Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 8 Januari 2011

Mencari pengikut...

Terima kasih kepada kalian semua yang sudi mengikuti blog ini.  Kesudian kalian amat kakcik hargai. 

Catatan ini adalah pandangan peribadiku semata-mata.  Tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi mahupun konspirasi jauh sekali 'berlaga gusi'. Amboiii... ayat mengalahkan wartawan gossip.  Ingat ramai sangatkah orang yang nak membaca catatan di blog ini?  Perasannn...

Blog ini telah berusia lebihkurang 9 bulan sejak diujudkan pada 12/04/2010.  Andainya bayi dalam kandungan, mungkin hanya menunggu saat untuk dilahirkan. Sehingga kini kalau mengikut senarai di atas itu, pengikut blog ini telah berjumlah 187 orang.  Jumlah yang sangat kecil kalau dibandingkan dengan blog-blog yang popular - yang mampu mengumpul ratusan pengikut hanya dalam tempoh sehari!

Apakah agaknya yang perlu aku lakukan agar pengikut blog ini meningkat ke angka yang lebih besar?  Perlukah aku membuat pertandingan dan mewajibkan sesiapa yang ingin memasuki pertandingan itu menjadi pengikut blog ini?  Atau, aku kena membuat pengumuman begini 'hadiah akan diberi kepada pengikut yang ke 500' (contohnya)?.  Kemudian, bila sampai ke angka berkenaan aku perlu membuat catatan khas untuk 'pengikut yang bertuah' itu.  Atau (lagi atau untuk kesekian kali), andai ada seseorang yang sangat dikenali atau popular menjadi pengikut blog ini, aku juga akan membuat catatan khas untuk beliau??


Oh... setelah aku fikir-fikirkan, sebenarnya aku akan berlaku tidak adil.  Akan wujudkah pengikut ke 500 andainya tiada pengikut yang pertama, ke 14, ke 21, ke 99 dan yang lain-lainnya? Dan adakah pengikut blogku yang tidak popular, tidak penting sebagaimana pengikut yang popular itu?  Sedangkan sebenarnya, untuk mengharapkan pengikut yang popular singgah ke blog ini, mungkin bagai 'mencari antah di dalam beras' atau mencari permata di pesisir pantai.  


Sesekali, bila berkesempatan aku akan cuba menjejak blog kawan-kawan yang sudi mengikuti blog ini (yang mana 'alamat' blog itu tiada dalam senarai blog yang aku ikuti).  Banyak juga rumah yang sempat aku singgah dalam diam-diam.  Tak kurang yang hanya meninggalkan nama, tapi tiada alamat untuk kujejaki. Maafkan aku, kerana aku hanya tahu untuk menuju ke rumah kalian yang punya alamat lengkap.  Yang hanya ada nama tanpa alamat, aku akan berpatah balik ke belakang kerana aku tak mampu meneruskan perjalanan tanpa panduan. 


Bukan semua juga yang 'mengikut' akan 'kuikuti' kembali.  Sebahagiannya, aku hanya mengambil alamat dan meletakkannya dalam senarai blog 'Saya Baca'.  Itu akan aku lakukan, kalau aku rasa isi kandungan blog berkenaan boleh dikongsikan dengan rakan-rakan lain yang mungkin berminat untuk turut 'singgah'.  Aku kena realistik, memang ada blog yang kandungannya tidak sesuai untuk tatapan umum.  Dan aku tak mahu menjadi virus yang turut menyebarkan sesuatu yang tidak baik.  


Ada juga blog berbau politik dalam senarai pembacaanku.  Tentunya itu hak aku untuk menentukan.  Kalau siapa yang merasa tidak selesa sewaktu pertama kali singgah, elakkanlah diri anda untuk singgah lagi.  Tiada siapa yang memaksa, tiada siapa yang peduli.


Alamak... macam dah lari dari tajuk pula coretanku ini.  Dah tengahari rupanya.  Tak mengapalah, yang penting - aku telah siap memasak masakan yang sangat ringkas untuk hidangan tengahari ini.


Nanti-nanti kita berbicara lagi, ya? :)


80 ulasan:

  1. waduhh...panjang coretan kakcik, maklumlah dah masak kan..

    saya juga sebolehnya akan berkunjung juga ke blog folower, tapi ada juga yang tdk meninggalkan alamat, maka saya pun macam kakcik juga terpaksa gostan balik...tak jumpa lorong

    BalasPadam
  2. Salam Kakcik

    Popular tak smestinya terbaik!!!

    Teruskan berblog kakcik

    BalasPadam
  3. panjang nye celoteh...hehehee
    tak sabar nak tunggu esok..
    nak bergelak sakan dgn kakcik & geng..hehehee

    BalasPadam
  4. salam kakcik
    saya menganggap blog saya macam rumah saya dan macam itu juga blog orang lain adalah rumah orang lain, manakala follower adalah orang yang tahu dimana rumah kita tetapi tak bermakna diorang akan berkuinjung ke rumah kita.

    dalam blog saya ada senarai rumah(blog) saya suka pergi (termasuk blog kakcik) dan ada juga saya pergi ke rumah yang suka bertandang kat rumah saya melalui komen diorang.

    agak agak kalau rumah kita cantek dan selalu ada cerita menarik, kemungkinan selalu ada orang datang.

    BalasPadam
  5. panjang dan sgt bermutu..heeehe

    folower ni subjektif kak cik
    jika ada yg secara ikhlas nk folo..silalah..hhee..jika x..xpe..xkisah..jumlah folower tak jamin kualiti sesuatu blog..ada blog yg ciput folower..n3 dia..org punya komen smapai berpuluh2..

    ada yg ratus2 folower tapi n3 dia dikomen satu tangan je..bergantunglah..

    yang penting saya....jika line clear..masa free..dan kak cik hapdet..saya akan terjah...hehee

    BalasPadam
  6. semuanya bergantung pada untuk apa kita berblog.

    tak apalah kakcik pengikut tak ramai asal terus saja menulis,mencoret, mengomen kerana kakcik sudah ada peminatnya tersendiri.

    nanti kita adakan kontest untuk blog yang ada 200 pengikut je.

    BalasPadam
  7. wah ... ini isu agak berat dari biasa. masin2g ada caranya.

    saya sendiri suka kalau apa yang saya tulis ada orang baca dan komen. saya rasa semua blogger pun begitu. jadi kalau makin ramai membaca, lagi rajin nak buat entri. nanti kalau satu hari nanti tiada siapa lagi baca entri saya, maungkin sudah sampai masanya saya berhenti.

    bilangan follower yang ramai juga penting tapi kalau follower sahaja ramai tapi tak pernah singgah atau komen, apa gunanya.

    ehh .. berat pulak komen saya. itu pandangan sayalah.

    BalasPadam
  8. To my dear sis..:)
    walau apa jua pendekatannya..yang plg utama kepuasan kita sendiri bila berblog..:)
    menyampaikan sesuatu info/ilmu utk mereka yg sudi ..:)

    MOga akak sihat2 & ceria di sana:)
    Dah buka sekolah ni..masa terhad skit sis..huhuhuu

    BalasPadam
  9. Salam kakcik kalau pengikut kita ramai rasa bangga jugakan.. rasa semangat nak buat entri :)

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik;

    Yang penting apa nawaitu untuk berblogging... mudahkan...???

    Dengar lagu Ramli Sarip "Aku Menulis Bukan Kerana Nama"

    hahaha.... masak apa hari ni...???

    BalasPadam
  11. kakakku.. betui sesangat apa yg bro isa labunkan tu.. teman pulok udoh ghase malaih nak nyaghi polowe doh.. idok ghamei yang sio ngan blog meghepeik teman..aseikan ade yg setie nyenguk teman, 3/4 oghang pun jadi la.. tapi teman ghase ghamei betui pengikut setie kakcik to..

    BalasPadam
  12. IM mahu blog IM menjadi satu biografi hidup. sebab itu IM banyak menulis kisah diri sendiri dan tidak gemar mengambil bahan orang lain untuk di tulis di blog IM. Rugi!

    disamping menulis hal sendiri, IM berharap apa yang IM alami akan dapat diambil iktibar oleh mereka yang membaca.

    muga satu hari nanti bila IM tiada lagi di dunia, anak cucu IM akan tahu siapa dan bagaimana IM mengharungi hidup melalui pembacaan mereka di blog IM..

    BalasPadam
  13. salam..kakcik..bg saya berblogging boleh mengasah bakat menulis..disamping tu dapat ramai kawan...hhehe

    BalasPadam
  14. ibuintan...

    panjang ya coretan kakcik tu? Hehehe.. mungkin En Ilham baru melompat keluar bila kena panas api dapur! :)

    BalasPadam
  15. Imanshah...

    kakcik berblog sebab kakcik suka menulis dan merapu yang mana kalau kakcik merapu secara lisan, tiada yang mendengar pun! ;-)

    BalasPadam
  16. Acu...

    kalau berjumpa, belum tentu kakcik mampu berceloteh panjang - kakcik lebih senang mendengar dan kemudian - tumpang gelak! :)

    BalasPadam
  17. kakpah tak berapa gemar bila ada yang cakap, i follow u. follow me back..
    terpulang pada kitalah nak follow ke tak.

    BalasPadam
  18. W/salam jinkamen...

    kita tak boleh paksa orang suka pada kita - sama ada di alam nyata mahupun di alam maya. Kalau kita hias rumah kita dengan taman yang cantik disertai pula dengan kain rentang ucapan selamat datang pun, mungkin ada yang masih takut untuk singgah selagi tuan rumah tidak benar2 dikenali, kan? :)

    BalasPadam
  19. SN...

    bermutu? taklah! biasa sahaja. Cuma coretan hati kakcik yang seperti biasa 'telah berkali2 kakcik fikir, sebelum kakcik buat catatan'.

    Kakcik juga seboleh mungkin akan menjejak ke rumah kawan2 terutama daram senarai bloglist kakcik bila berkesempatan dan line pulak tidak 'mengong'. :)

    BalasPadam
  20. AM...

    memang kakcik akan mencatat apa sahaja - tapi, kakcik kena ambilkira juga pandangan kawan2 yang sudi membaca. Jangan sampai menjadi kontroversi pulak! :)

    BalasPadam
  21. Kanda AL...

    "bilangan follower yang ramai juga penting tapi kalau follower sahaja ramai tapi tak pernah singgah atau komen, apa gunanya." - Ya! saya setuju 200% :)

    BalasPadam
  22. Tinie sayang...

    di 'dada' bloglah, kita boleh mencurahkan rasa dengan sewenang2nya, kan? Kalau tak sesuai untuk dipublish - simpan sahaja dalam deraf untuk baccan masa depan (tapi, jujurnya kakcik tak pernah simpan deraf). :)

    Semoga Tinie juga sihat dan ceria selalu. :)

    BalasPadam
  23. AAP...

    kakcik semangat nak buat catatan kalau ada respon! hehehe.. :)

    BalasPadam
  24. W/salam Isa...

    tadi kakcik masak nasi, bawal berlada dan sawi putih tumis air je. Syukur masih ada makanan, kan? :)

    Ada juga yang menulis bukan kerana nama tapi kerana fulus! (eh.. ada ke???) hehehe...

    BalasPadam
  25. Adikku samad...

    Semoga sihat sejahtera adanya selepas kelangkelibut menguruskan hal ibumertuamu.

    Alhamdulillah, ada yang sentiasa sudi 'menegur' kakcik di sini. Tidaklah kakcik kesepian sangat. :)

    BalasPadam
  26. IM...

    sesekali, kakcik suka juga mengambil bahan2 luar untuk ditampalkan di blog kakcik bila kakcik rasa ada manfaatnya untuk dikongsi. :)

    Kakcik memang sentiasa ikuti catatan IM walaupun kadangkala kakcik singgah tanpa jejak. Semoga IM tetap tabah dan diberi kekuatan olehNya. InsyaAllah.

    BalasPadam
  27. Salam Kakcik, berkaryalah bila mau dan terdaya. Cuma seperti kata sorang Yob yg suka org mata biru tu, 'nawatu' kita tu apabila berblog. Takperlah apa nawaitu, janji nasi dan lauk dah masak!

    BalasPadam
  28. CCC...

    samalah kita. Sambil menaip ayat demi ayat, kita juga mungkin boleh memperbaiki gaya tulisan dan tata bahasa kita (kalau guna gaya bahasa sms - tidak akan membantu!).

    Kalau 'rmaha' mesti ramai kawan yang suka, kan? :)

    BalasPadam
  29. Kakpah...

    betul tu. Kalau ikhlas nak ikut, tak perlulah nak paksa orang ikut kita balik, kan? :)

    BalasPadam
  30. W/salam Yong Helli...

    ya, dalam apa kerja pun - nawaitu itu penting. Redha Allah juga penting. Semoga kita tidak tersasar, kan? Makan apa tadi, weh? :)

    BalasPadam
  31. Salam ziarah kak chik.

    Niat dihati, bukan tak nak singgah, tapi celcom broadband kita sengal lutut hari ni. nak buka satu blog ambil masa dekat 1/2 jam, sempat lagi kalau nak ke toilet.

    Kak chik kita punya blog suka kitalah, tapi jangan sampai kata-kata kita menguris perasaan orang je.teruskan berblogging .

    BalasPadam
  32. assalamualaikum,

    saya menulis bukan kerana warna,
    tapi kerana ada...

    apa-apapun boleh dicoretkan....x semua suka walau ada yang membaca.

    ...tulis syok sendiri, mungkin orang lain turut sama.

    BalasPadam
  33. Selamat petang Cik Ina...

    kalau setengah jam - bukan setakat sempat ke tandas, sempat masak dan makan lagi! Bagaimanpun terima kasih kerana tetap sudi datang jengah kakcik. :)

    Seboleh mungkin, memang kakcik akan mengelak dari mengeluarkan kata2 yang tidak menyenangkan kawan2 yang membaca blog kakcik ini. :)

    BalasPadam
  34. Wa'alaikummussalam Myri...

    catatan kita, gambaran diri kita, ek? (kadang2 tak boleh pakai juga - macam orang kata 'cakap tak serupa bikin') hehehe... :)

    BalasPadam
  35. trkdg ada yg bw ttp xtinggalkan jejak...2yg susah kita nk follow....

    BalasPadam
  36. Kadang2 seolah-olah seperti suatu rasa “terikat” pula bila orang follow tapi kita tak follow. Kadang2 kita terlepas pandang.

    Cuma saya benci dan meluat bila orang masuk komen “tolong lah follow saya. Followlah saya.”

    Jangan suruh, orang tahu lah nak buat apa.

    BalasPadam
  37. Pak Nidus ni masuk kategori mana Kakcik? Kadang2 bimbang juga, takut n3 kita tu entah apa2...Follower pun ciput mujurlah Kakcik datang juga mengomen.
    Adakala kita follow 10 yang follow balik taada...haa3.
    Setuju kata Isa, " aku menulis bukan kerana nama".

    BalasPadam
  38. Tahniah Kakcik,
    walaupun blog baru beroperasi tapi telah berjaya mengumpulkan peminat yg ramai..

    BalasPadam
  39. Kakcik,
    Saya suka blogwalking dan meninjau tulisan tulisan.Yang berkesan dihati saya akan saya ulangi kunjungannya.Dan blog kakcik satu darinya.
    Selamat menulis.

    BalasPadam
  40. Ada pengikut (follower) yang ramai memang nampak gah, bagi seorang blogger...
    Masing-masing ada impian dan matlamat tersendiri. Ada yang mahu ramai follower sebab nak bertanding dengan sesama rakan yang lain.
    Bagi diriku sendiri yang masih baru dalam berblog ini, aku ingin menulis dari hati, tentang apa yang aku tahu dan ingin disampaikan kepada semua. Jika ramai yang follow maksudnya bertambah ramai yang dapat sesuatu daripada tulisanku. Namun itu semua tidak penting kerana biar sedikit namun bermakna.
    Apapun, saya suka cara penulisan kakcik; bersahaja, bermakna, tulus. Moga dapat terus menulis di sini....

    BalasPadam
  41. nza..

    kakcik suka juga bw ke blog2 yang tiada dalam senarai blog yang kakcik ikuti. Sekadar singgah membaca dan mengikuti perkembangan tuan punya blog. Bukan kerana 'busy body' - tapi, ada yang menarik hati. :)

    BalasPadam
  42. Azie...

    betul - kita tahu apa yang kita buat, kan? Tak seronok kalau kita buat sesuatu atas dasar 'terpaksa'. Tiada keikhlasan jadinya.

    Dah ok ke perut tu? :)

    BalasPadam
  43. Nidus...

    blog Pak Nidus tu dalam kategori yang akan kakcik singgah juga bila ada catatan baru. Jangan bimbang! kakcik tetap datang, walau kadang2 terlepas pandang. :)

    BalasPadam
  44. sal...

    bukan peminat. Cuma kawan2 yang sudi memeriahkan blog kakcik ini. Kakcik sangat menghargai kesudian kalian itu. :)

    BalasPadam
  45. Cikgu...

    terima kasih kerana sudi untuk sering singgah ke blog saya. Saya juga sering ke blog Cikgu, cuma saya jarang meninggalkan komen. Cuma tumpang baca dan sengih2 depan komputer! :)

    BalasPadam
  46. KM...

    terima kasih kerana menyukai tulisan kakcik. Bukan mudah sebenarnya hendak menghasilkan tulisan yang mempunyai 'mesej'. Yang lebih mudah ialah merapu! Itulah yang sering kakcik lakukan sebenarnya... :)

    BalasPadam
  47. Salam kak cik,
    Sy mula berblogging sejak dari Oktober 2009. Hingga kini follower sy tak sampai 150 org, tapi sy tak kisah. Secara peribadi, matlamat kita berblogging bergantung pada tujuan kita. Sy hanya berblogging secara suka2 dan hanya suka berkawan, sebab tu sy tak kisah tentang jumlah follower yg penting kebanyakan org yg pernah menjadi follower sy memang akan sy follow selalu, hehehe. Tapi bukan semuanya, ada yg sejak dari awal menjadi follower hingga sekarang memang sy paling rajin bertandang ke blog mereka, tapi kalau dah terlampau ramai rasanya susah jugak. Sebab tu sy lebih selesa dengan jumlah follower yg sedikit, hehehe

    BalasPadam
  48. salam kakcik..
    sypun mencuba utk menyinggah...ikut kelapangan dan kesesuaian masa :) tapi kesibukan dah mula melanda sejak buka sekolah...baru sempat jengah kak cik nie...

    BalasPadam
  49. iyo lah.....follower ramai tapi tak mai....tak best gak...ahakz....seada nya saja le

    BalasPadam
  50. W/salam Aidah...

    macam kata orang kampung kakcik 'two is company, three is crowd'... maknanya, kalau sikit - dapatlah kita beri tumpuan yang lebih, kalau ramai sangat, hanya bising sampai tak tahu apa yang dibicarakan, ya? ;-)

    Eh! sesuai ke pepatah orang kampung kakcik tu digunakan?? hehehe...

    BalasPadam
  51. W/salam Leena...

    iyalah, kita ada kerja lain yang lebih utama. Berblog ini sekadar mengisi waktu senggang (walaupun kadangkala menjadi ketagihan) sahaja. Kalau sempat, adalah kita singgah di sini sana... :)

    BalasPadam
  52. jeBateja...

    dalam apa situasi pun, bersederhana adalah sebaik pilihan, kan? :)

    BalasPadam
  53. nak ikut kak chik sampai...lokasi yang tak diizin hheee

    BalasPadam
  54. salam kak cik...panjang nyer bee tak baca habis ngaku tuh..hikss mato rabun r tk leh tengok tulisan senget2 nih..hikss

    BalasPadam
  55. i followwwww... :P *gaya kak engku,sy dan krill sinar fm*

    BalasPadam
  56. kakcik..nk mcari followers yg rmai n konsisten mbaca dan mningglkn komen tu yg plg susah kot kn..

    blog kakcik best! sy sll bc.hehe :)

    BalasPadam
  57. Salam Kak Cik..

    Kadang bila lihat dan membaca blog-blog ni boleh melekakan... tapi Nida lebih suka blog yg bercorak santai macam blog kak Cik ni :) .. lain orang lain citarasanya :)

    BalasPadam
  58. Kakak...
    Budi suka Blog, namun Budi tak punya blog... ngeee...

    BalasPadam
  59. Puan Bee...

    terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog kakcik ni. :)

    BalasPadam
  60. Combi...

    ai polooooooooo (gaya Saleh Yaacob) hehehe.... :)

    BalasPadam
  61. Zeq...

    nak ikut kakcik ke mana? Jom la.. :)

    BalasPadam
  62. Yna...

    macam orang selalu cakap 'popular bukan bermakna terbaik', kan? :)

    BalasPadam
  63. Nida...

    orang tua macam kakcik ni, mestilah sukar nak menarik pembaca dari golongan remaja, kan? Nanti kena bebel je... budak2 mana suka kena bebel.. hehehe...

    BalasPadam
  64. Dik Budi...

    buatlah blog, nanti kakcik boleh singgah dan tumpang baca.. :)

    BalasPadam
  65. Salam KakCik
    Niat pertama menulis memanglah untuk diri sendiri tapi dlm pada tu kot ada yg sudi membaca, tak banyak sikit tentulah rasa seronok.

    Kita boleh tau samada orang tu menulis untuk apa. Jika pada mula berblogging kotak komennya memanjang kosong tapi dia masih tetap menulis, maknanya dia menulis memang bukan untuk 'mencipta nama'.

    I perasan juga, dunia blogging nih pun ada politiknya yg tersendiri. Dan tidak keterlaluan kalau I kata ada kalanya tanpa kita ketahui, kita dijadikah musuh .... ooooops!

    Pendapat diatas adalah sdn bhd :-)

    BalasPadam
  66. W/salam CS...

    (baru lepas masak untuk hidangan tengahari - untung juga anak2 tak ambil sarapan ni... hehehe..)

    I tersangatlah bersetujunya dengan pendapat sdn bhd itu. Politik dalm berblog ini sama juga dengan politik dunia nyata. 'Bertepuk tanpar di hadapan - tapi mengejek-ngejek di belakang' - sesuatu yang tidak mustahil berlaku!

    Apa2pun, I tetap akan singgah di rumah you... :)

    BalasPadam
  67. su pun dah nak masuk 2 tahun berblog, tgk la berapa ramai pembaca blog su, tak seramai mana pun, tapi su faham, blog su diwujudkan utk kenangan bersama anak2, kalo yg sudi membaca n sudi memberikan komen, amatlah berterima kasih

    BalasPadam
  68. assalamualaikom kakcik!
    mtk maap bebyk ye xdpt nk join membawal hr ni.. teman keghoje hr ni wuwuwuuu..
    ce kelik kat name teman tu tgk.. ce kelik ce kelik!

    BalasPadam
  69. Saya tabik kakcik sebab entri kakcik selalunya best.

    BalasPadam
  70. Kakcik, ate Teman udah jd pollower yg ke 192 (tapi kan, walau dah key in nama Pn. Liza Mahmood tp "ummufarhans"-nama blog gak yg keluor tu... cer ajor Teman yg kurang arif ni Kakcik...)

    Terima kasih daun keladi...

    BalasPadam
  71. Su...

    bagi kakcik, tujuan utma kita berblog pada asalnya hanya sebagai coretan untuk dibaca dan disimpan sendiri. Tapi bila ada yang sudi singgah dan tinggal komen, maknanya, kita menambah kenalan. Syukurlah kita mendapat kenalan yang sudi 'mengiringi' langkah kita tanpa prejudis. :)

    BalasPadam
  72. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    apekeheinye keghoje haghi Ahad ni?? Ish.. takde 'life' la macam tu! kihkihkih... temen dah pegi blog mike tu.. tak caya - cer tengok! :)

    BalasPadam
  73. Aida...

    alamak! malu kakcik. Kakcik menulis pun kadang2 betul, kadang2 tak je 'anginnya'..hehehe...

    BalasPadam
  74. Liza...

    ate nok ngajo bab cenggitu, kakcik pun idokle gheti sangat. Ghase kakcik dia akan ikut apa yang kita daftar kat Google. Itulah yang dia kluo.. :) Terima kasih sudi mempolo blog kakcik ni. :)

    BalasPadam
  75. wow... byknye komen.. respek ar kakcik

    bg saya, sy nak follower tu sentiasa mengikuti cerita yg kita n3 kan. begitu juga dgn kita. kalu bleh, tak mau la sekadar jd follower saje tapi lepas tu diam menyepi

    harap hubungan alam maya kita akan terus beterusan dan insyaAllah.. kita akan berjumpa di ice room. hehehe

    BalasPadam
  76. NM02...

    InsyaAllah, hubungan maya ini akan berterusan selagi kita mahukannya dan dengan izinNya juga. :)

    Kakcik ada di ice room sehingga pukul 3.00ptg tadi, tapi tak jumpa dengan NM pun! :(

    BalasPadam
  77. Amboii...
    bab makan2 nie memang besh !

    suka baca n3 ini .
    sbb kakacik tulis panjaaaang ..
    hahaha

    sayang akak..mmuah !

    BalasPadam
  78. LiNda yang manis...

    terima kasih kerana sudi membaca dan suka baca tulisan kakcik tu. Jarang sekali kakcik tulis panjang2, kan? Syesyekali je... :)

    BalasPadam
  79. Sukalah entri akak ni.

    Saya suka follow blog yang bila saya baca kali pertama saya suka. Saya juga follow blog yg follow blog saya, tp tak semua, sbb saya biasanya tgk dulu, bila dia dah follow tu ada tak dia singgah balik sekali sekala. Kalau follow sebab nak kita follow dia balik saja, kadang2 saya malas nak follow balik...:D

    Dan saya juga pernah unfollow blog yg saya dah follow atas sebab2 tertentu. Lagipun jumlah max kita boleh follow blog kan 300 saja. Kalau dah terlebih tu, terpaksalah buang satu dua...:D

    Tapi blog kakcik ni antara yg saya suka, walaupun baru kenal..:)

    BalasPadam
  80. ~ yus ~

    kakcik pun sama. sebelum follow sesuatu blog, kakcik akan tengok dulu isi kandungannya. Ada pula blog yang kakcik tak follow, tapi setiap hari kakcik baca (andai berkesempatan) dan ada yang kakcik masukkan dalam bloglist kakcik - ada yang tidak, tapi kakcik tetap singgah. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com