Kawan-kawan kakcik

Isnin, 6 Disember 2010

Orang Melaka jangan marah ya?...

Aku baru tahu di Melaka ada Lapangan Terbang Antarabangsa.  Sesuailah dengan status Melaka sebagai 'negeri maju' kan?  Tapi.. sedih juga tengok padang yang luas bersebelahan LTAM tu, rumputnya agak panjang sampai rasa nak nyanyi...  'rumput oh rumput... kenapa engkau panjang' (eh! siapa yang dah mula nyanyi tu.. jawablah sendiri...hehehe..). 

Kata suami, lapangan terbang tu ada perkataan antarabangsa disebabkan penerbangan ulangalik Pekanbaru (Indonesia) - Melaka - Pekanbaru.  Lupa pulak aku nama kapalterbang tu.  Masa singgah sebentar di sana, memang hanya kedengaran bual bicara dalam Bahasa Indonesia di kalangan mereka yang ada di situ (mungkin sedang menunggu pesawat untuk berlepas).  Rasanya,  Air Asia atau MAS belum ada penerbangan dari/ke sini.  Mungkin satu hari nanti, adalah tu...






37 ulasan:

  1. Dekat sangat dengan kg mak saya tu kak...tapi saya tak pernah sampai pun..

    hehe...


    * kat sana mmg ramai orang kita kawen dgn minah indon.

    BalasPadam
  2. Salam Kak cik,
    sy pun baru tau lepas baca N3 kak cik ni, huhuhu

    BalasPadam
  3. Bonda:

    Mommy anakanda sering cmmnt kat blog mommy sesekali cmmntlah blog anakanda pnt tau x nk cr vid lpstu letak hhiisssshhhh

    p/s:Jangan Lupo COMMENT......

    BalasPadam
  4. ooo..saya baca n3 kak cik baru tau..

    lagipun..dkt melaka tu saya pernah sampai area ayer keroh ngan a famosa water wol je..hheehe..

    kene coti2 malaysia saya nih..

    BalasPadam
  5. Reen...

    sian anak dara kat Malaysia, kan? Orang tempatan cari isteri dari seberang....

    BalasPadam
  6. Kenapalah negeriku belum dinaik taraf LTAKB sedangkan penerbangan harian ke KL adalah antara yang terbanyak di Malaysia iaitu melebihi 30 kali tiba dan berlepas....huk3.

    BalasPadam
  7. Aidah...

    bagus juga kakcik buat catatan ini, ya? Boleh bagi pengetahuan pada yang tak tahu macam kakcik juga. :)

    BalasPadam
  8. Bangcik...

    wei... mak selalu masuk la ke blog bangcik tu...cuma tak komen je... mak tanda kat 'interesting' tu je... :)

    BalasPadam
  9. SN...

    cuti2 sekolah ni, bolehlah bawa anak-anak 'melawat kawasan'. :)

    BalasPadam
  10. Pak Nidus... Salam Ma'al Hijrah...

    mungkin KB tiada menerima pendaratan atau membuat perlepasan ke luar negara kot!

    BalasPadam
  11. Kakcik ..,pergi makan angin ke Melaka ke ?

    BalasPadam
  12. Belum berkesempatan lagi ke sini.tapi rata2 lapangan Terbang di malaysia lengkap dan moden jika dibandingkan dengan Indonesia

    BalasPadam
  13. Salmi...

    Ahad = 5/12/2010 - kakcik, suami dan BS ke Melaka kerana menziarahi sahabat kami yang sakit kerana serangan kanser. Sambil itu, kami singgah sana-sini. :)

    BalasPadam
  14. Imanshah...

    masa kakcik pergi Mulu, lapangan terbangnya ok juga - tapi terpencil dan agak ketinggalan berbanding lapangan terbang lain yang kakcik pernah singgah. :)

    BalasPadam
  15. baru sya tahu ada lapangan terbang di melaka ;p

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum kakcik..

    o0oo baru tahu Melaka dah ada airport..best juga :)

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum wbt
    Ate kokcik oi, mike iyor bebenor. Ghomah teman di Batu Berendam ni betoi2 dkt dgn LTAM. Ate kalo ye pun semak, ghimo bercapok sebelah menyebelah pun buleh nampak weh! Maknanya idokle semak atau ghedat bebenor. Nantile teman nak mohon kontrek mesin ghumput kat LTAM, kot2 dibagi dek Ali Rustam. Teman kenei dia, tapi dia tak kenei teman!

    BalasPadam
  18. Laaa saya pun baru tahu. Thanks KAKCIK.

    Saya sangka banyak jeti utk feri dan bot pendatang saja.. :)

    BalasPadam
  19. Salam Kakcik

    KZ pun pergi Melaka minggu lepas ... terperanjat tengok Melaka ada planetarium....lapangan terbang mmg KZ dh tau tp planetarium tak tau...

    BalasPadam
  20. salam..

    bila siap airport antarabangsa melaka tu..? tak perasan pun..selalu pi melaka tu..


    selamat menyambut Maal Hijrah moga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT sentiasa hendaknya..
    amin..!

    BalasPadam
  21. Bina LTAM untuk 2 penerbangan syarikat penerbangan nyamuk nampak macam amat membazir. lapangan terbang yang lama tu dah cantik untuk penerbangan jarak dekat yang menggunakan pesawat berkuasa kipas. Demi mengejar kemegahan yang tak bertempat, kerajaan negeri dn federal tak kisah berbelanja untuk membina LTAM.

    BalasPadam
  22. seronoknya kakcik dpt jln2 cuti2 malaysia.. :)

    salam maal hijrah kakcik

    BalasPadam
  23. Sya...

    kiranya 'sama standard' lah kita... hehehe... :)

    BalasPadam
  24. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    tapi... sayangnya, tidak banyak kapalterbang yang singgah di situ...

    BalasPadam
  25. Wa'alaikummussalam Yop...


    ngape tak ngabo mike duduk sebelah LTAM tu?. Munkalo tau - bulihle teman singgah minum nyangat. Samale masaalah kita ni.. teman pun kenei Pak Ali tu, tapi dia tak kenei teman! :)

    BalasPadam
  26. Azie...

    banyak tempat lagi rupanya yang kita kena 'selongkar'... hehehe. Kalau tidak mau nganga kita kalau orang bertanya. :)

    BalasPadam
  27. KZ...

    Melaka kan negeri maju? Kenalah ada semuanya! ;-)

    BalasPadam
  28. Selamat menyambut Ma'al Hijrah SR...

    lapangan terbang Batu Berendam tu rasanya dah lama ada..tapi kakcik tak perasan pulak dah jadi LTA! :)

    BalasPadam
  29. Zulkifli...

    kadang2 rasa sayang melihatkan projek2 raksasa yang dibangunkan tapi faedahnya kepada rakyat 'sangat lambat'... :(

    BalasPadam
  30. MDT...

    kalau ada ihsan suami..dapatlah kakcik berjalan2... :)

    BalasPadam
  31. eh tak marah la.. kak cik angah org melaka gakk hehehe

    BalasPadam
  32. Angah...

    baguslah Angah tak marah.. entah2 Angah sendiri pun tak tahu kewujudan LTAM tu, tak? hehehe...

    BalasPadam
  33. Kakcik Seroja,

    Melaka memang ada LTAM... kesian jika Melaka tak de lapangan terbang, macamana kenderaan mereka nak mendarat. Kat Batu Berendam lah Kakcik....

    BalasPadam
  34. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lapangan_Terbang_Batu_Berendam

    wings air + riau airlines

    subang pun tak dapat status antarabangsa sebab tiada pesawat selain malaysia so syabas melaka then!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com