Kawan-kawan kakcik

Khamis, 27 Januari 2011

Bedah...


Bedah ini adalah pembantu rumah adikku lebihkurang empat atau lima tahun yang lalu. Kerajinannya dan kebaikannya menyebabkan bukan sahaja adikku yang menjadi majikannya itu menyayanginya. Aku dan keluarga serta adik perempuanku yang seorang lagi pun tak pernah 'berkira' dengannya.





Rupa-rupanya (sebagaimana kebanyakan rakan senegaranya yang mencari makan di sini), kebaikan Bedah adalah topeng semata-mata.  Dia tega meninggalkan anak saudaraku yang ketika itu berusia lebihkurang 8 bulan (yang dipegangnya dalam gambar di atas) yang sedang tidur bersama seorang lagi anak saudara perempuanku yang berusia 8 tahun.  Alasannya hendak membuang sampah. Plastik sampah yang dibawanya itu mengandungi pakaiannya dan juga sedikit 'harta curian' (berupa wang dan sedikit barang kemas) serta pasportnya yang tersimpan dalam bilik tidur adikku.  Bagaimana agaknya dia masuk ke bilik yang berkunci itu tanpa meninggalkan kesan?

Entah di mana agaknya Bedah sekarang?  Ada sesiapa yang tahu? 

Lupa pula, Bedah lari dari rumah adikku dengan mengikut seorang lelaki (juga warga asing).



40 ulasan:

  1. maid colliege saya pun mcm tu.. lari dengan alasan nak buang sampah. Padahal dia baru aje beberapa hari mula kerja dengan colliege. Sudahnya colliege kena tanggung rugi untuk dapatkan maid ganti.

    BalasPadam
  2. AzMask...

    bila kena dera, salahkan majikan. Bila dapat majikan yang baik - kepala pun dipijaknya... susah betul, kan? Itu salah satu sebab kakcik tak pernah inginkan khidmat pembantu rumah. :(

    BalasPadam
  3. susah kan kakcik..
    majikan baik itu lak yang dibalasnya..
    huhu

    BalasPadam
  4. Fatin....

    itulah - lempang laju2, baru tahu! ;-)

    BalasPadam
  5. jahat nye die..akak layan die elok2..boley plak die wat akak mcm tu, dorg ni mmg xley pcaye la kak..nk duit je..lps tu lari ikut jantan mane ntah..niesz ade bnyk gak kenangn ngan org gaji ni, nnti niesz share next entry ek..

    BalasPadam
  6. kesimpulannya kan kakcik...never never never percayakan org walau orang tu nampak baik cemana sekalipun...

    err..saya nampak baik tak kakcik? ngeee~

    BalasPadam
  7. lebih kurang lah ngan maid kakak iols
    memula baik - pijak semut pun tak mati
    sekali buat hal.... baru tau bagaimana orangnya!

    BalasPadam
  8. Cerita sebegini sangat biasa kita dengar. Rakan saya mengalami nasib yang sama, malah dibiarkan anaknya menangis sehingga kanak-kanak itu diam sendiri (disaksikan oleh jiran-jiran).

    BalasPadam
  9. niesz...

    bukan seorang dua dah PR adik kakcik tu - ada2 je perangai yg diaorg buat. Ada seorang je yang bertahan sampai habis kontrak dan dia sangat disayangi oleh kami semua. Tapi dia 'balik kg' sebab nak kahwin. Sampai skrg adik kakcik masih berhubungan dengannya melalui telefon.

    BalasPadam
  10. gB...

    kesimpulan yang boleh dipertimbangkan!

    gB memang gadis yang baik dan akan bertemu jodoh juga dengan lelaki yang baik. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  11. miloais...

    patut siram dengan milo panas je, kan? :)

    BalasPadam
  12. Zool...

    tapi bila sedikit mereka 'tersentuh' macam nak kiamat dibuatnya... :(

    BalasPadam
  13. subahanallah.,...
    apelah kan.,...
    dibagi betis nak peha....
    beruntung lah dibagi layanan mcm raja...
    aduh.,...eii
    germnya...dah lah dtg cri rezeki lepas tu wt hal...

    BalasPadam
  14. sebab tu saya tak caya kat maid indon ni...kakak sy punya maid dulu last nikah ngan tokey kdai kain kt pkns tu..bini tua mderita
    saya amik org msia..walaupun sy yg sering jd org gaji kt dia,,tp dia jaga anak2 saya elok..
    panjang pulak,,sori ye kak cik :-)

    BalasPadam
  15. suri...

    kisah maid dan suami yang curang ni bagaikan tak habis2... :(

    BalasPadam
  16. alasan saya pun sama macam kakcik.. memang takmoh pakai pembantu rumah.. bukan nak meyelesai masalah, makin menambah masalah pulak..

    BalasPadam
  17. Farhan...

    bila tidak tahu mensyukuri nikmat maka segala yang dilimpahkan di hadapan mata, seolah2 bayangan sahaja... :(

    BalasPadam
  18. Aanas...

    biarlah susah senang kita tanggung sendiri, kan? Hati pun tak payah nak sakit2... :)

    BalasPadam
  19. Ingat memang sakit hati kak.
    Si Bedah ni sama lah dengan Si Siti dan Si Leha di rumah saya.

    Si Siti lari masa saya dlm perjalanan balik kerja.Bayangkan dari USJ ke Rawang. Buka aje pintu rumah terdengar suara adiq menangis meraung.(6 bulan masa tu) Along & Angah tengah tidur. Ikut penjual aiskrim.. (kata maid orang sebelah)
    Setahun bersama. Memang baik budaknya. Dari Tangerang.


    Si Leha pulak orang Acheh. Kita kesiankan dia sebab Tsunami . keluarga hilang mata pencarian dan tempat tinggal. Lari ketika kami ke kedai membeli barang dapur yang tak sampai 10 minit. Masa tu baru balik dari beraya di kampung. Sempat 4 bulan saja.


    Memang geram ..

    BalasPadam
  20. Reen...

    Si Bedah lari sewaktu adik dan adik ipar kakcik bekerja. Tinggallah mereka ber3 di rumah (Bedah, Kakak dan Adik). Bedah kata nak buang sampah. Ditunggu2 dia tak naik2 ke rumah.

    Nasib baik si kakak yang berusia 8 tahun itu cerdik. Dia tidurkan adiknya. Kemudian dia berlari ke public phone (masa tu mereka tiada telefon rumah, hp Bedah bawa lari) menelefon ayahnya.

    Nak jadi cerita, telefon siayah hampir kehabisan bateri dan dia telah menutup telefon. Berasa tidak sedap hati, dia membuka semula telefon dan masa itulah sikakak menelefon (macam drama pulak)...

    BalasPadam
  21. standard la kak kalau dah dari seberang tu..tunjuk baik macam mana pun kaseh takkan percaya..arwah nenek punya maid pun camtu perangainya.. pastu papa kaseh pun kawen ngan indon gak..mmg hampeh la dorang tu..menciiii...

    BalasPadam
  22. assalamualaikum,

    kak cik, bedah tu nama mak saya.hahaha

    maid seberang ni memang suka cari pasal.bila kes dera bukan main lagi masuk court dan duta mereka masuk campur.rakyat mereka kat sana pun bukan main benci kita.

    tapi bila kes macam ni, mereka senyap pula.last-last kita juga yang disalahkan.

    sebab tu saya tak berkenan sangat dengan maid seberang.sebab sebaik mana pun dia, last-last dia buat hal juga.

    BalasPadam
  23. Kaseh...

    kisah Kaseh ni lagi mengharukan. Sampai dengan papa Kaseh sekali dikebasnya, ya? Mungkin dah jodoh mereka.. tapi sakit di hati bukan boleh ditampal dengan plaster luka, ya tak?

    BalasPadam
  24. Azweennour...

    wa'alaikummussalam. Kakcik yang lembut hati (ewah!) ni pun, memang sangat tak berkenan dengan orang yang tak tahu mengenang jasa begitu! :(

    BalasPadam
  25. susah kan kak chik nak cari maid yang betul2x baik kan

    BalasPadam
  26. susahnya mahu percayakan org skrg ini :(

    BalasPadam
  27. kakakku kakcik.. nak mencari pembantu rumah yg betul2 bagus terlalu payah.. saya dah serik menggunakan khidmat deme selepas 3 kali terkene..

    BalasPadam
  28. erm..tak faham dgn kerenah maid Indon ni. Bertuah rasanye mereka di Malaysia ni sbb kalau di Saudi, lg teruk mereka kene. Bkn dera fizikal je, seksual..mental..

    Dilayan dgn baik jadi kaduk naik junjung pulak mereka tu..

    BalasPadam
  29. bila saya baca tajuk ingat kan kak cik kena BEDAH ke hapa..ropenya pasai BEDAH..haha

    berhati2, takleh percaya depa ni

    BalasPadam
  30. Monalea...

    itulah sebabnya kakcik malas nak 'cari' dan 'pakai' maid! (hehehe... alasan je.. sebenonya tak mampu) :)

    BalasPadam
  31. Zati...

    kita kena selalu berhati-hati dan berwaspada. Kadang2, mulut yang kita suapkan makanan itulah yang menggigit tangan kita...

    BalasPadam
  32. Sephia...

    bukan hanya merujuk kepada sesuatu bangsa saja. Bangsa lain pun ada juga yang buruknya. Mungkin disebabkan bangsa mereka yang lebih ramai, jadi kesalahan mereka lebih nampak nyata...

    BalasPadam
  33. Adikku Samad...

    kakcik tak pernah menggunakan khidmta pembantu rumah. Tapi mendengar cerita kawan2 dan melihat sendiri pengalaman adik kakcik, memang jeran rasanya nak menggunakan khidmat mereka. :(

    BalasPadam
  34. Imanshah...

    kakcik dah agak, mesti ada yang terkeliru kalau setakat baca tajuk je... ;-)

    BalasPadam
  35. Salam Kakcik, kakak saya pulak semua org gaji dia baik2. Yg memula sampai abis kontrak dan tak sambuung sbb kawin. mmg bagus. Yg skrng dr Timur Timor, buleh diharap dan jenih tak songlap tp malas sikit. Pepe pun berhati2 dan simpan reta dan dokumen di tempat yg selamat, jgn percaya kat deme sngt.

    BalasPadam
  36. W/salam Yong Helli...

    bukan tak ada yang baik. Ikut rezekilah, kan... Tapi yang tak baik ni, ibarat nila yang merosakkan sebelanga susu... :(

    BalasPadam
  37. tu dia chubbynya baby tu .....

    Bedah yang dah kena bedah ....

    Bagi CA .... dalam ambik pembantu ni .... kena selalu panjatkan pada Allah ... mohon agar pembantu tu punya iman dan tak melakukan sesuatu yang diluar dugaan.

    Dugaan pd majikan ....

    BalasPadam
  38. banyak kes-kes bibik dari indon ni

    kak ipar ati pun pernah kena last year

    dia tinngalkan anak kak ipar seorang
    diri kat rumah
    agaknya depa ni takde perasaan apa?

    BalasPadam
  39. Emmm....jarang plak org indon nama bedah...ahakz...

    Mcm ne pun itu lah risikonya bila ambil org gaji ni...yang ok di mata...lom tentu ok di hatinya...ahakz

    BalasPadam
  40. jeBateja...

    kakcik pun dah lupa nama sebenarnya. Tapi, kami memang panggil dia Bedah. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com