Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 4 Disember 2010

Syukur lagi...

sumber gambar : lulukria.wordpress.com
 
harga gula naik duapuluh sen sahaja
harga kuih tak akan naik punya
hanya jangan terperanjat kalau saiznya berbeza
hilang dimulut dengan sekali nganga
 
orang kaya peduli apa
mereka tidak 'mengambil' gula
konon kesihatan kena dijaga
agar tidak nanti terlantar di rumah orang tua
 
ahli politik bercakar sesama mereka
perjuangan dibuat entah untuk siapa
mangsanya pengikut yang tak tahu apa-apa
telan sahaja apa kata ketua
 
Opssss!!!!!
 
 
 


 
 

36 ulasan:

  1. alamak kakcik

    kena telan jelah. tak isi minyak kang, tak jalan pulak keta kita

    BalasPadam
  2. Imanshah...

    takkan nak telan minyak kot! :)

    BalasPadam
  3. Salam kakcik,

    Kalau setakat harga gula naik tanpa chain reactionnya, tak kisah sgtlah, kan? Kuih makin kecik, harga mknan dan minuman bersusu pun semakin menggila2 naik..

    BalasPadam
  4. W'salam Ja...

    itulah masalahnya... bila harga gula naik - serba maknika yang berkaitan dengan makanan/minuman, akan ikut naik juga harganya. Sama macam minyak, bila harga minya naik, harga gas pun sama naik... dan yang tak berkaitan pun akan naik - termasuk harga telur! Sedangkan ayam tak minum minyak untuk menghasilkan telur... :(

    BalasPadam
  5. salam kakcik,

    bangun awal ke..walaupun hujan
    pgl2 suruh tido lg..hihi

    tulah masalah..semua naik
    gaji tak naik pun...

    #disitulah baiknyer pihak yg satu lg..agar pihak tut!..jgn buat sewenang2nyer!!..OPPSS!!

    BalasPadam
  6. salam kakcik...

    syukur kami dapat tajaan gula bulanan. tkdela terasa sgt.. tp minyak tu subjek utama..naik minyak suma akan naik coz tempias kpd pengangkutan. hmm.. adush!!! teringat kuih cara pujaan plak. hehe

    BalasPadam
  7. As Salam Ati...

    Kakcik ni kalau dah bangun pagi, memang susah nak 'melengkar2' lagi. Kebetulan tak hujan pulak kat rumah Cheras ni.

    Hmmm.. kalau kita kata perlu 'pihak yang satu' lagi... akan ada yang menafikannya. Demokrasikah itu??? Hmmm... entahlah! :(

    BalasPadam
  8. As Salam Cyana...

    syukur Alhmadulillah, ada gula free tu.. dapat juga berkongsi dengan yang memerlukan (4kg tu takkan terhabis dalam masa sebulan, kan?). Itulah, bila harga minyak naik - semuanya akan dikaitkan dengan kenaikan harga minyak! :(

    BalasPadam
  9. tapi kita yakin dan percaya kementerian hal ehwal pengguna akan memastikan dan memantau harga barangan.

    peeewwwiiiitttt .....
    ceee wahhhhh...

    BalasPadam
  10. Hu3..
    Biasa la tu..
    Turun satu, naik satu..
    Kira pusing balik la..

    BalasPadam
  11. part ahli politik tu mmg btul sgt. Apa yg mrk perjuangkn utk rakyat ntah, x faham pun..

    BalasPadam
  12. AM...

    skrip yang sama, kan? :)

    Rasa macam dah hafal pulak... ecececeh...

    BalasPadam
  13. Jamiel...

    demi kesejahteraan bersama... ;-)

    BalasPadam
  14. Misz Sephia...

    jom kita jadi ahli politik, nak? ;-)

    BalasPadam
  15. Salam kakcik sayang...
    kelak tmbng bas naik...tambang teksi naik..segala mcm naik...kena mcm ida yg tanggung anak sorg2 ni, takke tambah pening pale mikir.

    BalasPadam
  16. mulalah belanja secara berhemat kita semua...

    semoga..setiap yg berlaku..ada hikmahnya..

    BalasPadam
  17. sakit ni kak...bercakap dengan suara damai bagi memendam gelora di dalam...uish...sakit...!

    BalasPadam
  18. Tak sangkakan kakcik..setahun 3kali gula naik harga..terkejut saya.

    BalasPadam
  19. Assalaualaikum
    Isyyy mane ke buleh kite katakan ghege bagahng2 naik! Deme tu cuma nak selaraskan je, atau seragamkan je kokcik. Biase le mun udah seghagam, jalan nak naikkan ghege brg2 lain sohhhhh je le...

    BalasPadam
  20. salam kakcik,
    kita org bwh ni g2 la..terpaksa la terima walaupun seksa..org kaya mmg xkesah tp org miskin??

    BalasPadam
  21. InsyaAllah, karipap yang saya letak di gerai Mak Mertua saya tidak naik harga. Saiz juga tidak pernah berubah... :)

    BalasPadam
  22. Wife den perniaga Kek Gula Hangus...setakat 20sen masih lagik tidak menjejaskan PROFIT...tiada alasan nak naik harga atau kecilkan saiz...TAPI kenaikan minyak takut membuat bahan2 kek yg lain naik...terutama PLANTA n TEPUNG GRED A....pehhh

    Senang2 usha arrr
    http://gulahangus.blogspot.com

    BalasPadam
  23. Ida sayang...

    semoga Allah Yang Maha Pemurah melimpahkan rezeki buat Ida demi keikhlasan Ida menyara anak-anak Ida yang telah yatim itu. InsyaAllah. Jangan putus asa untuk berusaha dan berdoa, ya? Kakcik doakan segala yang terbaik buat Ida dan anak2. :)

    BalasPadam
  24. SN...

    sebolehnya, memang kita hendak berhemat dalam melakukan perbelanjaan - tapi, keadaan sekarang, banyaknya yang bagaikan menarik selimut pendek - tutup kaki, kepala nampak - tutup kepala, kaki terdedah! :(

    BalasPadam
  25. gB...

    hanya kita dan DIA yang mengerti sakit yang kita tanggung! :(

    BalasPadam
  26. Wa'alaikummussalam Yop...

    mun dah diseghagam.. soh ajele naiknye, yak? Tau2.. bila balik daghi kedei, ghengan je bet pestik yg dijinjing walopun dah bayo banyok! :(

    BalasPadam
  27. blackrosehunter...

    lagi kesian pada yang tiada pendapatan, kan? :(

    BalasPadam
  28. Azie...

    ehem...gerai Mak Mertua Azie tu kat mana? Kakcik nak ngenden ni! :)

    InsyaAllah, keikhlasan Azie itu akan mendapat ganjaran yang setimpalnya dari Dia. :)

    BalasPadam
  29. IM...

    bila darah naik, nak guna duit juga untuk mendapatkan ubat bagi menurunkannya. Walaupun ada Klinik 1 Malaysia, bukan letaknya sebelah rumah yang boleh dijejaki dengan berjalan kaki, kan?

    BalasPadam
  30. Salmi...

    nak tak nak, kita terimalah dengan senyum dan syukur!

    BalasPadam
  31. jeBateja...

    Ikhlas dalam menjalankan pernigaan, InsyaAllah akan membuahkan pulangan yang lumayan. Semoga perniagaan yang dijalankan, terus lancar walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

    BalasPadam
  32. SALAM,
    KALAU SETAKAT HARGA GULA NAIK TAK APA ! INI BENDA2 LAIN PUN NAIK ! ALASAN YG SELALU DIBERIKAN IALAH DI NEGARA2 LAIN HARGA LAGI TINGGI ! HARGA DI SINI MASIH OK, KATA MEREKA !

    BalasPadam
  33. Dato' LF...

    begitulah selalu perbandingan yang dibuat. Satu Dollar Singapura berapa bandingannya dengan Ringgit Malaysia, ya?

    BalasPadam
  34. salam my dear KakCikS..:)

    ermmm...apa nak dikata yaa...
    asyik2 naik jekkk...
    kdg2 tu rasa dah lali!!;p
    aduhaii:(

    BalasPadam
  35. Tinie sayang...

    bagaikan kita tak punya hak untuk bersuara, kan? Bersuara sendiri2.. siapa nak dengar - bersuara beramai2, dengan water cannon dikejar! :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com