Medan selera ini jarang sekali 'meriah' di waktu siang |
Bagai tidak lengkap lawatan ke Kuching kalau tidak singgah di sini |
Baru-baru ini Tn Hj Hamzah menginap di hotel itu |
Bot-bot tersadai lesu sebelum bergerak kembali mengikut waktu |
Singgah sebentar di sini kerana suami membeli terubuk masin yang dipesan teman. |
Hari ini suamiku masih bercuti sakit selepas dua hari duduk di wad sebaik balik dari Sarawak gara-gara mata kirinya yang membengkak... |
salam kakcik,
BalasPadambadan dah segar dah..
yang gambar no.2 tu tempat apa?
W/salam Ati...
BalasPadamkakcik masih juga terasa letih..
Itu gambar kedai kek lapis Dayang Salhah yang sangat popular di kalangan orang Semenanjung. :)
Salam KakCik, Alaa sian Abe sakit mata. Jenih yg nyangkit ke? Ni tanda soh berehat. Orang rumoh teman nampak haggard (melalui webcam) masa chatting semalam. Tak cuti sejak Raya Posa tu! Allah bagi kesabaran pada dia dan Yong ni.
BalasPadambonda.. medan selera tu mmg xmeriah siang hari.. entah nape.. huhu.. malam selalu penuh.. adoi.. hairan betol..tapi aefa suka g mkn kat sana.. hihi
BalasPadamW/salam Yong Helli...
BalasPadamCik Abe teman tu bukan kena sakit mata jenih yang bejangkit tu. Kat kelopak mata dia tu macam ada bengkak sikit - dah dua kali di'toreh' tapi berbalik semula. Doktor kata benda tu memang akan 'tumbuh' balik dalam tempoh2 tertentu.... :(
Aefa...
BalasPadamitulah, tiap kali bonda ke sana, nampak tempat tu lengang je waktu siang (malam bonda tak perasan pulak!) :)
kek lapis??
BalasPadamBujal...
BalasPadamnak ke? Meh datang ke rumah makcik. :)
kakcik, nak juga kek lapis..
BalasPadamsemoga suami kakcik cepat sembuh, tu tandanya suruh rehat tu..
ibuintan...
BalasPadamnak diposkan, takut berkulat pula nanti. :)
Suami kakcik tu sepatutnya esok kena 'terbang' ke Kedah. Nampak gayanya, terbang bawah selimut je - dah demam pulak! :(
slm kakcik :)
BalasPadamalahai keciannye pok incik tuu.. moge cpat sembuh ye!
kakcik sehat x ni? nk cikit keklapih buleehhhhhh?
AzeedA...
BalasPadammeh le datang ke ghomah. Setakat sehiris dua tu, adalah... hehehe...
Nak nganto ke Putrajaya tu pon, dreba tengah 'cedera'...
Saya hanya penah singgah sekali jer kat medan selera tu, itu pun sebabnya bawa kawan pergi beli kek lapis kat kedai dayang salhah tu...
BalasPadamUstaz...
BalasPadamkakcik belum pernah makan di medan selera itu - cuma lalu lalang sahaja. Kalau kakcik dan suami menginap di Grand Margherita atau Riverside Majestic, kami naik sampan untuk ke Dayang Salhah. Baru-baru ini kami berkereta (dipandu teman) memalui jalan kampung ke Kg. Gersik itu. :)
kakcik, kat mane eh nak cari ikan terubok masin tu kalau kt KL ni?? sudah mengidam woh!
BalasPadamMDT...
BalasPadamkat KL ni memang ada jual. Rasanya di pasar Chow Kit pun ada. :)
Mengidam ek???
pos la sikit kek kak.......
BalasPadamAngah...
BalasPadamtakut sampai kat Angah nanti dah boleh kutip kulat untuk buat gulai! :)