saya suka entry ni kakcik.. terkena ngan pakcik saya sendiri :) kalaula boleh dia baca..bahagia saya..
BalasPadampoliti=kamera=tv dah sinonim. Perkara biasa dah lali. makcik setuju ngan catatan atas gambar tu.
BalasPadamIbu hanya seorang..jasanya jangan dilupa
BalasPadamKakzakie...
BalasPadamawan memutih langit pun cerah
di tengahari turunnya hujan
sudah menang bersyukurlah
para pengundi dilupa jangan
dingin cuaca dipuput bayu
mata mengantuk mudahlah lena
sudah leka dengan pengampu
kepada ibubapa ingatlah hendaknya
tiada anak yang lupa ibu kecuali anak yang memegang title derhaka...tetapi yang mengabaikan banyak, mengaku syurga di bawah telapak kaki ibu tetapi menafikan hak dia sebagi ibu. melalaikan diri menjalankan tanggungjawab sebagai anak...
BalasPadampoliti...aina lipat2 masuk poket malas dah nak ambik tau, musim pilihanraya jarang2 tengok berita, menyampahhh...
Ati...
BalasPadamhendaknya biarlah ikhlas dan bukan lakonan semata-mata....
bujal x...
BalasPadamskrip yang diulang2 hinggakan sudah boleh dihafal oleh penonton!
LiNda...
BalasPadamsama-sama. Kakcik juga sudah lama memikirkannya selepas berterusan ditayangkan adegan yang sama hingga akhirnya terkeluar juga kata2....
politik ? aisehhhhhhh! iols tak pandai ye...
BalasPadambut then bila becakap pasal ibu
ramai mengaku anak - tapi nak menjenguk ibu di kampung pun payah - tu blom masuk bab tanggungjawab yang lain
bila di fikirkan - betul gak kata orang2 tua - seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak - tapi 10 orang anak tak mungkin mampu menjaga seorang ibu...
bila tanggungjawab boleh bertukar-tukar tangan - gitu lah jadiknya!
itu biasa la kak cik......politik.... kadang2 dengan ibu bapa sendiri pun politik....
BalasPadamassaslamualaikum,
BalasPadamLangit tidak selalu cerah...
tak berani nak komen....
BalasPadamni lah ragam org kita ibu...
Kaseh...
BalasPadambapa saudara Kaseh tu YB ya? Semoga beliau adalah YB Yang Berkhidmat dan bukan YB Yang Bongkak. :)
Cik Ina...
BalasPadamhmmm... sama2lah kita maklum akan permainan politik ini. Manusia tiada apa2 tanpa kuasa (agaknyalah...) - walaupun tiada yang lebih berkuasa dari Allah Yang maha Besar
Chik Na...
BalasPadambila memegang kuasa - manusia mudah menjadi lupa walaupun kepada ibu yang mengandung dan melahirkan! :(
Jujurnya..saya dah bosan dgn politik malaysia.
BalasPadamJunAina...
BalasPadamdari menonton 'tendang terajang' politik di kaca TV, kakcik lebih rela menonton Hantu Kak Limah berulang kali... ;-)
Miloais...
BalasPadammakin ramai ibubapa kini yang menjadi hamba kepada anak2 sendiri... :(
AKT...
BalasPadampolitik juga boleh memecah belahkan hubungan kekeluargaan... :(
Wa'alaikummussalam Myri...
BalasPadamkalau cerah pun, tak bererti hujan tidak akan turun di tengahari, kan? :)
Azween...
BalasPadambanyak yang bagaikan menjolok tekak untuk mengeluarkan rasa loya dan segala kehanyiran untuk dimuntahkan.... Ragam yang membuatkan orang lain turut meragam... :(
Dr DZ...
BalasPadamyup - bagai tiada ketelusan! :(
adat la tu kakcik... hehehe
BalasPadamNM02...
BalasPadamsepatutnya adat yang lapuk dan tiada faedahnya, telah lama kita tinggalkan...