Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 25 Februari 2011

Mari berpantun dengan Little Diary



Andai ada yang ingin berbalas pantun dengan My Little Diary  ni, bolehlah singgah ke blog beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.  Silakan, jangan segan-segan. (*___*)


Klik DI SINI


kalau tuan ke pekan sari
belikan saya sebungkus kari
kalau tuan bijak bistari
sapakah dia si little diary??

pergi ke Tanjung menaiki beca
pusing keliling bersama teman
little diary suka membaca
tidur dan makan menjadi keutamaan


****************************


kain songket bunga bersilang
jarum disimpul seurat benang
kalau tuan tak bilang sayang
tidaklah saya terkenang-kenang

mengintai-ngintai di balik tabir
terlihat cincin menghias jari
berkata sayang bukan di bibir
terdakap kemas di sanubari


*****************************


pergi ke hulu berjalan kaki
singgah sebentar mencari mayang
kalau tuan sudi di uji
apakah beza cinta dan sayang

layang-layang putus talinya
tidak pula mencapai awan
cinta dan sayang tiada bezanya
andai tidak disertai iman



16 ulasan:

  1. teringat zaman pesta pantun mase sekolah2 dulu :)

    BalasPadam
  2. Kakcik hoorey kakak suka. Kakcik memang supporting....

    BalasPadam
  3. MDT...

    pantun kakcik pun macam pantun budak2 je...

    BalasPadam
  4. Kakzakie...

    kakcik hanya turut memeriahkan... :)

    BalasPadam
  5. wah.... menariknya pantun.... suke3x..

    salam kenal... :)

    BalasPadam
  6. MLD...

    salam kenal - semoga ukhuwah berpanjangan. :)

    BalasPadam
  7. saya tak nak masuk .. takut menang, sebab hadiahnya misteri.

    BalasPadam
  8. Kanda AL...

    saya masuk suka2 je - sebab saya rasa saya tak boleh menang! :)

    BalasPadam
  9. nmpaknya dah ramai blogger2 dah mula brpantun...tumpang baca aje.

    BalasPadam
  10. zue...

    berpuisi adalah minat kakcik. Kakcik ikut serta ni untuk suka2 je...

    BalasPadam
  11. dah lama tak asah parang
    ehh... asah bakat berpantun
    dedulu suker gak

    :D

    BalasPadam
  12. Suka baca pantun tapi tak pandai nak karang..

    BalasPadam
  13. miloais...

    cer cuba ... cer cuba .. boleh lagi diasah tu... :)

    BalasPadam
  14. nba-Nur...

    belasah je.. asal ada rimanya... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com