Kawan-kawan kakcik

Ahad, 9 Januari 2011

Bawal Power / Ice Room.

Berseronok-seronok dengan voucher percuma yang dihadiahkan oleh pemilik Bawal Power dan Pemilik Ice Room dengan kerjasama Sdr. Mazidul.

Layan gambar dulu...
Kalau ikut kata Hazrey si bapak gula-gula, kami adalah geng Tom Jones (kesian kat Acu yang masih muda belia tau...)

Bersama pemilik Bawal Power, En. Emri.

Tak terhabis kami makan hidangan yang disediakan. Nasinya memang banyak.  Tapi.. kalau BAWAL ITU TIDAK TERLALU GARING, memang lagi power!

Dari Bawal Power, kami terus ke Ice Room  untuk 'mengetatkan ruang-ruang yang masih lompong dalam perut kami!

Selamat datang ke Ice Room

Cuba teka siapa saya? (Petunjuk :  saya adalah seorang blogger yang masih gadis dan sangat suka dengan bunga)

Sup cendawan bersama roti bakar

Aiskrim buah-buahan yang sedap hingga menjilat mangkuk!


Sessi beramah mesra bersama Dato' Razali - pemilik Ice Room Kota Damansara.


Kaki siapa agaknya ni, ya?


70 ulasan:

  1. gadis bunga pun ada !

    makanannya nampak enak enak belaka .. kalau saya pergi bertambahlah berat badan.

    BalasPadam
  2. bestnya nampak...tak pernah lagi masuk ice room tu...

    BalasPadam
  3. adoi...orang pompuan ni asyik kisah makannn jer...
    agak2 lak oi.....kiri kanan tu dah macam sayap jer...kontrol la sikit lemak kesayangan tu.

    BalasPadam
  4. salam kak cik

    bestnya kalau dapat bawak anak2 saya kat ais room tu..

    BalasPadam
  5. mcm kene terjah gak ice room nih
    jika saya ikut hubby pi KL..

    naik terliur tgk santapan seme tu..

    BalasPadam
  6. Sempat juga kasut PURPLE tu enter frame!

    BalasPadam
  7. aduhai..laparnya tguk semua menu tu kak cik..
    kat damansara..alamat tk merasalah ida nk ke sana..

    BalasPadam
  8. Dah dua kali dah saya baca N3 pasal Ice Room ni ari ni.

    one day memang nak kena p lah ni..

    BalasPadam
  9. Kanda AL...

    iya, gadis itu tidak datang bersama bunga!

    Setakat makan semangkuk aiskrim, rasanya tidak akan menambahkan berat badan - jangan bimbang. :)

    BalasPadam
  10. Kesian jugak kat perut ye...di belakang ais krim buah tu apa?

    BalasPadam
  11. AAP...

    memang best sangat - harga pun berpatutan. :)

    BalasPadam
  12. Leena...

    nanti bolehlah cuba datang dan nikmati makanan kat sana. :)

    BalasPadam
  13. Hisham...

    lemak tu kalau tak diternak, dia nak berkumpul, dia berkumpul juga. Cuma jangan sampai kena sedut lemak untuk tunjuk cantik pada orang lain, sudahlah.

    BalasPadam
  14. Suri...

    kalau berkesempatan, bolehlah pergi. Tempat untuk anak2 bermain pun ada disediakan. :)

    BalasPadam
  15. Imanshah...

    sesekali berseronok bersama teman2 dan ditemani oleh suami serta anak. :)

    BalasPadam
  16. SN...

    kalau turun KL, telefonlah kakcik - boleh kakcik tolong tunjukkan tempatnya... :)

    BalasPadam
  17. Azie...

    sayang kalau kasut yang cantik itu tidak ditunjukkan. :)

    BalasPadam
  18. Ida...

    Damansara tu bukan jauh sangat pun. Kalau buat makan2 kat rumah kakcik, nak datang tak? :)

    BalasPadam
  19. Yan...

    kena cuba tau.. ada makanan barat dan makanan goreng 2juga. :)

    BalasPadam
  20. Pak Nidus...

    tidaklah sampai menyiksa perut... 'agak-agaklah'... :)

    BUah yang mana? Strawberry tu?

    BalasPadam
  21. salam kakcik..
    meriahnya makanan.....tang aiskrim tu yang tak tahan tu....:) lain2 meals pun nampak best.....
    nanti mai penang belanja saya cmni punya meriah jugak tau...hihi

    BalasPadam
  22. Siti ...

    nak kakcik belanja Siti atau Siti nak belanja kakcik? :)

    Kakcik akan menginap di Sunway Hotel (kalau tak silap), Seberang Jaya pada 18 dan 19/1 nanti. Datanglah cari kakcik! :)

    BalasPadam
  23. salam..
    tak sempat tadi nak pergi lunch sama sama..sampai pukul 3pm kat sana sebab ada kelas tadi..intai-intai kat Bawal takde yang dikenali terus balik rumah :)

    BalasPadam
  24. SALAM,
    KEDAI BAWAL POWER TU KAT MANA? KALAU DEKAT SINI,MAHU JUGAK SINGGAH

    BalasPadam
  25. w/salam Jinkamen...

    pukul 3.00 tadi, kami baru keluar dari Ice Room. Kakcik terintai2 juga kalau2 kalian datang. :)

    BalasPadam
  26. W/salam Dato'...

    Bawal Power tu terletak di : Tanjung Village Food Court, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Kalau berkelapangan, bolehlah Dato' singgah kat situ. :)

    BalasPadam
  27. Salam my lovely sis..:):)

    Aduhaii..jamu sakan nihh..!
    :):)

    BalasPadam
  28. Tinie sayang...

    sebenarnya.. tak banyak mana makannya, tapi bila dah berjumpa kawan2, meriahnya sangat terasa. :)

    BalasPadam
  29. Alahai...tak leh tahan dgn aiskerim tu.....kena carik gak iceroom ni.....

    BalasPadam
  30. meriahnya kak chik.Rasanya dah 2 kali kan kak chik makan kat sana. itu GB ke?

    BalasPadam
  31. Salam kakcik...
    Meriahnya suasana makan... seronok tengok.

    Suka dengan nama bawal power, terasa sangat teruja untuk pergi ke sana....

    BalasPadam
  32. jeBateja...

    cari jangan tak cari.. kalau tak dapat cari, jom ajak kami yang kat dalam gambo tu - pasti meriah! :)

    BalasPadam
  33. Cik Ina...

    iya, dah 2 kali. Kali kedua lagi santai, sebab pergi waktu siang dan banyak masa boleh diluangkan.

    Itulah gB yang sangat sopan santun dan mesra walau kali pertama bersua. Boleh buat menantu! :)

    BalasPadam
  34. W/salam KM...

    cubalah pergi, siapa lagi nak tolong bangsa kita, kalau tak kita sendiri, kan? :)

    BalasPadam
  35. Salam kakcik,

    Makan taklah seberapa ramai tapi mak ai.... banyaknya makanan memanglah tak terhabis. Kalau kakak tak habis bungkus bawa balik.

    Kakak suka roti dan sup cendawan tu. Geramnya.....

    BalasPadam
  36. Kakzakie...

    makanan yang tak habis tu, memang kami bungkus bawa balik. Tak baik membazir, kan? Tapi... aiskrim tu, macam tak cukup je! :)

    BalasPadam
  37. alaaaaaaaa......
    jelesssssss....
    nak ikutttttt....
    kenapa GB adaaaaaa.......

    BalasPadam
  38. kalau azam tahun baru nak turunkan berat badan...nampaknya hampalah.

    BalasPadam
  39. aduhai lapo la kakcik tgk makanan tu semua.....

    BalasPadam
  40. Pn Dr...

    mulanya kami nak juga terjah ke klinik kat Jln Klang Lama tu, tapi tengok hari dah lewat dan masih ada yang nak diuruskan.. rancangan jadi tergendala! :)

    BalasPadam
  41. AM...

    dah malas nak fikir fasal turunkan berat badan! ;-)

    BalasPadam
  42. Kakcik - bestnya. Malangnya RR berada di Negeri Bawah Bayu@Jesselton bah sekarang. Gadisbunga pun ada, dia selalu gak komen dan beri pendapat di blog Red Rambutan. AA tu 24-jam nampak gembira je, Acu dapat aiskrim, makan tak menoleh. he he

    BalasPadam
  43. Sahrom...

    iye - anda betulllll (tapi tiada hadiah disediakan) :)

    BalasPadam
  44. ~ yus ~...

    lagi lapar kalau membayangkan kesedapan makanan itu! :)

    BalasPadam
  45. TRR...

    itulah - tiada jodoh untuk kita bertemu, kan? Mungkin di lain waktu. Kakcik ada bercadang nak buat 'makan-makan' kat rumah kakcik, agak2 nak datang tak? :)

    BalasPadam
  46. saya dah agak gambar ni keluar. hahaha!!! nasib baik tak nganga luas sangat. :p

    next time buat kt umah kakcik boleh kite ajak lago ramai tak? ngeee....

    BalasPadam
  47. mmm alahai, yang kita ni tercari2 mana gambar ikan bawal yang power tu...hehehe

    BalasPadam
  48. gB...

    InsyaAllah - boleh sahaja. Kita rancang dengan sebaiknya nanti, ya? :)

    BalasPadam
  49. Pn Sri Fa...

    ingatkan hari ini nak tampal gambar2 yang lain - malangnya, gambar2 itu tertinggal di pc kat rumah (dah bawa keluar habis dari kamera!)... :(

    BalasPadam
  50. TRR...

    terima kasih. Harap2nya jadilah nanti. :)

    BalasPadam
  51. Su...

    ada juga ekrem yang tak sedap. Yang penting, halalan toyiban dan eskrem kat bilik ais tu memang sedap.. :)

    BalasPadam
  52. amboiii sedapnya... nak jugak join gatehr2 camni tp malu hehehe

    BalasPadam
  53. tak puas berbual tapi apa kan daya
    masa terlalu cemburu

    BalasPadam
  54. Mila...

    apalah nak dimalukan. Kalau dah berjumpa, memang hilang malu.. :)

    BalasPadam
  55. Acu...

    kalau jadi buat kat rumah kakcik nanti, datang awal - boleh kita riuh puas2.. :)

    BalasPadam
  56. CCC...

    walau tak ramai, tapi memang meriah - tambah2 dengan adanya Azie yang memang pandai berbual dan gelak. :)

    BalasPadam
  57. AzMask...

    itulah, kakcik ingatkan Azmask akan turut serta semalam...

    BalasPadam
  58. SILAP KITA TERLUPA BERGAMBAR DENGAN DATIN FARIDAH SEMALAM...!

    BalasPadam
  59. Azie...

    sebenarnya kakcik teringat - tapi 'termalu' nak ajak Datin bergambar! Dia kan tengah sibuk masa tu.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com