Menginap di One Santubong Hotel bukanlah satu pengalaman yang mengujakan. Tapi kalau ada BS, mungkin dia akan sangat seronok disebabkan ada kolam mandi yang luas. Tiada kemudahan wi-fi percuma di bilik (penat saja bawa komputer riba ... hehehe..)
|
Saluran TV yang berfungsi hanya TV1, TV2, TV3 dan Channel News Asia. Warna yang keluar di kaca TV pula banyak hijau dan kuning sahaja! Tiada air mineral percuma disediakan - jadi, sila bawa siap-siap kalau tak mahu minum air panas yang dimasak sendiri, ya? Bagaimanapun, biliknya luas dan tub mandi pun besar.
Bagi yang gemar merakam gambar, mungkin banyak sudut menarik boleh dirakamkan.
Agaknya betulkah ada Puteri Santubong yang menjaga gunung ini?
Puncak Gunung Santubong yang dilitupi awan.
Malam pertama menginap di sini, kami kembali ke Bandaraya Kuching untuk makan malam. Walaupun, makan malam ada disediakan disamping pertandingan karaoke untuk warga kerja dan ahli keluarga tapi agak lewat dihidang.
Inilah ayam penyet yang popular di Bandaraya Kuching. Sambalnya pedas berasap!
Gara-gara rabun (catatan selingan)...
Kusangkakan harga buffet ini RM1,500 untuk dewasa dan RM900 untuk kanak-kanak! Kalaulah betul....
.....aku lebih rela makan bun serta nanas ini pagi ke malam!
|
beberapa kali ibu_suri ajak IM pi jalan-jalan kat sabah serawak. tapi apa boleh buat...
BalasPadamsalam kakcik.. ayam penyet ni sambalnya memang selalu berasap..
BalasPadamseronok jenjalan ek kakcik..
IM...
BalasPadaminsyaAllah, kalau ada rezeki dan kesihatan ibu_suri baik, akan sampai juga kalian nanti. Rezeki itu, Allah yang bagi kan? :)
Kakpah...
BalasPadamseronok dan letih! Bercuti - walaupun tak buat apa-apa dan cuma berehat, perjalanan itu memenatkan dan bila balik ke rumah, hilang segala 'rehat' itu! :)
as salam ziarah kakcik
BalasPadamW/salam sahrom...
BalasPadamcerita apa hari ini? :)
salam kakcik.
BalasPadamsgt cantik view di situ
best utk org nak berehat ye
Ati...
BalasPadamkebetulan waktu kakcik pergi, ada beberapa agensi 'berkumpul dan berkampung' di sana. Kolam mandi pun penuh! Tapi, pemandangannya agak cantik. :)
salam my dear sis..:)
BalasPadamTang sambalnya berasap tu yang tak tahan nihh....agaknya mesti sedap kan sis ayam penyek raja nihh..ops!!klasik lakk namanya..hehe
slm kakcik :)
BalasPadamate idok ke kakcik beghendam mcm badak ayor dlm tab besor tu?
lawonye pemandangan gunong santubong tu ye... :)
best la makcik cuti2~saya da lama tak cuti~~
BalasPadamTinie sayang...
BalasPadamdengarnya Ayam Penyek Raja (atau Raja Ayam Penyek?) ini yang pertama seumpamanya ujud di Kuching tu. Memang ramai yang datang makan kat situ - sentiasa penuh. Tapi.. kakcik kalau makan pedas jawabnya akan berpeluh sakan sampai air hidung pun keluar! :)
W/salam AzeedA...
BalasPadamniat nak beghendam memang ada... tapi segan la pulak. Tahu ajela kalo badak dah masuk dalam ayo! Hehehe...
Bujal...
BalasPadamcuti makcik pun dah abes! Kena tunggu cuti tahun depan pulak. :)
salam mama
BalasPadamsihat???
moga sihat sokmo..
aduh..makan nenas sokmo2 ke????
mama jaga diri ye =)
W/salam cheqna...
BalasPadammama ni, kalau nenas tu manis - mama makanlah, kalau masam, mama tak sentuh pun! :)
kak cik, kedai ayam penyet tuh apa namanya.. saya tengok banyak sgt kedai ayam penyet kat sana, tak tau nak pilih yg mana satu
BalasPadamwah..bestnya da sampai sarawak...
BalasPadamsabah n sarawak ni mmg ada dlm wish list..tapi xtau bilo..hehe
assalamualaikum...
BalasPadamada tak puteri santubong dtg jumpa akak..? ajak makan ayam penyek lagi tu..:):)
Mila...
BalasPadammemang banyak kedai/restoran ayam penyet kat sana. Suami kakcik lebih suka dengan Raja Ayam Penyet yang terletak di hadapan Dormani Hotel. Kalau dari Pasar Satok, boleh jalan kaki lebihkurang 10-15 minit. :)
SN...
BalasPadaminsyaAllah, akan sampai masanya untuk ke sana tu nanti. :)
Wa'alaikummussalam ustaz...
BalasPadamkalau berjumpa Puteri Santubong, harus kakcik tak balik langsung ke Semenanjung kot! :)
as salam kakcik,
BalasPadamkalaulah betul harga buffet tu macam tu... makan apalah agaknye ye!
w/salam ibuintan...
BalasPadamkalau betul macam yang kakcik sangka pada awalnya... hmmmm... tak siapalah yang akan datang kecuali orang yang dah tak tahu nak buat apa dengan duitnya! :)
kalaulah betul...
BalasPadamcucu sultan brunei pun benkrap...
Pn Dr...
BalasPadamhahaha.. bombastik punya perbandingan! :)
Oh Santubong... bila laaa mama dpt sampai kat situ. Ada saper2 nak sponsor mama ke sana tak...ihiikkkss.
BalasPadamMamawana...
BalasPadamInsyaAllah, ada rezeki sampai juga nanti... :)