Keluar rumah selepas solat subuh. Tiba di LCCT jam 7.00 pagi. Penerbangan jam 8.20 pagi. Kerusi di terminal pun masih kosong dan lengang. Sarapan burger dan minuman di McD sahaja. 7.40 pagi masih lagi duduk di kerusi keras.
8.20 pagi - kapalterbang mula bergerak meninggalkan landasan. Oh! penerbangan ini kurasakan begitu lambat untuk sampai ke destinasinya. Bukan kerana cuaca, bukan juga kerana kelajuannya tidak mengikut piawaian. Tibanya malah lebih awal 10 minit dari jangkaan. Yang membuatkan aku merasa begitu lama berada dalam perut pesawat adalah disebabkan penumpang yang duduk di sebelahku. Seperti biasa aku dan suami duduk berasingan kerana aku 'tak kuasa' membuang duit menempah HOT SEAT. Suamiku tak mengapalah kerana pergi atas 'tiket syarikat'.
Penumpang disebelahku (lelaki bukan Melayu) tak berhenti-henti mendecit-decitkan mulutnya bagaikan mahu membuang sesuatu yang terselit di celah gigi. Aku jadi betul-betul 'geli' dan 'kembang tekak'. Kalau sekejap tak mengapa juga - ini sepanjang penerbangan dia berbuat begitu. Sudahlah buka suratkhabar sampai menyentuh tubuh orang berkali-kali! Mujur aku meletakkan beg yang kubawa di bawah tempat duduk di hadapanku. Aku mengambil kertas tissue dan mengumpalnya untuk disumbat kedua-dua belah lubang telinga (dah rasa jadi Mr Bean pula). Sebaik mendarat, aku mengeluarkan gumpalan kertas itu dan kudapati dia masih juga berdecit-decit (caitttt! sungguh kurang sopan)
Bila sudah mendarat dan semua orang sudah mula bergerak meninggalkan tempat duduk masing-masing, dia masih kaku di tempat duduknya. Huh! angin betul aku dibuatnya. Akhirnya aku berdiri dan menunjukkan muka yang lebih masam dari muka gorilla mabuk!
Di lapangan terbang, kenalan kami sudah pun menanti. Sempat juga kami singgah di kebun nenas kenalan tersebut sebelum kami ke masjid untuk suami menunaikan solat Juma'at.
Selepas itu kami singgah makan. Kalau ke Kuching, selalunya kami akan memilih menu Ayam Penyet sahaja. Aku juga mencuba Pecel Lele. Cucu kenalan kami pula memilih mi kolok.
Eh.... nak rehat kejap. Nantilah, akan bersambung lagi....
kakcik, sedap tak mee kolok?? alahai bestnye dapat gi kuching. terigin sgt nak gi ni!
BalasPadamBgus pengalaman, mana tau, kena standby ,walkman ke earphone, he totop semua mata dgn topi ,jika kes sama.
BalasPadamgB...
BalasPadamjujurnya, kakcik belum pernah menjamah mi kolok itu walaupun telah berkali-kali menjejak Kuching. :)
Zeq...
BalasPadammemang kadangkala kita akan berhadapan dengan situasi luar jangka di saat kita tidak bersedia. :(
Assalamualaikum Kak...
BalasPadamWalaupun saya orang Sarawak, tak pernah lak merasa mi kolok. Sempat ker gi berbekam?
Wa'alaikummussalam Ustaz...
BalasPadamentah mengapa, kakcik langsung 'tak boleh' nak mencuba mi kolok tu.
Tak sempat pun nak pergi berbekam. Bila dah masuk ke Santubong, pergerakan jadi terhad!
seronok kakcik ni..jenjalan sokmo..hehe..
BalasPadamteringat saya naik kapaterbang pi melbong..8 jam..boring tahap gaban + takut...huhu
SN...
BalasPadamdulu-dulu kakcik jarang sangat dapat gi jalan2 nih... kebelakangan ni baru merasa... :)
as salam kakcik..yg mcm megi tue namanya apa???
BalasPadamW/salam Sahrom...
BalasPadamitulah namanya mi kolok. :)
teman palin suke makan nasi beras bario..suke sesgt.. teringin ke sarawak lagi..
BalasPadamYop Samad...
BalasPadamkat ghomah teman, bulih kata idok putuih bekalan beghah baghio tu... mana nak putuihnya, kalo tinggei sepeket - teman guna beghah lain dulu! hehehe...
kakcik
BalasPadammenu yg sodap
pngalaman dengar citt tu
kat sini ada sorang hahahaha....;p
salam kakcik
BalasPadamkita suke pecel lele tu...
tak boleh ubah tempat duduk ke? kakcik
BalasPadam..dugaann..hee
Sya...
BalasPadamkakcik memang 'mual'lah bila dengat cit cit tu... :(
Manje...
BalasPadamhmmmm... boleh tahan juga rasanya... :)
LB...
BalasPadammasa pergi, pesawat agak penuh. Lagi pun, kakcik duduk di tepi tingkap - susah nak melangkah keluar. Waktu balik, kakcik duduk sebelah luar dan kemudian pindah duduk sebelah suami sebab banyak kosong. :)
*tgh bygkan kakcik wat muke gorila mabuk yg sepet*
BalasPadamkikikiii jgn mare nnti cpat mudee....
AzeedA...
BalasPadamHENSEM tau bila kakcik buat muka macam gorilla mabuk yang sepet itu! :)
teringinnnnnn nak pegi sana..tp bila yer????
BalasPadamMDT...
BalasPadampergilah masa hanimun nanti... :)
nak terubok masin~
BalasPadami like nenas...bak sini nenas sepotong dua...
BalasPadamTak pernah sampai kucing lagi.bestnya jalan-jalan ngan family.
BalasPadamSeperti biasa aku dan suami duduk berasingan kerana aku 'tak kuasa' membuang duit menempah HOT SEAT. Suamiku tak mengapalah kerana pergi atas 'tiket syarikat'.
BalasPadamTIPS:
1.CAKAP BAIK2 DENGAN PENUMPANG SEBELAH BOLEH LEPAK TOGETHER. SELALU BUAT CAM NIH.
2.TAK RAMAI ORAN TAU ADA FOODCOURT DEKAT DENGAN BAS2 LCCT-KLSENTRAL.
Bujal...
BalasPadamkakcik tak beli pun terubuk sbb selalunya tak dimakan!
Cik Ina...
BalasPadamkakcik ke sana pun kerana 'menemani' suami... :)
jeBateja...
BalasPadamnanti kakcik tunjuk gambar je, ya? :)
IMAF...
BalasPadamkakcik tak ada masalah nak lepak dengan siapa pun asal tahu saling menghormati.
alahai.. tengah best naik turun kapal terbang.... bersambung lah pulak!
BalasPadamKakcik... seronok ye pegi Kuching..ada ambik gambar kat kucing beso tu tak?
BalasPadamkakcik..saya teringin nak makan ayam penyet kucing tu... hehe. tak sabar nak jejak ke sana lagi. :)
BalasPadamSalam kakcik..
BalasPadamtergelak sensorang saya memalam buta ni...camner rupa gorilla tu gaknya ek? tingat saya dlm pesawat MAS dulu, lelaki sebelah saya mungkin ada masalah sinus, so bayangkanlah di sepanjang penerbangan..ada ketikanya sampai rasa nak bukak tingkap campak dia kebawah...tp sekali fikir balik.. tu satu ilmu ditunjukkan oleh Dia pada kita..cermin alam...
tetamu S'wak saya insyaAllah sampai lusa...cygukakcik-Q.
IM...
BalasPadamkakcik keletihan, jadfi ilham nak mengarang bagaikan tersekat! Nanti kakcik sambung lagi, ya? :)
Salmi...
BalasPadamkali ini kakcik tak menginap di Kuching tapi di Santubong. Dulu2 ada ambil gambar kat kucing besar tu. :)
Cyana...
BalasPadamkalau ke Kuching dan nak makan ayam penyet, kakcik cadangkan Ayam Penyet Raja di hadapan Hotel Dormani. Berasap! :)
W/salam Qkusayang...
BalasPadamSesekali, kakcik memang terfikir nak 'tegur' lelaki itu atau bangun saja. Dah tu, satu lagi tak henti2 sedut 'apekebendentah' yang kat lubang hidung tu... srot sret... ish! Tapi.. ialah, kadang2 kita tak sedar, kejadian itu untuk menguji tahap kesabaran kita.
Nasib baik gorilla tu tak jadi hulk hijau tau! hehehe...
Selamat melayan tetamu. Kakcik cuma sempat tengok harga 'kuih cincin' tu di airport. Sepeket RM17.90 (harga Tebaloi di airport nampaknya lebihkurang sama dengan di luar0
hahaa....owh yg srot sret tu namanya menyedut cendol...delicious tuh!
BalasPadamtkasih ttg harga tu, kebetulan dua hari lepas kwn abang dtg, baru balik dari S'wak, dia bg kuih cincin (ya, namanya kuih cincin), terubuk masin dan 'kuih cina' dan satu lg bergulung pendek2 macam kuih kapit tu, rasanya sedap...rangup. Nampaknya bulan ni mmg rezeki dari S'wak mencurah masuk, Alhamdulillah...cuma yg tak bestnya masa tgh syok2 krup krap krup krap tu, org tu cakap, semua kuih tu bahan asasnya yg jadi tempat ulat mulung berumahtangga tu...ceh! terus saya campak balik kat muka dia hahaa...dengki!
Tp mmg betul, bila saya baca, bahan asasnya ialah sagu....tapi takkanlah dia nak gentel ngan mulung2 tu sekali kan, aiseehh....eh cukup dulu sembang ni kakcik, kerja menimbun, taktau bila sempat singgah kemari lg...Q.
Hello Kakcik, saya suka your ni blog gambar baru. Chantek, especially the trees and sunset.
BalasPadamYou have a nice day, Lee.
Q...
BalasPadamcaittt... tak minum cendol kakcik nanti! Noti tauuuu!!!
Eh! ada orang makan ulat mulong tu mentah2 apa? Orang kata, rasanya macam susu... hehehe... (^_*)
Hello Lee...
BalasPadamterima kasih sudi singgah. Saya juga singgah di'rumah' you.. tapi tak tahu nak komen apa.
Harap you sihat dan gembira selalu. :)