Kawan-kawan kakcik

Rabu, 26 Januari 2011

Bahagiakah dia...



andainya ia boleh bersuara
apakah ia akan berkata-kata
jauh dari hujan dan cahaya suria
apakah benar nasibnya terbela

di sudut itu berdiri kaku
tidak dihirau orang yang lalu
kalau ada pun yang lepas laku
menarik daunnya satu persatu
~~~~~~~~~~~~~~


42 ulasan:

  1. kesian tidak berteman
    tiada suria memancar cahaya
    layu di sebalik tembok

    BalasPadam
  2. Salam kakcik, silap2 dia berkawan dgn nyamuk aje :(

    BalasPadam
  3. andai dia boleh bersuara..pasti dia akan berkata.. aku haus...siramla aku.. :P

    BalasPadam
  4. pokok tu perlu maintenance khusus sebab duduk kat indoor. hihihi~

    BalasPadam
  5. Aida...

    kenapa berfikiran begitu? Kakcik dulu MC hampir dua bulan - tapi tidaklah merasa tersisih sangat. Kita kena ceriakan diri kita sendiri. :)

    BalasPadam
  6. AAP...

    bukan setakat berkawan, tetapi menjadi tempat pembiakan!

    BalasPadam
  7. maseh setia menunggu,disudut sepi itu O.o

    BalasPadam
  8. Kaseh...

    mungkin juga ia akan berkata 'di sini bukan tempatku'...

    BalasPadam
  9. gB...

    memang ada penyelenggaraan, tapi takkan sama dengan suasana tempat asalnya....

    BalasPadam
  10. cian kat pokok tu sorg2 je kat ctu..

    alamak!semue org serious, niesz main2 plak..hehe..

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum...

    Jangan hendaknya kita ini seperti pokok itu tanpa disirami dengan ilmu syariat hingga iman kita ditarik oleh nafsu dan syaitan hingga kufur

    BalasPadam
  12. salam..kakchik, berilah sinar dan sahabat utk si pokok yang tak berteman tu..
    sinari baja agar hidup setiasa berkembang

    BalasPadam
  13. pokok hutan tu yang besaq takde orng jaga pun, tapi tetap gagah berdiri, pucuk menjulang tinggi, pasti untuk bahagia seisi bumi

    BalasPadam
  14. sudah pasti tiada kebahagiaannya pada diri yang terasing sendiri..sepi.

    BalasPadam
  15. Salam kakcik...

    saya setuju dengan kata-kata kakcik,
    kita kena ceriakan diri kita sendiri....kaaannnn................

    nanti kalau ceria pun bukannya orang lain, diri kita sendiri jugak, kan?
    Cayalah, kakcik....jgn stress lagi ya.

    BalasPadam
  16. Sian si pasu bunga. Dah nak dekat dekat raya ni, gugur daun pulaaaaa

    BalasPadam
  17. takpe tu kakcik..tu namenye sedang berkhalwat tu hihihi...

    BalasPadam
  18. pokok pun makhluk Allah, perlukan cahaya, udara & air untuk meneruskan survival di muka bumi ni..jauh mana dia boleh bertahan, entahlah..tapi yang pasti suatu hari akan tetap sujud ke bumi..sudah lumrah.

    BalasPadam
  19. pokok tu
    wlupun kaku
    tapi masih segar menghibur kalbu..
    oh cantiknya pasu ..
    sejuk mandang pd biji mataku
    besar pulak tu..
    klu dia kaku di situ..
    meh bagi kat aku..
    tak terkira girang hatiku..
    akan kubelai setiap waktu..

    BalasPadam
  20. Reen...

    bukan setakat babab, patut kena cucuh dengan puntung rokok! Kengkadang ada yang selamba 'jentik2' abu rokok ke dalam bekas pokok yang di luar bangunan. :(

    BalasPadam
  21. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    sungguh mendalam maksud kata2 ustaz itu. Kita manusia yang boleh berfikir, jadi kita kena fikirkan sesuatu yang wajar bukan sekadar mematungkan diri menerima takdir yang datang, tak gitu? :)

    BalasPadam
  22. Ayu...

    agaknya manusia tak pernah terfikir yang pokok juga perlukan sahabat! ;-)

    BalasPadam
  23. Imanshah...

    pokok hutan membesar dengan gagah di persekitannya yang semulajadi dan tersendiri kerana tiada yang memandai2 untuk membentuknya begitu begini tanpa memikirkan bukan itu sebenarnya yang dicari...

    BalasPadam
  24. Suri...

    kalau manusia, mungkin kesepian itu boleh dimanfaatkan dengan memuhasabah diri dan mendekati Allah Yang Maha Pengasih... :)

    BalasPadam
  25. Q sayang...

    kakcik ingin kelihatan muda dengan tidak membiarkan stress itu menguasai diri.. hehehe... :)

    BalasPadam
  26. Azie...

    sudahlah dipenuhi daun yang gugur, nyamuk pula membuat sarang.... (nyamuk ada sarang ke???) :)

    BalasPadam
  27. Dik Samad...

    mungkin zikir sang pokok itu lebih lagi dari zikir kita sendiri...

    BalasPadam
  28. Siti...

    setiap yang bernyawa - sama ada kaku berdiri mahupun yang gagah berlari - semuanya tidak terlepas untuk kembali...

    BalasPadam
  29. Sal...

    kita tidak akan punya waktu untuk membelai pokok itu sebagaimana alam semulajadi membelainya... :)

    BalasPadam
  30. Salam Kakcik, pokok tu takper lagi. Ni ada yg mak atau bapak dia, dia tak jaga atau tak bagi perhatian.

    BalasPadam
  31. Wahhhh....pokok tul ke tu kakcik...entah2 plastik kot....ahakz

    BalasPadam
  32. acik,
    kalau dibelai tiap hari.. gerenti hidup cik.
    kakpah tengok kat rnr tu walaupun kat dalam bangunan.. daun gemuk2 kalahkan pokok yang kakpah bela.

    BalasPadam
  33. Yong Helli...

    makbapak yang macam tu, elok dikapak je. :(

    BalasPadam
  34. jeBateja...

    sudah semestinya pokok hidup yang berdaun hijau. :)

    BalasPadam
  35. Kakpah...

    kalau yang dibelai tu, ok lah... Ini masalahnya suka sangat 'berpokok2', tapi disiram dengan rokok! :(

    BalasPadam
  36. AM...

    harapan untuk bebas bagaikan tiada buatnya...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com