Kawan-kawan kakcik

Isnin, 6 Disember 2010

Wanita dan Emas...


Kata orang (orang yang mana aku pun tak pasti), tidak lengkap penampilan seorang wanita tanpa dihiasi dengan emas berlian.  Emas adalah pelengkap gaya walau hanya seutas atau sebentuk dua dipakaikan di pergelangan tangan atau jari.

Jujurnya, aku tidak memiliki seurat emas pun.  Jangankan emas tulin, emas tiruan atau perhiasan manik, plastik, besi atau yang sewaktu dengannya pun tiada.  Suatu waktu dulu, aku memiliki koleksi rantai, gelang tangan dan cincin (aku sangat tidak suka dengan subang - sebabnya? - 'biarlah rahsia').  Seiring peningkatan usia, aku semakin tidak meminati benda-benda itu lagi.  Ada yang kuberi kepada adik-adik dan adik-adik ipar perempuanku.  Aku tidak punya anak perempuan untuk kuwariskan barang-barang itu nanti.  Banyak juga yang kujual begitu sahaja tanpa kesal.

Cacatkah penampilanku tanpa emas?  Bagiku tiada apa yang cacat.  Pandangan orang?  Biarlah orang memandang, tak luak apa-apa pun.  Aku lagi takut dengan pandangan peragut.  Lebih-lebih pula takutku dengan pandangan Allah sekiranya aku memakai perhiasan dengan penuh bongkak dan riak.

Kenapa pula tiba-tiba aku 'berbicara' tentang ini?  Tiada apa-apa pun.  Cuma sempena kedatangan Tahun Baru Hijrah ini aku berharap aku akan berubah untuk menjadi lebih baik dan lebih tahu bersyukur.  InsyaAllah, kalau Allah izinkan aku untuk terus menghirup udara di muka bumi ini, tahun hadapan aku akan berusia setengah abad.  Cukup-cukuplah untuk aku mengimpikan kilauan yang belum tentu akan mencerahkan liang lahadku.

Wallahhuaklam.



43 ulasan:

  1. cukup umur 60 tahun,suka atau tidak makcik akan dapat gelaran warga emas~ha~~~macamana?

    BalasPadam
  2. Bujal...

    bukan umur 60.. tapi, 50 dah dikira warga emas.. jadinya tahun depan, makcik adalah 'emas'.. hehehe...

    BalasPadam
  3. salam kakcik

    kita pun tak berapa ada brg2 emas
    sbb tak berapa suka memakainya... ~

    BalasPadam
  4. samalah kak..

    yang ada pun pemberian orang..

    cincin, kakak yg sulong beri masa dpt result SRP
    cincin tunang, cincin besday, rantai batal air sembahyang suami yg beri.
    rantai ,duit dari balen2 duit arwah ayah.


    kebanyakannya hilang. Mungkin hilang di rumah masa buat operation tak lama dulu. Mungkin bibik ? tak taulah...

    BalasPadam
  5. As'salam..

    amy pun dah x berapa suke barang ekmas sejak rumah asyik di pecah masuk je..cukup la apa yanga da je sekarang nak beli lagi serik dah ow...

    BalasPadam
  6. Manje...

    ada orang beli emas untuk pelaburan. Harga emas pun bukan main mahal sekarang. :)

    BalasPadam
  7. Reen...

    kalau ada emas dan ada juga bibik - berhati2lah. Kita nak dapat bukan senang, kan? :)

    BalasPadam
  8. W'salam Amy...

    elok juga kalau Amy simpan emas yang ada di peti keselamatan. Tapi, emas yang tidak dijadikan perhiasan dan hanya disimpan, bila cukup nisab dan haulnya, wajib dikeluarkan zakat. :)

    BalasPadam
  9. Salam Kakcik,

    Salam Maal Hijrah.

    Saya pun tak suka emas. Emas kuning kak. Tpai kalau emas putih, memang saya suka.. Emas kuning yg ada dalam koleksi saya adalah cincin tunang 2 bentuk, dan cincin kawin 1 bentuk.. Yg tu saya simpan dan pakai sesekali..Kenangan kan

    BalasPadam
  10. Salam Maal Hijrah Yan...

    emas putih harganya lebih mahal, kan? Memang ada sesetengah orang lebih berminat dengan emas putih dari emas kuning. Lagipun, emas putih rasa kakcik lebih selamat dipakai dari menjadi sasaran penjenayah. Betul, tak? :)

    BalasPadam
  11. wanita tak boleh dipisahkan dengan emas

    hihi

    BalasPadam
  12. Salam kak cik,
    sama lah dengan saya. sy memang tak minat langsung barang kemas ni, rasa menyesakkan, kalau ada kawan2 yg pakai tak rasa iri hati pun. Mungkin sebab tak minat. Tapi saya suka kumpul jam tangan

    BalasPadam
  13. Myaby...

    terima kasih keana sudi singgah dan tinggal komen.

    Bukan semua wanita itu peminat emas! :)

    BalasPadam
  14. W/salam Aidah...

    ramai juga rupanya wanita yang tak minat dengan perhiasan, ya? :)

    BalasPadam
  15. susah nak jumpa pompuan xsuka brg kemas nih..hehehe

    BalasPadam
  16. kalau ada sekerat dua elok juga tuuu... waktu sempit boleh juga dipinjamkan sementara ke arrahnu.

    BalasPadam
  17. salam kakcik..
    nak 'celet'..samalah kita.. tiada walau seurat, sedawai, sebenang jua...namun penampilan tetap anggun, sebab anggun bukan di barang kemasnya, tapi di senyumannya..heheh..

    p/s: kena tabik spring lah kat kakcik.. punya lah awal sampai ofis.. 6.20 tuh.. saya baru tengah teraba2 henfon nak matikan alarm..

    BalasPadam
  18. salam maal hijrah. semoga kakcik terus berkilauan.

    kadang2 emas juga boleh jadi aset untuk dijual atau digadai bila sesak.
    saya pun tak ada seurat benang di badan sejak dulu, kini dan selamanya. hehe

    BalasPadam
  19. kita pun sama kakcik..takde satu pun..

    yg pastinya..byk yg dah takde seiring ngan pengorbanan yg saya lakukan...

    Salam Maal Hijrah kak cik...!
    semoga kita lebih baik dari yg dulu2.. aminnn..!

    BalasPadam
  20. Hamizah...

    ramai juga yang tak suka rupanya bila tengok komen-komen kat sini... :)

    BalasPadam
  21. D'Dorm (adakah orang yang sama dengan AM?)...

    betul juga tu... :)

    BalasPadam
  22. Aanas...

    meh kita celet sekali. :)

    Pagi ni jalan agak lengang - mungkin sebab kakcik keluar awal sikit dari biasa. :)

    BalasPadam
  23. Kanda AL...

    tak teringin ke nak pakai gigi emas? Hehehe... :)

    BalasPadam
  24. PB...

    bila kita pakai, ada mata yang menjeling2... kalau tak pakai pun dijeling juga! ;-)

    InsyaAllah, semoga kita sama2 berusaha untuk menjadi lebih baik. :)

    BalasPadam
  25. Akak pula..sukaaaa sangat emas..
    Emm...tapi dah pencen tak mampu nak beli design baru..
    Memang peragut dan pencuri amat menakutkan, barang2 kemas mesti di simpan di bank..lebih selamat. Akak pakai hanya rantai leher itu pun dah tercover dgn tudung..

    BalasPadam
  26. Pn Nani...

    Memang ada wanita yang sangat obses dengan emas. Tapi itulah, kan.. dahlah nak mendapatkan bukan dengan hanya memetik jari... ada pula yang sewenang2 nak merampas dari pemakai tanpa belas... :(

    BalasPadam
  27. fa pun tak pakai emas sekarang. sebab gelang dan cincin Poh Kong yang fa beli dulu, dah tak muat, dah gemuk!! hahahaha

    BalasPadam
  28. salam kakcik,
    saya pun takde emas kat badan ni..subang memang alergik, tak kiralah emas ke, nikel ke, suasa ke, plastik sume takleh pakai..agaknye nak tggu org bagi diamond kot..hehe!

    BalasPadam
  29. saya ada gak kak cik
    seurat dua..sejanggut udang..hehe
    pakai satu2 mana tempat yg perlu..

    nak pakai berterabirang itu..xdelah..takut..

    BalasPadam
  30. Fa...

    jari tu nak minta yang baru tu... :)

    Salam Ma'al Hijrah Fa.

    BalasPadam
  31. MDT...

    bab subang tu - samalah kita. :) Kalau diamond pun, 'kaki'nya kena letak sama ada emas atau yang sewaktu dengannya, kan?

    BalasPadam
  32. SN...

    kakcik ni, kalau pakai cincin, terasa sangatlah rimasnya - asyik sarung dan tanggal dan sudahnya entah ke mana letaknya! :)

    BalasPadam
  33. saya pun kena carik juga nanti

    kan kena bayar MAS KAHWIN..

    BalasPadam
  34. Imanshah...

    Mas kahwin tak semestinya emas! :)

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum wbt
    Dlm keadaan skrg ni kokcik, apalah sangat emas pada kita! Apalah nak diranggikan sgt pakey emas dsb walhal keperluan lain pun sgt2 diutamakan. Tu belum lagi, cerita bab peragut zmn skrg sanggup buat apa saja, andaikata dek krn emas tulah tercarik telinga, putus tangan dan nyawa terancam lebih baik lupakanlah.

    BalasPadam
  36. Wa'alaikummussalam yop...

    teman setuju dengan pandangan yop tu. Emas pun dah mahey bebeno... keperluan untuk mengisik peghut ghasenye lebih mendesak daghi kemilo liplap emas tu...

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum kakcik..

    Selalu datang sini tapi jarang tinggalkan jejak...

    Kadang bila pakai emas, timbul rasa riak kan!

    BalasPadam
  38. Wa'alaikummussalam Ustaz..

    kadangkala kakcik jengah juga blog ustaz.. cuma tak tahu nak komen. :)

    Terima kasih kerana sudi jengah blog kakcik ini walaupun tak tinggal komen. Perasaan riak itulah yang kakcik takuti berlaku tanpa sedar dan mengundang kemurkaan Allah SWT.

    BalasPadam
  39. sya tak suka pakai barang kemas
    percaya tak
    sya ada rantai yang ayah beli masa sekolah rendah dan seutas lagi ayah beli masa sekolah menengah
    cincin tunang dan cincin kawen yg enpakwe bg, dan seutas rantai tangan yg sya tak pakai pun

    BalasPadam
  40. Sya...

    kakcik ni cincin kahwin pun entah di mana duduknya! :)

    BalasPadam
  41. Salam Kakcik,

    Bukankah emas perhiasan wanita? Pernah kata seorang teman, jika lelaki ini cara menghias diri seperti wanita, dia percaya lelaki akan lebih indah dari wanita. Tetapi sayangnya lelaki tidak mampu untuk berbuat begitu. Sebab apa? Sebab lelaki terlalu malas untuk menyolek dirinya sendiri....

    BalasPadam
  42. Hj Zed...

    ada lelaki yang kalau bersolek, kalah wanita tau....:)

    BalasPadam
  43. sy pun x suka pakai brg kemas

    yg dok pakai ni pun dulu arwah mak kasi

    rupanya ramai yg x suka pakai brg kemas kan

    nak pakai pun x ada masalahkan, tp berpada2lah

    ustaz kata kalau kita pakai utk menunjuk, kita dpt dosa

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com