Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 28 Januari 2011

Bagaimana kita ingin dihormati...

... kalau kita sendiri tidak tahu menghormati?

Jangan bicara hak orang.  Kita bicara hak kita.  Sepatutnya kita junjung hak kita.  Sebelum minta orang lain hormati hak kita, kita terlebih dahulu kena menghormatinya.  Kalau kita sendiri menginjak-injak maruah kita, bagaimana kita menyangka orang lain boleh menyanjungnya pula???

Wah ... apa yang makcik bebelkan menjelang tengahari Juma'at ini?  Memang sebenarnya makcik sangat sakit hati.  Bukan kerana makcik seorang yang berilmu tinggi.  Kalau orang berilmu tinggi dia akan ada hujah untuk menyokong perbuatan atau perkataannya.  Makcik tidak ada apa-apa.  Makcik cuma nak meluahkan rasa sakit hati makcik sahaja.

Petang semalam  menjelang Maghrib, makcik masih di ruang tamu yang tiada tetamu  di rumah makcik.  Kuala Lumpur masih belum Maghrib.  Lagi lebihkurang sepuluh minit sebelum azan.  Makcik 'terlihat' (sebab makcik bukan sedang menonton tv) satu saluran televisyen yang sedang menyiarkan siaran berita jam 7.

Terdengar azan sedang berkumandang dengan kuatnya dari tempat siaran langsung itu disiarkan.  Tetapi yang menyedihkan, makcik sangat pasti bahawa lelaki yang sedang ditemuramah secara langsung itu adalah lelaki Melayu yang beragama Islam.  Wah! bukan main bersemangat melontarkan pandangan dan pendapat (bukan senang nak keluar secara langsung di kaca tv, kan?).   Kalau kita benar-benar ingin menunjukkan bahawa kita sangat prihatin dan sayang dengan agama dan segala yang berkaitan dengan agama, tidak adakah cara untuk mengelak dari berkata-kata dengan lantang (mengatasi suara azan) saat azan sedang dilaungkan??

Wallahhuaklam.



46 ulasan:

  1. Ya ALLAH..siyes dia tak stop bercakap masa azan tuh?

    BalasPadam
  2. dia berakal tapi tak tau nak guna... tu yang jadi macam tu..... sampai azan pun tak reti nak hormat inikan pulak org lain...

    BalasPadam
  3. Kaseh...

    Siyessss! Kalau dia stop (atau dia kata, kita hormati azan dulu, ya?) makcik taklah sampai nak membebel ni.... :(

    BalasPadam
  4. AKT...

    kalau orang bukan Islam, mungkin juga dia tak tahu adab - tapi ini ..... (malas nak sambunglah...) :(

    BalasPadam
  5. saya hormat makcik~sila baca entri terbaru saya~haha~

    BalasPadam
  6. betul tuh kak.. ibarat pepatah melayu.. ckp pasal respek & yg seangkatannya.. ibarat mengangkat perbuatan menuding jari..satu tunjuk kat orang..yg 3 lagi ke arah sendiri..lebih baik muhasabah diri sendiri..

    BalasPadam
  7. dewasa ini ramai yg bersikap seperti lelaki di atas, bercakap ketika azan

    BalasPadam
  8. Kakcik, tu sebab penting kena mantapkan diri dengan ilmu. Ilmu ni kita kena cari, tak datang bergolek. Bila tiada ilmu, maka jadilah insiden seperti tu

    BalasPadam
  9. bukan membebel tapi peringatan...

    terima kasih kak cik

    BalasPadam
  10. ramai yg celik ilmu tapi tidak celik agama inilah padahnya.... kalau di Mekah, bunyi azan terus senyap, shopping complex pun off lampu. itu baru negara Islam.

    kita bukan nak macam tu tapi sekurang-kurangnya yg Islam kena hormatlah....

    BalasPadam
  11. bujal X...

    makcik percaya kamu adalah anak, suami dan ayah serta kawan yang baik. :)

    BalasPadam
  12. Fatin...

    itu yang kita kesalkan. Bercakap tidak seperti apa yang dilakukan. Jangan hairan kalau bangsa lain mencebik bibir kepada kita! :(

    BalasPadam
  13. Alien...

    hmmmm... mungkin tiada langsung rasa 'gentar' kepada nama Allah - kerana itu sewenang2nya diputarbelit sesedap rasa bila hendak membela diri atau menegakkan benang yang basah! :(

    BalasPadam
  14. Dr DZ...

    ilmu tanpa amal pun tidak berguna juga.... :(

    BalasPadam
  15. AUC...

    sama-sama.. tapi setakat ini sahaja yang mampu kakcik bebelkan - tak siapa hairan pun! :(

    BalasPadam
  16. Kakzakie...

    kalau dah terang2an kita sendiri tidak menghormati, jangan melatah bila kita dimaki... :(

    BalasPadam
  17. kalu kita sbgai rakyat msia boleh hormat lagu negaraku sepatutnya sebagai org islam kita kena hormati laungan azan...

    BalasPadam
  18. nak nyampuk gak,

    smlm masa kuliah zohor, ustaz ada cakap psl adab semasa dengar azan

    kita kena jawap stp azan, kita kena selawat slps azan, sbb dlm al quran ada cakap, salah satu peluang utk masuk syurga :-)

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum kakcik..

    Sepatutnya waktu tu rancangan yang telah dirakamkan sahaja dan bukan masanya untuk rancangan secara LIVE supaya tidak mengganggu orang Islam hendak solat...

    BalasPadam
  20. NzA...

    sama juga bila seorang Islam lebih menghormati dan menghayati Rukun Negara lebih dari Rukun Islam dan Rukun Iman. :(

    BalasPadam
  21. WBH...

    manusia selalu tidak mengambil berat kepada perkara yang tidak nampak di mata... :(

    BalasPadam
  22. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    kebetulan tempoh siaran berita itu berlangsung di waktu azan berkumandang dan lintas langsung pun dilakukan pada waktu tersebut. Namapak sangat sikap 'endah tak endah' mereka yang terlibat... :(

    BalasPadam
  23. betul la kak cik amy ada jumpa orang amcam nie time laungan azan time tue dia still bercakap walaupun dah di tegur berkali2..

    BalasPadam
  24. saya igt satu lagu nasyid yg dulu2:

    "jika ingin dihormati..kita harus menghormati

    jika ingin disayangi..kita harus menyayangi.."

    lupalah lagi liriknya..hehe..tapi camtulah pesennya..

    **sayalah yg nyanyi wakil dorm..ehhee..kelakar pulak..nyanyi utk asrama puteri je..

    BalasPadam
  25. Salam kakcik,

    mudah-mudahan lepas tu dia bertaubat dan Allah terima taubatnya...Allah kan Maha Pengampun....mungkin dapat bonus lagi...ya lah, bonus dari pahala orang2 yg mengumpatnya...

    maafkan saya kakcik...kita semua takder yg sempurna....kan?

    BalasPadam
  26. Amy...

    entahlah - mungkin perkara itu sangat penting untuk diperkatakan hingga tak sempat nak tunggu azan selesai dilaungkan...

    BalasPadam
  27. SN...

    kadang2 kita berkata, kita tidak mencari penghormatan - tapi, janganlah sampai menggadaikan kehormatan....

    BalasPadam
  28. Q...

    mudah2an. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasaih. Mungkin orang lain tiada yang perasan pun, cuma kakcik saja yang kecoh2...

    Tiada apa yang hendak kakcik maafkan kerana sesungguhnya kakcik pun sangat jauh dari kesempurnaan. :)

    BalasPadam
  29. kakcik tumpang lalu nak balik umah..

    da azan zohor..hehehe

    BalasPadam
  30. betul tu..sepatut nye time azan kite kena diam, tuk hormat azan tu...ni x, boley plak die ckp kuat dr azan, biadab btul..

    BalasPadam
  31. salam kak cik..kekadang kalau kat benda org ckp kat tv tu..kita yg dengar ni mampu tersenyum atau mengeluh je...huhu

    BalasPadam
  32. tertarik dengan kata2 seorang remaja, katanya "zaman sekarang ni org beramal ibadat dah jadi macam adat, sebab mak dan bapak buat dia pun buat tapi bukan sebab memahami sedalam2 ugama Islam itu"

    BalasPadam
  33. tak hairanlah agama kita dipijak2 sekarang...org islam sendiri tak mau tunjuk hormat kepada agama sendiri...

    BalasPadam
  34. assalamualaikum

    saya kesian dengan dia.cetek ilmu.

    BalasPadam
  35. Suri...

    ditegur nanti dikata kita memandai, tak ditegur pun rasa tak kena... :(

    BalasPadam
  36. Aidah...

    mungkin ada betulnya kata2 remaja itu... :(

    BalasPadam
  37. gB...

    kalau kita berkata begitu, takut nanti ditanya semula 'awak apa tahu?'... :(

    BalasPadam
  38. kadang2 manusia ni tau.. tapi malas nak buat...
    mungkin dah terbiasa tak buat or tak pernah buat... jadiknya.. terus lupa apa yg patut dibuat bila azan berkumandang!

    BalasPadam
  39. Wa'alaikummussalam azweennour...

    mudah2an dia tersedar juga...

    BalasPadam
  40. miloais...

    iyalah.. tiada manusia yang sempurna :(

    BalasPadam
  41. kadang-kadang kita alpa atau mungkin kita lupa tetapi kebiasaannya buat-buat lupa...!

    BalasPadam
  42. hingga saat ini...
    dicitarasa rinduan, kami amalkan off tv or apa2 bahan suara pada waktu azan berkumandang

    BalasPadam
  43. JunAina...

    itulah manusia - suka sangat berpura2...

    BalasPadam
  44. Ayu...

    kalau azan di TV, elok juga dibiarkan berkumandang... sebagai peringatan kepada yang leka...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com