Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 4 Disember 2010

Pemalas...


hendak makan - malas memasak
hendak bergaya - malas gosok pakaian
hendak selesa - malas mengemas 

anak hendak makan - bagi sahaja mee segera
perut sendiri lapar - selongkar dapur tengok yang tersedia
waktu hendak keluar - sambar baju siapa yang boleh dipakai selesa
bangun tidur - tempat tidur dilonggokkan tak kira di mana
tilam terkena kencing anak - ah! lipat - bukan orang perasan sedang baunya mencemar udara
waktu makan - biarkan orang lain makan dahulu, nanti tak perlu tunjuk rajin untuk tolong basuh pinggan orang lain
lepas mandi - tuala basah dicampak sahaja - terlepok dilantai hingga boleh tumbuh cendawan
lepas solat - telekung digulung sehingga masam baunya
keluar buku dan majalah dari almari - lepas itu sepahkan di mana sahaja
yang selesa dan disuka - duduk depan televisyen, pegang alat kawalan jauh dan tukar saluran sesedap rasa


Aduh!!!!!  aku tak tahan!!!!!

nota hati : bila seseorang itu pemalas, secara otomatik dia akan menjadi pengotor!


 


32 ulasan:

  1. betul kak cik..

    pemalas=pengotor
    kalu oghe klate royak:

    malas beghenyoh...ni malas tahap kronik..

    semoga kita semua dihindari dr sikap pemalas..

    BalasPadam
  2. kalau dah kena jangkitan virus 4 angka ni memang 1 sen pun tak guna!

    BalasPadam
  3. SN...

    minta dijauhkanlah kita dari terjangkit penyakit pemalas dan pengitir itu!

    BalasPadam
  4. Orang sebegitu tidak layak hidup dgn orang lain (dgn haiwan pun lum tentu), maknanya tidak layak berkongsi hidup, jangan kahwin apa lagi beranak..

    hahahaha soh dok dalam gua sensorang.

    BalasPadam
  5. Pelik kan orang macam tuh boleh hidup dalam keadaan gitu..
    Pemalas tahap haiwan, haiwan pun berusaha mencari sendiri makanan nya..

    BalasPadam
  6. pemalas, pengotor dan tak tahu malu ..samalah tu

    BalasPadam
  7. kalau ida memang tk boleh hidup serumah dgn org mcmtu...

    BalasPadam
  8. ambil barangan yang disepahkan tuu...buang je ke tanah.

    BalasPadam
  9. Azie...

    kalau dah kahwin dan ada anak, buat perangai macam tu - tak salah kalau ditinggal dek laki, kan?

    BalasPadam
  10. Pn Nani...

    tu yang peliknya tu. Larat pulak tinggal dalam rumah yang bersepah dari meluruskan dan membengkokkan siku untuk mengemas. Tak hairan kalau dalam timbunan yang enggan dikemas itu, ular pun boleh hidup!

    BalasPadam
  11. Ibuintan...

    agaknya, nak buang air pun malas sebab terpaksa basuh!

    BalasPadam
  12. Ida sayang...

    kakcik pun! Biar kakcik duduk seorang pun tak apa...

    BalasPadam
  13. AM...

    kalau barang tu kita yang punya, macam mana? :(

    BalasPadam
  14. Malas tahap cipan dah kalo gitu kakcik... hahahhaha

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum wbt
    Teman idokle poghonah sampei mcm tu sekali sbb teman ni cek egu adalah disiplinnya, tapi ghase2 apa yg kokcik sebut tu buleh gamaknye teman lalui idok makan dsbnya tapi satu je bab kencing bebudak dgn kencing kucing hoi mmg musuh teman! Pantang bebenor kalo dah sampei pengo dan mengit semacam mmg teman hamput!

    BalasPadam
  16. KakCik

    Tepat sekali. Orang pemalas, lama2 jadi pengotor.

    BalasPadam
  17. sy pnh serumah dgn org2 cmni kakcik.xreti nk bsuh pnggn.main longgok jek.sy lak yg tlg bsuh sb xthn tgk bersepah.huhu..

    mntk2 dpt jmpa jdoh yg ringn tulang.amin.hehe

    BalasPadam
  18. Echam...

    kakcik rasa cipan pun tak macam tu malasnya! :(

    BalasPadam
  19. Wa'alaikummussalam Yop tajnur...

    aje yang beno.. entah apa jenih idung gamaknya....

    kita ni munkalo tecium bau hancen sikit pun dah ngelupo sampei sakit kepala, tapi oghang jenih pemalah ni - selamba je! gamoknya idung dah tesumbat ke hape?

    BalasPadam
  20. CS...

    bila dah jadi pengotor... kawan dengan langau sajalah, kan?

    BalasPadam
  21. SA...

    Orang macam ni, waktu orang duduk makan beramai2, dia boleh duduk ke tepi kononnya kenyang lagi. Bila semua sudah dikemas, dia ambil pinggan - isi segalanya, lepas tu duduk depan tv dengan menyilang kaki!

    Aduh... janganlah sampai tahap macam tu. Agaknya, kalau ada daun pisang atau pinggan kertas, mahu digunakannya supaya tak perlu basuh pinggan!

    BalasPadam
  22. Kalau2 lah dapat menantu cam ni, cam ne agaknya Kakcik nak tangani?

    BalasPadam
  23. assalam..seperti hendak melepaskan sesuatu kepada org sekeliling..siapa org tu kakcik???

    BalasPadam
  24. Yan...

    mungkin kakcik buat macam sepupu kakcik buat - halau saja dari rumah dengan suaminya sekali!

    BalasPadam
  25. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    anda seorang yang pemalas, ya? ;-)

    BalasPadam
  26. kakcik ..,
    saya penah jumpa cam ni bila di tegur makin di buat...lepas tu kita disindir - sindirnya..padahal utk kebaikan dia.

    Kita yang sentiasa menjaga kebersihan dan tak suka"lantakla" ini di katanya mak datinlah..dan macam2 gelaran yg di beri..

    BalasPadam
  27. Salmi...

    kalau tak menyusahkan kita tak apa juga, kan? :(

    BalasPadam
  28. Bonda:


    Mummy xde citer lain ker nk gak tngk citer br updatelah kehkehkeh......


    Peace No War....

    Kalau nk citer anakanda sekelip mate jer dpt.....

    BalasPadam
  29. PJ...

    anakanda ada depan mata, senang nak buat cerita!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com