Boleh tak kalau makcik nak tolong jawab kepada soalan itu? Tapi sebelum itu, makcik nak tanya dulu - 'apa tujuan awak angkat panggilan yang masuk ke telefon tunang awak itu?'
Mungkin agaknya awak 'tolong jawab' sebab nak tunjukkan :
i) awak sangat mengambil berat
ii) bahawa awak sentiasa berada bersama tunang awak (walaupun pada waktu yang tak sepatutnya awak ada bersamanya - contohnya, di waktu orang baru bangun tidur dan awak bersama dia berada di rumah yang sama. Awak dan tunang awak - wajibnya berada di tempat yang berlainan kerana belum mempunyai ikatan yang sah)
iii) kononnya tunang awak sangat menyayangi awak (siapa tak sayang tunang, kan?) sehinggakan tiada rahsia antara kamu berdua. Lalu dengan ikhlas, dia membenarkan awak menjawab semua panggilan yang masuk - tak kira pada bila-bila masa dan tak kira dari siapa.
iv) awak sememangnya 'bodoh sombong' - sengaja hendak menunjuk-nunjuk.
Baiklah. Ini jawapan makcik kepada soalan awak :
Makcik rasa, tindakan awak itu memang salah dan 'tidak cerdik'. Sekalipun dia suami awak, sebenarnya awak tidak punya hak sesuka hati untuk mengangkat panggilan yang ditujukan kepadanya. Melainkan kalau dia telah memberi kebenaran atas sebab-sebab yang 'mendesak' ataupun panggilan itu memerlukan jawapan segera sedangkan dia berada jauh dari telefon. Itupun, awak sebenarnya tidak perlu terus mengangkat panggilan berkenaan. Bawa sahaja telefon itu kepada dia tanpa perlu menekan butang 'jawab'.
Itu sahaja. Makcik pun ada anak, dan makcik sangat bimbang didikan yang makcik beri kepada anak-anak tidak begitu ampuh sehingga mungkin sahaja nanti mereka akan mengambil tindakan yang 'bikin malu anak negeri'. Dan kalaupun didikan itu sudah cukup, ujian dariNya tak akan henti menduga kita. Semoga kita bijak menangani setiap ujian yang datang.
Mudah-mudahan Allah Subhanahuwataala merahmati kita semua dengan kasih sayang dan keampunanNya.
hehe...antara isu hangat skrg ni kan kak...
BalasPadamSaya pun kekadang je tolong jawab hp suami. Tu pun time dia dlm bilik air, kita ckp ada call dan dia suruh jawabkan...:)
~yus~...
BalasPadamkita yang dah kahwin lama ni pun, tengok dulu siapa yang panggil sebelum memnadai nak tolong jawab, kan?
Anak2 ni, kena diberi tunjuk ajar juga.. :)
Sokong sesangat!
BalasPadamTRR...
BalasPadamsokong yang mana tu? Jangan sampai membawa rebah tau! hehehe...
Saya tak pernah tolong answer call tunang saya. Saya pun tak suke dia answer call saya.
BalasPadamSaya pun tak sibuk nak check.. Adik beradik saya pun mcm tu. Biarlah bingit bunyi call tapi takde sape nk tlg jawabkan call org lain.
Sokong ulasan kakcik tu. :)
BalasPadamSephia...
BalasPadameloklah macam tu. Jujurlah pada diri dan pasangan masing2. Kalau sama2 jujur, tiada yang perlu disangsikan.. :)
TRR...
BalasPadamterima kasih atas sokongan itu. Makcik cuma membebel selayaknya seorang tua yang punya anak.. :)
Assalamualaikum,
BalasPadamYang betul tu tetaplah betul, namun menjadi salah bila dipersalahkan. Hakikatnya yang benar, bila mengungdang mudarat...perlulah dielakkan.
Assalammualaikum kak cik..
BalasPadamye...kak cik.. bab angkat panggilan ni.. Ila takde nak amik kisah pun tentang hp suami..hikhihik.. kdg2 dia suruh jawabkan tapi kita bawa hp tu pada dia tanpa pandang skrin hp tu pun ..tak kuasa la nak amik tau.. tak penah pun godek2 hp dia.. tapi kalau hp kita...laju je dia nak tengok ...hahahaha
pelik juga tu.. jawab call di waktu pagi ..time2 orang bangun tidur pulak tu..
saya pon tak pernah suka2 angkat phone suami, kecuali kalau dia kata tolong angkat kan...
BalasPadamsalam,,kak cik,
BalasPadamwalau saya tak berapa jelas isu apa..tapi memang tak sesuaillah nak angkat tepon org lain..tambah2 masa yang kak cik katakan tu...atau memang sesetengah orang sekarang dah tak heran dah
Salam;
BalasPadamItu jenis anak2 takda etika dan jadi bodoh sebab perasaan riak, dan sengaja nak menyakitkan hati orang lain.
Jenis manusia sekarang yang berbangga dengan perbuatan dosa mereka.
saye pun same jugak x berapa suke angkat phone suami...selalunye anak2 akan bawak hp tu bg kat bapaknye jer bile berbunyi mintak dijwp...
BalasPadamacu setuju jawapan makcik
BalasPadamsemoga acu dijauhkan Allah dengan perangai begitu...amin
Kakcik - saya sebenarnya semasa bertunang, langsung tak pernah atau sentuh handphone tunang saya, sebabnya seama kami bertunang, masing masing belum beli handphone...nak jimat duit nak kahwin... keh keh keh
BalasPadamsaya tak jawap hp org lain waima hubby saya......
BalasPadamkome tiada rahsia antara kita...tepon mu tepon ku jua...dgn org rmh kome
BalasPadamini satu lagu entri saya suka. setuju sangat .. tak ada apa yang saya nak cakap lagi.
BalasPadamsiapalah anak gadis yang tak berapa cerdik tu ?
salam akak..
BalasPadambg sy buat ape nak marah2 kan..benda da lepas..ehheh..yg lepas jadikan pengajaran..:)
amy setuju sangat dengan kak cik..
BalasPadamsaya sokong memey~
BalasPadamboo abby abadi~~boo~~
haha~~
ok,
sekarang makcik sila marah saya.
kdg2 kita tak jangka
BalasPadamnmpk mende tu remeh je kan..
tapi jika diteliti dgn sedalam2nya..ada baik buruknya..
**saya salu akat tel somi sb xnak asik hubby saya je call nati (jika ade missed call..hubby saya rajin bebenor call balik..biarlah org tu call kan)..jimat bil..hahahaha
tapi yg pasti..saya tgk ada nama naik dan yg saya kenal...okeh tak???
Wa'alaikummussalam Myri...
BalasPadamadalah baik untuk kita membiasakan yang betul dan membetulkan biasa, kan? :)
Wa'alaikummussalam Ila...
BalasPadamjujurnya, kakcik ini rabun! tambah pula angka dan nombor di hp itu amat kecil - takkan terbaca dek kakcik tanpa bantuan cerminmata! Kakcik juga tak pandai nak 'unlock' hp suami - malas nak ambil tahu. Anak2 lagi pandai :)
Mila...
BalasPadamsamalah kita. Tapi, kalau surat memang kakcik akan buka sebab suami tak akan buka surat walaupun telah diberitahu atas nama dia dan dibiarkan berhari2 atas meja! ;-)
Suri...
BalasPadamsikap 'tak hairan' itulah yang membimbangkan kakcik! Takut anak2 dah tak tahu membezakan mana salah mana benar!
W/salam Isa...
BalasPadamsebagai ibu yang punya anak - alangkah ngilunya hati kakcik ini!
Ainnoraini...
BalasPadamkalau suami sedang tidur dan panggilan itu dari bos-bosnya, kakcik akan angkat (tak perlu tekan unlock untuk angkat panggilan, kan?). Kebetulan, bos-bos itu mengenali kakcik. :)
Acu...
BalasPadamAminnn.. semoga Acu akan segera menjadi isteri yang solehah. :) (Harap2nya dalam tahun ini, Acu akan 'bersama' dengan Mr EE)
TRR...
BalasPadamzaman kakcik dulu, hp belum ujud lagi! Kakcik mula guna hp selepas beranak 4.. hehehe... :)
AKT...
BalasPadamkalau saudara mara, mereka akan tahu untuk mencari kita, kan? :)
AUC...
BalasPadamagak-agak juga, kan? :)
Kanda AL...
BalasPadamterima kasih kerana suka catatan membebel saya ini. :)
Kita doakan agar dia bertambah cerdik berkat belajar dari pengalaman. :)
CCC...
BalasPadamkata arwah Ahmad Nisfu - 'aku bukan marah, aku nasehatttt...' hehehe.. :)
Amy...
BalasPadamterima kasih kerana bersetuju. :)
bulal x...
BalasPadamgambar profile awak memang sesuai sangat dengan kata2 yang awal lontarkan! :)
SN...
BalasPadamsuami kakcik pula, kalau dah terlepas angkat telefon, dia akan kata 'kalau penting, mesti nanti orang tu call balik'. Boleh macam tu? :)
Yer saya setuju dgn Kakcik..
BalasPadamKalau suami arahkan soh tolong angkat, baru angkat. Kalau tak der perkataan tolong tu... biar ler tepon tu berhenti berdering dengan sendiri. Macam tu jugak dengan suami.. hormati hak isteri.
Harap2 dua dua saling jujurlah kan. Kalau ada udang di sebalik kuey teow, tak dapek ler nak tolong. Pada masing2 ler kalau fikir nak hidup dalam aman damai rukun & bahagia.
kite pun tak penahhh jwb telepon tunang kite. sebab kite belum ada tunang lagi... kikiki~
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamPelik ya kakcik. Nape masa bertunang boleh bersama padahal bukan halal pun lagi.
AzMask...
BalasPadamkejujuran itu yang penting. Berkepit siang malam pun, kalau tak jujur, tiada ertinya juga.
Halal haran juga kena diambil kira. Suami isteri pun ada batas sempadan, apatah lagi kalau belum kukuh ikatan.
gB...
BalasPadambelum ada tunang, ek? Bolehlah buat menantu! hehehe... :)
Wa'alaikummussalam Ustaz...
BalasPadamramai yang ingat, bertunang adalah 'lesen besar' untuk bebas bersama pasangan. :(
Kak chik saya tak pernah angkat call suami saya, waima dia sedang mandi pun.kecuali kalau disuruh.private & confidential walaupun wife and husband.
BalasPadamsokong 100%.... Tak berhak angkat org lain punya. Lain kalau receptionist di pejabat memang tugas dia.
BalasPadamp/s: ajar anak kena lihat no. yg appeared on the screen. kalau atuk/nenek/mak2-pak2 sedara ok.
Cik Ina..
BalasPadamkakcik ada juga angkat panggilan untuk suami, tambah2 kalau dia sedang memandu. :)
Kakzakie...
BalasPadamorang yang telefon tu, sah2 bukan nak bercakap dengan kita kan? Kalau dia nak bercakap dengan kita, mesti dia panggil ke nombor kita. :)
"tunang saya dah bayar elaun jadi tukang angkat telefon dia.."
BalasPadam; MAk ayah saya tak kisah pun kalau saya jadi tukang angkat telepon tunang saya ..."
" no..komen..saya malas nak jawap isu KECHIK ni....sebab kami tunggu Jais TANGKAP KAMI SEKALI LAGI...BARU DAPAT FRONTPAGE !
kak chik..
BalasPadamisu hangat nie..
cgg stuju kak..
tak patut ye nagkat sebab mereka skang sekadar tunang..
kalau suami pun, kene mintak izin dulu baru sentuh fon
IE...
BalasPadamhahaha... jawapan yang sangat sinis! :)
CGG...
BalasPadammungkin dia nak jadi penapis teh! :)
kakcik, enpakwe sya pun tak angkat tifun sya
BalasPadamsya lagi tak angkat tifun dia
tp kalau dia suruh angkat barulah sya angkat
Sya...
BalasPadamyang penting sikap saling menghormati dan saling percaya, kan? :)
budak2 sekarang ni terlalu advance. Dah ketepikan agama.semuanya moden katanya.
BalasPadamrisau dibuatnya.
Reen...
BalasPadambila agama ditolak ke tepi kononnya atas nama 'kemajuan dan kemodenan' - musnahlah institusi kemanusiaan! :(
saja je tu kakcik, dia nk tunjuk thp kegedikannya yg maksimum n cr publisiti murahan....
BalasPadamnza...
BalasPadamsedih kan? Kenapalah nak cari populariti dengan harga yang begitu murah sekali! :(
setuju sgt, kita yg dah kawin pun, tak penah jawab tpon hubby melainkan dengan kebenaran, nikan pulak dia....getikkk tgk
BalasPadamSu...
BalasPadamfikiran baru setengah masak tu... belum cukup matang. :)